Sunday, January 08, 2006

Politik penting untuk kuasai masyarakat

Satu perkara yang selalu disalahfaham oleh pelbagai pihak mengenai politik dan Islam. Ada orang berkata politik tidak ada dalam Islam. Teringat satu analogi yang diberi oleh YAB MB Kelantan Tuan Guru Dato Nik Aziz, "politik adalah pilihan, kita gi kedai /pasar nak beli sayur, kita ambil, pegang, tengok sebelum nak membuat keputusan sayur mana nak dibeli sebab takut busuk, ada ulat. Jadi dengan membuat pilihan teliti kita berharap sayur terbaik akan diperolehi. Dalam demokrasi pun sama malah lebih penting lagi dititikberatkan sebelum membuat pemilihan kepimpinan pucuk pimpinan negara, malangnya rakyat tak memahami kepentingan perkara ini. semoga apa yang dijelaskan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dapat merongkai kekusutan mengenai hal tersebut. Kadang-kala ada NGO Islam yang tak mahu terlibat dengan politik atas sebab nak membuktikan mereka non-partisan, tetapi kadang-kadang hal ini menyebabkan Islam lambat menang. Saya harap apa-apa pun NGO Islam bijak dalam ini, jangan sampai krn mereka Islam tewas. Sebaliknya jadilah org yg membantu kemenangan Islam. Kenali musuh sebenar, jangan bertelagah sesama sendiri, akhirnya sema rugi. Kerajaan Islam dibawah Pas telah dapat membuktikan kemampuan mentadbir walaupun tak dinafikan terdapat sedikit sebanyak kelemahan tetapi sikap terbuka Kerajaan Kelantan yg menerima kritikan membolehkan usaha mengatasinya dibuat. Yang penting adalah dasar Islam diletakkan sebagai panduan mentadbir kerajaan.



Politik penting untuk kuasai masyarakat

Thursday, January 05 @ 22:22:13 MYT

MARANG, 5 Jan (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, politik merupakan bidang yang penting untuk menguasai masyarakat.

Justeru itu, katanya Imam al-Ghazali menegaskan di dalam kitabnya bahawa agama adalah asas, kuasa politik adalah pengawas, kalau tidak ada asas akan runtuh dan tidak ada pengawas akan sia-sia.

“Dua aspek ini sangat penting kepada kita umat Islam, kita perlu menyedari bahawa yang menyelamatkan umat ialah Islam.

“Jika kita tegakkan Islam, orang Melayu selamat tetapi jika kita tegakkan Melayu tanpa Islam, Melayu tidak selamat dan semua tidak selamat,” ujarnya.

Beliau menambah, bangsa Arab yang sudah berjuang menentang penjajah dengan semangat nasionalisme dan telah mencapai kemerdekaan dengan kekayaan yang begitu banyak tetapi gagal di negara masing-masing.

Selain itu, katanya lagi, bangsa Arab juga tidak berjaya untuk menyelesaikan masalah Palestin yang dikuasai segelintir orang Yahudi.

“Ini menandakan bahawa peranan agama adalah penting dalam menguasai masyarakat dan agama Islam meletakkan politik merupakan suatu perkara yang penting,” ujarnya.

Sebab itulah, ujarnya, Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah untuk mendirikan negara Islam.

Ini, tambahnya, merupakan aspek politik yang diberikan penekanan oleh Rasulullah s.a.w.

Bagaimanapun, katanya perlu disedari bahawa peranan badan bukan kerajaan (NGO) adalah terbatas untuk menentukan masa depan rakyat.

Ini, katanya kerana NGO tidak diizinkan oleh suasana politik dan kuasa pemerintahan hari ini.

“Kita tidak menafikan semua ada peranan tetapi politik merupakan kunci yang sangat penting untuk mewujudkan suasana yang membolehkan kita membangkitkan umat dan bangsa kita,” ujarnya. – KAM/ayu

Sumber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=17365

No comments: