Friday, January 20, 2006

Fleksiblenya Islam

Islam datang bukan untuk menyusahkan tetapi untuk menyelamatkan Ummat yang berada dalam kegelapan. Saya menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan, tuduhan liar yang dibuat oleh musuh mengatakan Pas ektremis sama sekali tidak betul. Insya Allah masyarakat akan lebih faham perjuangan Islam yang mengajak manusia mentaati Allah. Wahai saudara-saudara ku marilah kita bersama membantu perjuangan Islam yang ingin mendaulatkan Islam. Jangan ampai diri kita dan ahli-ahli keluarga kita menjadi penyebab kepada terhalangnya kemenangan Islam.

Pas benarkan snuker selepas 13 tahun

KOTA BHARU 18 Jan. - Setelah hampir 13 tahun mengharamkan permainan snuker dan biliard di Kelantan, kerajaan negeri pimpinan Pas hari ini secara rasmi membenarkan semula aktiviti terbabit secara bersyarat.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara syarat-syaratnya ialah perlu wujud pengasingan antara lelaki dan perempuan, tiada unsur-unsur perjudian dan waktu operasi daripada pukul 10 pagi hingga 11 malam.

``Setelah Kelantan melalui bermacam-macam proses pemikiran, maka kita menetapkan bahawa permainan ini akan dihalalkan setelah kita buang unsur-unsur judi ini,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini.

Pada 1993, kerajaan Pas membuat keputusan tidak memperbaharui pengeluaran lesen permainan tersebut yang berakhir pada hujung tahun yang sama kerana mendapati ia dicemari dengan kegiatan judi dan maksiat.

Nik Abdul Aziz berkata, langkah menarik balik larangan tersebut dibuat selaras dengan usaha dakwah secara berhikmah yang dilakukan oleh kerajaan negeri.


Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Petikan daripada Harakahdaily.net
Mesyuarat Exco bincang prosedur benarkan snuker, biliard
Monday, January 16 @ 16:55:38 MYT


KOTA BHARU, 16 Jan (Hrkh) – Mesyuarat Exco kerajaan negeri Rabu ini dijangka membincangkan secara lebih terperinci mengenai prosedur bakal ditetapkan terhadap permainan snuker dan biliard selepas larangannya ditarik balik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Exco akan memperhaluskan prosedur yang bakal ditetapkan apabila larangan ditarik balik secara rasmi.

“Pelbagai perkara akan dibincangkan mengenai perkara tersebut termasuk prosedur yang bakal ditetapkan kepada persatuan yang mahu mengendalikan permainan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kerajaan negeri membenarkan pusat permainan snuker dan biliard selepas ia tidak lagi dikategorikan di bawah aktiviti hiburan.

Bagaimanapun kebenaran itu dengan syarat yang ketat termasuk tidak dijadikan aktiviti perjudian dan bukan lagi sebagai tempat maksiat.

Malah, tahun lepas Takiyuddin menjelaskan kerajaan negeri bercadang menarik balik larangan terhadap permainan snuker dan biliard memandangkan ia tidak lagi diletak di bawah Enakmen Kawalan Hiburan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood turut mengakui mesyuarat Exco Rabu ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai syarat-syarat yang akan dikenakan bagi permainan terbabit.

“Syarat dikenakan terhadap pihak persatuan yang akan diberi kebenaran mengendalikan permainan tersebut,” katanya.

Ketika mula-mula mengambil alih pentadbiran Kelantan kerajaan PAS mengharamkan permainan snuker dan biliard kerana terdapat unsur-unsur tidak sihat termasuk menjadi punca berlaku kegiatan maksiat.
- MJ



umber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=17482

No comments: