Tuesday, September 26, 2006

Internet generasi baru

Teknologi Internet yang diperkenalkan sejak 1960 yang pada awal adalah bagi tujuan ketenteraan US tetapi akhirnya dijadikan projek awam yang melibatkan beberapa universiti di US sehinggalah ianya berkembang pesat sehingga kini dan protokol TCP/IP menjadi protokol standard. Pengguna internet yang meningkat dengan begitu cepat sehingga IPv4 tidak lagi mampu menampung peningkatan yang pesat tersebut sehingga memaksa para penyelidik internet mencari jalan, akhirnya mereka mengemukan idea IPv6. Sejarah Internet boleh diperolehi dipelbagai laman web antaranya http://www.walthowe.com/navnet/history.html


China bina rangkaian Internet generasi baru

BEIJING 25 Sept. – China membina rangkaian Internet generasi baru yang paling laju, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada firma asing.

Televisyen Pusat China melaporkan, Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan China 2 telah dihubungkan dengan 167 institusi dan jabatan di 25 buah universiti di 20 bandar melalui Protokol Internet versi 6 (IPv6).

Internet yang digunakan pada masa sekarang di negara ini dikendalikan oleh Protokol Internet versi 4 yang dihadkan oleh nombor-nombor alamat Internet yang boleh dihasilkan, serta kekurangan keselamatan tambahan dan fungsi teknologi tinggi.

Protokol baru boleh bekerja pada kelajuan 2.5 gigabait hingga 10 gigabait maklumat sesaat, 100 kali lebih pantas daripada kelajuan Internet sekarang.

Para penyelidik di Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan juga sedang membina teknologi IPv6 yang dijangka mendapat “penguasan global yang signifikan” menjelang 2010.

Menurut maklumat IPv6 yang terkandung dalam laman web Microsoft, IPv6 dan IPv4 boleh digunakan secara serentak beberapa tahun akan datang memandangkan operator Internet dan pengguna komputer kediaman secara beransur-ansur beralih kepada teknologi baru.

IPv6 dijangka mampu mengendali nombor infiniti alamat Internet, menawarkan keselamatan yang lebih baik dan lebih mudah digunakan pada telefon bimbit serta peranti komputer kendalian tangan.

Para penyelidik di China mendapat kebenaran kerajaan bagi membuat penyelidikan dan mengadakan protokol baru Internet pada 2003 yang bertujuan membantu syarikat teknologi tinggi domestik membina perkakasan komputer yang kompetitif bagi Internet generasi baru.

Pada masa sekarang laluan dan peralatan Internet untuk IPv4 dibekalkan oleh syarikat-syarikat AS seperti Cisco Systems dan Juniper Network.

Lima operator telekom China termasuk China Telecom dan China Mobile kini berusaha membina rangkaian IPv6 dengan beberapa rangkaian akan memulakan percubaan menjelang hujung tahun ini.

Institut penyelidikan dan pengeluaran di China juga sedang berusaha membuat piawaian aplikasi dan komersial yang bertujuan menjadikan syarikat China lebih berdaya saing.

– AFP

Sunday, September 24, 2006

Ramadhan Mubarak

Assalamualaikum,

1 Ramadhan 1427 Hijrah/Ahad 24 September 2006 bermulalah hari pertama bagi tahun 2006, kali ke-3 aku berpuasa diluar negara. Bertitik tolak daripada ayat 183 surah Al-Baqarah:

"[183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

Saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan mubarak, sila copy dan paste ke browser anda link dibawah. http://img.123greetings.com/eventsnew/edec_ramadan_wish/8464-001-35-1042.swf

kepada semua pengunjung bloh ini, semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk melaksanakan ibadat puasa serta memanfaatkan bulan Ramdhan sebaik mungkin kerana belum tentu kita akan dapat bersamanya tahun hadapan.


Wednesday, September 20, 2006

Ekonomi Islam



Aku tak berapa mahir sangat dengan ekonomi Islam, tetapi menyakini bahawa ianya akan membawa sinar baru kepada umat Islam jika mereka kembali kepada sistem ekonomi Islam sebagaimana dijelaskan oleh para pembentang kertas kerja. Tapi malangnya PM kita awal-awal lagi tolak, macam kita kata makana tak sedap, walaupun belum rasa. Hairan kenapa PM cepat sangat menolak sebelum mengkaji apa yang dikatanya Dinar Emas. Aku harap Pak Lah akan jadi lebih rasional, jika mahu terus jadi PM, kalau tidak lebih baik bagi BA ambil alih, BN rehat la pulak sebab dah penat memerintah rasanya hilang ketajaman akal dan idea apatah lagi quran ditolak tepi semakin bertambah-tambah lemah.



Oleh Maslan Yusoh-harakahdaily.net

KOTA BHARU, 20 Sept (Hrkh) - Harta kekayaan umat Islam akan jatuh ke tangan orang bukan Islam memandangkan sistem kewangan fiat tidak dikuasai mereka, kata Prof Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.

Wang fiat dimaksudkan wang yang tiada nilai intrinsik tersendiri, sama seperti wang kertas dan wang elektronik yang digunakan sekarang.

"Dari perspektif ekonomi politik, berpindahnya kekayaan kepada institusi-institusi kewangan akan mengakibatkan berpindahnya juga kedaulatan serta kuasa politik kepada mereka.

"Mereka akhirnya akan menjadi pemerintah sebenar sesebuah negara," katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Dinar Emas di sebuah hotel di sini, hari ini. Kertas kerjanya bertajuk 'Mengapa Dinar Emas Sejajar Dengan Maqasid al Syariah'.

Seminar itu diadakan sempena pelancaran Emas Dinar Kelantan yang pertama dilakukan dalam sejarah kewangan Islam di negara ini. Ia dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Permodalan Kelantan Bhd.

Dr Ahamed Kameel dari Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, mereka yang mengeluarkan wang fiat akan menikmati kuasa begitu mutlak kerana mempunyai kuasa beli di seluruh dunia.

Menurutnya, kuasa beli itu telah dinikmati Amerika Syarikat sejak sekian lama dan sekarang dicabar pula oleh Euro.

Katanya, dengan kuasa beli antarabangsa ini mereka dapat melaksanakan agenda-agenda termasuk membiayai Israel dan menindas umat Islam di serata dunia.

"Dengan memberi hutang menggunakan wang fiat yang mereka ciptakan, banyak negara membangun telah pun terperangkap dalam satu perangkap hutang. Tidak dapat bayar walaupun bahagian faedahnya, apa lagi pokoknya.

"Akhirnya kuasa politik dan pengurusan negara jatuh ke tangan institusi-institusi kewangan antarabangsa. Oleh yang demikian beransur-ansur harta kekayaan umat Islam jatuh ke tangan orang bukan Islam," ujarnya.

Beliau juga memetik ahli ekonomi Islam masa kini, Umer Chapra yang menyebut sistem ekonomi Islam tidak wujud di mana-mana dunia Islam.

Negara-negara Islam menyelesaikan masalah ekonomi mereka melalui polisi-polisi yang dibentuk dalam perspektif sekular.

Menurutnya juga, terdapat tiga ciri sistem kewangan masa kini yang mempunyai sifat-sifat riba iaitu wang fiat, perbankan fractional rezab dan riba.

Sehubungan itu beliau mengajak umat Islam memperjuangkan penggunaan wang emas kerana ia mempunyai nilai intrinsik tersendiri, yang sudah terbukti dalam sejarah ketamadunan manusia.

Bekas Pengurus Kanan Pengurusan Projek Bank Pembangunan Malaysia (M) Bhd, Hajah Nik Mahani Mohamad mendedahkan perjanjian Bretton Woods pada 1944, di mana 44 negara bersetuju bersandarkan mata wang kertas negara masing-masing kepada Dollar Amerika.

"Mengapa dunia memberikan persetujuan menggantikan gold standard dengan American Dollar.. dan betapa deception mereka. Dan sejak 1971 Dollar Amerika tidak lagi disandarkan kepada emas.

"Tindakan unilateral Presiden Nixon menandakan berakhirnya sistem piawai emas. Sehingga hari ini dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran pertukaran asing," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk 'Kembalinya Dinar, Sejarah dan Implikasinya'.

Bekas Pengarah Urusan Abrar Finance Bhd, Dr Rosli Yaakop pula berkata, wang kertas yang digunakan di Malaysia adalah dibuat daripada 'kain buruk' yang begitu murah nilainya.

Menurutnya juga, penggunaan dinar emas dan dirham bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berakhir selepas Daulah Othamaniah tumbang pada 1924.

"Selepas dilupakan kira-kira tiga suku abab, kini sudah ada gerakan untuk menziarahi semula sistem ini dengan harapan ianya dapat dihidupkan kembali di negara-negara Islam," katanya.

Seminar itu mendapat sambutan menggalakkan termasuk dihadiri peserta dari luar Kelantan. Ia dirasmikan anggota Exco, Dato' Husam Musa. Manakala petang ini pelancaran Emas Dinar Kelantan dilakukan Menteri Besar.

Thursday, August 10, 2006

Hanya Islam Pilihan Kita

Membaca artikel ini membuatkan aku melahirkan rasa amat syukur kpeada Illahi kerana dilahirkan Islam, tetapi aku berdoa kepada Allah agar menjadikan aku dan zuriat-zuriatku orang yang memegang Islam dengan sekuatnya dan mempraktikkan serta berusaha menyampaikan dakwah Islam. Dalam keadaan ramai umat Islam yang murtad ditanahairku, aku merasa amat bersyukur kerana Allah memelihara iman ku, Ya Allah ampunkan hambaMu ini dan kedua ibubapaku serta isteri dan anak-anakku. Jadikan kami orang hidup dan mati dalam Islam. Amin. Ya Allah berilah pertolongan kepada saudara-saudara kami di Labenon.

Semoga kisah Saudara SeIslam kita Untie Aminah mengukuhkan keimanan kita serta tekad utk sebarkan Islam.

Aminah Assilmi bangga hidup sebagai Islam


Sebagai pengarah International Union of Muslim Women, Aminah Assilmi mengetuai promosi setem sempena hari raya bagi umat Islam.

Susunan ZUNAIDAH ZAINON

TIADA siapa menyangka, wanita kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat yang dahulunya adalah Saouthern Baptist dan penyokong radikal gerakan kewanitaan serta wartawan penyiaran akhirnya memilih Islam sebagai pengabdian hidup.

Kini, Aminah Assilmi adalah sarjana wanita yang banyak memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam.

Pengarah International Union of Muslim Women itu menjelajah hampir seluruh pelosok dunia demi meningkatkan tahap kesedaran dan pemahaman terhadap agama suci Allah itu. Lebih manis, beliau berhijab, lengkap dengan tudung kepala yang menutupi rambut dan lehernya serta pakaian yang sopan serta menutup aurat.

Aminah Assilmi menemui kemanisan pertama sebagai Muslim semasa mengikuti kelas teater lebih 30 tahun lalu. Rentetan daripada kesilapan komputer mencetak kelas yang perlu diikuti sepanjang semester pengajian, akhirnya telah merobah kehidupan Assilmi buat selama-lamanya.

Ketika itu, beliau hampir-hampir menggugurkan keputusan mengikuti kelas teater apabila mendapati sebilangan besar pelajar adalah berbangsa Arab yang memakai hijab. Dalam buku Choosing Islam, Assilmi menulis, “Tidak ada cara lain sekiranya saya duduk di dalam kelas itu dengan cara yang tidak beradab...saya menutup pintu dan terus pulang ke rumah.”

Selepas suaminya memberi kata-kata perangsang supaya beliau mengikuti kelas tersebut, Assilmi merasakan tugasnya sekarang ialah menarik seberapa ramai pelajar di kelasnya bertukar kepada Kristian bagi mengelakkan mereka masuk neraka.

“Saya katakan kepada mereka, sesiapa yang tidak masuk Kristian akan dibakar dalam api neraka. Malah Jesus amat menyayangi pengikutnya dan akan menyelamatkan mereka daripada segala dosa. Rakan-rakan sekelas saya amat baik tetapi sayangnya mereka bukan Kristian dan akan menjadi penghuni neraka. Jadi, saya bercadang mengkaji al-Quran demi membuktikan bahawa Islam adalah agama yang salah dan Nabi Muhammad juga tidak benar,” cerita Assilmi.

Seorang rakan telah bermurah hati menghadiahkannya senaskah al-Quran. Bagi memastikan misinya berjaya, Assilmi turut mendalami 15 buku untuk mengkaji hadis Muslim dan bahan bacaan berkaitan dengan agama Islam. Ketika itu, beliau amat yakin rakan-rakan sekelasnya akan meninggalkan agama Islam dan memilih Kristian!

Atas kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t., semakin banyak Assilmi membaca al-Quran, hati kecilnya semakin tertarik kepada keindahan agama Islam terutama kedudukan lelaki dan wanita di sisi Allah s.w.t. Selama ini, beliau mempunyai tanggapan bahawa wanita Islam sentiasa dipukul oleh suami mereka dan tidak boleh dibantah.

Melalui kajian dan hasil pembacaannya, beliau mendapati bahawa wanita Islam memiliki martabat yang sama dengan lelaki dan mereka yang bekerja akan dibayar gaji tanpa mengira jantina. Malah lelaki dan wanita mendapat hak yang seimbang dalam mendapatkan pendidikan. Lebih istimewa, wanita Islam yang berkahwin tidak perlu menukar nama akhir kepada nama suami sebaliknya mengekalkan nama ayah untuk selama-lamanya.

“Selama dua tahun saya belajar demi untuk menarik perhatian pelajar Islam agar bertukar ke agama Kristian,” katanya.

Tetapi pada masa tersebut, rumah tangganya menunjukkan bibit-bibit keretakan. Kebiasaannya, mereka gemar berparti dan mengunjungi bar setiap malam Jumaat dan Sabtu. Bagaimanapun, Assilmi semakin tidak selesa dengan cara hidup demikian dan mula menolak untuk ke disko dan sebagainya. Sebaliknya, perubahan Assilmi dikatakan berpunca dengan kehadiran orang ketiga. Akhirnya, mereka berpisah.

Assilmi berpindah keluar daripada rumah tersebut bersama-sama dengan tiga orang anaknya ke sebuah apartmen. Walaupun telah berpisah, beliau masih meneruskan usahanya untuk menarik mereka kepada Kristian.

Suatu hari, pintu rumahnya diketuk. Apabila membukanya, beliau amat terkejut apabila mendapati seorang lelaki berpakaian putih dan menutupi kepalanya dengan kain berkotak putih merah ditemani tiga lelaki yang memakai pijama.

“Ketika itu, saya mula terfikir apakah pandangan orang sekeliling apabila seorang wanita didatangi lelaki ke rumahnya pada waktu malam. Lebih mengejutkan apabila lelaki tersebut menyatakan bahawa dia tahu yang saya berminat dengan Islam. Saya tegaskan bahawa saya tidak berminat tetapi mempunyai beberapa soalan,” cerita Assilmi lagi.

Kemusykilan

Kemudian, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Aziz Al-Shiek dan bersedia untuk menjawab segala kemusykilan tentang Islam. Beliau ditanya sama ada mempercayai Allah dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah. Assilmi mengakuinya.

“Dengan menjawab ‘Ya’ kepada soalan tentang Allah dan Nabi Muhammad, saya diberitahu telah pun memeluk Islam. Tetapi saya membantah dan bertegas masih Kristian.

“Saya hanya cuba untuk memahami Islam dan tidak akan memeluk agama Islam. Saya katakan kepadanya yang saya adalah orang Amerika dan berkulit putih!” tambah beliau menceritakan saat-saat pertemuan dengan lelaki tersebut.

Assilmi menyifatkan Abdul Aziz Al-Shiek amat penyabar. Beliau menyatakan bahawa dalam pencarian ilmu dan mengamalkannya umpama mendaki anak tangga. Sekiranya, terlepas salah satu anak tangga, ia akan menyebabkan seseorang terjatuh. Mengucap dua kalimah syahadah adalah anak tangga pertama untuk mendaki tangga seterusnya.

Bagi Assilmi yang mengucap dua kalimah syahadah pada 21 Mei 1977, langkah awal adalah memahami Islam dengan lebih mendalam. Bagaimanapun, masih wujud beberapa keraguan dalam dirinya terutama membabitkan hijab.

“Tetapi Abdul Aziz masih sabar menjawab semua soalan saya dan menjelaskan bahawa Allah menggalakkan umatnya mencari ilmu pengetahuan. Acap kali dia sabar menerangkan kepada saya satu-persatu, saya melihat seolah-olah sekuntum bunga ros sedang berkembang mekar hingga ia menampakkan keindahannya,” ujar Assilmi.

Namanya bermaksud kebenaran yang membawa keamanan yang diambil sempena krisis tawanan Iran pada 1980. Ketika memeluk Islam pada 1977, beliau berumur dalam lingkungan 30 tahun.

Apabila ilmu agamanya semakin meningkat selepas mempelajarinya daripada beberapa guru agama, Assilmi mula menampakkan perubahan. Amat membanggakan, beliau memakai hijab tanpa dipaksa.

“Sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran, seorang Muslim harus menutup aurat. Ya, saya adalah Islam dan saya tahu hukum yang ditetapkan oleh Allah. Bagi saya, hijab bukan suatu keperluan tetapi ia adalah hak dan keistimewaan. Hingga mati, saya akan pastikan yang saya akan memakainya,” katanya.

Sebelum memeluk Islam, Assilmi menerima ijazah dalam bidang penyiaran, pendidikan dan komunikasi. Beliau merupakan pemenang anugerah penyiaran Emmy dan bekerja di belakang tabir yang menyediakan pelbagai program menarik untuk siaran televisyen.

Assilmi juga berpendapat, wanita Islam tidak mempunyai had tertentu untuk melibatkan diri dalam bidang profesional. Tetapi, profesion yang paling tinggi martabatnya ialah menjadi ibu kerana peranannya dalam membentuk generasi masa depan. Katanya, wanita Islam selalu didiskriminasikan kerana mereka memakai hijab.

Apabila memilih Islam, ada harga yang perlu dibayar. Assilmi tidak terlepas daripada menerima pelbagai dugaan termasuklah kehilangan hak penjagaan ke atas anak-anaknya. Mahkamah memutuskan bahawa individu yang menganuti ‘agama ortodoks’ akan menjejaskan masa depan anak-anak. Berhadapan dengan masalah rumah tangga dan kehilangan anak-anak menyebabkan beliau hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Pada masa yang sama, keluarga juga seolah-olah memulaunya.

Assilmi juga kehilangan pekerjaan sebagai wartawan penyiaran pada saat beliau mengambil keputusan tampil sebagai wanita Muslim.

“Cuma yang paling menggembirakan apabila nenek saya mengucapkan dua kalimah syahadah. Beliau bukan sahaja bersetuju dengan keputusan saya memeluk Islam tetapi turut tertarik dengan agama suci Allah s.w.t. Nenek meninggal dunia tidak lama selepas bergelar Muslim. Bersyukur kepada Allah s.w.t. Alhamdulillah!” katanya penuh syukur.

Kekuatan

Setelah hampir kehilangan rakan-rakan dan saudara mara, akhirnya Assilmi memperoleh kekuatan. Pengislamannya turut menarik ahli keluarganya memeluk agama Islam. Sahabat baiknya, Qaiser Imam turut memberitahu bahawa bekas suaminya juga memeluk Islam setelah 16 tahun memerhati dan mengkaji cara hidup Assilmi.

“Dia mahu anak kami hidup dan membesar sebagai Islam. Dia juga meminta maaf kepada saya di atas segala perbuatannya. Sedangkan hakikatnya, saya telah lama memaafkannya,” ujar Assilmi yang amat gembira dengan berita pengislaman bekas suaminya. Anak lelakinya, Whittney juga dalam proses mendalami Islam.

Benar, Allah sentiasa menguji setiap hamba-Nya. Beberapa tahun lalu, Assilmi disahkan menghidap kanser tulang di peringkat kritikal. Kemungkinan besar beliau mempunyai setahun untuk hidup. Bagaimanapun, beliau sentiasa percaya kepada kebesaran dan keEsaan Allah s.w.t.

Kini, selepas puas menjelajah hampir sebahagian negara di dunia dan berusaha melawan kanser tulang yang dialaminya, Assilmi telah menunaikan dua kali ibadat haji. Penyakit kansernya memaksa beliau berkerusi roda untuk bergerak.

“Tuhan telah menyatakan, bahawa saya perlu meneruskan kehidupan. Dan saya tidak takut untuk menghadapinya. Sesungguhnya, saya ingin menyatakan kepada Allah bahawa saya gembira berkongsi hidup sebagai Islam,” katanya yang menghasilkan beberapa buku antaranya Scattering Illusions dan Love and Romance in Islam.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm



Sunday, August 06, 2006

Adauhai Tanahairku


Apabila membaca artikel ini saya amat setuju dan menyokong pandangan Prof. Dalam suasana pemimpin Melayu yg bercakaran sesama sendiri bukan disebabkan memperjuangan kan agama atau kepentingan negara tetapi kerana kepentingan mereka sendiri. Artis diberikan populariti yang sangat luas dan ulama dicemuh dalam suasana masalah murtad semakin menjadi-jadi. Kepada semua orang Melayu yang sayangkan agama, bangsa dan negara fikirkanlah semula sokongan anda kepada UMNO. Sokongan itu ibarat sokong membawa rebah. Zaman Mahathir sudah berlalu(byk shit yg dia tinggalkan , Pak Lah tanggung). Dengan kemenangan yg bukan kepalang majoritinya kepada BN, maka Pak Lah menjanjikan pelbagai tindakan bagi membersihkan pentadbiran negara drpd pelbagai masalah spt rasuah, campurtangan politik dlm pentadbiran kerajaan dan kehakiman serta lain-lain lagi. Sekarang heboh pulak isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa semakin menjadi-jadi sejak Pak Lah ambil alih. KJ(sapa tak kenal) dikatakan berkuasa drpd PM. Saya tak mahu ulas pjg tetapi byk laman web dan hinggakan Che Det dlm roadshownya memperkatakan tentang KJ ni.
Rakyat M'sia tak ada pilihan utk menyelamatkan M'sia, berikan sokongan kpd gabungan BA dan nyahkan UMNO utk 5 thn drpd putrajaya, lihat bagaimana BA mentadbir. Jika sama shj, kita nyahkan pulak BA. BN sudah terlalu lama. Di negara maju, pemimpin takut rakyat, tetapi di M'sia rakyat takut pemimpin(ini tak betul. pemimpin jahat pulak tu). Sekian dulu.

Prof A Bakar Hamid: Melayu tidak berfikiran strategik
Sat | Aug 05, 06 | 06:22:42 PM
Oleh Harakahdaily Kritikannya terhadap kongkongan di universiti, sehingga menyifatkan peranan naib-naib canselor tidak jauh bezanya dengan pengarah cawangan khas (SB) polis, agak mengejutkannya. Namun, mendekati Profesor Datuk Abu Bakar Hamid, tokoh berpengalaman luas selama lebih 32 tahun sebagai ahli akademik dan pentadbir di Universiti Malaya, ternyata cakupan bicaranya cukup meluas. Bekas Timbalan Naib Canselor UM ini juga pernah menjadi Pengerusi Bernama dan Profesor Ternama, Kerusi Tun Razak, Universiti Ohio, selain dianugerahkan Doktor Kehormat Persuratan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ikuti sedutan wawancara AHMAD LUTFI OTHMAN dan NYZA AYOB bersamanya baru-baru ini.

HARAKAH: Bagaimana Prof melihat sistem pendidikan tinggi hari ini? Apa isu-isu yang seharusnya diselesaikan dahulu?
ABU BAKAR: Banyak masalah pendidikan tinggi hari ini. Kita perlukan pelan menyeluruh jangka panjang. Sekarang ramai bercakap masalah siswazah menganggur. Ini masalah besar yang merisaukan. Tapi, lagi banyak siswazah menganggur, lagi banyak universiti ditubuhkan. Kita tidak tahu apakah ada pelan jangka panjang yang menyeluruh atau tidak.
Keadaan ini kelihatan seperti permainan bola sepak politik. Contohnya, nak menang Terengganu atau Kelantan, universiti pun jadi umpan. Jadi, kita mesti fikirkan peranan asas sebuah universiti, apakah untuk melatih pelajar demi keperluan tertentu?
Apabila 40,000 atau 60,000 pelajar menganggur, mereka disalahkan. Pelajar juga ada dikatakan terlalu memilih kerja. Soalnya, apakah kita mahu lulusan universiti ini bekerja sebagai buruh? Jika perlukan mereka kerja seperti itu, perlukah mereka dilatih di universiti? Tidakkah ini membazir?
Pelajar juga tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk bekerja. Kita seharusnya memberitahu kepada universiti kemahiran yang diperlukan pelajar. Contohnya kemahiran komunikasi. Kenapa tidak diberitahu kepada universiti bahawa setiap jabatan atau fakulti mesti melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi dengan baik.
Dalam pada itu, jika 50,000 atau 60,000 pelajar sudah mempunyai kemahiran komunikasi ini, apakah mereka akan mendapat pekerjaan? Kita juga sering menuding jari dan mengharapkan siswazah mesti mencipta kerja. Bagaimana hendak mencipta kerja sedangkan mereka sukar mendapat pinjaman bank.
Saya pernah jadi pengarah bank, jadi saya tahu. Bank hanya bagi pinjam pada orang kaya sahaja. Bank tidak akan bagi pinjaman pada orang miskin melainkan ada skim.
Kita saling salah menyalahi walhal kita tidak cuba memahami masalah
pelajar. Apakah sebenarnya kita perlukan universiti atau sekolah tinggi
vokasional? Jika kita mahukan pelajar disediakan pekerjaan, maka tidak perlu kita tubuhkan banyak universiti. Sebaliknya kita tubuhkan sekolah tinggi vokasional ini. Semua ini boleh diubah tetapi saya tidak tahu kenapa ia tidak diubah.

Dalam dunia pendidikan hari ini, dua perkara utama harus dititik berat
iaitu menjadikan pelajar seorang terpelajar serta memberi mereka nanti pekerjaan untuk menyara hidup.

Jadi, Prof berpendapat kita perlu mewujudkan lebih banyak sekolah tinggi vokasional berbanding universiti?

Kita mesti kaji jenis pendidikan yang kita perlukan. Jika banyak pekerjaan memerlukan pendidikan vokasional, maka kita perbanyakkannya. Kita perlukan perancangan jangka panjang yang menyeluruh. Dulu kita mempunyai Universiti Pertanian tapi kemudiannya dihapuskan. Saya merupakan salah seorang yang menentang Universiti Pertanian dihapuskan. Sekarang baru kita sedar kepentingan Universiti Pertanian.

Kita terlalu terpengaruh dengan teknologi maklumat sehingga Universiti Pertanian ditutup. Sepatutnya kita gunakan teknologi maklumat ini untuk mengembangkan pertanian. Bagaimana seorang petani yang mempunyai seekar tanah misalnya boleh hidup menyara keluarga dengan tanah seekar itu, menggunakan teknologi moden. Perkara ini yang perlu kita fikirkan.

Daripada apa yang Prof sebut, nampak begitu mudah sesebuah universiti itu hendak dibina ataupun ditukar nama. Apakah ia tidak memerlukan proses tertentu, yang membabitkan lebih ramai pakar, terutama di peringkat perancangan pendidikan tinggi? (bold)

Saya tidak tahu sebab saya tidak lagi diajak berunding. Sepatutnya mesti ada satu pelan induk dalam pendidikan tinggi, misalnya berapa universiti yang kita perlukan hingga tahun 2020, dalam bidang apa dan di mana hendak ditubuhkan? Perkara ini perlu perancangan yang teliti supaya penubuhan universiti baru ini bersesuaian dengan keperluan negara.
Selain itu supaya penubuhan universiti baru tidak mengganggu universiti sedia ada. Dulu sewaktu saya menjadi Timbalan Naib Canselor, pada waktu itu UKM hendak menubuhkan dua fakulti baru, undang-undang dan pergigian. Ketika itu kedua-dua fakulti ini hanya terdapat di Universiti Malaya.
Kita bukan tidak mahu bekerjasama tetapi hendaklah diberi tempoh sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun supaya UM dalam bidang ini boleh ambil 30 peratus tenaga pengajar lebih daripada yang diperlukan. Kita bukan tidak mahu mereka pergi. Kita tahu ini untuk keperluan negara. Tetapi berilah tempoh supaya mereka dibekalkan pengalaman mencukupi untuk menerajui fakulti baru.

Universiti yang baru ini kita tidak mahu dimulakan dengan kursus baru oleh pensyarah yang tidak berpengalaman. Sekurang-kurang dekan berpengalaman sepuluh tahun dan sudah jadi profesor madya, dan sebaik-baiknya profesor penuh. Ia juga tidak menjejaskan fakulti sedia ada.

AKUJANJI HINA PENSYARAH

Universiti juga dibebani pelbagai sekatan dan halangan, antaranya yang popular ialah Akta Universiti dan Kolej Universiti, Auku, dan sekarang masalah akujanji kakitangan akademik.

Ya, universiti patut bebas dari kongkongan birokrasi. contohnya akujanji,ia cukup menghna pensyarah universiti. Ramai yang tidak bersetuju apabila saya mengatakan dengan adanya akujanji ini menjadikan pensyarah lebih rendah tarafnya daripada petani dan polis.
Apabila menjadi pensyarah universiti kita boleh diambil tindakan tatatertib hanya berdasatkan syak wasangka. Kalau pimpinan universiti baru mensyaki kita tidak menjalankan kerja atau melakukan sesuatu yang bercanggah kepentingan universiti, kita boleh diambil tindakan. Ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Ia mesti dihapuskan.
Kongkongan birokrasi kerajaan kepada universiti juga satu hal. Saya pernah menyebut bahawa lembaga universiti (LPU) yang ada ini tidak berfungsi. Semua peraturan dikeluarkan oleh JPA dan badan-badan kerajaan, dan ia mesti diikuti universiti. Universiti tidak boleh mengatakan tidak. LPU mesti menerimanya. Jadi, apa perlunya LPU? Dari dulu sampai sekarang LPU akan menerima pakai segala peraturan kerajaan
termasuk gaji.
Saya yang manduduki jawatankuasa ini pernah meminta supaya diadakan komisioner universiti sendiri yang tidak terikat dengan JPA. Kita
diminta bertanding dengan universiti-universiti ternama dunia. Mereka memakai pakaian sukan berlari tetapi kita dengan memakai tali leher dan berkot turut berlari untuk berlawan. Kita memang tidak boleh lawan. Dari awal lagi kita akan kalah.
Selain itu bagaimana kita hendak bersaing dengan universiti lain? Pensyarah kita umur 56 sudah pencen. Umur bersara universiti di Malaysia paling rendah di dunia. Di negara lain, umur sebegini baru mendapat profesor dan tidak ada umur bersara bagi mereka. Bagaimanapun mereka akan bersara kerana kemudahan bersara itu adalah lebih baik.
Sewaktu jadi TNC dahulu, saya pernah suarakan pada Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir supaya tempoh perkhidmatan pensyarah dilanjutkan, kerana ramai pesyarah bidang profesional sebelum umur 50 tahun sudah berhenti. Beliau bersetuju supaya tempoh perkhidmatan dilanjutkan sebagaimana hakim sehingga 65 tahun. Akhirnya tak jadi juga. Tenaga berpengalaman puluhan tahun selalunya bersara begitu saja, tidak dapat dimanfaatkan oleh universiti.

Kita sentuh sikit isu politik Melayu. Selalunya orang Melayu terlalu bersikap partisan, sukar berkompromi hanya kerana duduk dalam parti politik berbeda. Ini berlainan dengan orang Cina yang lebih mudah bertolak ansur dalam isu-isu yang disepakati bersama.


Orang Cina, saya kira, berfikir secara strategik. Saya pernah bertanya Dr Mahathir, dengan memberi contoh di Pulau Pinang, mengapa ketika Adun Umno majoriti, ketua nenterinya tetap Cina. Kata Dr Mahathir, jika dilantik ketua menteri di Pulau Pinang di kalangan Melayu, pada pilihan raya berikutnya, orang Cina tidak lagi memberi undi kepada BN dan akan beralih kepada parti lawan.

Selain itu orang Cina mempunyai matlamat politik yang jelas. Lihat saja 1999, jika orang Cina sokong pembangkang, BN akan kalah. Tapi orang Cina kuat menyokong BN kerana mereka mahu kerajaan yang ada kekal. Tapi jika mereka tahu orang Melayu kuat menyokong BN, mereka akan menyokong pembangkang supaya suara pembangkang diterima di Parlimen. Mereka boleh aturkan.
Contohnya, mereka boleh mengundi BN di peringkat negeri tapi mengundi pembangkang di Parlimen. Keputusan pilihan raya Sarawak baru-baru ini, yang menyaksikan kawasan Cina dimenangi DAP juga menunjukkan hal sama.
Selain itu, institusi dalam masyarakat Cina seperti Suqiu, didengar pendapat mereka oleh semua parti Cina. Bagaimanapun, kita orang Melayu tidak berfikir secara starategi tetapi emosional.
Dalam pada itu suara-suara ketiga dalam masyarakat Melayu, terdiri daripada NGO, di zaman Dr Mahathir, suara mereka dihancurkan. Walhal jika tiada NGO Melayu, tidak akan ada UKM dan tidak akan ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Sayang sekali suara NGO Melayu ini dikembirikan. Ini menyebabkan Melayu seperti tidak boleh berfikir. Baru-baru ini muncul Kongres Kepentingan Bangsa, yang saya kira dapat memperkasakan semula NGO Melayu ini. Kita terpaksa memperkasa NGO Melayu supaya mereka bebas bersuara. Kepentingan politik orang Melayu terlalu kuat. Justeru, orang tengah atau suara ketiga ini diperlukan. Selagi NGO Melayu tidak mendapat tempat dalam masyarakat, saya rasakan orang Melayu akan rugi.
Baru-baru ini Dr Mahathir mengatakan bahawa sokongan yang diterimanya daripada menteri-menterinya dahulu adalah tidak berkualiti. Mereka mengatakan mengangguk dan menyokong apa saja yang dikatakan Perdana Menteri. Sebab itu tidak berkualiti. Mereka tidak bebas memberi pandangan sendiri.
Justeru, pendapat NGO Melayu ini harus didengar kerana mereka tidak mempunyai kepentingan politik peribadi. Jika kita mahu orang Melayu berjalan di rel yang betul, kita mesti ramaikan golongan yang dapat berfikir berdasarkan prinsip dan kepentingan dalam jangka masa panjang.

Ada kalanya Prof, dalam masyarakat Melayu terdapat ramai golongan opurtunis, yang memikirkan keuntungan diri saja, dan sanggup melihat bangsa kecundang.

Golongan ini memang ada. Tapi mereka biasanya tidak akan aktif. Sewaktu UKM hendak ditubuhkan dahulu, Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran semdiri menentang. Begitu juga Naib Canselor UM pada waktu itu juga menentang. Tapi yang memperjuangkan penubuhannya ramai di kalangan pensyarah UM.
Kita pergi berkempen untuk memberi penerangan hampir setiap minggu di seluruh negeri dengan kerjasama badan-badan seperti persatuan penulis, persatuan belia dan persatuan pelajar. Tindakan ini membuka minda rakyat. Apabila sokongan tidak dapat lagi dibendung, maka kerajaan terpaksa menerimanya.
Sekarang, badan-badan belia misalnya bergantung pada kerajaan. Pada waktu dulu bukan tidak ada sekatan. Contohnya, program yang saya hadiri, dianjurkan badan belia di Kedah. Ia menggunakan balai raya dan tempahan dibuat tiga bulan sebelum program. Bagaimanapun pada hari program, kunci balai raya hilang. Jadi kita tidak dapat gunakan tempat tersebut dan sebagai ganti kita guna sebuah rumah. Sewaktu memberi penerangan, kita diarah berhenti. Katanya, arahan Cawangan Khas (SB). Jadi pada waktu itu ada juga tekanan. Namun umumnya NGO dahulu lebih bebas dan berani.
Patut disokong usaha menggerak dan memperkasakan NGO Melayu seperti yang dianjurkan Tengku Razaleigh Hamzah itu. Sebenarnya kerajaan rugi kerana mengongkong NGO berkenaan.

MAHATHIR MAHU PEMBANGKANG KUAT

Prof sebut orang Cina berfikiran strategik, bijak memilih kerajaan dan menentukan pembangkang. Tapi, Dr Mahathir hanya mengiktiraf peranan pembangkang selepas tidak berkuasa lagi.

Sewaktu Dr Mahathir masih berkuasa, saya dan beberapa rakan pernah berjumpanya menyatakan supaya memberi tempat kepada pembangkang dan jangan terlalu mengongkong. Beliau berkata, beliau tidak mahu pembangkang mati. Beliau mahu PAS lantang bersuara. Katanya, lihat di cawangan-cawangan Umno, jika tidak ada pembangkang, pemimpin Umno akan menjadi raja.
Mahathir memberi contoh, jika diperuntukkan basikal untuk diberi kepada rakyat miskin, Umno akan bagi pada kroninya. Kami nyatakan kepada Mahathir, mengapa kenyataannya dalam akhbar seolah-olah hendak membunuh semua parti pembangkang. Beliau membalas balik, sebagai ahli Umno beliau mesti mempertahankan Umno dan mahukan Umno menang 100 peratus!
Bagaimana dengan peranan NGO Melayu? (bold)
NGO Melayu tidak lagi aktif bergerak, kecuali segelintir kecil, misalnya ABIM. Persatuan lain mungkin tidak lagi berani menjemput golongan yang dianggap berfikiran bebas. Ini mungkin kerana mereka terlalu dikuasai kerajaan.
Saya percaya kalau kita ingin bebas dari rasuah, kita mesti ada sistem dua parti, supaya rakyat boleh pilih. Saya juga mengharapkan parti-parti pembangkang lebih kuat, bukan kerana saya menyokong pembangkang tapi untuk kebaikan semua pihak.


Bagaimana Prof melihat suasana baru di bawah Abdullah Badawi?


Saya kurang arif kerana selepas pencen ini saya jarang menghadiri mesyuarat-mesyuarat. Saya hanya mengikuti melalui media. Sehingga hari ini saya melihat belum terdapat apa-apa perubahan, terutama dalam konteks memberi kontrak secara telus.
Kita lihat ia masih tertutup dan tidak diketahui siapa yang dapat. Proses pemilihan tidak terbuka. Tradisi lama masih diteruskan. Kongkongan terhadap media juga dapat dilihat. Kalau dulu A Kadir Jasin kawal NST, sekarang orang lain pula. Majalah lain ada menemuramah saya tapi NST tidak pula. Media masih kuat dikongkong.
Kerajaan selalu menolak tuntutan untuk membebaskan media dengan mendakwa di mana-mana pun tidak pernah wujud kebebasan mutlak, walhal kita sendiri tidak pernah menuntut kebebasan tanpa batas. (bold)
Dr Mahathir amat pandai berhujah. Saya mengajar retorik, dalam ilmu retorik, dinyatakan bahawa apa-apa pun pendapat, jika kita tarik pada kedua-dua hujungnya, akhirnya ia akan jadi tidak masuk akal. Begitu juga dengan cara Dr Mahathir berhujah mengenai sesuatu topik. Beliau akan mengatakan tidak akan ada kebebasan mutlak, sedangkan orang pun tidak memintanya.
Memang di Amerika pun tidak ada kebebasan mutlak. Tetapi terdapat kebebasan di Amerika yang membolehkan seseorang itu menyatakan pandangannya. Kita boleh mengetahui pandangan mereka. Di Malaysia, lebih banyak diceritakan tentang gossip untuk menjual surat khabar daripada isu-isu yang patut diketahui pembaca.
Hari ini kita dapat lihat, orang yang amat benci dengan Malaysiakini telah melakukan temuramah dengan akhbar talian ini dan dia pula mendakwa tidak diberi tempat dalam akhbar-akhbar utama. Mungkin ini ada pengajarannya tapi hanya selepas tidak berkuasa. Dalam internet dinyatakan pada zaman Abdullah ini 'spinning' yang dibuat media lebih hebat daripada zaman Mahathir.

Perlukah kerajaan menguasai media?

Saya berpendapat kerajaan perlukan media tertentu untuk menyampaikan maklumat dan hasrat mereka. Cuma jangan dikongkong media-media yang lain. Contohnya, Harakah yang dahulunya terbit seminggu dua kali kini dihadkan dua kali sebulan. Jika alasan yang diberikan untuk menyelaraskan supaya sama dengan akhbar penerbitan Umno, adakah alasan ini munasabah?

Umno pun tidak lagi terbitkan akhbarnya, Prof!

Ya, hanya dalam internet (ketawa). Jika ini dilihat sebagai permainan bola sepak, pengadil adalah di sebelah sana. Dia yang tentukan segalanya, walaupun dia juga seorang pemain.

Saya melihat perkara ini tidak betul. Dia tidak memberi izin pihak lain menerbitkan akhbar. Ini saya lihat merugikan. Tetapi dengan adanya akhbar talian internet, kerajaan tidak dapat mengongkong lagi.

Berdasarkan pengalaman kami, tekanan terhadap media lebih ketat dan teruk di bawah Abdullah. Mungkin tiada lagi akhbar atau majalah diharamkan seperti dulu, tapi ini bukan kerana sikap terbuka Abdullah. Bagaimana nak haramkan media kalau permit penerbitan terlalu sukar diberikan. Mohon enam tujuh tahun tapi tak ada sebarang berita!


Itu yang saya tegaskan, pemain di pihak sana juga menjadi pengadil. Mereka tidak berfikir dari segi keadilan. Akhbar Cina lebih berani dari akhbar Melayu. Fikiran orang Melayu dikongkong. Oleh sebab itu orang bukan Melayu boleh berfikir dengan bebas tetapi tidak buat orang Melayu.


Apa impian Prof terhadap kehidupan rakyat di negara ini?


Rakyat biasa wajar diberi ruang untuk memberi input kepada pembangunan negara. Seharusnya tidak ada lagi kemiskinan tegar. Kita mahu negara ini maju dan tidak ada lagi golongan miskin. Kita mesti bebas dari
rasuah dan dadah. Seseorang yang ingin memegang jawatan awam hendaklah berani mengisytiharkan hartanya kepada publik.
Jika tidak mahu membuat pengisytiharan, seseorang itu tidak boleh menjadi pemimpin rakyat. Pendidikan juga harus diberi secara percuma. Kesihatan juga tidak boleh diswastakan. Jika semua ini ada di negara kita, bolehlah kita katakan negara ini negara maju.
Jika hanya dikira melalui pendapatan perkapita belum lagi dapat dikatakan negara kita negara maju. Ini kerana jurang terlalu luas. Rasuah juga harus dihapuskan. Saya antara yang terawal menulis tentang rasuah dalam Umno. Saya dipanggil seorang menteri. Beliau menyatakan apabila anggota kabinet membaca tulisan saya, mereka mengatakan ia terlalu 'strong'. Dalam tulisan itu saya nyatakan bibit-bibit rasuah dalam Umno amat merbahaya.

PUKULAN MAUT BAHASA MELAYU

Perdana Menteri dilihat berani menyanggah beberapa keputusan penting Mahathir, tetapi ia lebih banyak menjurus soal projek besar, misalnya jambatan bengkok. Mengapa Abdullah tidak merombak saja dasar yang merugikan anak-anak Melayu, seperti pengajaran sains, matematik dalam bahasa Inggeris?

Saya melihat Dr Mahathir telah membuat perkitaran yang lengkap. Beliau mulai naik dengan mengkritik secara terbuka Perdana Menteri pertama. Dan apabila turun beliau mengkritik Perdana Menteri sekarang. Kita tahu beliau tidak akan berhenti bercakap. Apa yang dia fikir, suara hatinya akan dinyatakan.
Secara peribadi saya menyukainya, sewaktu dia menjadi rakyat biasa pada tahun 1969/70 dulu, kami berkawan baik. Sekarang apabila beliau lantang bersuara, kita juga boleh tumpang bersuara secara terbuka. Kita harap media lebih terbuka khususnya kepada NGO. Jika tahun 1969 beliau menyerang, beliau tidak mempunyai gol untuk dijaga. Pada hari ini golnya lebih besar.
Banyak yang telah dilakukannya dulu yang tidak dipersetujui ramai. Beliau sendiri akui anggukan menteri pun palsu. Kita lihat suasana hari ini merupakan fasa baru dalam politik Malaysia. Ia bergantung kebijaksanaan Abdullah menyelesaikannya.

Dr Mahathir yang saya kenal bukanlah seorang yang suka berkompromi. Dan tidak ada orang tengah kepadanya. Baik Mahatir atau Abdullah, masing-masing mempunyai target. Mahathir selagi tidak mencapai targetnya dia tidak akan berhenti.
Dalam isu bahasa, saya harap Abdullah lebih berani. Isu bahasa Inggeris ini tidak akan selesai selagi isu bahasa Melayu tidak diselesaikan dulu. Selagi orang Melayu tidak percaya kerajaan mahu mendaulatkan bahasa Melayu, isu bahasa Inggeris ini akan menjadi masalah.
Saya juga mahu isu bahasa Melayu terus hidup. Bagi saya, kita perlu menguasai lebih daripada dua bahasa. Orang Melayu mesti tahu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Terbaru, cadangan jawatankuasa laporan Wan Zahid mengatakan bahasa pengantar di universiti adalah bahasa Inggeris. Pada saya jika kerajaan terima cadangan ini, ia satu malapetaka besar.
Saya percaya 50 peratus pensyarah di universiti tidak boleh mengajar dalam bahasa Inggeris. Lebih buruk lagi, cadangan ini merupakan pukulan maut kepada bahasa Melayu. Jika bahasa Melayu tidak menjadi bahasa ilmu, ia akan mati. Tiada istilah baru dicipta. Jika perkara ini dilaksanakan, betullah telahan kita semua.
Hujah yang diberikan dulu, apabila mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, ialah ia hanya babitkan dua mata pelajaran. Tapi kita sudah membuat kajian dua pelajaran ini jika dipraktikkan hingga tingkatan empat di sekolah sains, ia sudah merangkumi 80 peratus.

Genap 17 tahun, bahasa Melayu akan menjadi bahasa pasar, malah lebih teruk lagi. Kawan saya beritahu, bila dia pergi ke pasar malam, orang sudah bercakap bahasa Inggeris (ketawa). Kita bimbang kedudukan bahasa Melayu menjadi lebih teruk daripada bahasa Jawa. Jika pergi pasar malam di Yogjakarta, bahasa Jawa digunakan dan kita mungkin dapat beli dengan lebih murah jika tahu bahasa Jawa!
Media perlu bangkitkan isu ini supaya PM sedar ia akan menjadi satu beban yang besar apabila mempertahankan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pelaksanaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah sebenarnya bertentangan akta. Akta mengatakan bahasa utama adalah bahasa Melayu. Perkara ini dilaksanakan tanpa pindaan akta.

Dalam politik Melayu, kerap kali isu perpaduan dan juga perpecahan selalu menjadi momokan, seolah-olah jika ada perbedaan pandangan dan aliran yang memisahkan dua kelompok besar Melayu maka dianggap bangsa sudah berpecah. Sedangkan dalam demokrasi, ia fenomena biasa yang tidak perlu dibimbangkan.

Ini kerana Umno terlalu biasa dengan suasana menguasai politik Melayu. Sedangkan dalam konteks hari ini, kita harus fikir bahawa orang Melayu memerlukan dua parti politik yang kuat. Ia sebagai alternatif kepada Umno. Saya fikir Umno kini sudah dimakan anai-anai dari dalam. Selagi Umno tidak berani memanggil BPR untuk menyelesaikan rasuah politiknya, ia akan hancur dari dalam. Kita lihat tiada tindakan walaupun jaminan di bawah pemerintahan Abdullah isu rasuah ini akan ditangani secara berkesan. Tidak ada.
Jika dilihat pada 1999, PAS dengan keADILan mendapat sokongan hampir 70 peratus orang Melayu, maknanya secara psikologi pernah menjadi menjadi parti Melayu terbesar. Malangnya PAS, tidak sepertimana Umno, berjaya membentuk gabungan parti-parti semantap BN. (bold)
Umno terus berkuasa bukan kerana kekuatannya tetapi kerana tidak mempunyai saingan. Saya harap PAS mesti berfikir ke arah itu. Untuk mengajak orang bukan Islam menjadi ahli PAS, itu terlalu jauh dan angan-angan yang terlalu besar. PAS harus mengukuhkan di kalangan orang Islam sebagai alternatif kepada Umno dan menunjukkan PAS itu bersih dan tidak terkongkong dengan isu-isu kecil dan sempit.

PAS LEBIH BANYAK MENUNGGU?

Atau mungkin PAS dilihat tidak membawa isu-isu Melayu secara berkesan?

Ia bukan hanya isu Melayu tetapi isu yang universal yang menguntungkan orang Melayu. PAS mesti rapat dengan NGO Melayu dan memenangi hati Melayu. Contohnya, sewaktu PAS menguasai Terengganu, saya difahamkan tidak banyak perbezaan antara pemerintahan PAS dengan Umno. Perkara ini perlu difikirkan.
PAS masih jauh dalam memenangi hati orang Melayu. PAS harus menjadi jaguh dalam isu-isu Melayu, di samping menguasai isu-isu negara yang lebih kompleks. Tapi, saya melihat PAS lebih banyak menunggu daripada merintis jalan. Menunggu untuk diberikan idea. Sepatutnya PAS mencari dan mendekati kelompok atau individu yang mempunyai idea. Saya yakin ramai yang bersedia menyumbang.

Kita tidak mendengar kerajaan PAS Kelantan korupsi. Dan ini merupakan modal yang penting. Begitu juga dengan pelancongan. Kelantan mempunyai potensi yang banyak. Malah pelancongan dari segi agama juga dapat dimajukan di Kelantan, banyak warisan ulama silam ada di sana.

Sumber:http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=3638&Itemid=60

Friday, June 30, 2006

Dalam keadaan dunia diselubungi demam Pial Dunia 06 dan serangan Isreal laknatullah kpd umat Islam Palestine, aku sempat mendengar siaran langsung wtv8 yg memaparkan temubual dengan Prof Dato Dr Khoo Kay Kim(Pakar Sejarah). Aku tertarik dengan komennya mengenai orang Melayu malu-malu untuk menyampaikan Islam kepada orang lain terutamanya masyarakat Cina, kalau mereka membincangkan Islam tiba2 ada orang bukan Islam datang, mereka kata, ini bukan urusan engkau(sambil merujuk kepada pengalaman beliau. Aku berkesempatan berada di UK melihat sedikit sebanyak usaha menyebarkan Islam oleh umat Islam disini. Mereka melakukannya bersungguh dan menerusi kaedah yang menarik. Pas juga mengakui bahawa mereka juga agak kurang melakukan usaha dakwah Islam kpd org bukan Islam, yang sepatutnya menjadi salah satu core business mereka. Sudah tiba masanya Pas memeikirkan cara terbaik menyampaikan dakwah kpd masyarakat bukan Islam di M'sia khususnya orang Cina, Adakan hubungan baik dengan MACMA dan tubuhkan Task Force untuk usaha tersebut dan libatkan ustaz2 drpd kalangan saudara Islam atau ustaz yg boleh berbahsa Cina untuk berdakwah kepada masyarakat Islam.Usaha dakwah di europah dan US sangat bertenaga, umat Islam M'sia yang cintakan Islam harus mempelajari dan mencontohi mereka. Sdr Muhd Riduan mereupaka salah seorang Cina muslim di M'sia ynag mungkin boleh diajak bersama dalam usaha dakwah kepada orang Cina.


Insiden dihempap kontena perkukuhkan iman Muhd. Riduan Hoe

Oleh ZUARIDA MOHYIN


PELANGGAN bertali arus mengunjungi pejabat Aculife di Jalan Sepadu, Taman United, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Muhd Riduan Hoe (kiri) sedang melayan pelanggan baru dan lama.

MALANG tidak berbau. Pun begitu sebagai seorang muslim kita perlu meyakini bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu adalah ketentuan Ilahi.

Namun bagi Muhd Riduan Hoe, 68, Pengarah Sri Ikatan Builder Sdn. Bhd., syarikat yang mengendalikan kerja-kerja melukis pelan bangunan, kedua-dua kenyataan di atas berlaku serentak dalam kehidupannya.

Semuanya bermula selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan yang amat mengerikan sewaktu dalam perjalanan ke tapak projek yang terletak di Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur. Melihat kepada kenderaan pacuan empat roda milik Muhd. Riduan yang rosak teruk akibat daripada hempapan kontena seberat ratusan kilogram itu, ramai tidak menyangka pemandunya masih mampu bernafas.

Biarpun nyawanya masih panjang, namun kemalangan ngeri itu menyebabkan beliau yang memeluk Islam beberapa tahun sebelum itu terlantar koma selama beberapa bulan, selain menerima rawatan khusus akibat retakan tengkorak kepala dan kecederaan teruk hampir di seluruh badan.

Sungguhpun insiden tragis ini berlaku kira-kira lapan tahun lalu dan sudah kembali pulih, ia tidak seperti sebelum kemalangan. Kesengsaraan yang ditanggung selama di hospital serta sepanjang pemulihan masih kukuh dalam ingatannya. Malah semua kepedihan itu terubat dengan hikmah yang diperoleh.

Kematian

“Ramai orang tersayang dan kenalan seperti mengharapkan kematian saya memandangkan jika pulih pun saya tidak lagi seperti dulu. Malah saya dianggap membebankan mereka. Segala simpanan dan harta benda saya hilang begitu sahaja dan akhirnya saya hilang segalanya.

“Setelah sedar daripada koma, fikiran saya masih belum mampu berfungsi secara normal dan kecederaan teruk di bahagian sebelah kiri badan menyebabkan pergerakan saya terbatas. Semua ini amat membebankan, apatah lagi mengenangkan nasib ditinggalkan orang tersayang.

“Sehingga satu peringkat, dugaan berat ini ada ketikanya merapuhkan benteng keimanan diri. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan saya sendirian mengharunginya. Fikiran saya berkecamuk, perasaan saya tertekan dan situasi ini amat menyiksakan dan tidak tertanggung rasanya. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Ruparupanya lebih banyak rezeki dan nikmat yang diberikan selepas ujian berat itu,” cerita Muhd. Riduan.

Katanya, selepas melakukan pelbagai kaedah perubatan sama ada moden atau alternatif, keadaan kesihatannya masih tidak banyak berubah. Malah wang simpanan yang masih berbaki semuanya dibelanjakan untuk mendapatkan perkhidmatan pemulihan. Malangnya, semuanya tidak berjaya.

Setelah kecewa dengan pelbagai jenis kaedah perubatan yang terdapat di pasaran, Muhd. Riduan tergerak untuk mencuba sejenis alat ciptaan dari negara Jerman iaitu Peralatan Elektrik Anion, kaedah moden untuk membuang oksigen aktif (radikal bebas) dan toksin serta dalam masa yang sama menggunakan akupuntur Tenaga Bio.

“Hasil kajian sejak 1980 hingga kini mendapati 90 peratus penyakit seperti kanser, lumpuh, arteriosklerosis, dermatitis, kulit kering, bintik hitam, kulit kedut dan banyak lagi berpunca daripada oksigen aktif. Apabila oksigen aktif bergabung dengan asid lemak tidak tepu, ia akan membentuk bahan lemak yang dioksidakan. Proses berterusan ini akan turut mengoksidakan sel-sel dan tisu serta merosakkan bahan protein yang berfungsi untuk membina sel-sel.

“Sementara itu alat Akupuntur Tenaga Bio merupakan teknologi terkini yang membuktikan bahawa tenaga bio mengaktifkan tenaga positif atau ‘Qi’ dalam titik-titik akupuntur badan. Alat ini menggabungkan kuasa perangsang dalaman dengan akupuntur tradisional memberikan satu resolusi kepada produk kesihatan secara saintifik dan praktis.

“Alhamdulillah, selepas setahun menggunakan dua peralatan itu, perubahan positifnya terasa hari demi hari. Saya benar-benar bersyukur dengan perkembangan kesihatan saya. Apa tidaknya, daripada herot muka, sukar berjalan dan lemah otak kini kehidupan saya lebih selesa,” akui Muhd. Riduan.

Hasil rawatan perubatan itu juga mendorong beliau menubuhkan Aculife (M) Sdn. Bhd. bukan atas dasar mencari keuntungan semata-mata tetapi berniat untuk membantu orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Muhd. Riduan, apa yang berlaku ke atasnya selama ini semuanya membuktikan kekuasaan Allah. Malah penubuhan syarikat Aculife juga adalah salah satu tanda kesyukurannya. Ini kerana selain menjadi punca rezeki ia juga dianggap satu tanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kepada insan lain.

Pengakuan

Sewaktu berkunjung ke pejabat operasi Aculife (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini, penulis tidak menyangka dalam usia penubuhannya yang baru setahun jagung rupa-rupanya Aculife telah berjaya memberi sinar baru terutama kepada pesakit-pesakit kronik di negara ini. Ini terbukti daripada testimoni-testimoni beberapa pesakit yang berada di situ serta menerusi pengakuan yang dibuat di beberapa media cetak pelbagai bahasa. Malah ada di antara mereka yang telah sembuh sepenuhnya kini bergelar ejen dan pengedar Aculife.

Muhd. Riduan sewaktu diminta menceritakan perjalanan pengislamannya memberitahu datuk moyangnya dulu-dulu beragama Islam tetapi pegangan Islam mereka hilang begitu sahaja.

“Saya masih ingat kisah sewaktu saya pulang ke kampung di China ketika kecil dulu. Saya dapati ada perbezaan besar yang ketara antara kehidupan orang Cina Islam jika dibandingkan dengan yang beragama Buddha di sana. Hal ini sedikit sebanyak telah menarik minat saya kepada Islam.

“Sehinggalah usia saya meningkat dewasa dan berusia, saya pernah mengajak isteri dan anak-anak untuk sama-sama memeluk Islam. Sayangnya, hasrat saya tidak kesampaian dan mereka hanya berpura-pura ikhlas di hadapan mata tetapi di belakang mereka menolak,” ceritanya yang memeluk Islam di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Kata Muhd. Riduan, ketenangan dan kesihatan yang dikurniakan kepadanya sekarang serta sokongan daripada pejabat agama dan orang perseorangan secara tidak langsung menjadi sumber kekuatan buatnya meneruskan kelangsungan hidup. Ditambah pula dengan usaha murni menerusi Aculife yang diumpamakan ‘bonus’ baginya.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah perubatan itu boleh menghubungi Muhd. Riduan Hoe melalui talian 017-3737686 atau 03-7983 0400.



Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Thursday, May 25, 2006

Kemahiran Berfikir dan remaja

Aku tertarik dengan ayat penulis remaja tak seharusnya didedahkan dengan pendekatan mengingatkan meghafaz shj. Rasanya itulah yang berlaku dalam sistem pendidikan kita yang sangat berorientasikan peperiksaan. Hasilnya lihat kualiti pelajar pada zaman sekarang tak berupaya mengolah sendiri maklumat dan menganalisanya serta memahami dengan lebih baik sesuatu disiplin ilmu. Saya harap kerajaan menyedari perkara ini dan Pak menteri jangan asyik dok berfikir nak pertahankan jawatan shj, perah otak fikir yg terbaik utk rakyat bukan hanya utk perut dan bawah perut kamu shj.

Kemahiran berfikir perlu pendedahan sejak zaman remaja
Oleh: DR. SIDEK BABA
KEMAHIRAN berfikir adalah sesuatu yang amat fundamental dalam kemajuan sesuatu negara dan bangsa. Bangsa Yunani terkenal melahirkan ahli-ahli fikir dan sekali gus menghasilkan karya-karya besar.
Pemikir seperti Aristotle, Plato, Socrates dan lain-lain, pemikirannya dikaji sehingga kini. Hal yang sama berlaku dalam ketamadunan Islam yang melahirkan pemikir-pemikir besar dalam banyak bidang. Orang-orang seperti Ibn Nafis, Ibn Sina, al Batani, al Khwarizmi, al Biruni, al Zahrawi, ibn Khaldun, ibn Taimiyyah, Shah Waliyullah dan lain-lain adalah pemikir, pengkaji dan saintis pada zamannya yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan manusia dan tamadun. Kekuatan yang ada pada mereka bermula dengan tradisi berfikir yang menghasilkan ilmu dan karya.
Kemahiran berfikir harus didedahkan kepada generasi muda sejak zaman remajanya lagi. Kecenderungan al Farabi, al Kindi, Ibn Rushd berfikir bermula sejak umur remaja lagi. Bermula dengan mendekati dan meneliti al Quran, menguasai aspek-aspek bahasa dan tafsir sehinggalah mendekatkan mereka dengan ilmu-ilmu falsafah, matematik, astronomi dan muzik adalah gambaran tradisi berfikir yang cemerlang berlaku di kalangan mereka. Dewasanya mereka menghasilkan karya-karya besar untuk kajian dan tatapan manusia berzaman-zaman.
Berfikir sebagai suatu kemahiran perlu disuburkan di kalangan remaja. Tempoh remaja adalah tempoh yang amat berpotensi membentuk kemahiran berfikir supaya potensi akliah atau mindanya dapat berkembang dengan subur dan baik. Remaja tidak seharusnya di dedah dengan pendekatan mengingat dan menghafaz saja. Ia juga penting sebagai suatu cara merakam maklumat dan ilmu. Tetapi lebih penting lagi ialah bagaimana maklumat dan ilmu dapat difahami dan diaplikasikan kepada diri dan juga diluar diri. Ia sudah tentu menuntut upaya atau kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir amat perlu bagi remaja supaya sudut pandangannya menjadi luas dan mantap. Oleh kerana sifat ilmu dan maklumat adalah berkembang, pemikiran remaja tidak harus statik, beku dan jumud dalam tahap-tahap tertentu sedangkan perkembangan maklumat dan ilmu di sekitarnya berkembang dengan laju. Dalam gelombang perkembangan maklumat yang digerakkan oleh teknologi para remaja harus berkemampuan menyaring yang mana baik dan bermanfaat atau yang mana sebaliknya. Kemahiran berfikir boleh membantu.
Apa yang penting bagi remaja ialah kenal pasti potensi, minat dan kecenderungan terhadap bidang-bidang ilmu dan keahlian kemudian latih diri dengan kemahiran berfikir yang sistematik. Maksud berfikir yang sistematik ialah bagaimana pemerhatian, pengkajian, dapatan, penemuan yang dilalui oleh remaja baik dalam hal-hal akademik dan kerja saintifik, mahupun khazanah pengalaman dan pemerhatian mencetuskan daya fikir, perasaan ingin tahu yang tinggi, kecenderungan melihat dalam perspektif yang berbeza, memperkayakan persepsi, tafsir dan taawil terhadap sesuatu adalah jalan-jalan yang menghasilkan kemahiran berfikir.
Remaja di peringkat awal membina kemahiran berfikir harus peka dan sensitif terhadap sesuatu. Ia mendorong rasa ingin tahu yang tinggi. Dorongan ingin tahu harus diikuti dengan pembacaan, perkongsian ilmu dan maklumat, melakukan analisis, mendapatkan maklumat-maklumat berbanding dari sumber-sumber lain kemudian meletakkan sesuatu subjek atau isu dalam persepktifnya. Apabila sesuatu itu berada dalam perspektifnya maka barulah asas pemikiran diletakkan dan subjek itu boleh dilihat secara kritikal, kreatif, reflektif, lateral, analitis, evaluatif dan sebagainya.
Melihat dan menanggapi sesuatu berasaskan perspektif pemikiran boleh menambahkan lagi kesuburan ilmu, menjadikan maklumat berkembang, pendapat diperkayakan dan akhirnya data dan fakta yang diperolehi menjadi lebih tersaring dan rumusan ke arah sesuatu akan menjadi lebih baik. Ia sangat penting memandu remaja berfikir dengan lebih tepat, baik dan sempurna. Ia boleh menyebabkan remaja berfikir dengan kualiti.
Pada hari ini ramai remaja yang tidak berfikir. Sesuatu itu dilihat secara pergi dan datang tanpa kecenderungan untuk berfikir baik atau buruknya. Sesuatu yang datang dalam hidupnya baik yang bercorak maklumat, hiburan, senikata, bahan pembacaan dan tontonan lebih banyak yang mengisi keperluan naluri dan nafsu. Sekiranya para remaja tidak dibina asas dirinya menjadi remaja yang baik dan berakhlak unsur hiburan dan berpoya-poya sangat digemari. Remaja jenis ini jarang berfikir tentang baik buruk, bermanfaat atau pun tidak akan sesuatu itu, sebaliknya menjadi pengguna setia hingga akhirnya menyebabkan para remaja terpengaruh dengan perkara-perkara negatif dan terlibat dengan perbuatan yang melampaui batas.
Dalam tradisi Islam kemahiran berfikir sentiasa dihubungkan dengan faktor zikir. Zikir di sini harus dilihat dalam erti kata yang luas. Zikir bukan hanya menyebut nama Allah atau kebesarannya tetapi zikir dalam konteks fikir mengajar remaja memahami faktor kewujudan Allah dengan tanda-tanda kebesaran-Nya. Allah s.w.t adalah sesuatu yang ghaib. Adanya alam ini, seluruh kejadian yang ada, rahmah dan nikmat yang melimpah, diberikan roh kepada manusia supaya manusia mampu berfikir, merasa dan memilik nilai dalam aplikasi hidup.
Remaja di peringkat awal umur lagi jangan hanya berfikir terhadap benda-benda yang wujud dan tampak semata-mata. Sesuatu yang wujud dalam alam dan kehidupan ini tidak semestinya maujud dalam bentuk yang nyata dan tampak. Roh yang ada pada tubuh remaja sendiri adalah sesuatu yang ghaib. Tetapi ia wujud pada diri dan memperkasa akal dan hati. Tanpa roh jasad, akal dan rohani tidak akan memberi makna apa-apa. Pemikiran pokoknya ialah siapa yang mencipta roh itu. Al-Quran memberikan pertunjuk bahawa roh itu adalah ciptaan Allah dan yang diketahui oleh manusia tentang roh adalah amat sedikit.
Akal adalah anugerah Allah yang amat berharga. Dari akal membolehkan remaja mengingat dan menghafaz. Dari akal juga menyebabkan pemikiran berkembang dan daya taakulan terjadi. Berfikir adalah suatu proses dan apa yang difikir menjadi sumber maklumat dan ilmu kepada remaja. Tetapi upaya pemikiran remaja terbatas sedangkan alam dan kehidupan yang amat luas ini sifatnya tidak terbatas. Remaja memerlukan pedoman. Al-Quran sebagai kalam Allah memberikan kita pedoman mengenai alam nyata dan alam ghaib. Darinya remaja belajar memberi perimbangan mengenai pertunjuk, pedoman dan pertanda dari Allah untuk manusia tahu dan darinya manusia dapat mengukuhkan jiwa kehambaan yang tinggi supaya kepatuhan dan ketaatan yang ada membolehkan remaja hidup dalam keadaan yang fitrah. Kalau tidak pemikiran remaja akan berkembang secara pemikiran orang Barat yang sebahagiannya tidak percaya kepada konsep Penciptaan dan menolak konsep ghaib sebagai dogma dan dihubungkan sebagai tidak rasional dan tidak saintifik.
Dalam al-Quran terdapat hampir 200 ayat yang khusus tentang sains. Ulama dan ilmuan Islam pada masa terdahulu berfikir berpandukan zikir iaitu menghubungkan Allah sebagai Pencipta. Sedikit kebesaran dan kehebatan hasil ciptaan-Nya dikaji oleh manusia dalam mengurus hidupnya. Bagi yang tidak beriman merasakan apa yang ditemui dan didapati dianggap ia hasil kajian saintifik manusia sedangkan bagi pemikir dan saintis Islam ia adalah tanda kebesaran Allah yang menciptakan segala sesuatu dan manusia hanya dapat menemui sedikit rahmah, hikmah dan nikmat-Nya. Dari situ manusia memiliki rasa syukur yang tinggi.
Para remaja Islam perlu bersikap kreatif, inovatif dan kritikal terhadap sesuatu fakta dan data. Tetapi daya kreatif, inovatif dan kritikal jangan sampai kita menolak faktor zikir hingga menyebabkan remaja kehilangan arah dan pedoman dan akhirnya menolak Tuhan dan agama. Faktor zikir adalah faktor yang memandu remaja dekat dengan kebenaran dan faham tentang fitrah kejadian. Oleh itu berfikir tanpa landasan boleh menyebabkan remaja hilang arah. Berfikir menolak fitrah kejadian akhirnya menyebabkan remaja menolak fitrah kejadian. Berfikir secara Qurani akan membimbing remaja ke arah kebenaran yang hakiki. Kebenaran hakikilah yang menjadi pedoman terbaik memandu remaja membina peribadi yang fitrah.
* Prof. Dr. Sidek Baba ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Hidayah Daripada Allah: Paderi Peluk Islam

Membaca kisah ini secara tidak langsung manaikkan semangat saya untuk menyebarkan dakwah Islam tetapi perasaan sedih pun ada apa bila mengenanagkan 250,000 Melayu Islam murtad dan laporan terkini badan kristian US mengatakan 40 ribu remaja Melayu memeluk kristian. Kerajaan Malaysia tidak wajar memandang sepi laporan tersebut. Kerajaan harus mengambil berat akan perkara ini dan melakukan apa yang diajar oleh ajaran Islam iaitu undang-undang cegah murtad. Usaha dakwah mestilah diperhebatkan kepada remaja Islam dan juga orang bukan Islam sebagaimana dilakukan oleh Hj Ayub. Sudah hampir 50 tahun merdeka orang murtad semakin ramai dan orang bukan Islam yang memeluk Islam tak ramai yg diharpkan, mesti ada sesautu yang tidak kena dengan kerajaan yang ada sekarang. Dalam hal lain pun celaru dan haru biru dalam gelombang biru.
Ayub Abdul Rahman dulu paderi kini Daie
Oleh: SITI AINIZA KAMSARI
PADA 8 Ogos tahun lalu, seluruh umat Islam amat merasai kehilangan ulama besar dan pendakwah terkemuka Sheikh Ahmed Hossen Deedat yang meninggal dunia dalam usia 87 tahun. Ramai beranggapan tidak akan ada Ahmed Deedat yang kedua selepas kematiannya itu.
Hanya Allahyarham sahaja yang mampu berdialog mengenai soal ajaran Kristian dan kitab Bible bagi tujuan menyerlahkan lagi kebenaran ajaran Islam itu sendiri.
Namun pertemuan penulis dengan seorang lagi pendakwah baru-baru ini tidak syak lagi mampu membuka lembaran baru mengenai 'kemunculan' atau pengganti Ahmed Deedat walaupun mungkin tidak sehebat Allahyarham.
Bahkan lebih menariknya, Ustaz Ayub Abdul Rahman 59, sendiri dahulunya seorang seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.
Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.
Bagaikan jauhari mengenal manikam. Ayub adalah tokoh yang selayaknya memperkatakan ajaran Kristian dan amat mengetahui semua isi dan selok belok kitab Injil itu.
Namun sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan sehinggakan orang ramai tidak ragu-ragu memanggilnya “Ustaz” mahupun “Tuan Haji Ayub”.
Komitmen beliau yang begitu padu terhadap Islam terutama dalam gerakan dakwah dan kebajikan Islam mendapat penghargaan banyak pihak dan terbaru, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak (Saudara Baru) 2005.
Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.
“Saya telah mempunyai kehidupan yang begitu sempurna semasa menjadi paderi” katanya ketika ditemui di Yayasan Jenderami, Dengkil, Sepang di Selangor baru-baru ini.
Kesempurnaan yang dinikmati dalam institusi gereja itu membolehkan Anthony mengecap kesenangan dalam hidup.
“Segala-galanya disediakan dan diberi percuma oleh pihak gereja. Daripada orang yang akan membasuhkan tandas kita sehinggalah pemandu dengan kenderaan mewah untuk membawa saya ke mana sahaja.
“Ini tidak termasuk tiket-tiket penerbangan kelas pertama ke hampir seluruh pelusuk dunia. Jadi saya tidak ada masalah sepanjang berkhidmat untuk gereja kerana apa sahaja yang dihajati akan segera dipenuhi,” katanya yang telah menjejaki 22 negara bagi menjayakan misionari Kristiannya.
Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa turut memberikan kepuasan kepada jiwa Anthony ketika itu. Pernah kata Ayub, beliau diminta mengampunkan penghuni kubur atas permintaan keluarga si mati.
Sehinggalah pada suatu hari berdasarkan pembacaan kitab Bible, perasaan beliau yang
setenang air di kali selama ini mula terganggu. “Tanpa seseorang itu dibaptiskan, tidak memungkinkan seseorang itu menghuni syurga!”
“Apabila saya terbaca ayat itu, hati saya begitu terusik. Ini kerana secara tiba-tiba saya terkenangkan jiran-jiran saya di Kampung Pelanduk Jatuh, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
“Mereka merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggakan saya masih ingat walaupun mereka menjalani ibadat puasa Ramadan, kami sekeluarga adalah orang pertama yang akan menerima juadah berbuka puasa mereka.
“Mereka tidak akan berbuka selagi kami tidak menerima juadah tersebut walaupun kami bukannya beragama Islam. Ia memang satu situasi yang mengharukan.
“Begitu juga apabila ada ahli keluarga saya sakit dan memerlukan rawatan segera ke hospital, jiran-jiran Melayu saya inilah yang akan bersusah payah menggunakan kenderaan mereka untuk membawa kami ke hospital dan mereka tidak pernah berkira.
“Saya kira mereka merupakan jiran terbaik yang pernah saya jumpa” kata Ayub.
Apabila mengenangkan kebaikan jiran-jirannya itu dan ajaran Kristian, Anthony begitu terusik kerana kebaikan mereka itu akan berakhir dengan masuk ke neraka!
“Saya benar-benar sedih kerana mereka ini tidak pernah dibaptiskan maka tentunya mereka tidak akan layak masuk ke syurga Allah.
“Sehinggakan buat pertama kali saya memperkenalkan sembahyang malam yang sebelum ini tidak ada dalam cara orang Kristian beribadat. Ini kerana saya benar-benar memerlukan jawapan mengenai persoalan ini,” jelasnya.
Oleh kerana memiliki kunci pintu gereja maka pada suatu malam, dihadapan altar beliau sembahyang dan ‘merayu’ kepada tuhan supaya jiran-jirannya itu dikecualikan daripada memasuki neraka.
Namun bagi Anthony sudah sampai tahap dan masa untuknya mengubah akidah umat Islam itu sendiri.
Lantas beliau memohon kebenaran pihak gereja untuk mengkaji dan mendalami al-Quran yang bakal dijadikan senjata untuk melumpuh dan melemahkan umat Islam itu sendiri.
Permintaan Anthony segera dipenuhi malah pada tahun 1973 beliau dihantar ke Millhill Missionary Institute di utara London bagi membolehkan paderi ini mempelajari Islam sebanyak mana yang beliau mahu.
“Pada mulanya untuk selama tiga bulan, tetapi saya lanjutkan sehingga enam bulan kerana telah direncanakan oleh tuhan, saya tidak menemui apa yang dicari kecuali jika terus mencari apa yang ditemui hanyalah keindahan Islam.
“Tiada kecacatan langsung mengenai Islam malah kalau ada 10 kitab al-Quran yang didatangkan dari mana-mana negara di hadapan saya. Baik sama ada dari Afrika, Asia malah dari Eropah sendiri, yang saya jumpa hanyalah ayat-ayat yang sama.
“Kata-kata Allah itu begitu terpelihara dan tidak berubah oleh sebarang tokok tambah dan pengurangan. Malah nama agama itu sendiri, memang ada tertulis di dalam al-Quran dan makna dari ayat 85 Surah al-Imraan benar-benar mengejutkan saya sehingga saya menjadi lebih ketakutan.
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imraan: 85)
“Jadi, siapa sebenarnya yang akan rugi di hari akhirat kelak?,” katanya.
Menurut Ayub, adalah tidak mudah sebenarnya untuk beliau menerima Islam kerana dirinya sangat berpengetahuan dalam ajaran Injil itu sendiri sehinggakan banyak mengunjungi tempat suci orang Kristian di seluruh dunia. Peluang yang tidak diperolehi oleh penganut lain.
“Ditambah dengan persekitaran hidup dalam biara dan sentiasa dipantau oleh pihak gereja sehinggalah oleh pihak Vatican di Itali,” katanya.
Namun 4 September 1978 mencatatkan tarikh yang bersejarah apabila paderi ini akhirnya dengan seikhlas hati mengakui keesaan Allah s.w.t sebagai tuhan yang satu yang tidak disekutukan dengan mana-mana makhluk lain termasuk Nabi Isa a.s.
Beliau diIslamkan di bumi Sarawak sebagai saksi dengan dibantu oleh Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Tun Patinggi Abdul Rahman Yaacob.
“Jadi, tahulah anda dari mana saya mendapat nama Abdul Rahman selepas saya memilih Ayub sebagai nama Islam saya,” katanya.
Rupa-rupanya tindakan Ayub memeluk Islam itu bukan sahaja menimbulkan kejutan kepada banyak pihak namun yang lebih tidak sangka-sangka sehingga membahayakan nyawanya pada masa itu.
“Tidak dapat dilupakan bagaimana takut dan ngerinya saya pada masa itu apabila rumah yang saya diami dibaling orang dengan ketulan-ketulan batu.
“Tidak sangka tindakan saya memeluk Islam tidak disenangi oleh sesetengah pihak,” katanya.
Demi keselamatan dirinya, Ayub terpaksa menyembunyikan diri di Jeddah, Arab Saudi dan di Tanah Haram, Mekkah Al Mukarramah selama tiga tahun.
“Tetapi begitu sekali kekuasaan Allah! Jika tidak kerana persembunyian ini tentulah saya tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya benar-benar bersyukur kerana diberikan
peluang yang sebegini hebat.
“Bagai tidak percaya, baru sehari dua mengucapkan kalimah syahadah di tanah air tetapi Rumah Allah, Kaabah itu kini berada di hadapan mata dan saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir. Seumur hidup tidak pernah menangisi diri tetapi saya benar-benar merasakan diri ini begitu kerdil dan hina berbanding nikmat iman yang diberikan oleh-Nya kepada saya,” katanya.
Selama tiga tahun itu, Ayub mengambil kesempatan mendalami Islam dalam semua aspek terutama al-Quran bagi menambahkan keyakinan dan memberikan kekuatan sebagai seorang yang baru dalam Islam.
Hanya kebelakangan ini sahaja, Ayub memberanikan diri berdakwah secara terbuka termasuk memasuki segenap pelusuk pedalaman Sarawak dan Semenanjung bagi menyebarkan Islam sambil melakukan pelbagai kerja kebajikan.
Namun seperkara yang menarik mengenai Ayub ini apabila setiap hujung minggu, beliau ‘menukar’ statusnya sebagai pemandu pelancong.
“Hujung-hujung minggu saya pasti berada di perkarangan masjid-masjid di sekitar Kuching. Di situ saya berperanan sebagai pemandu pelancong kerana ramai menjadikan Masjid Bahagian Kuching sebagai destinasi kunjungan mereka setiap kali datang ke sini.
“Daripada mereka terjengok-jengok dan tiada sesiapa membantu untuk menjelaskan fungsi dan peranan masjid, adalah lebih baik saya menemui rombongan pelancong yang rata-ratanya warga Barat itu dan mengajak mereka masuk dan melihat sendiri keadaan dan suasana masjid,” katanya yang telah tiga kali mengerjakan haji dan bercadang ke Tanah Suci sekali lagi tahun ini.
Kebanyakan mereka ini, kata Ayub, mempunyai salah tanggapan mengenai Islam dan masjid itu sendiri. Ini termasuklah percaya terdapat patung Nabi Muhammad dalam masjid kerana menganggap baginda merupakan tuhan yang memperkenalkan agama yang mereka panggil sebagai “Muhamaddan”, golongan wanita dinafikan hak mereka untuk beribadat di masjid dan sebagainya.
“Jadi saya ajak mereka masuk dan lihat sendiri akan ‘patung’ tersebut. Ini kerana mereka mungkin menganggap ajaran Islam seperti ajaran Kristian yang terdapat patung Jesus di dalam gereja.
“Tetapi apabila mereka mendapati suasana di dalam masjid tidak seperti yang mereka sangkakan, lalu mereka kehairanan. Di sinilah saya mengambil kesempatan memberi gambaran sebenar mengenai masjid dan terangkan mengapa tidak perlu adanya sebarang patung, apa itu arah kiblat dan sehinggalah mengapa diasingkan jemaah lelaki dan perempuan.
“Apabila tiba waktu sembahyang, saya meminta mereka melihat sendiri bagaimana orang Islam sembahyang dan saya bersedia menjawab apa juga persoalan yang diajukan selepas itu.
“Begitu juga apabila kedengaran seruan azan yang mereka anggap sebagai lagu ibadat paling merdu yang pernah mereka dengar, saya akan jelas makna di sebalik ‘lagu merdu’ itu,” katanya yang menggunakan kelebihan berbahasa Jerman dan Inggeris bagi tujuan ‘dakwah’ itu.
Ketika ditemui penulis, Ayub sedang membantu seorang lagi saudara baru iaitu merupakan pelancong Finland yang menghadapi pelbagai kesukaran di sini.
Lawatannya di kampung-kampung masyarakat Melayu di sekitar Lumut, Setiawan dan Seri Manjung, Perak baru-baru ini menyebabkan lelaki Finland ini begitu tertarik kepada Islam dan terus memeluk agama itu.
“Tindakan itu menyebabkan isterinya di Finland begitu marah dan menganggap apabila suaminya itu memeluk Islam bererti dia akan menjadi pengganas serta menggalas senjata. Lalu keluarga pelancong ini memberi amaran jika dia pulang semula ke negaranya itu, dia akan mati ditembak.
“Jadi siapa sebenarnya yang ganas? Malah mereka menganggap kehadiran Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke negara ini baru-baru ini semata-mata untuk merekrut askar dan tentera di kalangan orang Islam di negara ini untuk tujuan keganasan. Sehingga begitu sekali tanggapan mereka mengenai Islam,” katanya yang sedang membantu mengenai kebajikan pelancong itu di sini.
Berkahwin dengan Baiti Adenan, 59, dan mempunyai dua anak lelaki, Musa, 22, dan Isa, Ayub, 20, meniti kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.
Menariknya, beliau lebih kerap memanggil anak-anak lelakinya itu dengan panggilan ‘Moses’ and ‘Jesus’.
“Pernah ada yang meminta kepastian dari saya, benarkah dengan menggunakan telefon bimbit saya sedang bercakap dengan Nabi Musa dan Nabi Isa?,” katanya sambil tertawa kecil.
Setiap tahun, melalui satu pertandingan, anggota-anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Kuching Sarawak akan merebut piala yang dianggap berprestij di sana, iaitu Lazaramah Viagulam Challenge Throphy. Tetapi apa kaitannya dengan Ayub?
“Piala ini sebenarnya dari saya bagi menggalakkan anak-anak muda supaya menderma darah bagi membantu Tabung Darah Negara dan nama piala itu merupakan sempena kasih sayang saya yang tidak ada tolok bandingnya lagi terhadap ibu saya yang tercinta (Lazaramah, 80).
“Ibu saya itu merupakan manusia kedua terpenting dalam hidup saya selepas Allah dan Rasul-Nya.
“Walaupun dia masih Kristian tetapi tidak ada apa yang boleh menghalang kasih sayang kami,” katanya yang begitu gembira kerana dapat berjumpa bagi meraikan hari lahir ibunya baru-baru ini.
Ayub benar-benar Muslim yang berbeza. Beliau mempunyai senarai kerja kebajikan yang panjang di Kuching. Antaranya Out Reach HIKMAH, Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Sarawak, Jawatankuasa PERYATIM, Sarawak dan Perkim Sarawak.
Maka untuk mengenali beliau lebih dekat lagi, ikutilah kisah hidup Ayub yang akan ditayangkan melalui Program Kembara Iman- Saudara Baru yang akan disiarkan oleh Saluran TV Astro sempena menyambut dan pengisian rancangan untuk Ramadan tahun ini.

Saturday, May 20, 2006

Reformasi Sistem Pendidikan Negara

Peluang berada dinegara maju saya menfaatkan untuk memerhati bagaiman sistem pendidikan mereka. Kenapa mereka maju? Selain daripada kerajaan yang telus, sistem pendidikan yang baik memainkan peranan penting. Saya bertemu seorang pesara guru besar sebuah sekolah rendah yang mengajar sejarah, dia bertanyakan bagaimana dengan sistem pendidiakan negara kamu, saya mengatakan bahawa sistem yang digunakan adalah bersifat "exam orientation" dan kena banyak menghafal dan pelajar akan memuntahkan balik apa yang diajar disekolah. Secara spontan dia mengatakan kepada saya sistem begitu diamalkan oleh Scotland 20 tahun lalu. Sekarang kami menekankan kepada pelajar pembinaan skil sperti pemikiran saintifik dan bahasa serta kebolehan menganalisis maklumat bukan hanya menghafal sahaja. Jumlah subjek yang dipelajari juga tidak banyak. Pada peringkat rendah mereka gunbakan konsep "learn through fun", para pelajar tidak merasakan tertekan dalam pembelajaran mereka tidak sebagaimana diM'sia, pelajar sekolah rendah sudah pun terpaksa mengikuti kelas tambahan. Saya mengalukan-alukan langkah kerajaan M'sia bagi membuat perubahan ini walaupun agak terlambat, pakar-pakar pendidikan dan tokoh pemikir negara telah lama memberikan pandangan mereka, tetpai mungkin kerajaan tidak mengendahkan pandangan ini.


Sistem peperiksaan diubah -- Tumpu penilaian seimbang kemahiran pelajar selain akademik

Oleh: RAJA ZUHA KAMAL dan SAZAKI ABDUL RAHMAN

PETALING JAYA 17 Mei - Sistem peperiksaan nasional yang kini terlalu `menyeksakan' dengan mata pelajaran yang banyak akan diubah.

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) antara perubahan itu adalah:

* Kemungkinan bilangan mata pelajaran wajib dalam sistem peperiksaan berpusat akan dikurangkan bagi memberikan tumpuan seimbang kepada penilaian berteraskan sekolah (school-based assessment).

* Ujian Keupayaan Umum (GAT) yang diamalkan di negara-negara luar akan diguna pakai di negara ini bagi menilai kebolehan dan kemahiran pelajar selain keputusan akademik.

Ia adalah sebahagian daripada reformasi menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan dengan menamatkan konsep penilaian pembelajaran berorientasikan peperiksaan seawal-awalnya tahun 2010.

Pengarah Peperiksaan LPM, Datuk Dr. Adi Badiozaman Tuah berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya kini sedang menyediakan rangka kerja untuk dibincang bersama di beberapa peringkat pendidikan termasuk ibu bapa, guru dan pelajar.

Menurut beliau, maklum balas yang diperoleh daripada pelbagai pihak terbabit kemudiannya dibincang hingga ke peringkat kementerian termasuk merujuk kepada badan-badan peperiksaan di luar negara.

``Kertas cadangan kemudian akan diserahkan untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran dan kerajaan sebelum akhir tahun ini,'' katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Persidangan Pentaksiran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICA), di sini hari ini.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim bagi mewakili Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Persidangan empat hari itu yang bermula semalam merupakan inisiatif LPM dan Kementerian Pelajaran mengumpulkan input berguna bagi menjana kecemerlangan pelajar melalui sistem pentaksiran bersifat insaniah.

Sementara itu, Hishammuddin dalam ucapan yang dibaca oleh Choon Kim berkata, kementeriannya sedang mencari pendekatan terbaru dan paling sesuai bagi menilai prestasi pelajar tanpa bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan.

Pendekatan tersebut katanya, bertujuan mengenal pasti potensi dan keupayaan pelajar selain kecemerlangan mereka dalam bidang akademik.

Menurut beliau, dengan menggunakan sistem penilaian yang kurang berorientasikan peperiksaan, kemajuan, kekuatan serta kelemahan pelajar dapat dikenal pasti dengan lebih menyeluruh.

Bagi mencapai matlamat itu, katanya, GAT dilihat sebagai satu pendekatan terbaik berbanding sistem ujian pencapaian berpusat yang digunakan hari ini.

``GAT berupaya menilai potensi pelajar dan kebolehan mereka mengguna pakai apa yang dipelajari di sekolah,'' kata Hishammuddin.

Di samping itu, penilaian menggunakan GAT diharap dapat membantu menilai potensi pelajar secara menyeluruh dengan membina profil keupayaan intelek pelajar.

Dalam pada itu, Adi Badiozaman menambah, sistem peperiksaan berpusat perlu diseimbangi sistem penilaian berteraskan sekolah supaya gambaran lebih menyeluruh dan holistik dapat dilihat mengenai keupayaan akademik, pencapaian sosial dan perwatakan pelajar.

Beliau berkata, sistem pentaksiran yang dicadangkan bukan bertujuan untuk mengurangkan mata pelajaran wajib dalam sistem peperiksaan berpusat kerana ia masih penting sebagai standard pencapaian pelajar di negara ini.

``Anjakan LPM melibatkan perubahan dari padasatu sistem kecil kepada satu sistem yang lebih besar dan menyeluruh.

``Ini akan menukar pandangan masyarakat tentang pembangunan budaya ilmu,'' katanya.



Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0518&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive

Sunday, May 07, 2006

Kebijaksanaan Pengundi Britain

Utusan M'sia sibuk melaporkan kepincangan Kerajaan Parti Buruh pimpinan Tony Blair @Liar, pepicangan Kerajaan BN pimpinan UMNO ditutup rapat. Bila lah agaknya rakyat M'sia ingin mengajar kerajaan yang penuh dengan penyelewengan yang memerintah M'sia sejak merdeka drpd penjajahan British. Begitulah bijaknya pengundi di England, bila sahaja kerajaan Parti Buruh melakukan kesilapn dan Tony Blair kelihatan membela para menteri kanannya, maka pengundi terus mengajar parti buruh dalam Piliharaya tempatan. Selain amalan demokrasi yang telus yang diamalkan, kebebasan media juga menyumbang kepada apa yang menimpa parti buruh apa bila ada menteri yang melakukan kesilapan dan terlibat dengan skandal tertentu atau dengan kata lain integriti mereka dipertikaikan. Kalau di M'sia, lagi banyak rasuah, menyeleweng lagi lama boleh jadi menteri, contohnya Rafidah dan Samy Vellu. Apalah nasib rakyat M'sia sentiasa ditipu oleh pemimpin. Minyak naik, pemimpin suruh rakyat berjimat cermat, bini menteri berbelanja boros. Ada MB suruh rakyat kayuh basikal, sepatutnya mereka dulu yang kayuh basikal, ini tidak masih naik mercedes. Banyak cantik muka depa, sudahlah menteri dapat pelbagai subsidi, nak tunjuk bagus konon. Pemimpi seperti ini sewajarnya dijatuhkan oleh rakyat dalam pilihanraya. Apa guna mempunyai pemimpin jika menyusahkan hidup kita, kita naikkan mereka supaya memkirkan cara memrintah dengan baik dan menjaga kesejahteraan hidup rakyat. Sudahlah didunia tak terjamin, akhirat apatah lagi. Oleh itu wahai rakyat M'sia sekalian gunakan undi dengan bijak, jangan gadaiakn undi da maruah demi sekampit beras, sehelai kain batik atau sebiji tong biru. Ajarlah kerajaan dan pemimpin yang zalim dengan tidak mengundi mereka, itu sahaja peluang yang ada, jika mengeluh setiapa kali harga barang naik, harga minyak naik dan terkini tarif letrik nak dinaikkan tetapi kerajaan tetap tidak peduli kerana mereka sudah dapat mandat dengan majoriti besar. Kepada pengundi di Sarawak gunakan kesempatan ini untuk mengajar kerajaan BN supaya mereka tahu menghargai rakyat bukannya buat sesuka hati mereka.

Blair rombak Kabinet Britain - Parti Buruh kalah teruk pilihan raya tempatan
LONDON 5 Mei – Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengorbankan dua menteri kanannya dalam rombakan besar-besaran Kabinet hari ini selepas Parti Buruh pimpinannya mengalami kekalahan paling teruk dalam pilihan raya tempatan sejak mengambil alih kuasa pada tahun 1997.
Penganalisis-penganalisis berpendapat Blair bertindak demikian bagi memperkukuhkan kedudukannya ekoran pelbagai isu kontroversi dihadapinya sejak kebelakangan ini.
Menteri Luar, Jack Straw dan Setiausaha Dalam Negeri, Charles Clarke kehilangan jawatan masing-masing manakala Timbalan Perdana Menteri, John Prescott yang terlibat dalam skandal seks mengekalkan jawatannya, tetapi dilucutkan daripada tanggungjawab jabatannya yang dianggap ‘penting’, termasuk perumahan dan perancangan.
Menteri Alam Sekitar, Margaret Beckett mengambil alih jawatan Straw, sekali gus muncul sebagai wanita pertama memegang jawatan tersebut.
Clarke akan meninggalkan kerajaan manakala Straw bakal menjadi Ketua Dewan Rendah Parlimen.
Portfolio Clarke diambil alih oleh John Reid, sekutu rapat Blair yang sebelum ini menjadi Setiausaha Pertahanan.
Des Browne dinaikkan pangkat daripada jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk menggantikan tempat Reid.
Dalam reaksinya di televisyen British, Clarke menyatakan beliau tidak bersetuju dengan keputusan Blair itu tetapi akur dengan hak Perdana Menteri.
Clarke menjadi sasaran kecaman selepas dilaporkan lebih 1,000 penjenayah asing tidak dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke negara asal mereka setelah selesai menjalani hukuman penjara di Britain.
Keputusan terkini yang disiarkan hari ini dalam laman web BBC menunjukkan Parti Buruh kehilangan 256 daripada 4,360 kerusi majlis tempatan yang dipertandingkan di England manakala pembangkang, Parti Konservatif, yang memperlihatkan tanda kebangkitan semula di bawah pemimpin baru, David Cameron menambah 252 kerusi.
“Keputusan ini satu amaran kepada kami sebagai sebuah kerajaan,” kata Menteri Kewangan, Gordon Brown.
“Pembaharuan Parti Buruh mesti bermula sekarang,” tegas beliau.
Pengkritik menyelar Blair sejak dua minggu lalu berhubung pembebasan penjenayah asing tersebut, pengurangan kakitangan hospital yang mendapat bantahan keras dan pengakuan Prescott mengenai hubungan sulit dengan setiausahanya.
“Konservatif memperoleh keputusan terbaik sejak 1992 yang menunjukkan mereka mula bangkit semula,” kata pengendali tinjauan pendapat umum Mori, Ben Page.
“Tetapi itu tidak bermakna Parti Buruh akan kalah dalam pilihan raya akan datang, cuma persaingan akan menjadi lebih sengit. Keputusan ini bukan menandakan kehancuran Parti Buruh,” kata beliau.
Terdahulu, seorang lagi anggota Kabinet, Geoff Hoon telah pun menjangka Blair merombak Kabinetnya hari ini dalam usaha untuk meniupkan nafas baru ke dalam kerajaan.
“Nampaknya sekarang ini masa yang sesuai, sudah tiba masanya untuk pasukan baru mengambil alih,” katanya.
– Agensi

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Lambaian Makkah

Makkah indah dengan keunikan Madinah
Oleh Zainuddin Ayip ( Yang menziarahi Makkah dan Madinah, baru-baru ini)

JABAL Nur diterangi cahaya pada waktu malam menyambutkunjungan umat Islam seluruh dunia.

ADA ketikanya terfikir juga mengapa sesetengah umat Islam negara ini lebih suka melancong ke Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, China dan Korea pada hal mereka belum berziarah ke Makkah dan Madinah.Alangkah ruginya mereka tidak mengunjungi ke tempat suci itu kerana selain berpeluang menunaikan ibadat haji dan umrah, mereka juga boleh mengunjungi tempat menarik yang ada kaitan dengan sejarah Islam.MENIKMATI makanan ringkasdi depan masjidkota Makkah.Di Makkah misalnya, selain Masjidil-Haram, umat Islam boleh menziarahi Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Masjid Kucing, Mudzalifah dan Mina, manakala di Madinah, selain beribadat di masjid Nabawi, umat Islam juga boleh menziarahi Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Perkuburan Jannatul-Baqi, Masjid Tujuh, Pasar Kurma dan Kilang Mencetak al-Quran.Sabda Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani, bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan fardu haji ke Baitullah al-Haram di Tanah Suci Makkah dan tidak menziarahi aku (di Madinah), sesungguhnya ia menjauhkan dirinya daripada aku".Ekoran daripada sabda itu, hampir semua umat Islam yang menunaikan ibadat haji, umrah atau berziarah akan berkunjung ke Madinah untuk beribadat, berzikir dan solat di Masjid Nabawi, selain berkunjung ke beberapa masjid dan tempat sejarah lain.Madinah atau nama lamanya Yathrib, adalah kota yang perlu diziarahi setiap jemaah haji dan umrah apabila tiba di Arab Saudi kerana di situ terletaknya makam kekasih Allah, Nabi Muhammad.Makam Rasulullah terletak di kawasan Raudah (Taman Syurga) dalam masjid itu, bersebelahan dengan makam sahabat karib Baginda, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khatab.Makam Baginda terletak di bawah kubah besar berwarna hijau dan dipagari dinding yang dihiasi ukiran ayat suci al-Quran berwarna keemasan.Menjejakkan kaki Masjid Nabawi yang begitu luas terutama di kawasan Raudah, kesyahduan dan kesedihan terhadap kehilangan kekasih Allah itu tetap dirasai. Hanya doa dan bacaan ayat suci yang mampu disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhamad.Raudah mengikut sejarah adalah halaman rumah Rasulullah, yang diisyaratkan oleh Rasulullah sebagai Taman Syurga. Masjid Nabawi turut mengalami proses pembangunan untuk menambah keluasannya di bawah pemerintahan Raja Fahd Abdul Aziz, termasuk meruntuhkan bangunan lama di sekeliling masjid berkenaan.Projek pembangunan moden pertama dilaksanakan 50 tahun lalu, manakala yang projek kedua bermula pada 1985 dan siap pada 1992. Keluasan masjid berkenaan bertambah daripada 16,850 meter persegi kepada 98,500 meter persegi pada peringkat kedua bagi menampung jumlah jemaah haji sehingga satu juta jemaah pada satu masa.Pelbagai kemudahan juga disediakan bagi menjamin keselesaan jemaah termasuk sistem pembesar suara, kamera litar tertutup dan sistem pendingin hawa yang dikendalikan di bawah masjid berkenaan, selain 4,000 tandas bagi kemudahan jemaah haji.Masjid Nabawi juga mempunyai keistimewaannya iaitu terdapat 12 payung gergasi yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik dalam tempoh seminit di dalamnya.Kira-kira 4,000 petak kereta turut disediakan di bahagian bawah Masjid Nabawi. Sistem pengendalian elektrik, pendingin hawa dan pembesar suara di masjid itu adalah yang kedua tercanggih di dunia selepas Masjidil Haram di Makkah.GAMBAR (atas): QASR al-Fariddi utara Arab Saudimenarik perhatian pelancong.GAMBAR (bawah): PAYUNGkhas di Masjid Nabawiboleh dibuka secaraeletronik.Selain Masjid Nabawi, pengunjung akan digalakkan melawat Masjid Quba, kira-kira 4.8 kilometer dari masjid utama. Inilah masjid pertama yang dibina Rasulullah bersama sahabat Baginda ketika tiba di Madinah.Satu lagi masjid yang harus dikunjungi ialah Masjid Qiblatain yang agak luar biasa kerana satu daripada mihrabnya menghadap ke Kaabah manakala satu lagi ke Masjidil Aqsa. Menurut riwayat, ketika baginda Rasulullah sedang solat di dalam masjid ini, wahyu turun agar baginda menukar kiblat dari dari Baitul Maqdis ke Kaabah di Makkah.Ada beberapa masjid lain yang boleh dikunjungi jika ada kesempatan iaitu Masjid al-Ghamamah (Masjid Awam yang terletak di perjalanan menuju ke Madinah), Masjid Al-Ayams berhampiran Masjid Quba dan tidak berbumbung.Masjid ini digelar Masjid Matahari kerana terletak di tanah tinggi dan apabila matahari naik, masjid ini lebih awal mendapat cahaya matahari.Masjid Al-Fath (Masjid Kemenangan) pula terletak di tempat tinggi sedikit daripada masjid sekitarnya. Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersolat tiga hari berturut-turut di masjid itu. Lazimnya, pengunjung digalakkan melakukan solat sunat dua rakaat, berzikir dan berselawat apabila mengunjungi masjid-masjid itu.Lazimnya, selepas umat Islam menyempurnakan ibadah haji dan umrah serta berziarah, jemaah akan membeli ole-ole untuk dibawa pulang seperti tasbih, kopiah, kurma, minyak atar, jubah dan air zamzam.Namun, bagi jemaah Malaysia, mereka tidak menghadapi masalah tawar menawar kerana kebanyakan jurujual boleh bercakap Melayu dan mata wang Rial (SR) pula hampir sama dengan Ringgit Malaysia (RM).Saya sendiri dapat menyaksikan sendiri suasana kemeriahan di deretan kedai dan gerai menjual cenderahati baik di Makkah mahupun Madinah dengan orang ramai berurusan dalam bahasa Arab dan Melayu.Boleh dikatakan semua kedai dan gerai dimiliki orang Arab, tetapi kebanyakan pekerjanya warga asing seperti dari Bangladesh, Pakistan, India, Myanmar dan Indonesia. Mereka telah diminta belajar cakap Melayu untuk memudahkan urusan.Bahasa Melayu boleh dianggap antara bahasa utama di Makkah dan Madinah selain Arab, Turki dan Urdu. Bahasa Inggeris kurang mendapat tempat kerana tidak ramai jemaah berkulit putih dari Amerika Syarikat dan Britain.Namun, di hotel, gedung perniagaan terutama di Jeddah selain di lapangan terbang, bahasa Inggeris masih digunakan sebagai bahasa komunikasi.Ada juga jemaah Melayu menggunakan bahasa `ayam dan itik' apabila bercakap dengan orang Arab. Kami terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk membeli dan tawar menawar sesuatu barang.Barang cenderahati yang dijual tidak terlalu mahal. Tasbih, misalnya boleh dibeli pada harga RM1 hingga RM4 setiap satu (di luar musim haji). Begitu juga kopiah yang dijual RM3 hingga RM10, manakala jubah untuk lelaki dan wanita pula lebih murah berbanding di Malaysia.Air zamzam pula tidak perlu dibeli. Jemaah cuma dikehendaki membeli bekas plastik lima dan 10 liter pada harga RM3 hingga RM5 sebelum mengisinya menerusi puluhan paip yang disediakan berhampiran pintu masuk Masjidil Haram.Kurma pula boleh dibeli di mana-mana termasuk di tepi jalan. Ada yang berpendapat, kurma di Madinah lebih baik dan murah. Di Madinah, memang ada satu tempat kompleks menjual pelbagai jenis kurma. Lazimnya dijual pada harga RM7 hingga RM12 sekilogram, tetapi yang menjadi pilihan, walaupun mahal ialah kurma Nabi yang disebut Ajwah.Harga kurma Ajwah memang mahal antara RM40 dan RM60 sekilogram, tetapi di Malaysia terutama pada bulan Ramadan, harga kurma jenis itu mencecah RM150 hingga RM180 sekilogram.


Sumber:http://www.emedia.com.my/m/BHarian/Sunday/MakanAngin/20060108120926/Article/

Membaca artikel ini, membuatkan hatiku bertambah kuat berazam untuk mengunjungiBandar Suci Umat Islam Makkah dan Madinah bersama dengan isteriku serta anak-anak jika keadaan mengizinkan. Ya Allah permudahkanlah aku unutk mengunjungi Kota Suci Makkah dan Madinah serta tingkatkan iman dan taqwa kami sekeluarga.

Wednesday, May 03, 2006

Indahnya Islam

Saya tertarik dengan cerita ini dan alhamdulillah saya pernah berjumpa dgn beliau ketika beliau datang ke Surau berhampiran Taman Perumahan yg saya tinggal. Semoga usaha menyebarkan Islam akan dijalankan dengan lebih tersusun oleh agensi Kerajaan yg bertanggungjwp tidak spt apa yg berlaku sekarang, murtad menjadi-jadi.Inilah bahanya bila orang Islam menolak Islam. Kerajaan dipimpin oleh orang islam pun menolak Islam sebagai teras pemerintahan mereka, sedangkan Allah memerintahkan supaya berbuat demikian, Apakah mereka merasakan mereka besar drpd Allah. Sedarlah wahai pemimpin UMNO.



Islam beri ketenangan kepada Nicholas Sylvester

Oleh: Siti Ainiza Kamsari


MUHAMMAD (duduk tiga dari kanan) ketika menjalankan misi dakwah bersama seorang lagi bekas paderi Ayob Abdul Rahman (duduk dua dari kanan) dalam satu program anjuran NGO Islam, Hikmah, di Lawas, Sarawak tahun lalu.

KETIKA umurnya 12 tahun, selepas selesai menjalani upacara Baptism Confirmation (atau pengkristianan), Nicholas Sylvester dipilih oleh pihak gereja sebagai Soldiers of Jesus Christ. Antara lain anugerah itu bermaksud Nicholas layak untuk meninggalkan kehidupan yang biasa kepada kehidupan yang lebih beragama dengan sepenuh masa melaksanakan pelbagai tuntutan dan ajaran Kristian.

“Jadi selain bersekolah, masa saya banyak dihabiskan dengan menghadiri pelbagai upacara gereja, terutama sebagai anggota koir gereja dan melakukan kerja-kerja kebajikan seperti mengunjungi para pesakit di hospital dan menghulurkan apa juga bentuk bantuan yang pesakit perlukan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dibesarkan berhampiran gereja terbesar di Sabah, Cathederal St. Mary, Kota Kinabalu, dan bersekolah di sebuah sekolah Mubaligh Kristian, iaitu di Sekolah Rendah Sacred Heart, tidak menghairankan jika anak sulung daripada enam adik-beradik ini akan mempertahankan agama itu sehingga ke akhir hayatnya.

Sementelahan bapanya sendiri merupakan orang kuat gereja. Pada setiap hari Ahad dalam upacara Mass, dari altar gereja bapanya menyeru setiap penganut Kristian supaya memperteguhkan ‘iman’ mereka terhadap Isa (Nabi Isa a.s.) yang didogma sebagai tuhan.

“Sama ada sebagai Anak Tuhan atau kesatuan dua tuhan dalam satu dan mempercayai juga Holy of Spirit (Ruhul Kudus) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempercayai Trinity ini tanpa perlu bersoal jawab lagi,” kata bapa Nicholas.

Maka tentunya si bapa menaruh harapan tinggi agar usaha-usaha peneguhan iman dan missionary Kristian dapat diteruskan oleh Nicholas. Namun dalam diri Nicholas sendiri, titik-titik perubahan mula dilihat apabila Yayasan Sabah menawarkan beliau biasiswa yang membolehkannya menyambung di peringkat sekolah menengah di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Johor.

Di situ, beliau terpaksa membiasakan diri walaupun hampir 90 peratus pelajar yang menghuni asrama di sekolah itu terdiri daripada pelajar Melayu atau lebih tepat pelajar Islam.

“Namun, pegangan saya terhadap gereja masih lagi teguh ketika itu. Kebetulan pula berdekatan dengan sekolah itu terdapat sebuah gereja. Walaupun ia gereja beraliran Anglican berbanding saya yang bermazhab Roman Katolik, saya tetap mengunjungi gereja itu sebagai satu tanggungjawab penganut Kristian,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Nicholas, ‘iman’nya seakan-akan mula goyah selepas mengikuti satu upacara ibadat yang dinamakan Baptism of Fire di gereja itu.

Dengan menjalani upacara itu, diri seseorang itu akan diresapi oleh Ruhul Kudus dengan tanda-tanda suhu badannya akan naik, terasa ada bahang panas dan yang paling ketara secara tiba-tiba dia boleh bertutur dalam bahasa asing yang sukar difahami oleh orang lain.

“Ini dipanggil Language of Tongue. Jadi saya juga mengharapkan agar diresapi oleh ruh tersebut tetapi saya menjadi orang yang terakhir dalam kumpulan tersebut yang tidak diresapi. Tetapi oleh kerana seorang paderi menunggu sambil membaca pelbagai ayat dan doa untuk saya, akhirnya saya terpaksa menipu dengan mengeluarkan bahasa yang saya sendiri reka-reka. Akhirnya paderi tersebut memegang bahu saya dan mengesahkan saya dimasuki oleh Ruhul Kudus itu.

“Sejak itu saya mula rasa cuak mengenai upacara itu dan kebenaran ajaran Kristian tetapi saya terpaksa reserve terlebih dahulu perasaan saya dan tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam pada itu saya sering memerhatikan kehidupan penghuni asrama yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar Islam. Saya mula tertarik melihatkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam terutama dalam mendirikan solat berjemaah setiap kali tiba waktu.

“Adab pergaulan mereka yang begitu terjaga dan sopan hasil ajaran agama yang mereka anuti itu sedikit sebanyak turut memberikan kesan dalam hati saya. Tetapi saya hanya mampu memerhatikan,” katanya.

Tamat tingkatan tiga, Nicholas kemudian kembali ke Kota Kinabalu untuk menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah La Salle yang juga sebuah lagi sekolah mubaligh Kristian.

“Apabila semakin dewasa, maka otak kita mula bekerja dengan lebih keras lagi. Saya mula menilai agama saya dan ada perasaan ingin tahu yang membuak mengenai agama Islam. Sehinggakan saya sanggup mengikuti kelas mata pelajaran Agama Islam yang tentunya khas untuk pelajar-pelajar Islam sahaja.

“Tidak cukup dengan itu saya mula bertanyakan mengenai Islam daripada pelajar-pelajar tersebut. Walaupun tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati, ia tidak menjadi penghalang untuk saya terus mengenali Islam,” katanya.

Nicholas semakin tertarik kepada Islam apabila melihatkan peribadi seorang gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Rashid.

“Walaupun Cikgu Rashid tidak menjelaskan kepada saya mengenai Islam secara fakta dan hujah namun kehidupan dan peribadi beliau yang begitu baik, patuh pada ajaran Islam dan mempunyai pelbagai sikap yang positif menyebabkan saya semakin nampak akan keindahan Islam itu sendiri,” katanya.

Dalam keadaan itu, bersama ‘iman’ yang masih cuba dipertahankan, Nicholas kemudian mengikuti kursus Test of English as a Foreign Language (TOEFL) selepas mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat di sebuah sekolah menengah asrama penuh terkemuka di Cheras, Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, sepanjang enam bulan mengikuti kursus tersebut saya seperti merayakan musim berbulan madu. Ini kerana saya tidak mempunyai masalah langsung dengan bahasa Inggeris. Ini menyebabkan juga saya berpeluang mengikuti pelbagai program anjuran gereja dengan menyertai kumpulan Non Dominational Group yang bersifat Engelical.

“Sehinggalah pada suatu hari, saya bersama dengan beberapa orang kawan sanggup ke Melaka mengikuti satu lagi upacara keagamaan yang dapat mengesahkan keimanan kami terhadap Jesus,” katanya.

Sebenarnya gereja di Melaka tersebut hanya sebuah rumah kedai tetapi di dalamnya telah berkumpul beberapa orang paderi bagi menjalankan upacara itu.

Secara tiba-tiba salah seorang rakan perempuan mereka mengalami kerasukan yang teruk! Dia meronta-ronta, tidak sedarkan diri dan dari mulutnya keluar suara lelaki yang begitu menakutkan dan keadaan bertukar menjadi kecoh.

Mereka cuba diyakinkan agar menerima bahawa budak itu berjaya dipulihkan dengan berkat bantuan Jesus. Bagaimanapun, Nicholas tidak dapat menerima dakwaan itu sekali gus menjadi noktah kepadanya untuk tidak lagi mempercayai ajaran Kristian walaupun agama itu adalah darah dagingnya selama ini.

Pada 4 Januari 1985, Nicholas akhirnya menjejak kaki di bumi Amerika Syarikat (AS). Kali ini beliau benar-benar menghirup udara kebebasan apabila tiba di bumi asing itu. Ini kerana sembilan hari kemudian, iaitu 13 Januari 1985 menjadi tarikh bersejarah bagi Nicholas apabila tanpa menoleh ke belakang lagi beliau melafazkan dua kalimah syahadat di Islamic Centre berhampiran Askansas State University di bandar Jonesboro, Askansas.

“Saya masih ingat lagi bagaimana saya menemui seorang berbangsa Arab, Qais Syarbati, bagi tujuan membantu saya memeluk Islam. Lalu dibawanya saya ke pusat Islam itu. Yang menariknya Qais sendiri berkahwin dengan seorang wanita Kristian yang diyakini merupakan golongan Ahli Kitab,” tambahnya.

Sejak itu, Nicholas yang mahu lebih dikenali sebagai Muhammad Abdullah Nicholas Slyvester memulakan hidup baru sebagai individu Muslim yang taat dan patuh kepada ajaran agama barunya.

“Alhamdullillah saya mampu melakukan ibadat dengan baik, malah sebenarnya sebelum menjejakkan kaki ke AS, saya sempat berkhatan dengan mendapat bantuan seorang rakan Melayu yang kemudian mengajak saya untuk berkhatan di kampungnya di Taiping, Perak,” katanya.

Menurut Muhammad, beliau tidak akan memeluk Islam semata-mata kerana kekurangan yang terdapat pada agama lamanya tanpa mengkaji dan mendalami agama Islam itu sendiri.

“Sepanjang di AS, duit saya banyak dihabiskan membeli buku-buku dan kitab-kitab agama dalam pelbagai tajuk dan topik. Mungkin saya tidak ada harta atau wang yang banyak tetapi buku-buku itu kini bagaikan harta yang paling berharga buat saya,” jelasnya.

Selepas meneliti dan membuat kajian terperinci, beliau tidak nampak agama lain yang cukup lengkap selain Islam. Dalam Islam, katanya, sekalipun terdapat mazhab-mazhab yang perlu menjadi ikutan oleh umatnya tetapi semua aliran mazhab itu merupakan hasil usaha-usaha agung dari segi pertumbuhan dan pertambahan khazanah ilmu bagi umat Islam.

“Itulah harta yang paling berharga bagi umat Islam, iaitu khazanah ilmunya yang sangat kaya dan berharga yang tidak lain untuk membimbing dan memudahkan umat untuk tetap berpegang kepada Islam kerana mazhab itu sendiri berasal daripada perkataan zahaba, iaitu jalan,” katanya.

Tidak seperti mazhab-mazhab dalam Kristian yang bukan sahaja tidak menunjukkan jalan, menurut Muhammad, kemunculan kumpulan denominasi Kristian itu berpunca daripada kerana soal perbezaan politik dan rasa tidak puas hati semata-mata.

Mazhab Lutheran, misalnya, dicetuskan oleh Martin Luther King, seorang paderi yang merupakan profesor di Universiti Wittenberg. Luther King menyeru pembukaan debat berkenaan penjualan indulgences di mana taubat seorang itu diterima sekiranya dia melakukan sesuatu iaitu membeli letter of indulgences untuk menebus dosanya. Penjualan ini digunakan secara berleluasa sewaktu Perang Salib untuk menggalakkan orang Kristian menentang tentera Islam.

Apabila ditanya mengenai kepelbagaian wajah-wajah Islam yang boleh ditemui di AS, Muhammad tidak menafikan betapa AS merupakan satu lagi melting pot yang tidak sahaja tertumpu kepada soal bangsa, budaya dan bahasa malah Islam di dalamnya juga terdapat dalam pelbagai warna.

Katanya, semua itu menjadikan Islam semakin indah dan beliau beruntung kerana mempunyai pemahaman asas Islam yang kuat bagi membolehkannya menerima apa juga kepelbagaian yang wujud selepas itu.

Pelajar-pelajar Islam di sana waktu itu didatangi oleh pelbagai lapisan pemimpin Islam.

“Jadi semua ini membuka kepada perbincangan dan perdebatan ilmu. Islam membuka seluas-luas ruang untuk tujuan ilmu. Inilah yang membezakannya dengan agama lain.

“Sedangkan bagi penganut Kristian, mereka dan kitab Bible tidak ada hubungan yang bebas berbanding umat Islam dengan al-Quran. Tidak semua ayat dalam Bible dibenarkan untuk dibaca bagi mengelakkan kekeliruan di samping ajarannya yang lebih kepada falsafah yang diciptakan oleh manusia semata-mata,” katanya yang mengerjakan ibadat haji pada tahun lalu.

Muhammad berkata, Nabi Muhammad s.a.w. ialah tokoh yang sangat tepat untuk menjadi idola umat manusia.

“Jika penganut Kristian berkahwin misalnya, siapa yang boleh mereka contohi sebagai seorang suami atau bapa yang baik kepada keluarganya? Nabi Isa, baginda tidak pernah berkahwin, jadi bagaimana ajaran itu dapat menganjurkan konsep perkahwinan dan kekeluargaan sedangkan ia tidak pernah diinstitusikan dalam agama itu.

“Bukan bermaksud menjadi satu kelemahan kepada Nabi Isa yang tidak berkahwin tetapi Nabi Muhammad adalah individu yang sangat mengagumkan dan sirah hidupnya merupakan satu panduan dan pedoman yang memberikan kesejahteraan kepada umat Islam sepanjang zaman,” katanya.

Berkahwin dengan Halizahtun Mohd. Ali, 41, Muhammad dikurniakan sembilan cahaya mata iaitu Maryam, 19, Fatimah, 17, Omar, 15, Abu Bakr, 13, Aseeyah, 10, Khadeejah, 7, Uthman, 5, Ali, 3 dan Ayesha, 1.

“Apa yang menarik tentang anak-anak saya ialah secara kebetulan karakter mereka bertepatan dengan nama-nama besar dalam Islam itu. Kalau yang Abu Bakar dengan lembut hatinya, yang Omar memang agak garang dan begitu juga Ali, lasak, lincah dan tangkas,” katanya sambil ketawa kecil.

Muhammad yang kini mengetuai Jawatankuasa Biro Dakwah Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) membuktikan bahawa gerakan dakwah sememangnya menjadi darah daging beliau.

Beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman lampau namun yang lebih meninggalkan kesan kepada pendengar ialah kebolehan Muhammad menyampaikan penerangan mengenai Islam dengan begitu jelas dan tepat.

Muhammad menjadikan kelebihan bertutur dalam pelbagai bahasa terutama Inggeris dan Melayu sebagai satu kelebihan dalam berdakwah.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm