Friday, June 24, 2005

Rebranding RTM

Artikel dibawa dipetik daripada ruangan Parlimen harakahdaily, RTM sepatutnya telah lama berubah iaitu daripada menjadi alat propanganda parti umno yang menjadi tunjang kepada BN kepada sebuah badan penyiaran yang bersifat professional sebagaimana BBC atau lain-lainnya di negara maju. Kita berharap Rebranding RTM tidak sekadar logo sahaja dengan belanja yang begitu besar, harapnya ia akan membawa perubahan menjadi sebuah baan penyiaran yang meyajikan maklumat berkualiti serta seimbang dan adil kepada semua pihak. Tahniah kepada RTM kerana sudi mejemput pemimpin Pas dalam rancangan Fast Foward baru-baru ini, kita berharap iaya tidak hanya untuk beberapa ketika sahaja tetapi harapnya mejadi titik pemulaan untuk RTM lebih kehadapan. Contohnya menyiarkan sidang parlimen secara langsung(jangan bag alasan kos tinggi, nanti diketawakan orang, kerana menyiarkan perhimpunan agung UMNO tidak mengapa, sedangkan ianya buka untuk kepentingan umum, hanya untuk ahli parti UMNO sahaja, sedangkan sidang Parlimen adalah untuk kepentingan rakyat seluruhnya.




Rebranding' RTM hanya aspek luaran sahaja - Abdul Fatah

Wednesday, June 22 @ 16:30:42 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Penjenamaan semula atau 'rebranding' Radio dan Televiyen Malaysia (RTM) yang menelan belanja berjuta ringgit hanya tertumpu kepada perubahan aspek luaran seperti logo, motto, montaj dan bukannya kandungan yang hendak disampaikan kepada penonton.

Ahli Parlimen Abdul Fatah Harun (PAS-Rantau Panjang) ketika ditemui di lobi parlimen bagi mengulas penjenamaan itu berkata, perkara yang penting ditekankan oleh RTM adalah pengisian yang hendak ditontonkan kepada penonton biarlah rancangan yang memberi kesedaran kepada masyarakat bukannya program yang melalaikan.

Jelasnya, pada hari ini RTM banyak menyiarkan program berbentuk hiburan yang melalaikan, sepatutnya RTM menyediakan rancangan 'Islam Hadhari' bagi memenuhi matlamat Islam Hadhari seperti yang dilaungkan Abdullah Badawi.

"Banyakkan program Islam Hadhari seperti yang diminta Perdana Menteri, ini banyak program hiburan, boleh dikatakan hampir kesemua program menyanyi, semua ini melalaikan terutama golongan remaja," tegas beliau.

Bagaimanapun, katanya, RTM perlu kreatif dan inovatif untuk menerbitkan program-program yang memberi faedah dan kesedaran kepada penonton.

"Misalnya, seperti program 'Bersamamu' yang disiarkan oleh TV3 baru-baru ini, program macam ini bagus memberi kesedaran kepada penonton kenapa RTM tidak boleh cetuskan idea seperti ini," tambahnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Dato' Paduka Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa), yang ditemui berkata, RTM juga perlu membuat perubahan dari segi personaliti penyampai berita yang masih menonjolkan orang lama.

"Ini mungkin salah satu sebab penonton bosan untuk mengikuti berita utama ataupun 'Dunia Hari Ini' yang masih menampilkan penyampai berita lama, dan penyampaiannya kurang berkesan dan tidak menarik minat penonton,"tambahnya.

Di samping itu, Dato' Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) ketika dalam soalan tambahannya berhubung kesan penjenamaan RTM dan jumlah peningkatan penonton sehingga kini kepada Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada sesi soal jawab pagi tadi turut mempertikaikan penjenamaan semula RTM hanya untuk luaran sahaja bukannya pengisian rancangan yang disiarkan.

Perbelanjaan untuk penjenamaan semula RTM, adalah RM120 ribu untuk memperolehi khidmat pakar runding bagi penjenamaan logo baru RTM. Bagi TV1 dan TV2 masing-masing turut melibatkan kos sebanyak RM295 ribu.

Kos penerbitan iklan untuk penjenamaan dan logo RTM melibatkan RM289 ribu; RM622 ribu untuk TV1, RM471 ribu untuk TV2 dan hampir RM379 ribu untuk radio.

Dari segi kos pelancaran pula, untuk logo RTM kos sebanyak RM177 ribu, TV1 sebanyak RM402 ribu dan TV2 sebanyak RM269 ribu.

Untuk kos pengiklanan di semua media utama pula RM262 ribu bagi penjenamaan semula RTM, RM877 ribu untuk TV1, RM491 untuk TV2 dan RM482 untuk radio di seluruh negara. - mks.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14205

No comments: