Mereka blh komen mcm2 tetapi Islam telah tercalar dan hati Umat luka. Utusan Malasia ni pun at kenapa sampai kat komen YB Salehuddin(Ketua Pemuda PAS) tak pulak disiarkan.
Reaksi penarikan balik memorandum 9 Menteri Kabinet
``Isu penghantaran memorandum oleh sembilan menteri Kabinet bukan Islam kepada Perdana Menteri harus dijadikan satu pengajaran oleh semua pihak pada masa depan.
``Dalam sistem Kabinet, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana Perdana Menteri dan Kabinet merupakan pihak yang bertanggungjawab kepada semua rakyat tanpa mengira kedudukan agama dan keturunan.
``Kabinet juga merupakan wahana yang tepat dan seimbang dalam semua isu termasuk isu sensitif seperti isu agama.
``Saya berterima kasih kerana mereka menerima nasihat Perdana Menteri untuk menarik balik memorandum itu. Perkara ini sudah selesai,''
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
``Langkah menarik balik memorandum itu amat sesuai kerana ia boleh menenteramkan keadaan.
``Tindakan itu adalah logik kerana kita mempunyai banyak saluran seperti Barisan Nasional dan Kabinet untuk membincangkan secara terus segala isu yang berbangkit.
``Ini kerana sebelum ini telah terbukti banyak isu berjaya diselesaikan melalui saluran-saluran tersebut.''
- Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.
``Saya menyambut baik langkah menteri-menteri berkenaan menarik balik memorandum itu dan ia menunjukkan mereka memahami betapa kuat sentimen orang Melayu terhadap perkara ini. Semoga ia tidak akan diulangi lagi.
``Jika mereka ingin menyuarakannya, mereka boleh berbincang dengan Jemaah Menteri untuk melihat kembali undang-undang itu. Tak perlu hantar memorandum.''
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
``Saya bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri yang konsisten bahawa segala Perlembagaan Malaysia terutama dalam hal agama Islam tidak boleh dipinda sesuka hati kecuali dengan kebenaran Majlis Raja-Raja dan sehubungan itu, mana-mana parti politik diminta tidak mempolitikkan isu tersebut.
``Rakyat perlu tahu bahawa ada tiga perkara yang tidak boleh dipinda iaitu hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.''
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri A. Rahim Tamby Chik.
``Menteri-Menteri Kabinet harus faham bahawa mereka berada di Malaysia dan menjadi contoh kepada masyarakat berbilang agama agar mempertahankan semangat yang lahir dari kontrak sosial yang diterima pakai dan merupakan asas kepada pembangunan negara hingga ke tahap ini.
``Sekiranya perkara sama berulang, saya bimbang segala kesepakatan dan keharmonian yang kita kecapi hari ini akan hanya menjadi satu mimpi buruk.''
- Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salehuddin Ayub.
No comments:
Post a Comment