Sunday, January 01, 2006

TOP 3 carta khalwat

Berita ini amat menyedihkan kerana dlm sebuah negara yg rata pemimpin beragama Islam dan Hadhari lagi perkara seperti ini terus berlaku dan semakin parah. Saya berharap pihak kerajaan sewajarnya melihat dengan serius maalah ini. Saya mendapat maklumat drpd rakan aktivis NGO yg bertemu dengan TPM(Tok Najib), kata Najib," Kami kerajaan boleh membuat jalanraya dan pemabngunan tetapi membina insan satu isu lain". Kalau begitu respons TPM apalah yang boleh diharapkan drpd pemimpin spt ini untuk menyelesaikan masalah kerntuhan akhlak. Satu perkara lag adalah ada dikalangan pemimpin yang menunjukkan contoh yang tidak baik kepada remaja. Kpd pemimpin kerajaan laksanakanlah apa yg dikehendaki oleh Allah, kalau tudung diwajibkan, jangan pula kerana main politik halanag orang bertudung mengikut garis pandan quran, spt mana berlaku diMRSM atas arahan Nazri Aziz. Ingatlah jika kita mengaku Ilam tetapi tidak mahu mengambil penyelesaian berdasar kehendak Allah maka terjadilah sepertimana yg berlaku sekarang. Ingatlah wahai para pemimpin kerajaan kamu tak sekat mana dan kamu akan mati, jadi janganlah terus-terusan menentang hukum Allah. Dah byk masalah yg penyelesaiannya dibuat kut akal shj tetapi gagal, cthnya dadah, sampai sekarang tak selesai malahan makin teruk. Mana tidaknya dalam puat serenti pun dadah boleh masuk, dlm lokap polis jual air kencing dan rasuah dikalangan pihak berkuasa. Jadi sebelum terlambat kembalilah ke pangkal jalan. Kalau apa yg disampaikan oleh pembangkang itu betul terimalah dengan hati terbuka. Janganlah sampai berlaku dimana satu soalan diajukan kpd kakitangan kerajaan dlm satu peperiksaan, Siapakah musuh no 1 negara?(pembangkang, dadah,komunis)lalu jawapan yg dikatakan betul ialah pembangkang. Aduh!! malangnya Malaysia dipimpin oleh mereka yang membelakangi demokrasi, sudahlah Quran direndahkan, jadi sedarlah wahai rakyat M'sia sudah tiba masanya kerajaan yang ada ditukar kerana sudah 50 tahun keadaan makin parah.


TOP 3 carta khalwat
'

Sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20060101095223/Article/indexm_html

Pekerja kilang, siswa, pelajar di tangga teratas

KUALA LUMPUR: Pekerja kilang, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah kini berada di dalam kelompok utama “carta” tangkapan khalwat jabatan agama Islam di negara ini.




Di Pulau Pinang, rekod Jabatan Agama Islam negeri itu menunjukkan pekerja kilang paling ramai ditangkap kerana berkhalwat sepanjang tahun lalu iaitu 187 daripada 630 kes manakala pelajar IPT dan sekolah menengah berada pada kedudukan kelima dengan 44 kes.

“Paling mengejutkan sepanjang tahun lalu kami menahan 10 pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun kerana berkhalwat,” kata Ketua Unit Penguat Kkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Faizal Ibrahim.

Di Johor, daripada 4,618 kes kesalahan syariah termasuk berkhalwat yang dikendalikan Jabatan Agama Johor (JAJ) sepanjang Januari hingga November lalu, 1,179 membabitkan pekerja kilang, diikuti ‘lain-lain pekerjaan’ iaitu seramai 1,064.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata jumlah tangkapan khalwat membabitkan pelajar pula seramai 282 orang.

“Biarpun angka ini agak rendah berbanding golongan lain iaitu penganggur (972), pekerja swasta (824) dan kakitangan kerajaan (297), ia perkembangan membimbangkan kerana golongan pelajar ini masih muda dan mereka tidak sepatutnya terbabit dalam aktiviti negatif,” katanya.

Di Selangor, berdasarkan perangkaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kakitangan swasta termasuk pekerja kilang diikuti pelajar sekolah, IPT dan kolej swasta serta penganggur mengungguli tiga carta teratas maksiat sejak 2002 hingga 2004.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata jabatan itu mengendalikan 3,782 kes maksiat termasuk khalwat pada 2002 dan meningkat kepada 3,992 (2003) dan 3,998 (2004).

“Melihat kepada perangkaan tangkapan khalwat sejak 2002, tidak dinafikan pekerja swasta terutama kilang, pelajar dan penganggur berada di tiga kelompok teratas yang ditahan,” katanya.

Ini terbukti apabila pada 2002, seramai 3,607 kakitangan swasta termasuk pekerja kilang ditangkap diikuti 1,201 (penganggur) dan 1,072 (pelajar).

Carta itu berubah pada 2003 apabila pelajar mengambil alih tempat kedua dengan jumlah tangkapan seramai 2,113 orang manakala penganggur hanya 1,398 orang. Bagaimanapun, pekerja swasta masih di tempat teratas dengan tangkapan berjumlah 3,205 orang.

Pada 2004 pula, kakitangan swasta terus kekal teratas dengan tangkapan berjumlah 3,491 orang diikuti pelajar (1,957) dan penganggur (1,525).

Di Kedahh, seramai 776 orang dicekup berkhalwat sejak Januari hingga November lalu di empat daerah terbesar dan termaju di negeri itu, masing-masing di Kota Star, Kuala Muda, Langkawi dan Kulim.

Ketua Operasi Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Mohd Nasir Md Dali, berkata dalam tempoh itu, pekerja kilang adalah yang paling ramai ditangkap iaitu 300 orang diikuti golongan pelajar sekolah semuda 14 tahun sehingga di IPT yang berusia 25 tahun yang berjumlah 200 orang.

“Kebanyakan mereka ditahan di hotel murah sekitar empat daerah berkenaan. Bagi pekerja kilang dan pelajar IPT, mereka mengambil kesempatan berjauhan daripada keluarga untuk berbuat sesuka hati.

“Kami juga mengesan pelajar sekolah yang menipu keluarga dengan berpura-pura tidur di rumah rakan sebelum ke hotel untuk bermadu kasih bersama pasangan mereka,” katanya.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelajar dan penuntut IPT turut dikenal pasti antara golongan tertinggi daripada sejumlah 3,171 yang ditangkap berkhalwat dari 2000 hingga September lalu.

Penolong Pengarah Rekod dan Maklumat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Damithah Iberahim, berkata kebanyakan mereka ditangkap di rumah kediaman seperti rumah sewa dan hotel sederhana mewah.

“Kita bertindak atas maklumat orang ramai. Biasanya pelajar ini tinggal di rumah sewa seperti di taman-taman perumahan selain hotel murah sama ada di dalam bandar atau luar bandar.

“Selain golongan itu, orang dewasa daripada pelbagai kerjaya juga antara golongan yang dikesan paling ramai melakukan khalwat,” katanya.

Di Kelantan, pergaulan bebas di kalangan remaja menyebabkan mereka dikesan tidak segan berpelukan di khalayak ramai, bercumbuan dalam kereta serta membawa teman wanita ke bilik hotel atau rumah untuk melakukan maksiat.

Ini terbukti apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) berjaya mengesan 368 kes khalwat hasil daripada operasi cegah maksiat dari Januari hingga November lalu dengan sebahagian besarnya membabitkan golongan pelajar belasan tahun dan awal 20-an.

Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Latif, berkata pihaknya mengesan kebanyakan `lubuk maksiat' remaja itu adalah sekitar tepi pagar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), kawasan perindustrian Padang Tembak di Pengkalan Chepa dan hotel murah sekitar bandar Kota Bharu.

Menurutnya, beberapa kawasan perkelahan termasuk air terjun, kawasan letak kereta yang tersembunyi dan gelap turut menjadi tumpuan pasangan remaja melakukan perkara terkutuk itu.

Di Perak pula sebanyak 460 kes tangkapan khalwat sepanjang tahun ini sehingga 30 Disember lalu yang mana menunjukkan penurunan berbanding 528 kes khalwat sepanjang 2004.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syarie Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Zakaria Abd Razak, berkata sebahagian besar kes khalwat itu membabitkan golongan remaja dan belia berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Katanya, daripada segi kategori pula, golongan pekerja kilang adalah penyumbang terbesar bagi kes khalwat di negeri ini berbanding golongan seperti anggota pasukan beruniform, kakitangan kerajaan atau swasta yang lain selain pelajar.

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) pula melakukan 346 tangkapan mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana berkhalwat selain Seksyen 75(1) hamil luar nikah (30).

Jurucakap jabatan itu berkata, kebanyakan kes dikesan di kawasan perumahan di beberapa bandar utama di negeri ini seperti di Seremban, Jempol, Bahau dan Nilai dengan pekerja kilang dan pelajar adalah jumlah yang tertinggi.

“Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila hasil daripada operasi yang dijalankan itu, kita (Jains) mendapati masalah sosial di kalangan remaja semakin serius apabila kerap ditangkap kerana berkhalwat dan menonton filem lucah.

Sementara itu, statistik Kementerian Pendidikan Tinggi pula menunjukkan seramai 1,710 pelajar IPT awam dikenakan tindakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sepanjang tahun 2000 hingga pertengahan tahun lalu kerana pelbagai kesalahan undang-undang termasuk berkhalwat.

Perkara itu didedahkan Menteri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, di Dewan Negara, baru-baru ini.

No comments: