Tuesday, June 28, 2005

Cendikiawan dan Cendawan

Aku merasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan kepada artikel yang ditulis Prof ini, ada yang OK dan perlu diberi sedkit perhatian oleh Pas yang berjiwa besar. Tetapi byknya ba kata orang putih "rubbish". Kalau begini mutu tulisan seorang prof, inilah yag mungkin disifatkan sesetengah orang, professor kangkung dan upahan.Menulis/komen bukan berdasarka kajian yang baik atau pengamatan teliti dan ikhlas, tapi mengampu. Malang sungguh Malaysia tanahairku mempunyai professor seperti ini. Perkara tetang Islam Hadhari pun tak mampu dia fahami dan lihat bertapa menyelewengnya daripaa Islam sebenar( tolong baca buku Islam banyak sikit, kalau susah sangat gi belajar dengan YB Tuan Guru Dato Seri Hj Hadi). He can give you comprehensive lecture why Pas disagree with Islam Hadhari. Kalau boleh Prof ini perlu cuba menganjurkan dialog atau debat antara Pas dan UMNO (Pas dah offer tapi UMNO berdolak-dalih). Debat bukan nak tunjuk sapa kuat, tetapi hendak mencari kebenaran, kalau boleh biarlah UMNO diwakili oleh Pak Lah dan Pas oleh Tuan Guru Hj Hadi dan siar secara langsung. Prof buka tak tahu budaya dalam akademik, sebelum sesorang lulus PhD dia kena viva atau proses membuktkan tesis kajiannya menyumbang kepada akademik atau idea yang asli dan mampu membawa kebaikan kepada manusia. Begitulah juga tetang Islam dan Islam Hahari. Islam ini dah lama orang tahu memang yang terbaik cuma Islam Hadhari ni masih baru, jadi pihak yang membawanya perlu berani utu berdebat bagi membuktikan teori mereka. Kalau dok berdolak=dalih ni mcm tak confident shj, kalau buat PhD, fail la, apa taknya, viva pun tak berani.

Kerangka atau keranda - Wadah perjuangan Pas selepas muktamar ke-51

Oleh PROF. DR. SYED HUSSEIN ALATAS
Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm


MUKTAMAR Tahunan Pas ke-51 di Kelantan pada 3-5 Jun 2005 telah mendatangkan satu perubahan baru dalam lapisan atasan kepimpinan Pas. Golongan profesional dan mereka yang berpendidikan umum luar dari pengajian agama serta berumur lebih muda dari golongan kepimpinan agama telah dilambung ke atas oleh perwakilan Pas dalam pemilihan pimpinan tersebut.

Ini adalah satu peristiwa yang disambut baik oleh khalayak ramai di kalangan seluruh rakyat Malaysia dan parti-parti politik lainnya. Secara peribadi saya terasa sedikit lega mendengar ucapan pemimpin-pemimpin baru ini. Mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan perubahan dalam sifat perjuangan Pas ke arah yang lebih sihat dan memadai.

Selain dari itu saya rasa ada juga perubahan watak dan sikap berpolitik yang berlainan dengan kepimpinan terdahulu semenjak pas diwujudkan hingga kekalahan di Terengganu dalam pilihan raya terakhir.

Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, menyifatkan pilihan kepimpinan baru itu sebagai hasrat perwakilan muktamar untuk merobah Pas. Salahuddin juga menyatakan bahawa konsep kepimpinan ulama akan tetap dikekalkan dan didukung oleh golongan profesional dan bukan ulama (lihat Harakah, 1-15 Julai 2005).

Ruangan Pengarang Harakah menolak pendapat bahawa golongan ulama mula disingkirkan oleh yang baru dipilih tadi.

Kata Pengarang Harakah, ``Presiden Pas sendiri ketika mengulas selanjutnya kepimpinan yang baru dipilih ini mengatakan bahawa kehadiran beberapa pemimpin yang dianggap lebih terbuka sebagai pemimpin atasan diyakinkan dapat menyuntik perubahan terhadap strategi parti, namun tidak sekali-kali berbeza atau mengubah dasar yang sedia ada.''

Timbalan Presiden baru Pas, Nasharuddin Mat Isa akan berusaha meluaskan pengaruh Pas dan memperbaiki gambaran (imej) Pas yang selama ini ``begitu buruk digambarkan bukan sahaja oleh saingan politik Pas malah media massa dan mereka yang keliru bahawa kononnya Pas adalah parti pelampau, fanatik, jumud dan segalanya.'' (Harakah hal. 4, Editor Fikrah, 16-30 Jun, 2005).

Memang betul gambaran Pas merupakan suatu lukisan yang buruk. Memang tepat hasrat pemimpin-pemimpin lapisan baru hendak memperbaiki gambaran ini. Tetapi yang perlu mereka pertimbangkan ada dua perkara. Pertama unsur-unsur gambaran ini sebahagiannya dilahirkan oleh pihak Pas sendiri. Kedua golongan pimpinan baru ini mesti sanggup merobohkan halangan-halangan dari dalam Pas sendiri.

Halangan-halangan ini terdapat juga dalam dua bahagian. Pertama, apa yang dianggap dasar yang kekal, tidak boleh diubah, seperti konsep negara Islam Pas. Kedua, ucapan pemimpin-pemimpin agama Pas, serta perwatakan dan cara menangani sesuatu masalah, termasuk polisi-polisi tertentu.

Sebelum saya mengulas contoh-contoh bagi yang di atas, ingin saya jelaskan di sini syarat-syarat perubahan yang perlu dipatuhi oleh setiap perubahan yang jati bagi semua parti politik terutama UMNO yang sedang meneraju kapal, sedangkan Pas yang masih berusaha untuk naik ke kapal dan menggantikan nakhodanya.

Demikian syarat-syarat ini: (1) Pimpinan mesti mempunyai keazaman yang jujur dan tabah, padat jiwanya dengan tujuan perjuangan. (2) Pimpinan mesti bertindak dalam kerangka ideologi atas dasar kemanusiaan yang berakar agama bagi kita umat Islam dan juga mereka yang bukan Islam dengan agama masing-masing. Dasar kemanusiaan ini merangkupi sistem ekonomi, kewangan, keadilan-sosial, falsafah pembangunan, akhlak, politik menentang rasuah, memelihara alam sekitar dan sebagainya. (3) Penerapan dasar-dasar ini dalam bidang praktikal mesti dipandu kuat oleh perhitungan akal, pemahaman mendalami isu-isu semasa diikuti dengan perancangan-perancangan yang betul dan meluas. (4) Pimpinan mesti mempunyai tenaga berfikir secara mendalam dan menyeluruh (holistic) bukan sebagai tiung yang hanya tahu berbising dengan kata murni tanpa mengetahui maknanya. Beberapa tahun dahulu di rumah emak saudara saya di Jakarta, saya disambut dengan `assalamualaikum' oleh seekor tiung. Terlintas di fikiran saya, wah, tiung ini macam sesetengah ahli politik, tahu mengucapkan kata-kata yang baik tetapi tidak tahu maknanya. (5) Ahli-ahli politik terutama pimpinan mesti banyak membaca. Politik bukan teh tarik, minum, telan, asal rasanya sedap tanpa perlu membaca tentang teh, gula dan susu. Sebetulnya sekitar teh tarik pun kita perlu membaca tentang sifat-sifat sebenarnya yang kita telan. (6) Akhir sekali pimpinan politik mesti faham tentang apa yang dianggap dasar yang kekal, perlu atau tidak ia diperbaiki atau dirobah.

Itulah jalan yang harus diteroka oleh pimpinan politik yang ingin mengadakan perubahan. Jika ini tidak dilaksanakan maka ia akan menjadi riuh suara tiung yang tidak memahami kesan suara palsunya itu dan tidak disusuli oleh langkah-langkah menerapkan tujuan yang disuarakan.

Di saat ini memang terlalu awal untuk kita menilai usaha perubahan dalam Pas. Terdengar juga bahawa ucapan-ucapan mengkafirkan lawan politik di kalangan sesama Muslim tidak akan diteruskan. Di kalangan pimpinan agama Pas sikap ini nampaknya masih kental walaupun kata-kata lain digunakan seperti fasik dan munafik.

Ingin saya bertanya di sini pandangan golongan pimpinan profesional dan bukan ulama Pas terhadap ucapan Zulkifli Ismail, wakil Dewan Ulama Pas, dalam terbitan harakah yang telah disebut di atas. Selain mengatakan Islam Hadhari UMNO itu menyeleweng dan bersifat bidaah, UMNO ``menggabungkan antara akal dan nakal''. Islam Hadhari mengelirukan agama, menarik yang jahil dan cuba menyesatkan golongan fasik. Islam yang dikemukakan berbentuk palsu dan mengundang suatu malapetaka yang besar. Demikian pendapat Zulkifli Ismail, wakil Dewan Ulama Pas di Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Dewan Duyung, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Yang jadi masalah di sini cara berfikir dan berbahas yang menduyung sebelum jatuh. Memang benar sesetengah itu berhak tidak menyetujui sesuatu seperti Islam Hadhari tetapi cara dan hujah untuk menolaknya jangan bersifat tuduhan semata-mata. Saya yakin bahawa pimpinan baru Pas akan dapat merobah cara menentang pendapat yang tidak disetujui, terutama dari golongan ulama Pas, jika itu juga termasuk tujuan perubahan bagi merapatkan hubungan yang lebih sesuai dengan pihak-pihak Muslim lainnya.

Perlu juga pimpinan baru Pas menyatakan pendirian tentang negara Islam yang digubah oleh golongan ulama Pas di Kelantan beberapa tahun dahulu. Apakah ini yang akan dilaksanakan jika Pas berkuasa di peringkat Dewan Rakyat? Apakah undang-undang tubuh Kerajaan Malaysia akan dirobah? Apa yang akan dirobah? Apa konsep negara Islam secara terperinci? Inilah soal-soal yang perlu dijelaskan oleh pimpinan baru. Apa yang dimaksudkan dengan kepimpinan ulama dalam peranan parti Pas?

Pas menolak Islam Hadhari. Apakah Pas juga menolak politik hadhari? Yang nyata diinginkan oleh pimpinan baru Pas adalah politik semasa, politik hadhari. Perlu juga diperhatikan sifat tepat - sesuai dalam bahasa Inggeris consistent, tidak bercanggahan tujuan.

Pas mengkritik dengan kerasnya sifat kebendaan, menentang beri kondom untuk mencegah penyakit Aids dengan alasan kita membantu hubungan seks di luar nikah. Saya terkejut jatuh, dari kerusi, tertampar iklan seks Harakah, satu halaman penuh tentang penawar untuk lelaki yang boleh menambah kebahagiaan perempuan. Penawar itu disimpulkan sebagai berikut: ``Meningkatkan syahwat nafsu ketegangan yang ketara, membesarkan saiz, menghidupkan sel-sel baru, dan seterusnya.''

Penawar ini sebagaimana kondom dapat digunakan oleh semua dalam dan luar nikah. Adakah Pas menggalakkan kebahagiaan seks luar nikah? Jika tidak, mengapa kerajaan dianggap demikian jika memberikan kondom kepada penagih dadah? Apa pendapat pimpinan baru Pas terhadap iklan ini? (Harakah, 16-30 Jun, 2005, hal. 29).

No comments: