Tuesday, June 28, 2005

Kebenaran makin terserlah, Kebobrokan UMNO juga semakin Jelas.

Aku memang berminat membaca ulasan-ulasan para pemimpin politik negara, kerana bagiku, perlu bagi seorang rakyat mengetahui apa yang sedang berlaku didalam negaranya. Ulasan YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz adalah merupakan ulasan yag amat aku minati, bah ceramahnya juga aku minati, bagiku tulisa dan ucapan beliau lahir daripada keikhlasan hatina yang ingin melihat masyarakat berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Rakyat Kelantan sangat bertuan memiliki seorang pemimpin seperti beliau, alangkah baiknya jika negeri-negeri lain diMalaysia memiliki pemimpin seperti YAB MB Kelantan. Nampaknya berdasarkan artikel dibawah, UMNO dari atas sampai bawah sudah bergelumang dega tahi, jad wahai rakyat M'sia sekalian yang masih bersama UMNO fikirkanlah sokongan kamu kepada mereka sebelum masanya terlambat. Didepan kamu sudah ada pilihan yang baik, berikan peluang kepada Pas dan BA membuktikan kemampua mereka. Nampaknya Malaysia hari ini, pemimpin gemuk rakyat kurus berlainan benar dengan apa yag berlaku kepada negeri Kelatan dan juga Terengganu ketika diperintah leh Pas (walaupun masih ada kelemahan, tetapi jauh berkali ganda baik daripada UMNO). Saya merasakan ini adalah natijah daripada ajaran Islam yang menjadi teras kepada sebuah parti. Kepada orang Islam sewajarnya kita menyokong apa-apa perkara yang berteras Islam, kepada yag bukan Islam jangan takut, Islam adalah satu sistem hidup untuk semua daripada Tuhan yang Maha Mulia. Kalau nak tolak pun biarka setelah kita mengkaji serta mempunyai maklumat yang cukup dan bukannya berdasarkan emosi, saya yakin orang bukan Islam akan menerima kerana jelas apa yang dibawa oleh Islam adalah baik, ini dibuktikan oleh Kerajaan Kelatan yang menggunapakai Islam sebagai dasar, contoh di Kelantan adalah contoh yag hidup.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahi rasuah dalam Umno
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuesday, June 28 @ 19:06:59 MYT
Sumber http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14371


DENGAN keputusan penggantungan Naib Presiden Umno selama enam tahun, setiausaha politiknya selama tiga tahun, Exco kerajaan Pahang dan Melaka, masing-masing selama dua tahun dan ahli Parlimen Kota Bharu selama tiga tahun, (dan mungkin ada lagi yang lain), maka terbongkarlah sebuah tembelang Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang enggan meneruskan ugutan terhadap saya, suatu ketika dahulu.

Itu belum lagi dicampur dengan 18 kes rasuah berprestij tinggi seperti yang diiklankan oleh Perdana Menteri. Pada asalnya, saya telah diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik tuduhan saya yang mengatakan Umno memang mengamalkan rasuah semasa memenangi pilihanraya umum yang lalu.

Jika dalam pemilihan sesama Umno pun, Umno sanggup menabur wang, apa lagilah apabila mereka berdepan dengan PAS. Kini, muktamadlah yang Umno memang sebuah parti yang mengamalkan rasuah.

Jika Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi pun boleh rasuah sedangkan dia orang nombor tiga dalam parti, maka apa lagi yang masih tinggal dalam Umno. Umno harapan bangsa? Harapan pembela ugama? Harapan tanah air.

Semasa mengikuti komen pemimpin-pemimpin Umno seperti Dato’ Seri Khir Toyo dan beberapa orang yang lain, kita mendengar peringatan-peringatan berbunyi, “kita (pemimpin Umno) perlu tengok kesan hukuman terhadap Umno kerana kita mahu Umno terus mendapat tempat di hati rakyat khususnya orang Melayu. Yang penting ialah ahli dan imej parti.” (Khir Toyo-Berita Minggu 26 Jun 2005).

Jika rakyat betul-betul teliti kata-kata ini, tentu rakyat boleh menjadi semakin keliru. Pertama, masih mahu membelakah lagi Menteri Besar Selangor ke atas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang telah diputuskan bersalah oleh Lembaga Disiplin Partinya sendiri?

