Thursday, August 02, 2007

Di pecat Kerana Tak Aku Janji



Dua pensyarah suami isteri menjadi mangsa kerakusan kerajaa UMNO BN kerana tidak mahu ikut kehendak mereka, tahniah kepada keduanya kerana sanggup berdepan dengan pemerintah yang zalim. Kerajaan seperti ini tidak akan lama, cuma masa akan menentukan, kerajaan ni macam manusia atau benda hidup yang lain, ianya ada ajal. Melihat kepada kampusnya sungguh indah namun akibat drpd politik yang mencengkam mengakibatkan menara gading hanya kedengaran gahnyashj tapi kebebasan melahirkan buah fikiran serta idea-idea yang baik untuk negara hanya tinggal impian shj, para penagjar yang tinggi lulusannya pun dicengkam oleh pelbagai sekatan.

Akujanji: UUM tuntut kolumnis malaysiakini pohon maaf

Posted on Monday, July 30 @ 05:16:17 CDT by reformis
Dari Malaysiakini

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghantar notis guaman kepada kolumnis malaysiakini Dr Azly Rahman, menuntutnya supaya memohon maaf secara terbuka berhubung artikel-artikel yang telah ditulisnya.

Notis bertarikh 5 Julai itu dihantar oleh firma guaman Azam Aziz & Co. Dr Azly, yang kini tinggal di Amerika Syarikat, telah diberi tempoh selama 14 hari (dari tarikh notis itu dikeluarkan) untuk memohon maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Azly, yang dipecat dari UUM pada Disember 2004 kerana enggan menandatangani Surat Akujanji, dituduh menulis artikel berunsur fitnah dengan tujuan untuk mencemar imej UUM.

Notis itu juga mendakwa bahawa penulisan Azli juga merupakan satu bentuk hasutan kepada pensyarah UUM dan universiti lain di Malaysia amnya untuk turut melakukan kesalahan disiplin (dengan tidak menandatangani Akujanji).

Sehubungan itu, notis tersebut menuntut Azlu memohon maaf secara terbuka kepada UUM serta diingatkan supaya menghentikan serta merta segala penulisan fitnah dan hasutan kamu dalam mana-mana laman web dan mana-mana medium penyiaran yang ada.



"Jika kamu enggan, cuai dan mengabaikan permintaan notis ini, kami telah menerima arahan jelas dari anakguam kami untuk memfailkan tindakan saman terhadap kamu yang akan mengandungi perintah injuksi bagi menghalang kamu daripada terus menulis artikel fitnah dan menghasut terhadap anakguam kami.


Akujanji


"Kamu juga akan bertanggungjawab terhadap segala tuntutan kos yang akan ditaksirkan kemudian," kata notis tersebut di mana salinannya juga turut dihantar kepada Naib Canselor UUM, Datuk Nordin Kardi.

Minggu lalu, satu petisyen yang ditandatangani oleh 40 profesor dan bekas profesor serta pensyarah universiti telah dihantar kepada kerajaan menggesa supaya membatalkan Akujanji tersebut.

Dalam kenyataannya, Azly berkata, beliau tidak pernah menandatangani Akujanji dalam bentuknya sekarang dan menggesa ahli akademik yang lain supaya jangan menandatangani.

"Ramai ahli akademik yang masih mempunyai keyakinan terhadap universiti awam kita. Orang ramai juga masih ada keyakinan terhadapnya. Tetapi kita mesti membuang halangan terhadap kemajuan intelektual - institusi, individu, ideologi. Kita boleh melakukannya bersama," katanya dalam satu kenyataan melalui emel.

Mengenai tulisannya, Azli yang kini sedang mengajar di Amerika berkata, ianya bertujuan untuk mendidik dan bukannya memburukkan.

“Baca dengan teliti dan fahaminya. Jika anda tidak bersetuju, sangkal secara rasional dan secara terbuka. Saya akan merasa gembira sekiranya kita dapat melakukannya melalui perdebatan yang intelektual. Itulah universiti -- dialog yang ikhlas tanpa sebarang rasa bimbang dan takut.

“Jangan minta saya memohon maaf secara terbuka bagi sesuatu yang saya tidak pasti apa dia. Jangan suruh saya berhenti menulis. Jangan ambil injuksi terhadap saya. Saya sebenarnya seorang pendidik, bukan seorang penghasut. Saya hanya menyatakan pandangan saya," tambahnya.


'Rasa hormat'


Azly juga berkata beliau mempunyai rasa "hormat yang tinggi" kepada para pelajar, kakitangan fakulti dan UUM. "Mereka sangat dedikasi, beretika dan kuat bekerja".

"Tetapi saya tidak mempunyai sebarang rasa hormat kepada 'Machiavellis" atau mereka yang menyalahguna kuasa di universiti - mereka yang membuat keputusan yang bermotifkan politik untuk mencari kemasyhuran dan mungkin kemewahan.

“Isteri saya (Dr Mutiara Mohamad) dan saya tidak berhasrat untuk memberi ikrar taat setia kepada seorang naib canselor yang mahu merencatkan kerjaya saya. Saya bercakap daripada pengalaman, banyak pengalaman peribadi mengenai perkara ini. Saya tidak berhasrat untuk bertugas di bawahnya," tambahnya.

Mutiara juga dipecat dari UUM apabila beliau enggan menandatangani Akujanji tersebut.

Artikel drpd:http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=666



No comments: