Saya adabertanya aktivis sebuah NGO Islam terkenal di Malaysia tentang pengajaran Sains dan Matematik dalam BI, aktivis tersebut menatakan bahawa organisasinya menentang polisi tersebut kerana kajian akademik menunjukan bahawa keda-dua subjek tersebut senang diajardan difahami oleh para pelajar melalui bahasa ibunda. Bagi saya polisi ini dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian mendalam atas kehendak seoarang pemimpin bersifat diktator yang tingg egonya. Bagi dia, biar rakyat menderita asalkan aku puas. Nak meningkatkan penguasaan BI bukan itu caranya. Tanyalah kepada pakarnya, ini pandangan pakar dibakul sampahkan. Hanya pakai otak oramng politik sahaja. Aktivis tersebut menceritakan bahawa seorang saudaranya memeriksa kertas biologi PMR MRSM, jawapan yang diberi memang ada fakta tetapi tatabahasanya hancur. Kenyataan media menteri menggambarkan seolah-olah keputusan PMR tahun ini sangat baik, sampai terpaksa masukan kenyataan ini "Keputusan PMR kali ini diperoleh melalui proses penetapan standard yang dihadiri oleh dua pakar dari United Kingdom dan Australia iaitu Dr. Anthony Dawson, pakar pengukuran Sains dan Matematik serta Peter Congdon, pakar Pengukuran Pendidikan,'' katanya. Aktivis ini juga menatakan bahawa mereka berjumpa dgn PM, khabarnya kalau boleh PM nak hapuskan polisi ini, TPM pulak berkata " kita sedar kesilapan membuat polisi tersebut tetapi kalau nak dihapskan nanti menjejaskan kredibiliti kerajaan. Bagi mereka walaupn silap, biarkan sebab takut malu kerajaan, tetapi kesan buruk kepada rakyat tak dipedulikan sebab orang Melayu mudah lupa. Aduh, malangnya bangsa, mempunai pemimpin yang sebegini rupa. Ya Allah campakkan kedalam hati-hati bangsaku cahaya keimanan supaya mereka melihat kebenaran itu kebenaran dan kebathilan itu sebaga bathil dan akhirnya mereka menyokong Islam syumul bukan Islam tempelan(cthnya Hadhari). Kepada pejuang bangsa teruskan usaha memertabatkan Melayu jangan tunduk kepada pemimpin yang hipokrit.
20,101 calon PMR dapat pangkat A semua mata pelajaran
Oleh: AZMAN ISMAIL dan LUKMAN ISMAIL
|
|
PUTRAJAYA 22 Dis. - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mencatat prestasi membanggakan apabila 20,101 calon mendapat pangkat A bagi semua mata pelajaran yang diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding 16,312 calon atau 4.2 peratus tahun lepas.
Menurutnya, daripada jumlah calon yang mengambil sembilan mata pelajaran, 2,157 atau 9.1 peratus mendapat 9A berbanding 1,781 (7.9 peratus) pada PMR 2004 manakala bagi calon yang mengambil lapan mata pelajaran, 13,204 (4 peratus) mendapat 8A berbanding 10, 738 pelajar tahun lalu.
Bagi calon yang mengambil tujuh mata pelajaran pula, 4,740 (7.8 peratus) pelajar mendapat 7A meningkat berbanding 3,793 (6.7 peratus) tahun lalu.
``Jumlah calon yang menguasai semua mata pelajaran diambil dengan mendapat sekurang-kurangnya semua D ialah 64.9 peratus berbanding 61.9 peratus tahun lalu.
``Seperti tahun lepas, hampir kesemua calon menguasai sekurang-kurangnya satu D iaitu 99.9 peratus,'' katanya ketika mengumumkan keputusan PMR 2005, di pejabatnya, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr. Salleh Hassan dan para pegawai kanan kementerian.
Ahamad memberitahu, pencapaian calon istimewa juga mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dalam peperiksaan PMR tahun ini walaupun mereka mengalami pelbagai halangan.
Seramai 679 atau 96.9 peratus daripada 701 calon istimewa mendapat sekurang-kurangnya satu mata pelajaran yang melepasi tahap penguasaan minimum (gred D).
Seorang daripada mereka mendapat Gred A bagi semua lapan mata pelajaran yang diambil, seorang mendapat 7A 2B, 7A 1B (1) dan 6A 1B (1)
Pada majlis itu, Ahamad mengumumkan senarai 50 calon terbaik PMR 2005 bagi sembilan, lapan dan tujuh mata pelajaran yang diambil serta empat calon terbaik dari kalangan murid istimewa.
Rabiatul Adawiah Abdul Basir dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring Kuala Terengganu, Terengganu diumumkan sebagai pelajar terbaik di kalangan calon yang mengambil sembilan mata pelajaran.
Bagi calon yang mengambil lapan mata pelajaran pula, pelajar terbaik ialah Mohd. Akmal Mohd. Shafiq Suresh dari Sekolah Menengah Alam Shah, Putrajaya manakala Tay Su Ann dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor diumumkan sebagai calon paling cemerlang di kalangan pelajar yang mengambil tujuh mata pelajaran.
Sementara itu, Muhammad Zahari Bakar dari SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur pula diumumkan sebagai calon paling cemerlang di kalangan murid istimewa. Beliau memperoleh kesemua A dalam lapan mata pelajaran yang diambil.
Secara keseluruhannya, Selangor mencatatkan keputusan paling cemerlang peringkat negeri walaupun tiada perbandingan secara rasmi dibuat di kalangan negeri.
Sejumlah 445,102 calon mendaftar menduduki peperiksaan PMR tahun ini dengan 92.9 peratus (413,358) adalah calon sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran, 4.2 peratus (18,584) sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan berkanun, 2.7 peratus (12,030) calon sekolah swasta dan 0.2 peratus atau 1,130 lagi adalah calon persendirian.
``Keputusan PMR kali ini diperoleh melalui proses penetapan standard yang dihadiri oleh dua pakar dari United Kingdom dan Australia iaitu Dr. Anthony Dawson, pakar pengukuran Sains dan Matematik serta Peter Congdon, pakar Pengukuran Pendidikan,'' katanya.
Dawson adalah dari Cambridge International Examination (CIE) United Kingdom sementara Congdon, pakar dari Victorian Curriculum and Assessment Authority (VCAA) Australia.
Calon PMR tahun ini adalah kumpulan pertama yang menduduki mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk tingkatan satu hingga tingkatan tiga.
No comments:
Post a Comment