Kedua, bagaimana lagi boleh Umno mendapat tempat di hati rakyat jika sudah bergelumang dengan rasuah? Ketiga, menjaga imej apa lagi sesudah Umno sudah tidak berimej? Imej Umno ialah rasuah. Masih adakah maruah?

Jika saya perlu menyokong respons pemimpin Umno, saya lebih menghormati komen Dato’ Shahrir yang berbunyi, “kita perlu bersihkan (Umno) daripada peringkat atas terutama pemimpin jika benar-benar sayangkan parti.” (Berita Minggu 26 Jun 2005).

Kenyataan ini lebih kelihatan jujur walaupun dengan demikian, ia boleh mengesahkan status Umno terkini yang amat busuk. Jika tidak, perlu apa gesaan Shahrir agar partinya itu dibersihkan!

Pada saya, Umno sudah busuk dan tidak layak lagi didekati oleh seluruh makhluk baik manusia atau malaikat. Jika dadah, rakyat digesa supaya menganggapnya sebagai najis maka rasuah telah saya nisbahkan sebagai tahi.

Saya sengaja ingin melahirkan rasa jijik kepada rasuah untuk menimbulkan kebencian dikalangan umat Islam. Ini kerana, Islam menganjurkan kita membenci apa jua bentuk maksiat lebih-lebih lagi rasuah baik dengan tangan atau lidah. Jika takdirnya tidak berdaya, maka ia wajib dibenci dengan hati.

Ada sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang matannya berbunyi begini, “Malaikat tidak akan mendekati orang yang berbohong.” Jika bohong yang biasanya melibatkan dua tiga orang di sekitar kita pun boleh menyebabkan malaikat menjauhi kita inikan pula amalan rasuah yang melibatkan wang rakyat dan mungkin puluhan ribu manusia.

Terlanjur menyentuh isu najis, saya masih ingat lagi semasa bekas Ahli Parlimen PAS dari Sik menulis sebuah novel bertajuk “shit”.

Ramai orang yang marah-marah. Nampaknya, PAS sekali lagi memang mendahului zaman dari segi pemikiran. Setelah lima tahun kemudian, baru kebanyakan rakyat boleh memahami “tahi” yang bagaimana yang telah dimaksudkan oleh PAS itu.

Kita perlu benci sesuatu kemungkaran biar sampai berjejak ke dalam hati. Kita namakan tahi rasuah agar rakyat boleh bayangkan yang kereta yang dibeli dengan wang rasuah adalah kereta yang penuh tahi.

Baju yang dipakai kaki rasuah adalah baju yang berlumuran dengan tahi. Lantai dinding banglonya adalah penuh bersalut dengan tahi. Masyarakat memandang pengamal rasuah sejijik memandang tahi.

PAS secara peribadi mempunyai satu perancangan tersendiri dalam usaha untuk bersama dengan sesiapa jua bagi memerangi rasuah. Kita berhajat benar untuk mendokong Pelan Integriti National (PIN).

Bagaimanapun kita mahu gunakan kaedah Islam. PAS mahu bermula dari prinsip insan yang bersifat hamba. Insan yang dibebankan dengan hukum. Insan yang dihidupkan dengan iman dan takwa kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Insan yang menegakkan makruf dan menentang kemungkaran kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Insan yang akhirnya rindukan syurga dan gerunkan neraka.

Di tengah-tengah kerangka besar itulah saya bercadang untuk menanamkan sifat bencikan rasuah. Perasaan jijikkan rasuah ini biar bertapak kejap dihati setiap rakyat dan berkembang menjadi budaya hidup.

Tiba-tiba, di tengah-tengah impian itu, pemimpin Umno pula yang buat perangai. Saya menjadi serba salah. Jika PAS meneruskan perancangan asal, bermakna PAS akan menghina pemimpin tahi. Kebetulan Lembaga Disiplin Umno sendiri pula yang mengesahkan yang pemimpinnya sendiri telah menjadi “tahi”.

Maksud saya, dalam konteks ini, telah terbukti ada pemimpin Umno yang sudah menjadi tahi rasuah. Sama juga dengan tahi judi, tahi rasuah adalah “tahi”. Izinkan saya pulangkan persoalan ini untuk direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia. Wallahua’lam.
- /mj

No comments: