Friday, July 20, 2007

Antara Intan dan Kaca

Membaca ketiga-tiga artikel dibawah membuatkan hati aku merasa marah dan pilu dengan sikap pentadbir di tempat yang kononya dinamakan menara gading, tetapi dicemari oleh tindakan mereka ynag berhati busuk akibat politik bodoh ala umno ynag dianuti mereka sekian lama. Saya meminta MP pembangkang unutk bertanya Menteri Pengajian Tinggi bagimana perkara seumpama ini boleh berlaku. Forum yang baik dan bertujuan memberikan maklumat kepada masyarakat diganggu dan forum yang mendatangkan keburukan pula disuburkan. Kalau nak tahu details tentang debat bodoh tersebut sila baca artikel dilink ini http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2837&mode=&order=0&thold=0


Artikel 1

Forum Bersamamu Palestin diarah batal disaat akhir
Intan Abdullah
Thu | Jul 19, 07 | 07:30:09 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Hrkh) - Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mohd Nur Manuty melahirkan kekesalan terhadap tindakan pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membatalkan program Forum Ummah lima jam sebelum ia dimulakan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Program anjuran Pusat Islam UKM dengan kerjasama Ikatan Studi Islam (ISIUKM) yang akan berlangsung pada 9.15 malam ini bertempat di Masjid UKM, Bangi telah dibatalkan secara mengejut oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP), Prof Abdul Wahid Shamsudin tanpa suatu alasan yang jelas.

"Saya sangat terkejut dan sehingga kini masih tidak faham rasional tindakan yang diambil oleh pihak universiti memandangkan program ini membincangkan isu yang membabitkan survival Islam di bumi Palestin dan tidak melanggar peraturan universiti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Menurut sumber, arahan pembatalan program diterima daripada TNC HEP kepada Pengarah Pusat Islam UKM, Dr Fauzi Naim yang kemudiannya disampaikan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam UKM, Khairul Husaini

Sehingga kini, tiada arahan bertulis yang dikeluarkan kepada pihak penganjur iaitu ISIUKM dan Pusat Islam berhubung tindakan pihak pentadbiran universiti bagi menjelaskannya.

Selain itu, sumber mengatakan bahawa pembatalan tersebut adalah berkaitan dengan pemilihan ahli panel yang akan menyampaikan ucapan pada program malam ini.

Mengulas kenyataan tersebut, Mohd Nur Manuty hairan isu tersebut timbul sedangkan beliau sering mendapat undangan memberikan ucapan dan dalam majlis-majlis anjuran kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sebagainya.

Forum yang bertemakan “Bersamamu Palestin” membariskan panelis yang terdiri daripada bekas Presiden Abim, Dr Mohd Nur Manuty dan Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Prof Madya Dr Badlihisham Mohd Nasir.

Sementara itu, banyak pihak menyifatkan arahan tersebut tidak wajar kerana objektif utama penganjuran Forum Ummah adalah ingin menunjukkan solidariti terhadap penderitaan umat Islam Palestin di atas kezaliman zionis selain menyorot misteri di sebalik pertelingkahan Hamas-Fatah.

Melalui program tersebut warga UKM juga khasnya berpeluang mengetahui perkembangan terkini jaringan ancaman antarabangsa terhadap kesucian Masjidil Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam.

Pihak penganjur juga melahirkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan TNC HEP yang dianggap tidak bertimbang rasa, secara tiba-tiba membatalkan program tersebut selepas dua minggu publisiti dijalankan. - mns


Artikel 2

Mahasiswa UM demonstrasi bantah 'stupid debate' Jumaat ini
Intan Abdullah
Wed | Jul 18, 07 | 01:29:40 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) akan mengadakan perarakan aman selepas solat Jumaat ini (20 Julai 2007) bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung isu program 'stupid debate' yang diadakan di Kolej Kediaman ke-12 sempena Minggu Interaksi yang lalu.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Perarakan tersebut akan bermula dari Masjid Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sehingga ke kolej tersebut.

Dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini, PMIUM membantah aktiviti yang dijalankan oleh kolej tersebut jelas bercanggah dengan visi kampus tersebut serta telah menjejaskan nama baik kampus uniperdana itu.

Menurut jurucakapnya, penyerahan memorandum ini adalah bukti keseriusan PMIUM yang sentiasa sensitif dan peka terhadap sebarang aktiviti yang tidak selari dengan matlamat yang telah digariskan oleh universiti.

Pihak penganjur menyeru agar pihak yang menyokong usaha tersebut untuk datang bersama-sama menyertai perarakan tersebut sebagai tanda protes terhadap program tersebut. - mks.


Artikel 3

Demonstrasi bantah 'stupid debate' batal atas tekanan HEP UM

Intan Abdullah
Fri | Jul 20, 07 | 04:43:37 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Demonstrasi aman yang dirancang Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) hari ini di Universiti Malaya bagi membantah program 'stupid debate' terpaksa dibatalkan atas tekanan pentadbir universiti khususnya dari Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Tan Sri Dr Razali Agus, kata sumber mahasiswa.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Sumber itu yang ditemui di UM hari ini berkata, tekanan yang kuat diterima mereka berhubung rancangan itu adalah punca pembatalan demonstrasi aman yang sepatutnya berjalan selepas solat Jumaat tadi.

PMIUM dalam satu kenyataan pada 18 Julai lalu merancang untuk mengadakan perarakan aman selepas solat Jumaat pada hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung isu pengajuran program 'stupid debate' yang dijalankan di Kolej Kediaman ke-12 sempena Minggu Interaksi yang lalu oleh pihak pembantu mahasiswa.

Kata sumber, terdapatnya arahan kepada pihak tertentu untuk menghalang perhimpunan itu yang dijangka bermula di Masjid Akademi Pengajian Islam (APIUM).

Dalam pada itu, sumber juga menyatakan bahawa beberapa pensyarah turut diarahkan supaya menghalang mahasiswa daripada mengadakan tunjuk perasaan selepas menunaikan solat di sana.

Ketika di lokasi, kira-kira 200 orang mahasiswa termasuk kakitangan APIUM yang menunaikan solat di sana ternanti-nanti dengan penuh tanda tanya sama ada perhimpunan tersebut akan tetap diteruskan atau sebaliknya.

Namun mereka kelihatan hampa setelah mendapat maklumat ianya terpaksa dibatalkan pada saat akhir setelah mendapat arahan daripada pihak HEP.

Tinjauan mendapati rata-rata yang hadir untuk menyertai perarakan tersebut merupakan mahasiswa yang menghuni Kolej Kediaman ke-12 di mana berlangsungnya aktiviti 'Stupid Debate' untuk mahasiswa baru semasa Minggu Interaksi yang lalu.

Mereka dikatakan hadir bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap 'kelonggaran' pihak HEP yang sewenang-wenangnya meluluskan program seumpama itu dijalankan di kolej mereka yang secara tidak langsung mencemarkan nama baik kolej.

Pihak keselamatan juga dilihat mengadakan rondaan dan kawalan di sekitar perkarangan UM bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan sebagaimana yang telah diarahkan.

Sebelum ini Harakahdaily telah dimaklumkan bahawa PMIUM telah meletakkan asas bantahan bahasa program itu jelas bercanggah dengan visi kampus serta telah menjejaskan nama baik kampus uniperdana itu.

Menurut jurucakap PMIUM yang enggan namanya disiarkan, tujuan penyerahan memorandum ini adalah bukti kesungguhan PMIUM yang sentiasa sensitif dan peka terhadap sebarang aktiviti yang tidak selari dengan matlamat yang telah digariskan oleh universiti./wann



Sumber: Harakahdaily dan Tranungkite

Thursday, July 19, 2007

Lama betui tak update

Keadaan kesihatan yang tak mengizinkan membuat aku tak dapat update blogku, tapi tetapi tetap mengikuti perkembanga tanahair menerusi berita online dan khabar drpd rakan-rakan ditanahair. Sedih dan pilu memikirkan keadaan yang berlaku ditanahairku tercinta, semuanya angkara pemimpin yang buta mata hatinya dan rakus melahap harta.

Pemimpin terus memperkayakan diri, rakyat dibiar merana. Pemimpin menaiki pesawat canggih, tentera disuruh guna pesawat yang layak ditamatkan perkhidmatannya. Cukup dulu setakat ini, kalau nak menulis rintihan hati ini, sangatlah banyak.