Kisah Benar: Berikanlah sedikit masa untuk anak tersayang - Bahagian 1
Dilulus terbit pada Saturday, June 25 @ 18:27:26 MYT oleh LinuxPro
Aku juga ingin berkongsi tips bagaimana kita boleh membantu anak2 kita dalam pelajaran nya.
Semalam 23bh June 2005, adalah hari yang pada aku amat bersejarah kerana ia membuka mata atas kelemahan diri aku yang semesti nya aku perlu cuba untuk membaiki nya.
Sekolah anak aku, yang berada di dalam darjah satu (sekolah rendah), mengadakan hari terbuka untuk ibu bapa, supaya dapat berjumpa dan berbincang dengan guru untuk mengetahui kemajuan anak2 mereka dalam pelajaran mereka. Selalu nya kerja sebegini aku serahkan kepada isteri kerana aku selalu sibok.
Tapi hari itu aku luangkan masa untuk sama membuat lawatan dan berbincang dengan guru anak aku. Secara jujur sebenar nya aku tahu walau pun sebelum berjumpa dengan guru nya, yang anak aku mempunyai masalah dalam pelajaran nya. Aku sebagai bapa akui dan menerima nya sebagai orang yang bertanggong jawab dalam kemajuan pelajaran nya.
Untuk pengetahuan umum, anak aku dihantar kesekolah tadika, sebelum masok darjah satu. Jelas sekali yang TADIKA itu tidak dapat membantu beliau. Tapi aku tak boleh meletakan kesilapan itu pada TADIKA tersebut. Sebagai bapa yang bertanggong jawab, aku kena pikul tanggong jawab itu.
Saperti yang di jangka, bila duduk berjumpa guru nya, guru melahirkan pandangan jujur nya atas kemajuan anak aku, yang aku terima dengan hati terbuka. Anak aku termasok dalam 5 pelajar terkebawah. Tapi guru juga komen yang sebenar nya anak aku ni bijak., cuma perlu bimbingan. Aku setuju dengan komen nya. Memang aku pun nampak akan kebijakkan nya, CUMA aku kena luangkan masa untuk anak aku ini.
Guru juga menunjukan pada aku seorang anak perempuan yang juga mempunyai masaalah dalam pelajaran nya. Lebeh kurang macam anak aku lah. Lalu aku ajukan pertanyaan pada guru itu. Bapa dan ibu nya bekerja sebagai apa? Lalu guru menjawab, Bapanya seorang anggota polis, manakala ibu nya suri rumah tangga sepenuh masa. Aku beritahu guru yang aku boleh faham situasi anak perempuan itu.
Tapi ......(bukan untuk membangga diri-untuk pengajaran bersama)... aku beritahu guru itu " cikgu Aku belajar di luar negeri dan pernah menjadi pensyarah Universiti (dah lama berhenti), dan isteri aku seorang pensyarah yang ada Phd dalam bidang Science. Aku sedeh dan malu untuk menerima hakikat ini. Aku tak mahu berdalih. Aku akui kesilapan dan kelemahan aku. Kena terima dan telan walau pun bagaimana pahit sekali pun. Cuma ianya agak sukar ditelan oleh isteri aku. Tapi aku yakin insyaalah anak aku akan improve. Dan telah pun aku lihat kemajuan nya. Mungkin aku mulakan agak lewat tapi belum terlambat.
Sebenarnya aku telah pun memulakan beberapa langkah, tapi agak terlewat sedikit. Just before peperiksaan nya aku telah buat satu program, sebab itu hasil nya belum dapat dilihat pada report card nya kali ini. Walau pun begitu hasil nya telah mula di lihat oleh guru nya. Program inilah yang aku ingin berkongsi dengan rakan2. Guru yakin exam akan datang anak aku akan dapat keputusan yang cemerlang. Insyaalah dengan usaha yang berterusan anak aku akan berjaya.
Tapi yang penting nya luangkan sedikit masa untuk anak kita yang tersayang. Bagi mereka yang sibok, jangan lah berikan kesibokan itu sebagai alasan. Ada cara nya. Aku selalu keluar rumah pukul 6.40 pagi dan balik dan sampai rumah pukul 7.10malam. Itulah routine aku setiap hari. Sebab tu aku kalau boleh nak berhenti kerja lebeh awal kalau. Jika di izinkan Allah.
Ikutilah langkah berikut:
1. Buat satu jadual waktu untuk anak belajar.
2. Bertegas dengan perjalanan jadual waktu ini.
3. Pastikan dalam jadual terdapat: a) dictation- kita baca ayat dan anak menuliskan nya. b) Kita sebut perkiraan campor atau tolak manakala anak kita menulis dan menyelesaikan nya. c) Kita tulis satu ayat panjang, dan suroh anak kita salin semula- ini untuk membaiki kecantikan tulisan nya. d) sediakan juga masa untuk mengaji dalam jadual itu.
4. Bahagian ini amat penting yang kurang diberi perhatian oleh ibu bapa. Proses pembelajaran tidak semesti nya formal. Bahkan pembelajaran yang tidak formal kadang kala lebeh efektif kerana anak tidak rasa tertekan masa belajar. Anak kita boleh belajar semasa kita sedang memasak, membasoh, memandu, tanam pokok bunga, semasa sedang melihat TV atau ketika sedang duduk berihat bersama keluarga.
5. Apa yang anda perlu buat adalah sama saperti item yang tertera di atas, cara nya ikut item 3 dalam keadaan atau situasi 4.
Sekarang ni bila memandu aku akan suroh anak aku mengeja. Contoh " Saya suka memandu kereta warna merah" Sudah tentu untuk ini berjaya anak mesti lah mengenal huruf. Ini sama saperti latih tubi. Penting sekali kita banyak bersabar dan jangan marah pada anak kita. Kepada yang mengeja pun tak boleh ikut langkah di bawah.
Buat kad atau potong kertas 3inci x 3inci. Tuliskan BA BI BU BE BO, TA TI TU TE TO, CA CI CU CE CO, MA MI MU ME MO, ............. DAN SETERUS NYA. JADIKAN INI SEBAGAI PERMAINAN KAD. Bila kita suroh eja BATU maka anak kena sambongkan BA + TU. BACA = BA + CA. etc.
Bila dah OK buat pula kad TAM TIM TUM TEM TOM, BAM BIM BUM BEM BOM, .........
TANG TING TUNG TENG TONG,........ etc. Insyaalh anak akan cepat dapat membaca dengan menggunakan sistem ini.
Semasa memandu kita boleh suroh anak kita mengira yang mudah2 , campor dan tolak.
Insyaalah setelah 3 minggu kita akan dapat melihat hasil nya. Ia nya sungguh mengkagumkan. Dan hasil nya akan membuat bukan sahaja kita gembira, tetapi anak kita juga gembira kerana ia tidak lagi ketinggalan dalam darjah, dan merasa terasing di sebabkan kelemahan dan ketinggalan dalam membaca dan mengira. Dan jika ini berjaya pada anak anda, saya sangat berbesar hati jika anda dapat memberi feedback dan response serta berkongsi tips ini dengan rakan2 yang lain. Kita kongsi pahala bersama.
DEMI untuk masa depan anak, luangkan lah sedikit masa. Ingat jangan sesekali memarahi anak kalau slow dalam belajar. Kita juga bersalah. Kalau nak marah, kita yang sepatut nya di marahi. Dengan izin Allah insyaalah anak kita akan berjaya.
Luangkan masa untuk sesekali duduk bersama dengan anak membaca dan mengira. Sesekali melawatlah sekolah bertanya kabar kemajuan pelajaran anak kita. Terutama nya jika anak kita bermasaalah dalam pelajaran. Pantau kemajuan mereka, check ada ponteng sekolah atau tidak. Kita tak boleh tak ambil peduli, mereka anak kita !!!!
Selamat mencuba"
No comments:
Post a Comment