Tuesday, June 28, 2005

Cendikiawan dan Cendawan

Aku merasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan kepada artikel yang ditulis Prof ini, ada yang OK dan perlu diberi sedkit perhatian oleh Pas yang berjiwa besar. Tetapi byknya ba kata orang putih "rubbish". Kalau begini mutu tulisan seorang prof, inilah yag mungkin disifatkan sesetengah orang, professor kangkung dan upahan.Menulis/komen bukan berdasarka kajian yang baik atau pengamatan teliti dan ikhlas, tapi mengampu. Malang sungguh Malaysia tanahairku mempunyai professor seperti ini. Perkara tetang Islam Hadhari pun tak mampu dia fahami dan lihat bertapa menyelewengnya daripaa Islam sebenar( tolong baca buku Islam banyak sikit, kalau susah sangat gi belajar dengan YB Tuan Guru Dato Seri Hj Hadi). He can give you comprehensive lecture why Pas disagree with Islam Hadhari. Kalau boleh Prof ini perlu cuba menganjurkan dialog atau debat antara Pas dan UMNO (Pas dah offer tapi UMNO berdolak-dalih). Debat bukan nak tunjuk sapa kuat, tetapi hendak mencari kebenaran, kalau boleh biarlah UMNO diwakili oleh Pak Lah dan Pas oleh Tuan Guru Hj Hadi dan siar secara langsung. Prof buka tak tahu budaya dalam akademik, sebelum sesorang lulus PhD dia kena viva atau proses membuktkan tesis kajiannya menyumbang kepada akademik atau idea yang asli dan mampu membawa kebaikan kepada manusia. Begitulah juga tetang Islam dan Islam Hahari. Islam ini dah lama orang tahu memang yang terbaik cuma Islam Hadhari ni masih baru, jadi pihak yang membawanya perlu berani utu berdebat bagi membuktikan teori mereka. Kalau dok berdolak=dalih ni mcm tak confident shj, kalau buat PhD, fail la, apa taknya, viva pun tak berani.

Kerangka atau keranda - Wadah perjuangan Pas selepas muktamar ke-51

Oleh PROF. DR. SYED HUSSEIN ALATAS
Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm


MUKTAMAR Tahunan Pas ke-51 di Kelantan pada 3-5 Jun 2005 telah mendatangkan satu perubahan baru dalam lapisan atasan kepimpinan Pas. Golongan profesional dan mereka yang berpendidikan umum luar dari pengajian agama serta berumur lebih muda dari golongan kepimpinan agama telah dilambung ke atas oleh perwakilan Pas dalam pemilihan pimpinan tersebut.

Ini adalah satu peristiwa yang disambut baik oleh khalayak ramai di kalangan seluruh rakyat Malaysia dan parti-parti politik lainnya. Secara peribadi saya terasa sedikit lega mendengar ucapan pemimpin-pemimpin baru ini. Mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan perubahan dalam sifat perjuangan Pas ke arah yang lebih sihat dan memadai.

Selain dari itu saya rasa ada juga perubahan watak dan sikap berpolitik yang berlainan dengan kepimpinan terdahulu semenjak pas diwujudkan hingga kekalahan di Terengganu dalam pilihan raya terakhir.

Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, menyifatkan pilihan kepimpinan baru itu sebagai hasrat perwakilan muktamar untuk merobah Pas. Salahuddin juga menyatakan bahawa konsep kepimpinan ulama akan tetap dikekalkan dan didukung oleh golongan profesional dan bukan ulama (lihat Harakah, 1-15 Julai 2005).

Ruangan Pengarang Harakah menolak pendapat bahawa golongan ulama mula disingkirkan oleh yang baru dipilih tadi.

Kata Pengarang Harakah, ``Presiden Pas sendiri ketika mengulas selanjutnya kepimpinan yang baru dipilih ini mengatakan bahawa kehadiran beberapa pemimpin yang dianggap lebih terbuka sebagai pemimpin atasan diyakinkan dapat menyuntik perubahan terhadap strategi parti, namun tidak sekali-kali berbeza atau mengubah dasar yang sedia ada.''

Timbalan Presiden baru Pas, Nasharuddin Mat Isa akan berusaha meluaskan pengaruh Pas dan memperbaiki gambaran (imej) Pas yang selama ini ``begitu buruk digambarkan bukan sahaja oleh saingan politik Pas malah media massa dan mereka yang keliru bahawa kononnya Pas adalah parti pelampau, fanatik, jumud dan segalanya.'' (Harakah hal. 4, Editor Fikrah, 16-30 Jun, 2005).

Memang betul gambaran Pas merupakan suatu lukisan yang buruk. Memang tepat hasrat pemimpin-pemimpin lapisan baru hendak memperbaiki gambaran ini. Tetapi yang perlu mereka pertimbangkan ada dua perkara. Pertama unsur-unsur gambaran ini sebahagiannya dilahirkan oleh pihak Pas sendiri. Kedua golongan pimpinan baru ini mesti sanggup merobohkan halangan-halangan dari dalam Pas sendiri.

Halangan-halangan ini terdapat juga dalam dua bahagian. Pertama, apa yang dianggap dasar yang kekal, tidak boleh diubah, seperti konsep negara Islam Pas. Kedua, ucapan pemimpin-pemimpin agama Pas, serta perwatakan dan cara menangani sesuatu masalah, termasuk polisi-polisi tertentu.

Sebelum saya mengulas contoh-contoh bagi yang di atas, ingin saya jelaskan di sini syarat-syarat perubahan yang perlu dipatuhi oleh setiap perubahan yang jati bagi semua parti politik terutama UMNO yang sedang meneraju kapal, sedangkan Pas yang masih berusaha untuk naik ke kapal dan menggantikan nakhodanya.

Demikian syarat-syarat ini: (1) Pimpinan mesti mempunyai keazaman yang jujur dan tabah, padat jiwanya dengan tujuan perjuangan. (2) Pimpinan mesti bertindak dalam kerangka ideologi atas dasar kemanusiaan yang berakar agama bagi kita umat Islam dan juga mereka yang bukan Islam dengan agama masing-masing. Dasar kemanusiaan ini merangkupi sistem ekonomi, kewangan, keadilan-sosial, falsafah pembangunan, akhlak, politik menentang rasuah, memelihara alam sekitar dan sebagainya. (3) Penerapan dasar-dasar ini dalam bidang praktikal mesti dipandu kuat oleh perhitungan akal, pemahaman mendalami isu-isu semasa diikuti dengan perancangan-perancangan yang betul dan meluas. (4) Pimpinan mesti mempunyai tenaga berfikir secara mendalam dan menyeluruh (holistic) bukan sebagai tiung yang hanya tahu berbising dengan kata murni tanpa mengetahui maknanya. Beberapa tahun dahulu di rumah emak saudara saya di Jakarta, saya disambut dengan `assalamualaikum' oleh seekor tiung. Terlintas di fikiran saya, wah, tiung ini macam sesetengah ahli politik, tahu mengucapkan kata-kata yang baik tetapi tidak tahu maknanya. (5) Ahli-ahli politik terutama pimpinan mesti banyak membaca. Politik bukan teh tarik, minum, telan, asal rasanya sedap tanpa perlu membaca tentang teh, gula dan susu. Sebetulnya sekitar teh tarik pun kita perlu membaca tentang sifat-sifat sebenarnya yang kita telan. (6) Akhir sekali pimpinan politik mesti faham tentang apa yang dianggap dasar yang kekal, perlu atau tidak ia diperbaiki atau dirobah.

Itulah jalan yang harus diteroka oleh pimpinan politik yang ingin mengadakan perubahan. Jika ini tidak dilaksanakan maka ia akan menjadi riuh suara tiung yang tidak memahami kesan suara palsunya itu dan tidak disusuli oleh langkah-langkah menerapkan tujuan yang disuarakan.

Di saat ini memang terlalu awal untuk kita menilai usaha perubahan dalam Pas. Terdengar juga bahawa ucapan-ucapan mengkafirkan lawan politik di kalangan sesama Muslim tidak akan diteruskan. Di kalangan pimpinan agama Pas sikap ini nampaknya masih kental walaupun kata-kata lain digunakan seperti fasik dan munafik.

Ingin saya bertanya di sini pandangan golongan pimpinan profesional dan bukan ulama Pas terhadap ucapan Zulkifli Ismail, wakil Dewan Ulama Pas, dalam terbitan harakah yang telah disebut di atas. Selain mengatakan Islam Hadhari UMNO itu menyeleweng dan bersifat bidaah, UMNO ``menggabungkan antara akal dan nakal''. Islam Hadhari mengelirukan agama, menarik yang jahil dan cuba menyesatkan golongan fasik. Islam yang dikemukakan berbentuk palsu dan mengundang suatu malapetaka yang besar. Demikian pendapat Zulkifli Ismail, wakil Dewan Ulama Pas di Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Dewan Duyung, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Yang jadi masalah di sini cara berfikir dan berbahas yang menduyung sebelum jatuh. Memang benar sesetengah itu berhak tidak menyetujui sesuatu seperti Islam Hadhari tetapi cara dan hujah untuk menolaknya jangan bersifat tuduhan semata-mata. Saya yakin bahawa pimpinan baru Pas akan dapat merobah cara menentang pendapat yang tidak disetujui, terutama dari golongan ulama Pas, jika itu juga termasuk tujuan perubahan bagi merapatkan hubungan yang lebih sesuai dengan pihak-pihak Muslim lainnya.

Perlu juga pimpinan baru Pas menyatakan pendirian tentang negara Islam yang digubah oleh golongan ulama Pas di Kelantan beberapa tahun dahulu. Apakah ini yang akan dilaksanakan jika Pas berkuasa di peringkat Dewan Rakyat? Apakah undang-undang tubuh Kerajaan Malaysia akan dirobah? Apa yang akan dirobah? Apa konsep negara Islam secara terperinci? Inilah soal-soal yang perlu dijelaskan oleh pimpinan baru. Apa yang dimaksudkan dengan kepimpinan ulama dalam peranan parti Pas?

Pas menolak Islam Hadhari. Apakah Pas juga menolak politik hadhari? Yang nyata diinginkan oleh pimpinan baru Pas adalah politik semasa, politik hadhari. Perlu juga diperhatikan sifat tepat - sesuai dalam bahasa Inggeris consistent, tidak bercanggahan tujuan.

Pas mengkritik dengan kerasnya sifat kebendaan, menentang beri kondom untuk mencegah penyakit Aids dengan alasan kita membantu hubungan seks di luar nikah. Saya terkejut jatuh, dari kerusi, tertampar iklan seks Harakah, satu halaman penuh tentang penawar untuk lelaki yang boleh menambah kebahagiaan perempuan. Penawar itu disimpulkan sebagai berikut: ``Meningkatkan syahwat nafsu ketegangan yang ketara, membesarkan saiz, menghidupkan sel-sel baru, dan seterusnya.''

Penawar ini sebagaimana kondom dapat digunakan oleh semua dalam dan luar nikah. Adakah Pas menggalakkan kebahagiaan seks luar nikah? Jika tidak, mengapa kerajaan dianggap demikian jika memberikan kondom kepada penagih dadah? Apa pendapat pimpinan baru Pas terhadap iklan ini? (Harakah, 16-30 Jun, 2005, hal. 29).

Kebenaran makin terserlah, Kebobrokan UMNO juga semakin Jelas.

Aku memang berminat membaca ulasan-ulasan para pemimpin politik negara, kerana bagiku, perlu bagi seorang rakyat mengetahui apa yang sedang berlaku didalam negaranya. Ulasan YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz adalah merupakan ulasan yag amat aku minati, bah ceramahnya juga aku minati, bagiku tulisa dan ucapan beliau lahir daripada keikhlasan hatina yang ingin melihat masyarakat berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Rakyat Kelantan sangat bertuan memiliki seorang pemimpin seperti beliau, alangkah baiknya jika negeri-negeri lain diMalaysia memiliki pemimpin seperti YAB MB Kelantan. Nampaknya berdasarkan artikel dibawah, UMNO dari atas sampai bawah sudah bergelumang dega tahi, jad wahai rakyat M'sia sekalian yang masih bersama UMNO fikirkanlah sokongan kamu kepada mereka sebelum masanya terlambat. Didepan kamu sudah ada pilihan yang baik, berikan peluang kepada Pas dan BA membuktikan kemampua mereka. Nampaknya Malaysia hari ini, pemimpin gemuk rakyat kurus berlainan benar dengan apa yag berlaku kepada negeri Kelatan dan juga Terengganu ketika diperintah leh Pas (walaupun masih ada kelemahan, tetapi jauh berkali ganda baik daripada UMNO). Saya merasakan ini adalah natijah daripada ajaran Islam yang menjadi teras kepada sebuah parti. Kepada orang Islam sewajarnya kita menyokong apa-apa perkara yang berteras Islam, kepada yag bukan Islam jangan takut, Islam adalah satu sistem hidup untuk semua daripada Tuhan yang Maha Mulia. Kalau nak tolak pun biarka setelah kita mengkaji serta mempunyai maklumat yang cukup dan bukannya berdasarkan emosi, saya yakin orang bukan Islam akan menerima kerana jelas apa yang dibawa oleh Islam adalah baik, ini dibuktikan oleh Kerajaan Kelatan yang menggunapakai Islam sebagai dasar, contoh di Kelantan adalah contoh yag hidup.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahi rasuah dalam Umno
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuesday, June 28 @ 19:06:59 MYT
Sumber http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14371


DENGAN keputusan penggantungan Naib Presiden Umno selama enam tahun, setiausaha politiknya selama tiga tahun, Exco kerajaan Pahang dan Melaka, masing-masing selama dua tahun dan ahli Parlimen Kota Bharu selama tiga tahun, (dan mungkin ada lagi yang lain), maka terbongkarlah sebuah tembelang Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang enggan meneruskan ugutan terhadap saya, suatu ketika dahulu.

Itu belum lagi dicampur dengan 18 kes rasuah berprestij tinggi seperti yang diiklankan oleh Perdana Menteri. Pada asalnya, saya telah diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik tuduhan saya yang mengatakan Umno memang mengamalkan rasuah semasa memenangi pilihanraya umum yang lalu.

Jika dalam pemilihan sesama Umno pun, Umno sanggup menabur wang, apa lagilah apabila mereka berdepan dengan PAS. Kini, muktamadlah yang Umno memang sebuah parti yang mengamalkan rasuah.

Jika Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi pun boleh rasuah sedangkan dia orang nombor tiga dalam parti, maka apa lagi yang masih tinggal dalam Umno. Umno harapan bangsa? Harapan pembela ugama? Harapan tanah air.

Semasa mengikuti komen pemimpin-pemimpin Umno seperti Dato’ Seri Khir Toyo dan beberapa orang yang lain, kita mendengar peringatan-peringatan berbunyi, “kita (pemimpin Umno) perlu tengok kesan hukuman terhadap Umno kerana kita mahu Umno terus mendapat tempat di hati rakyat khususnya orang Melayu. Yang penting ialah ahli dan imej parti.” (Khir Toyo-Berita Minggu 26 Jun 2005).

Jika rakyat betul-betul teliti kata-kata ini, tentu rakyat boleh menjadi semakin keliru. Pertama, masih mahu membelakah lagi Menteri Besar Selangor ke atas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang telah diputuskan bersalah oleh Lembaga Disiplin Partinya sendiri?

Kedua, bagaimana lagi boleh Umno mendapat tempat di hati rakyat jika sudah bergelumang dengan rasuah? Ketiga, menjaga imej apa lagi sesudah Umno sudah tidak berimej? Imej Umno ialah rasuah. Masih adakah maruah?

Jika saya perlu menyokong respons pemimpin Umno, saya lebih menghormati komen Dato’ Shahrir yang berbunyi, “kita perlu bersihkan (Umno) daripada peringkat atas terutama pemimpin jika benar-benar sayangkan parti.” (Berita Minggu 26 Jun 2005).

Kenyataan ini lebih kelihatan jujur walaupun dengan demikian, ia boleh mengesahkan status Umno terkini yang amat busuk. Jika tidak, perlu apa gesaan Shahrir agar partinya itu dibersihkan!

Pada saya, Umno sudah busuk dan tidak layak lagi didekati oleh seluruh makhluk baik manusia atau malaikat. Jika dadah, rakyat digesa supaya menganggapnya sebagai najis maka rasuah telah saya nisbahkan sebagai tahi.

Saya sengaja ingin melahirkan rasa jijik kepada rasuah untuk menimbulkan kebencian dikalangan umat Islam. Ini kerana, Islam menganjurkan kita membenci apa jua bentuk maksiat lebih-lebih lagi rasuah baik dengan tangan atau lidah. Jika takdirnya tidak berdaya, maka ia wajib dibenci dengan hati.

Ada sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang matannya berbunyi begini, “Malaikat tidak akan mendekati orang yang berbohong.” Jika bohong yang biasanya melibatkan dua tiga orang di sekitar kita pun boleh menyebabkan malaikat menjauhi kita inikan pula amalan rasuah yang melibatkan wang rakyat dan mungkin puluhan ribu manusia.

Terlanjur menyentuh isu najis, saya masih ingat lagi semasa bekas Ahli Parlimen PAS dari Sik menulis sebuah novel bertajuk “shit”.

Ramai orang yang marah-marah. Nampaknya, PAS sekali lagi memang mendahului zaman dari segi pemikiran. Setelah lima tahun kemudian, baru kebanyakan rakyat boleh memahami “tahi” yang bagaimana yang telah dimaksudkan oleh PAS itu.

Kita perlu benci sesuatu kemungkaran biar sampai berjejak ke dalam hati. Kita namakan tahi rasuah agar rakyat boleh bayangkan yang kereta yang dibeli dengan wang rasuah adalah kereta yang penuh tahi.

Baju yang dipakai kaki rasuah adalah baju yang berlumuran dengan tahi. Lantai dinding banglonya adalah penuh bersalut dengan tahi. Masyarakat memandang pengamal rasuah sejijik memandang tahi.

PAS secara peribadi mempunyai satu perancangan tersendiri dalam usaha untuk bersama dengan sesiapa jua bagi memerangi rasuah. Kita berhajat benar untuk mendokong Pelan Integriti National (PIN).

Bagaimanapun kita mahu gunakan kaedah Islam. PAS mahu bermula dari prinsip insan yang bersifat hamba. Insan yang dibebankan dengan hukum. Insan yang dihidupkan dengan iman dan takwa kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Insan yang menegakkan makruf dan menentang kemungkaran kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Insan yang akhirnya rindukan syurga dan gerunkan neraka.

Di tengah-tengah kerangka besar itulah saya bercadang untuk menanamkan sifat bencikan rasuah. Perasaan jijikkan rasuah ini biar bertapak kejap dihati setiap rakyat dan berkembang menjadi budaya hidup.

Tiba-tiba, di tengah-tengah impian itu, pemimpin Umno pula yang buat perangai. Saya menjadi serba salah. Jika PAS meneruskan perancangan asal, bermakna PAS akan menghina pemimpin tahi. Kebetulan Lembaga Disiplin Umno sendiri pula yang mengesahkan yang pemimpinnya sendiri telah menjadi “tahi”.

Maksud saya, dalam konteks ini, telah terbukti ada pemimpin Umno yang sudah menjadi tahi rasuah. Sama juga dengan tahi judi, tahi rasuah adalah “tahi”. Izinkan saya pulangkan persoalan ini untuk direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia. Wallahua’lam.
- /mj

Sunday, June 26, 2005

Rasuah Politik Vs Politik Wang

Tak semena-mena, heboh seluruh negara Isa Samad, Naib Presiden UMNO dan Menteri kabinet M'sia dihukum gantung tak bertali selama 6 thn kerana mengamalkan rasuah politi bagi menang dlm pertandingan parti tersebut. Teringat aku kepada kata-kata Mohd Sabu, Naib Presiden Pas, "UMNO dengan rasuah politik seperti tahi dengan bau, tak boleh dipisahkan". Masalah rasuah ini telah menjadi barah di M'sia, dalam rangking dunia pun dapat no 23 paling byk rasuah. Dengan kata lain rasuah ada dimana-mana diM'sia. Bagaimana kita nak harapkan kerajaan memerangi rasuah jika anggota kabinet kerajaan sendiri mengamalkan rasuah. Sebenarnya rasuah bukan sekadar memberikan wang shj, menyalahgunakan kuasa untuk menggugut org lain aripada bertanding atau menyokong calo tertentu pun dikira rasuah juga. Dulu Pak Lah pun telah dikatakan menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk memastikkan tiada bhg UMNO yg akan memberikan pencalonan presiden kepada org lain, tetapi KULI dapat juga 1 pencalonan drpd Gua Musang. Kalau disiasat dengan adil dan telus , saya rasa Pak Lah pun kena gantung mcm Isa Samad. Jadi wajarlah UMNO rehat dulu atau masuk ICU. Kalau ditakdirkan mati, terimalah dengan hati terbuka kerana mugkin lebih baik utk rakyat. Memerangi rasuah sebenarnya memerlukan keimanan yg mantap, tanpa iman yg mantap tak mampu individu nak menolak, apakah dlm UMNO mengajarkan semua itu kepada ahlinya, rasanya tidak. Jika rakyat ingin melihat Malaysia lebih bersih dan mengimpikan sebuah kerajaa yg pro-rakyat makan undilah BA 2008. Kepada BA buat lah persediaan sebagai sebuah gabungan yg akan mengambil alih pemeritahan dan elakkan perselisihan sesama sendiri. Sudah lama rakyat menanti utk sebuah kerajaan yg adil memerintah M'sia. Jangan biarkan BN menodai SPR yg akhirnya mancalarkan demokrasi dan mengekalkan mereka sebagai pemerintah zalim.

Saturday, June 25, 2005

Pengajaran:renungan semua

Sumber:http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1870&mode=&order=0&thold=0

Kisah Benar: Berikanlah sedikit masa untuk anak tersayang - Bahagian 1

Dilulus terbit pada Saturday, June 25 @ 18:27:26 MYT oleh LinuxPro
Kisah Pengajaran ramlisdar menulis - "Ini adalah satu kisah benar yang ingin aku kongsi bersama dengan pengunjung TRANUNGKITE. Sungguh pun dengan memaparkan cerita ini, secara tak langsong membuka pekong aku dan keluarga, tapi aku rasa ia adalah satu pengajaran yang berharga yang boleh di ambil sebagai contoh dan di kongsi bersama.

Aku juga ingin berkongsi tips bagaimana kita boleh membantu anak2 kita dalam pelajaran nya.

Semalam 23bh June 2005, adalah hari yang pada aku amat bersejarah kerana ia membuka mata atas kelemahan diri aku yang semesti nya aku perlu cuba untuk membaiki nya.

Sekolah anak aku, yang berada di dalam darjah satu (sekolah rendah), mengadakan hari terbuka untuk ibu bapa, supaya dapat berjumpa dan berbincang dengan guru untuk mengetahui kemajuan anak2 mereka dalam pelajaran mereka. Selalu nya kerja sebegini aku serahkan kepada isteri kerana aku selalu sibok.

Tapi hari itu aku luangkan masa untuk sama membuat lawatan dan berbincang dengan guru anak aku. Secara jujur sebenar nya aku tahu walau pun sebelum berjumpa dengan guru nya, yang anak aku mempunyai masalah dalam pelajaran nya. Aku sebagai bapa akui dan menerima nya sebagai orang yang bertanggong jawab dalam kemajuan pelajaran nya.

Untuk pengetahuan umum, anak aku dihantar kesekolah tadika, sebelum masok darjah satu. Jelas sekali yang TADIKA itu tidak dapat membantu beliau. Tapi aku tak boleh meletakan kesilapan itu pada TADIKA tersebut. Sebagai bapa yang bertanggong jawab, aku kena pikul tanggong jawab itu.

Saperti yang di jangka, bila duduk berjumpa guru nya, guru melahirkan pandangan jujur nya atas kemajuan anak aku, yang aku terima dengan hati terbuka. Anak aku termasok dalam 5 pelajar terkebawah. Tapi guru juga komen yang sebenar nya anak aku ni bijak., cuma perlu bimbingan. Aku setuju dengan komen nya. Memang aku pun nampak akan kebijakkan nya, CUMA aku kena luangkan masa untuk anak aku ini.

Guru juga menunjukan pada aku seorang anak perempuan yang juga mempunyai masaalah dalam pelajaran nya. Lebeh kurang macam anak aku lah. Lalu aku ajukan pertanyaan pada guru itu. Bapa dan ibu nya bekerja sebagai apa? Lalu guru menjawab, Bapanya seorang anggota polis, manakala ibu nya suri rumah tangga sepenuh masa. Aku beritahu guru yang aku boleh faham situasi anak perempuan itu.

Tapi ......(bukan untuk membangga diri-untuk pengajaran bersama)... aku beritahu guru itu " cikgu Aku belajar di luar negeri dan pernah menjadi pensyarah Universiti (dah lama berhenti), dan isteri aku seorang pensyarah yang ada Phd dalam bidang Science. Aku sedeh dan malu untuk menerima hakikat ini. Aku tak mahu berdalih. Aku akui kesilapan dan kelemahan aku. Kena terima dan telan walau pun bagaimana pahit sekali pun. Cuma ianya agak sukar ditelan oleh isteri aku. Tapi aku yakin insyaalah anak aku akan improve. Dan telah pun aku lihat kemajuan nya. Mungkin aku mulakan agak lewat tapi belum terlambat.

Sebenarnya aku telah pun memulakan beberapa langkah, tapi agak terlewat sedikit. Just before peperiksaan nya aku telah buat satu program, sebab itu hasil nya belum dapat dilihat pada report card nya kali ini. Walau pun begitu hasil nya telah mula di lihat oleh guru nya. Program inilah yang aku ingin berkongsi dengan rakan2. Guru yakin exam akan datang anak aku akan dapat keputusan yang cemerlang. Insyaalah dengan usaha yang berterusan anak aku akan berjaya.

Tapi yang penting nya luangkan sedikit masa untuk anak kita yang tersayang. Bagi mereka yang sibok, jangan lah berikan kesibokan itu sebagai alasan. Ada cara nya. Aku selalu keluar rumah pukul 6.40 pagi dan balik dan sampai rumah pukul 7.10malam. Itulah routine aku setiap hari. Sebab tu aku kalau boleh nak berhenti kerja lebeh awal kalau. Jika di izinkan Allah.

Ikutilah langkah berikut:
1. Buat satu jadual waktu untuk anak belajar.
2. Bertegas dengan perjalanan jadual waktu ini.
3. Pastikan dalam jadual terdapat: a) dictation- kita baca ayat dan anak menuliskan nya. b) Kita sebut perkiraan campor atau tolak manakala anak kita menulis dan menyelesaikan nya. c) Kita tulis satu ayat panjang, dan suroh anak kita salin semula- ini untuk membaiki kecantikan tulisan nya. d) sediakan juga masa untuk mengaji dalam jadual itu.
4. Bahagian ini amat penting yang kurang diberi perhatian oleh ibu bapa. Proses pembelajaran tidak semesti nya formal. Bahkan pembelajaran yang tidak formal kadang kala lebeh efektif kerana anak tidak rasa tertekan masa belajar. Anak kita boleh belajar semasa kita sedang memasak, membasoh, memandu, tanam pokok bunga, semasa sedang melihat TV atau ketika sedang duduk berihat bersama keluarga.
5. Apa yang anda perlu buat adalah sama saperti item yang tertera di atas, cara nya ikut item 3 dalam keadaan atau situasi 4.

Sekarang ni bila memandu aku akan suroh anak aku mengeja. Contoh " Saya suka memandu kereta warna merah" Sudah tentu untuk ini berjaya anak mesti lah mengenal huruf. Ini sama saperti latih tubi. Penting sekali kita banyak bersabar dan jangan marah pada anak kita. Kepada yang mengeja pun tak boleh ikut langkah di bawah.

Buat kad atau potong kertas 3inci x 3inci. Tuliskan BA BI BU BE BO, TA TI TU TE TO, CA CI CU CE CO, MA MI MU ME MO, ............. DAN SETERUS NYA. JADIKAN INI SEBAGAI PERMAINAN KAD. Bila kita suroh eja BATU maka anak kena sambongkan BA + TU. BACA = BA + CA. etc.

Bila dah OK buat pula kad TAM TIM TUM TEM TOM, BAM BIM BUM BEM BOM, .........
TANG TING TUNG TENG TONG,........ etc. Insyaalh anak akan cepat dapat membaca dengan menggunakan sistem ini.


Semasa memandu kita boleh suroh anak kita mengira yang mudah2 , campor dan tolak.

Insyaalah setelah 3 minggu kita akan dapat melihat hasil nya. Ia nya sungguh mengkagumkan. Dan hasil nya akan membuat bukan sahaja kita gembira, tetapi anak kita juga gembira kerana ia tidak lagi ketinggalan dalam darjah, dan merasa terasing di sebabkan kelemahan dan ketinggalan dalam membaca dan mengira. Dan jika ini berjaya pada anak anda, saya sangat berbesar hati jika anda dapat memberi feedback dan response serta berkongsi tips ini dengan rakan2 yang lain. Kita kongsi pahala bersama.

DEMI untuk masa depan anak, luangkan lah sedikit masa. Ingat jangan sesekali memarahi anak kalau slow dalam belajar. Kita juga bersalah. Kalau nak marah, kita yang sepatut nya di marahi. Dengan izin Allah insyaalah anak kita akan berjaya.

Luangkan masa untuk sesekali duduk bersama dengan anak membaca dan mengira. Sesekali melawatlah sekolah bertanya kabar kemajuan pelajaran anak kita. Terutama nya jika anak kita bermasaalah dalam pelajaran. Pantau kemajuan mereka, check ada ponteng sekolah atau tidak. Kita tak boleh tak ambil peduli, mereka anak kita !!!!

Selamat mencuba"

Respons Kepada Anuar Musa

Petikan drpd http://kelatedaily.2ya.com/

annuarmusa.com MBkelate2008 ANNUAR MUSA: PAS TERLALU KECIL DAN TIDAK SIGNIFIKAN
Kiriman pada Tuesday, June 21 @ 10:27:03 MYT oleh avicenna


Orang akan tanya orang nak gunakan PAS untuk apa? Nak guna PAS masuk syurga? Mungkin tahun 1960 orang percaya, tahun 2005 orang tak percaya. Jadi orang nak pertahankan PAS untuk apa? Nak pertahankan PAS kerana nak membentuk sebuah negara Islam? Bila orang tengok Umno lebih mempamerkan negara Islam yang lebih berjaya orang akan tolak PAS. Apalagi bila diberi kepercayaan jaga Kelantan pun tak boleh jaga, macam mana orang nak percaya dia boleh jaga Malaysia.

Benarkah Umno mempamirkan Negara Islam yang lebih berjaya? Naib Presiden PAS Husam Musa ketika berucapa dalam majlis munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS di Kapar, Selangor baru-baru ini berkata antara lain:

10 prinsip Islam Hadhari yang dianuti Umno itu langsung tidak menyentuh aspek perlaksanaan syariat Islam.

Kalau namanya Negara Islam tetapi tiada roh dan jiwa Islam maka selagi itulah untuk pengetahuan Annuar PAS akan terus diperlukan.

Dalam keghairahannya menyerang PAS Annuar seolah-olah hilang pertimbangan kewarasan apabila menuntut agar dasar dan pronsip perjuangan PAS diubah terlebih dahulu sebelum rakyat dapat menerima PAS. Beliau berkata:

=====================================================================

Membaca kenyataan diatas menambahkan lagi kayakinan saya bahawa perjuangan yang dibawa oleh Pas adalah benar, apabila musuh politik memberikan perhatian kepada apa yang berlaku dalam Pas maka ini menunjukkan bahawa mereka sebearnya gundah gulana dengan perubahan yang berlaku alam Pas akan membawa kesan buruk kepada mereka. Ayuh para perjuangan Islam, jangan menoleh kebelakang lagi gerakka jentera parti dengan penuh tersusun dan sistematik serta wala' kepada pimpinan tidak kira siapa mereka selagi iana tida bercanggah dengan Islam. Yakin lah kita membawa prodok yang sangat agung dan tiada kecacatan, cuma para ahli Pas mesti bijak memikirka cara untuk menyampaikan maklumat megeai produk tersebut. Saya yakin jika kebebasan media di Malaysa sama seperti yang diamalkan di Barat maka maklumat dapat disampaikan dengan lebih luas dan cepat kepada rakyat. Malangnya BN yang ditunjangi UMNO yang sememangnya sudah lemah, bak kata Tun Ghaffar," UMNO adalah gajah berkaki plastik". Mereka menjerit mengatakan bahawa mereka amalkan demokrasi sedangkan banyak ciri demokrasi telah mereka cabuli. Yakin lah bahawa BN akan membiar keadaan yang ada dalam demokrasi Malaysia kerana ianya akan memberi kelebihan kepada mereka untuk terus memerintah negara ini dan mengaut segala kekayaan untuk segelintir mereka. Kepada ahli-ahli bawahan UMNO fikirkansemula sokongan dan dokongan kamu kepada UMNO, sudahlah habuan dunia tak seberapa azab akhirat bakal menunggu kerana kamu bersama menyokong pemimpin yang menjadikan Islam sebagai topeng bagi menipu rakyat supaa menyokong mereka. Tak perlu pergi jauh, lihat kepada kepada PM sendiri, dengankelulusan dalam bidang agama sewajarnya dia mampu menyurh isterinya menutup aurat, jika isteri sendiri pun tak mampu disuruh menutup aurat apakah orang ini boleh kita harapkan untuk menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan. Sama macam Anuar Musa kata kepada Pas, " Jaga Kelantan pun tak mampu, nak jaga Malaysia. Kepada Anuar Musa, suka saya menyatakan bahawa, kerajaan kelantan memang tak mampu membazirkan wang rakyat apatah lagi nak menggelapkan wang yang sepatut digunakan untuk membela rakyat termiskin. Kalau kamu nak lihat kerajaan Kelantan mampu atau tidak, jangan lakukan diskriminasi kepada Kelantan, berikan apa yang berhak diperolehi oleh sebuah kerajaan mengikut lunas-lunas demokrasi yang kamu laung-laungkan. Sebagai contoh, melewatkan pembayaran geran perkapita kepada kerajaan negeri, mengenakan bunga kepada negeri yang diperintah oleh Pas. Tak kan ini amalan demokrasi YB Anuar Musa? Insaflah wahai Anuar Musa kalau kamu boleh berada diluar negara ketika rakyat bertarung dengan maut dan berada dalam kesusahan akibat bencana alam, lebih baik YB tak usah sibuk-sibuk mengkritik Pas, jika nak kritik berilah kritikan membina dan bila bercakap degan orang yang lebih tua hormatlah sikit, jangan sombong sagat YB, akhirnya ke kubur juga kita.

Friday, June 24, 2005

Rebranding RTM

Artikel dibawa dipetik daripada ruangan Parlimen harakahdaily, RTM sepatutnya telah lama berubah iaitu daripada menjadi alat propanganda parti umno yang menjadi tunjang kepada BN kepada sebuah badan penyiaran yang bersifat professional sebagaimana BBC atau lain-lainnya di negara maju. Kita berharap Rebranding RTM tidak sekadar logo sahaja dengan belanja yang begitu besar, harapnya ia akan membawa perubahan menjadi sebuah baan penyiaran yang meyajikan maklumat berkualiti serta seimbang dan adil kepada semua pihak. Tahniah kepada RTM kerana sudi mejemput pemimpin Pas dalam rancangan Fast Foward baru-baru ini, kita berharap iaya tidak hanya untuk beberapa ketika sahaja tetapi harapnya mejadi titik pemulaan untuk RTM lebih kehadapan. Contohnya menyiarkan sidang parlimen secara langsung(jangan bag alasan kos tinggi, nanti diketawakan orang, kerana menyiarkan perhimpunan agung UMNO tidak mengapa, sedangkan ianya buka untuk kepentingan umum, hanya untuk ahli parti UMNO sahaja, sedangkan sidang Parlimen adalah untuk kepentingan rakyat seluruhnya.




Rebranding' RTM hanya aspek luaran sahaja - Abdul Fatah

Wednesday, June 22 @ 16:30:42 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Penjenamaan semula atau 'rebranding' Radio dan Televiyen Malaysia (RTM) yang menelan belanja berjuta ringgit hanya tertumpu kepada perubahan aspek luaran seperti logo, motto, montaj dan bukannya kandungan yang hendak disampaikan kepada penonton.

Ahli Parlimen Abdul Fatah Harun (PAS-Rantau Panjang) ketika ditemui di lobi parlimen bagi mengulas penjenamaan itu berkata, perkara yang penting ditekankan oleh RTM adalah pengisian yang hendak ditontonkan kepada penonton biarlah rancangan yang memberi kesedaran kepada masyarakat bukannya program yang melalaikan.

Jelasnya, pada hari ini RTM banyak menyiarkan program berbentuk hiburan yang melalaikan, sepatutnya RTM menyediakan rancangan 'Islam Hadhari' bagi memenuhi matlamat Islam Hadhari seperti yang dilaungkan Abdullah Badawi.

"Banyakkan program Islam Hadhari seperti yang diminta Perdana Menteri, ini banyak program hiburan, boleh dikatakan hampir kesemua program menyanyi, semua ini melalaikan terutama golongan remaja," tegas beliau.

Bagaimanapun, katanya, RTM perlu kreatif dan inovatif untuk menerbitkan program-program yang memberi faedah dan kesedaran kepada penonton.

"Misalnya, seperti program 'Bersamamu' yang disiarkan oleh TV3 baru-baru ini, program macam ini bagus memberi kesedaran kepada penonton kenapa RTM tidak boleh cetuskan idea seperti ini," tambahnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Dato' Paduka Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa), yang ditemui berkata, RTM juga perlu membuat perubahan dari segi personaliti penyampai berita yang masih menonjolkan orang lama.

"Ini mungkin salah satu sebab penonton bosan untuk mengikuti berita utama ataupun 'Dunia Hari Ini' yang masih menampilkan penyampai berita lama, dan penyampaiannya kurang berkesan dan tidak menarik minat penonton,"tambahnya.

Di samping itu, Dato' Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) ketika dalam soalan tambahannya berhubung kesan penjenamaan RTM dan jumlah peningkatan penonton sehingga kini kepada Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada sesi soal jawab pagi tadi turut mempertikaikan penjenamaan semula RTM hanya untuk luaran sahaja bukannya pengisian rancangan yang disiarkan.

Perbelanjaan untuk penjenamaan semula RTM, adalah RM120 ribu untuk memperolehi khidmat pakar runding bagi penjenamaan logo baru RTM. Bagi TV1 dan TV2 masing-masing turut melibatkan kos sebanyak RM295 ribu.

Kos penerbitan iklan untuk penjenamaan dan logo RTM melibatkan RM289 ribu; RM622 ribu untuk TV1, RM471 ribu untuk TV2 dan hampir RM379 ribu untuk radio.

Dari segi kos pelancaran pula, untuk logo RTM kos sebanyak RM177 ribu, TV1 sebanyak RM402 ribu dan TV2 sebanyak RM269 ribu.

Untuk kos pengiklanan di semua media utama pula RM262 ribu bagi penjenamaan semula RTM, RM877 ribu untuk TV1, RM491 untuk TV2 dan RM482 untuk radio di seluruh negara. - mks.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14205

Apa salahnya ambil teladan dari pilihanraya UK

Aku bukannya pandai sangat menulis tetapi kadang-kadang rasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi dan menyampai rasa yang terbuku dihati sebagai rakyat Malaysia untuk melihat tanahair tercinta menjadi sebuah negara yang Islam menjadi dasarnya. Artikel ini telah keluat dalam harakahdaily(telah diedit oleh editor) bahagian Opinion dan juga bahagian artikel tranungkite. Semoga apa yang ditulis ada manfaatya untuk pencinta Keadilan.



Apa salahnya ambil teladan dari pilihanraya UK

Tuesday, May 17 @ 23:14:24 MYT


Oleh DEMOKERUSI

Tulisan ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap pilihanraya umum di United Kingdom (UK2005) baru-baru ini. Apa yang menarik ialah pengendalian pilihanraya di negara yang pernah menjajah Malaysia ini sangat bebas sekali.

Teringat saya keadaan yang berlaku semasa pilihanraya umum negara kita, terutama pada Mac 2004 yang sangat berbeza, terutama dilihat dari segi pengendalian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sangat tidak bebas.

Rasanya tidak perlu bagi saya untuk menjelaskan dengan lebh lanjut tentang perkara ini kerana semua yang mengikuti perkembangan politik Malaysia dan waras fikirannya dapat melihat kecacatan SPR dalam menjalankan tugasnya.

Mungkin SPR tidak dapat disalahkan 100 peratus dalam hal ini; mereka nampaknya ditekan oleh kerajaan yang memerintah. Tidak wajar BN yang mendakwa mereka sebuah kerajaan yang kuat menodai SPR bagi menjamin kemenangan dalam pilihanraya.

Apabila kaki dan tangan parti-parti pembangkang diikat dan mulut ditutup, lalu BN mengajak bertanding pilihanraya; apakah ini demokrasi namanya?

Saya ingin membahagikan penulisan saya berhubung pilihanraya umum UK2005 ini kepada beberapa peringkat, iaitu:

1. Pembubaran Parlimen. Sama seperti di Malaysia, Perdana Menteri Britain berjumpa Queen minta perkenan untuk membubarkan parlimen. Cuma tarikh pilihanraya tidak menjadi rahsia pemerintah.

Maka parlimen dibubarkan pada 5 April 2005, dan tarikh pilihanraya pula ditetapkan pada 5 Mei 2005. Di sini jelas tempoh berkempen ialah selama sebulan, berbeza betul dengan Malaysia di mana pembangkang langsung tidak mendapat peluang yang sama untuk menggunakan media seperti akhbar, TV dan radio, manakala tempoh berkempen lebih kurang seminggu sahaja.

Setiap kali berlaku pilihanraya di Malaysia, tempoh tersebut dipendekkan dan pelbagai peraturan baru dperkenalkan dan kadangkala peraturan tersebut tidak masuk akal.

Sedangkan di negara maju seperti Britain, pembangkang diberikan hak yang sama untuk menggunaan akhbar, radio dan TV. Dan diberikan tempoh berkempen selama sebulan, yang dianggap munasabah.

Di Malaysia, perjalanan pilihanraya penuh dengan sekatan dan penyalahgunaan kuasa oleh parti pemerintah termasuk menodai SPR, dan tempoh berkempen yang terlalu pendek.

Tidak hairan jika banyak pihak syak seolah-olah ada komplot antara SPR dengan BN-Umno untuk menundukkan pembangkang secara mudah.Harap-harap tempoh kempen yang pendek ini akan diperpanjangkan dalam pilihanraya aklan datang.

2. Perjalanan Kempen. Sepanjang tempoh berkempen saya melihat semua parti politik yang bertanding diberikan hak untuk muncul di radio dan TV serta akhbar bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat mengenai menifesto dan apa yang ditawarkan oleh mereka kepada rakyat.

Poster-poster tidak banyak kelihatan sebagaimana di Malaysia atau dengan kata lain tidak berlaku perang poster yang kadang-kadang sampai menganggu pengguna jalanraya.

Poster yang ada pun hanya ’plastic board’ yang dipasang kemas pada tiang elektrik dan telefon, contohnya ”VOTE LABOUR” atau nama calon.

Saya merasakan ini disebabkan semua parti yang bertanding mendapat hak yang sama untuk menggunakan media bagi menyampaikan maklumat.

Parti-parti juga boleh membuat bahan siaran parti masing-masing atau dinamakan ”Party Broadcasting” melalui syarikat-syarikat penyiaran seperti BBC, ITV, Channel 4 dan Five TV.

TV juga mengadakan pelbagai program yang membolehkan pemimpin parti-parti politik yang bertanding bersemuka dengan para pengundi dan menjelaskan matlamat perjuangan parti masing-masing. Mereka juga dapat menerangkan tentang manifesto masing-masing jika diberi peluang memerintah UK.

Layanan yang diperolehi oleh parti-parti politik pembangkang yang bertanding dalam pilihanraya di Malaysia jelas berbeza dengan apa yang diperolehi parti-parti pembangkang yang bertanding dalam pilihanraya UK.

Di Malaysia, jika dapat masuk TV pun suara dibisukan atau ada perkara-perkara yang diputarbelitkan sebagaimana yang berlaku setiap kali menjelang pilihanraya melalui TV3 atau RTM.

3. Hari Mengundi. Saya perhatikan ebuah sekolah rendah telah dijadikan sebagai pusat mengundi dan dibuka pada jam 7 pagi sehingga 10 malam.

Keadaan di luar pusat mengundi sangat tenang, tiada pasukan keselamatan yang berkawal, tiada petugas parti yang ramai sebagaimana di Malaysia. Jika ada pun, hanya seorang dua yang memberikan pamplet tentang calon masing-masing.

Di dalam pusat mengundi hanya pegawai-pegawai SPR sahaja yang ada, tiada agen calon parti-parti yang bertanding. Pengundi UK boleh memilih samada hendak mengundi secara pos atau mengundi di pusat mengundi.

4. Keputusan Pilihanraya. BBC, syarikat penyiaran utama UK telah menyiarkan secara langsung pengiraan undi daripada seluruh UK berpusat di studio utama mereka di London.

Mereka juga menjemput pemimpin atau calon daripada parti-parti yang bertanding serta penganalisis politik dan ahli akademik bagi memberikan pandangan masing-masing tentang pilihanraya dan keputusan yang bakal diumumkan.

Keadaan ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia pada malam pengisytiharan keputusan pilihanraya.

Peratusan keluar mengundi juga tidak sampai 98%(!), hanya sekitar 54%. Nampaknya hebat Malaysia daripada UK dalam menggalakkan para pengundi untuk keluar mengundi, sampai yang dalam kubur pun keluar mengundi!

Keputusan pilihanraya umum UK telah diketahui dunia. Kerajaan Labour pimpinan Tony Blair terus memerintah UK tetapi majoriti mereka turun dengan drastik sekali.

Tony Blair sendiri mengalami penurunan majoriti yang ketara, tetapi majoriti undi yang diperolehi pemimpin parti pembangkang meningkat dengan begitu besar.

Bagi saya, apa pun keputusan pilihanraya umum UK, rakyat atau pengundi merasa senang hati kerana semua parti telah diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk menyampai maklumat kepada rakyat, bagi membolehkan mereka memutuskan parti mana yang akan menerajui Britain.

Malangnya Malaysia yang mengambil model demokrasi daripada British sejak merdeka pada tahun 1957 telah mundur ke belakang dalam perlaksanaan demokrasi.

Pada hemat saya, demokrasi yang diamalkan di Malaysia ini telah diselewengkan atau demokrasi yang sesat. Parti yang memerintah Malaysia sejak merdeka nampaknya berpuas hati dengan kualiti demokrasi yang ada ini kerana membolehkan mereka terus berkuasa.

SPR yang dikritik keras juga tidak menampakkan mereka akan berubah untuk memantapkan perjalanan pilihanraya supaya kelihatan adil dan saksama kepada semua parti.

Oleh itu saya mengharapkan agar parti-parti politik dalam Barisan Alternatif supaya menggerakkan satu usaha bagi mengembalikan demokrasi sebenar di Malaysia sebagaimana usaha membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia adalah sangat penting bagi memastikan pada pilihanraya umum akan datang tidak berlaku penipuan sebagaimana pilihanraya umum 2004.

Kepada para pemimpin BN: "Jangan takut, laksanakan demokrasi sebenar, jangan ganggu SPR, ikut seperti Blair. Bertanding secara anak jantan. Biar rakyat menilai sebebasnya."

Jika setelah diberi kebebasan yang sebenar dan rakyat memilih BN, maka saya yakin tidak ada parti yang terkilan, kerana rakyat telah membuat pilihan berdasarkan kemahuan mereka sendiri. - um

Rindu kepada Tanahair

Sudah hampir 2 tahun aku diperantauan, terasa rindu juga kpd tanahair dan kaum keluarga, tetapi demi perjuangan digagahkan juga semangat. Mencari apa sahaja ilmu dan dimana juga untu dibuat bekalan duia dan akhirat dan juga buat bekalan meneruskan perjuangan menegakkan KeADILAN.