Thursday, August 02, 2007

UUM bersikap anti intelektual




Saya memaparkan sedutan krisis aku janji ini adalah kerana ingin menyatakan ketidakpuasan hati kepada cara bertindak kerajaan dan juga UUM ynag merupakan sebuah institusi pengajian tinggi tetapi tidnak tanduk mereka bagaikan gangster.

Di bawah inisiatif dua orang intelektual tersohor dan bekas profesor di Universiti Malaya (UM), Dr Syed Husin Ali dan Dr Lim Teck Ghee, suatu kempen mansuhkan Akujanji Universiti telah dilancarkan baru-baru ini.

Dalam kempen tersebut, suatu petisyen yang ditandatangani oleh 40 profesor/bekas profesor serta pensyarah universiti telah dihantar kepada kerajaan mendesak agar Akujanji Universiti dimansuhkan dan mereka yang telah dipecat kerana enggan menandatangai Akujanji terbabit, termasuk Dr Azly Rahman dan Dr Mutiara Mohamad hendaklah diambil bertugas semula.

Petisyen tersebut menyifatkan ikrar taat setia itu sebagai satu hadangan terhadap perkembangan sihat universiti, kerana ianya menghakis hak asasi kebebasan untuk berpersatuan dan bersuara yang amat penting untuk dilindungi dan diperkuatkan jika negara mahu maju ke hadapan.

Amat dikesali ialah dalam jangka masa kempen mansuhkan Akujanji Universiti dilancarkan, pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan saja tidak menyokong atau sekurang-kurangnya bersimpati dengan hasrat murni dan tindakan berani ahli-ahli akademi kita dalam mempertahankan kebebasan akademi di universiti kita, ia sebaliknya menghantar notis guaman kepada Dr Azly Rahman!

Source:http://www.malaysiakini.com/columns/70662



No comments: