Wednesday, August 22, 2007

Negara Kebajikan: Tema Manifesto PAS

Saya sangat gembira membaca berita ini, cuma kita mengharapkan manifesto tersebut disebarkan dan war-warkan kepada rakyat dengan baik mungkin sebab kalau manifesto baik tapi rakyat tak dapat maklumat tak akan memberi makna. Selamatkan M'sia. 50 tahun merdeka apa yang dicapai ialah negara dan masyarakat hancur. rakyat merana. Nyahkan BN drpd negara kita.

PAS akan pastikan kebajikan rakyat terpelihara
Ekmal Yusof
Mon | Aug 20, 07 | 12:24:41 PM

TAIPING, 20 Ogos (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menegaskan bahawa beliau kini sedang mempersiapkan manifesto baru PAS bagi pilihan raya umum ke-12 ini sebagai arah hala tuju pemerintahan PAS apabila menang dalam pilihan raya nanti.

"Pelaksanaan manifesto tersebut yang diamanahkan oleh pimpinan parti PAS adalah termasuk PAS menawarkan negara yang berkebajikan kepada rakyat," katanya semasa berceramah di Bukit Jana, Taiping baru-baru ini.

Tegasnya, PAS akan memastikan hasil sumber petroleum negara yang berbilion itu akan digunakan sebagai biasiswa untuk setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

"Tetapi, dalam kerajaan umno dan BN sekarang ini, duit berkenaan mana perginya? Sehingga sanggup melihat para pelajar miskin dan kurang mampu terpaksa menanggung hutang yang tak mungkin boleh diselesaikan dalam sesingkat masa selepas pengajian itu," ujarnya.

Selain itu, katanya di samping menumpukan kepada pembangunan negara, pembangunan kehidupan masyarakat juga tidak akan diabaikan seperti akan menurunkan kadar nilai kadar tol , minyak dan bahan bakar lainnya serta membantu kebajikan kepada yang kurang mampu dan miskin di kampung-kampung.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan BN tidak boleh diyakini untuk membela rakyat.

"Harta dan hak rakyat mereka kikis dan jual kepada orang lain dengan berbilion ringgi dari masa ke semasa.

"Kalau rakyat tidak bertindak mengubah kerajaan umno/BN pada pilihan raya ini maka saya yakin rakyat akan tiada lagi tempat tinggal dan akan menjadi pengemis dinegara sendiri,"ujarnya. - mks.

Sumber:http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9345&Itemid=28

No comments: