Sunday, January 22, 2006

Kerapuhan Islam Umno


Memang benar apa ang dinyatakan oleh Hj Hamzah TPJ II Pas Sabah. Ahli UMNO dan umat Islam dinegara ini wajar menilai semula perjuangan UMNO yg berteraskan bangsa hingga menyebabkan Islam dinegara kita semakin lemah dan bangsa Melayu semakin hanyut. Ibrahim Ali bekas pemimpin UMNO endiri menyatakan jika UMNO dibiarkan memerintah dengan cara yang mereka lakukan sekarang, tak mustahil Melayu akan merempat dinegara sendiri. Islam kini sukar bergerak wlp dinegara yg berstatus Negara Islam. Islam nampaknya berkembang pesat dinegara Kristian spt UK dan US. Di negara Islam, agama Kristian adalah agama yg berkembang pesat. Kerana terlalu mementingkan survival politik, pemimpin politik UMNO sanggup menzalimi anak bangsa dan menghina agama Islam yg merka anuti sendiri dengan pelbagai tohmahan. Quran tak sesuai kena ditafsir semula, hukum Islam tak sesuai dengan zaman moden. Kini umat Islam melihat yg baik itu jahat dan yg jahat itu sebagai sst yg baik.
Ya, Allah Selamatkan zuriatku drpd bersengkonkol dengan mereka yg menghina agamaMU, jadikan aku dan zuriatku pejuang agamaMU yg suci. Hancurkan muuh-mush Islam. Amin.

Kerapuhan Islam Umno punca bukan Islam buat tuntutan bukan-bukan

Sunday, January 22 @ 16:01:12 MYT


KOTA KINABALU, 22 Jan (Hrkh) - Tindakan anggota Kabinet bukan Islam menghantar memorandum mengenai semakan semula Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dan kerajaan merupakan satu lagi manifestasi terhadap keengganan dan penolakan sistem Islam yang syumul dan menyeluruh oleh Kerajaan Umno dan BN daripada dilaksanakan di negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hj Hamzah Abdullah dalam satu kenyataan di sini berkata, keberanian anggota kabinet berkenaan adalah disebabkan longgarnya bidang kuasa dan perlaksanaan undang-undang Islam yang ada sekarang ini sehingga ada pihak cuba mempertikaikannya.

“Pak Lah diingatkan bukan sahaja bertegas terhadap cadangan dan desakan pindaan Perkara 121 (1a) bagi tujuan mengurangkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi beliau sepatutnya juga tidak menolak Rang undang-undang Murtad yang pernah dibentangkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen ketika menjadi ketua pembangkang sedikit masa lalu,” tegasnya ketika mengulas isu berkenaan yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut beliau, perkasanaan rang undang-undang ini lebih menjamin akidah umat Islam di samping memberi jaminan keselamatan kepada kaum bukan Islam.

Perkara 121 (1a) menjelaskan bahawa Mahkam Sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Isu berkenaan cadangan pindaan artikel tersebut bermula sejurus selepas kematian pendaki Everest, Sarjan M.Moorthy atau Muhammad Abdullah apabila balunya, S. Kaliammal dan Jabatan Agama Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan hak untuk mengkebmikan jenazah beliau.

Moorthy yang meningggal 20 Disember lalu akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember berikutan keputusan Mahkama Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam.

Manakala Mahkamah Tinggi Prsekutuan memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan terhadap keputusan Mahkama Tinggi Syariah itu.

Ekoran rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadapa keputusan itu menyebabkan 10 orang menteri kabinet bukan Islam menghantar memorandum bersama kepada PM dan kerajaan bagi menyemak semula Perkara tersebut.

Memorandum itu antara lain ditandatangani oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yiek; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Sami Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok.

Dalam pada itu, Hamzah turut menyifatkan langkah ramai pemimpin Umno bertindak mengkritik tajam tindakan anggota kabinet bukan Islam itu sebagai satu sandiwara bagi menarik simpati rakyat yang kononnya mereka juga adalah pembela Islam sebagai agama rasmi negara ini.

“Sekiranya mereka ini betul-betul membela Islam mengapa mereka menolak gesaan perlaksanaan Islam secara syumul dengan pelbagai dalih dan alasan,” soal beliau.

Beliau memberi contoh, sepetutnya para pemimpin Umno ini bersetuju dan memberi kerjasama yang baik terhadap tindakan Jawi menyerbu pusat hiburan The Zouk tahun lalu dan menangkap beberapa orang wanita Islam yang berpesta dan melakukan maksiat tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Katanya, banyak lagi isu berkaitan kezaliman, ketidakadilan, penindasan terhadap rakyat serta penghinaan terhadap hukum Islam yang berlaku di negara ini dipandang sebelah mata oleh para pemimpin Umno itu.

Hamzah menyifatkan kecelaruan ini berpunca dari kelemahan kepimpinan Umno yang cuba mencipta berbagai slogan untuk menarik minat rakyat termasuk Islam Hadhari yang dicetuskan oleh PM tahun lalu, tetapi ternyata gagal membendung pelbagai penyelewengan, salahgunakuasa dan pelbagai kegiatan maksiat di negara ini.

Justeru beliau tidak menolak kemungkinan Pak Lah dan Umno tunduk terhadap desakan itu sekiranya beliau dan ahli kabinetnya tidak bertegas untuk membela Islam apatah lagi jika mereka memikirkan soal masa depan gabungan politik mereka.

Ini kerana menurut Hamzah, pilihan raya lalu membuktikan kemenangan Umno dan BN memerintah negara ini banyak bergantung kepada parti komponen yang berasaskan kaum itu.

"Jadi tidak hairan kiranya jangkaan itu akan berlaku.

"Bagi PAS kita akan mempertahankan apa jua perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan syariah dan undang-undang Islam bagi menjamin kesucian agama dan kesejahteraan ummah serta rakyat yang bukan beragama Islam di negara ini.

"Kita juga mendesak Pak Lah agar menjadikan Islam yang mana dasarnya adalah Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan asas untuk mentadbir negara ini kerana ternyata ia lebih menjamin kesucian agama Islam serta menjamin keharmonian masyarakat bukan Islam," ujarnya. - SAM/mns

Reaksi Tarik Balik Memorandom


Mereka blh komen mcm2 tetapi Islam telah tercalar dan hati Umat luka. Utusan Malasia ni pun at kenapa sampai kat komen YB Salehuddin(Ketua Pemuda PAS) tak pulak disiarkan.

Reaksi penarikan balik memorandum 9 Menteri Kabinet

``Isu penghantaran memorandum oleh sembilan menteri Kabinet bukan Islam kepada Perdana Menteri harus dijadikan satu pengajaran oleh semua pihak pada masa depan.

``Dalam sistem Kabinet, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana Perdana Menteri dan Kabinet merupakan pihak yang bertanggungjawab kepada semua rakyat tanpa mengira kedudukan agama dan keturunan.

``Kabinet juga merupakan wahana yang tepat dan seimbang dalam semua isu termasuk isu sensitif seperti isu agama.

``Saya berterima kasih kerana mereka menerima nasihat Perdana Menteri untuk menarik balik memorandum itu. Perkara ini sudah selesai,''

- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

``Langkah menarik balik memorandum itu amat sesuai kerana ia boleh menenteramkan keadaan.

``Tindakan itu adalah logik kerana kita mempunyai banyak saluran seperti Barisan Nasional dan Kabinet untuk membincangkan secara terus segala isu yang berbangkit.

``Ini kerana sebelum ini telah terbukti banyak isu berjaya diselesaikan melalui saluran-saluran tersebut.''

- Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

``Saya menyambut baik langkah menteri-menteri berkenaan menarik balik memorandum itu dan ia menunjukkan mereka memahami betapa kuat sentimen orang Melayu terhadap perkara ini. Semoga ia tidak akan diulangi lagi.

``Jika mereka ingin menyuarakannya, mereka boleh berbincang dengan Jemaah Menteri untuk melihat kembali undang-undang itu. Tak perlu hantar memorandum.''

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

``Saya bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri yang konsisten bahawa segala Perlembagaan Malaysia terutama dalam hal agama Islam tidak boleh dipinda sesuka hati kecuali dengan kebenaran Majlis Raja-Raja dan sehubungan itu, mana-mana parti politik diminta tidak mempolitikkan isu tersebut.

``Rakyat perlu tahu bahawa ada tiga perkara yang tidak boleh dipinda iaitu hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.''

- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri A. Rahim Tamby Chik.

``Menteri-Menteri Kabinet harus faham bahawa mereka berada di Malaysia dan menjadi contoh kepada masyarakat berbilang agama agar mempertahankan semangat yang lahir dari kontrak sosial yang diterima pakai dan merupakan asas kepada pembangunan negara hingga ke tahap ini.

``Sekiranya perkara sama berulang, saya bimbang segala kesepakatan dan keharmonian yang kita kecapi hari ini akan hanya menjadi satu mimpi buruk.''

- Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salehuddin Ayub.

121(1a)-Pinda/Tak Pinda

Kecoh seluruh ngara membincang isu ini, tetapi saya merasakan ini adalah akibat drpd tindakan pemimpin UMNO yang selal memperlekehkan Islam dihadapan org bukan Islam. Nak laksana hukum Islam, macam-macam mereka kata. Dalam Islam semua sudah lengkap, cuma nak melaksanakan shj tapi sikap angkuh menolak Hukum Allah mungkin menyebabkan org kafir tidak lagi hormat kpd pemimpin UMNO dan mereka semakin berani menemplak Islam. Umat Islam sudah wajar menilai semula sokongan mereka terhadap UMNO yang kini amat teruk kualiti kepemimpinan mereka.


9 menteri tarik balik memo -- Ekoran pertemuan hati ke hati dengan Abdullah di Putrajaya

Oleh: NORAINI ABDUL RAZAK dan RAJA LUVENA SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Sembilan menteri Kabinet bukan Islam hari ini menarik balik memorandum kepada Perdana Menteri yang meminta supaya undang-undang berkaitan pertukaran agama disemak semula.

Tindakan itu diambil selepas lima daripada mereka bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya, pagi ini.

Mereka ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek dan Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik.

Keputusan itu dinyatakan oleh menteri-menteri yang mewakili parti komponen utama Barisan Nasional iaitu MCA, MIC dan Gerakan dalam kenyataan masing-masing lewat petang ini.

Kenyataan empat perenggan MCA menyebut:

``Menteri-menteri parti MCA bersama menteri-menteri dari parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain telah berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pagi ini dan mengadakan perbincangan berhubung isu Memorandum Menteri bukan Islam.

``Kami telah memberi jaminan kepada Perdana Menteri bahawa kami tidak berniat sama sekali untuk memberi tekanan kepada kerajaan dengan mengemukakan memorandum bersama dan sebaliknya adalah untuk mencerminkan pandangan, cadangan dan kebimbangan bagi pihak masyarakat bukan Islam.

``Sebagaimana dinasihat oleh Perdana Menteri bahawa mengemukakan memorandum adalah tidak sesuai, kami telah bersetuju menarik balik memorandum berkenaan.

``Kami mengalu-alukan nasihat Perdana Menteri supaya meneruskan perbincangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk mencari penyelesaian isu pertukaran agama. Kami berkeyakinan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri dalam mengatasi isu yang berbangkit.''

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Ka Ting, Kong Choy, Soi Lek dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn.

Kenyataan Samy Vellu yang juga Presiden MIC turut senada dengan MCA iaitu bersetuju menarik balik memorandum tersebut.

``MIC akur dengan nasihat Perdana Menteri dan berterima kasih kepada be-liau kerana sudi bertemu kami,'' katanya.

ya.

Keng Yaik yang juga Presiden Gerakan dalam kenyataannya yang hampir sama dengan pemimpin MCA dan MIC turut bersetuju menarik balik memorandum tersebut.

``Selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, kami menyedari langkah tersebut tidak sesuai, tambahan pula ia kini menjadi pengetahuan umum dan memberi persepsi yang salah,'' katanya.

Bagaimanapun, Keng Yaik berjanji akan mengemukakan cadangan serta pandangan selepas Peguam Negara membentangkan hasil kajiannya mengenai isu itu ke Kabinet kelak.

Empat menteri yang tidak hadir pada pertemuan itu iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili; Menteri Perusahaan Utama, Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok; dan Chan Onn yang berada di kawasan masing-masing.

Semalam, Perdana Menteri menegaskan Perkara 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah tidak akan dipinda sebagaimana yang diminta dalam memorandum tersebut.

Isu ini timbul berikutan kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhammad Abdullah apabila balunya, S.Kaliammal dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau.

Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember lalu akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam.

Friday, January 20, 2006

Fleksiblenya Islam

Islam datang bukan untuk menyusahkan tetapi untuk menyelamatkan Ummat yang berada dalam kegelapan. Saya menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan, tuduhan liar yang dibuat oleh musuh mengatakan Pas ektremis sama sekali tidak betul. Insya Allah masyarakat akan lebih faham perjuangan Islam yang mengajak manusia mentaati Allah. Wahai saudara-saudara ku marilah kita bersama membantu perjuangan Islam yang ingin mendaulatkan Islam. Jangan ampai diri kita dan ahli-ahli keluarga kita menjadi penyebab kepada terhalangnya kemenangan Islam.

Pas benarkan snuker selepas 13 tahun

KOTA BHARU 18 Jan. - Setelah hampir 13 tahun mengharamkan permainan snuker dan biliard di Kelantan, kerajaan negeri pimpinan Pas hari ini secara rasmi membenarkan semula aktiviti terbabit secara bersyarat.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara syarat-syaratnya ialah perlu wujud pengasingan antara lelaki dan perempuan, tiada unsur-unsur perjudian dan waktu operasi daripada pukul 10 pagi hingga 11 malam.

``Setelah Kelantan melalui bermacam-macam proses pemikiran, maka kita menetapkan bahawa permainan ini akan dihalalkan setelah kita buang unsur-unsur judi ini,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini.

Pada 1993, kerajaan Pas membuat keputusan tidak memperbaharui pengeluaran lesen permainan tersebut yang berakhir pada hujung tahun yang sama kerana mendapati ia dicemari dengan kegiatan judi dan maksiat.

Nik Abdul Aziz berkata, langkah menarik balik larangan tersebut dibuat selaras dengan usaha dakwah secara berhikmah yang dilakukan oleh kerajaan negeri.


Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Petikan daripada Harakahdaily.net
Mesyuarat Exco bincang prosedur benarkan snuker, biliard
Monday, January 16 @ 16:55:38 MYT


KOTA BHARU, 16 Jan (Hrkh) – Mesyuarat Exco kerajaan negeri Rabu ini dijangka membincangkan secara lebih terperinci mengenai prosedur bakal ditetapkan terhadap permainan snuker dan biliard selepas larangannya ditarik balik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Exco akan memperhaluskan prosedur yang bakal ditetapkan apabila larangan ditarik balik secara rasmi.

“Pelbagai perkara akan dibincangkan mengenai perkara tersebut termasuk prosedur yang bakal ditetapkan kepada persatuan yang mahu mengendalikan permainan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kerajaan negeri membenarkan pusat permainan snuker dan biliard selepas ia tidak lagi dikategorikan di bawah aktiviti hiburan.

Bagaimanapun kebenaran itu dengan syarat yang ketat termasuk tidak dijadikan aktiviti perjudian dan bukan lagi sebagai tempat maksiat.

Malah, tahun lepas Takiyuddin menjelaskan kerajaan negeri bercadang menarik balik larangan terhadap permainan snuker dan biliard memandangkan ia tidak lagi diletak di bawah Enakmen Kawalan Hiburan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood turut mengakui mesyuarat Exco Rabu ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai syarat-syarat yang akan dikenakan bagi permainan terbabit.

“Syarat dikenakan terhadap pihak persatuan yang akan diberi kebenaran mengendalikan permainan tersebut,” katanya.

Ketika mula-mula mengambil alih pentadbiran Kelantan kerajaan PAS mengharamkan permainan snuker dan biliard kerana terdapat unsur-unsur tidak sihat termasuk menjadi punca berlaku kegiatan maksiat.
- MJ



umber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=17482

Thursday, January 19, 2006

Perlunya perjuang Islam terlibat dgn NGOs

Melihat berita dibawah teringat aku kepada kata-kata bapa mertuaku bahawa dia menulis kertas kerja mengenai perlunya didalam Pas diwujudkan satu pergerakan sebagaimana Pengakap tetapi bercirikan Islam. Setelah sekian lama kertas tersebut dibekukan akhirnya tertubhlah Unit Amal. Alhamdulillah aku juga sempat mengikuti satu Jambori Amal Kebangsaan Di Negeri Kedah. Aku punmemang suka aktiviti lasak, yang bagusnya soal KeIslaman dititikberatkan seperti solat dan pengisian rohani. Semoga kenyataan Mursyidul Am akan membuka mata dan hati ahli-ahli Pas bahawa perlunya mereka terlibat dengan NGOs.

Kesilapan besar ahli PAS tidak terbabit dalam NGO - Mursyidul Am

Thursday, January 19 @ 16:01:23 MYT


Oleh WAJDI MAYUSOH
PENGKALAN CHEPA, 19 Jan (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Unit Amal Malaysia sentiasa mempelopori dan peka terhadap kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat.

“Ini kerana satu kesilapan besar yang dilakukan ahli dan pendokong PAS sebelum ini iaitu tidak suka menyertai badan-badan bukan kerajaan. Sedangkan pertubuhan seperti ini amat perlu bagi memudahkan kita mendampingi masyarakat.

“Oleh itu kita berharap anggota Unit Amal membuat perubahan dalam soal ini. Malah, sepatutnya sebagai pendokong dan pejuang Islam kitalah mengetuai setiap NGO yang ada,” katanya merasmi penutup program ‘Brainstorming’ Unit Amal Malaysia di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sekiranya perubahan itu dapat dilakukan minat orang ramai terhadap perjuangan Islam dan PAS dipercayai akan lebih meluas lagi.

Ia juga secara tidak langsung dapat menjayakan usaha memasyarakatkan PAS yang pernah dilakukan sebelum ini dan tidak menjadikan kegiatan PAS hanya tertumpu di masjid serta madrasah semata-mata.

“Unit Amal perlu melaksanakan kerja-kerja berbentuk kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan bagi mencapai hasrat untuk memasyarakatkan PAS.

“Setiap anggota Unit Amal perlu mendampingi masyarakat dan berusaha menjelaskan kepada masyarakat banyak masalah yang berlaku sekarang kerana ada pihak yang menolak Islam sebagai dasar pemerintahan.

“Misalnya gejala murtad dan ‘black metal’ wujud kerana pemerintah membuang semangat takwa dalam diri setiap rakyat dan sebaliknya menanam dalam jiwa mereka hanya takut kepada penguasa semata-mata,” ujarnya.

Program ‘brainstorming’ Unit Amal itu diadakan selama dua hari melibatkan lebih 150 peserta dari seluruh negara. Ia diadakan bagi merangka satu hala tuju baru yang lebih efisyen dan sesuai dengan cabaran semasa.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, Unit Amal diwujudkan pada 19 Februari 1991 berperanan menangani hal-hal kebajikan golongan remaja berpandukan konsep memasyarakatkan PAS.

Menurutnya, setelah hampir 15 tahun diwujudkan, sekarang masa yang sesuai untuk membuat perubahan bagi menyesuaikan dengan perkembangan dan cabaran semasa.

Antara perubahan yang dilakukan menukar nama baru selain memperkenalkan uniform baru Unit Amal yang lebih menarik dan sesuai dengan golongan muda.

Ketua Pengarah Unit Amal, Jamsuru Marsum menjelaskan program yang diadakan itu bertujuan mengembalikan semula fungsi sebenar penubuhan pasukan berkenaan.

“Selain itu bagi membentuk satu gerak kerja yang sesuai bagi menangani isu dan suasana semasa terutamanya berkaitan isu remaja dan pemuda,” ujarnya.
- /mj

Sumber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=17551

Sunday, January 08, 2006

Politik penting untuk kuasai masyarakat

Satu perkara yang selalu disalahfaham oleh pelbagai pihak mengenai politik dan Islam. Ada orang berkata politik tidak ada dalam Islam. Teringat satu analogi yang diberi oleh YAB MB Kelantan Tuan Guru Dato Nik Aziz, "politik adalah pilihan, kita gi kedai /pasar nak beli sayur, kita ambil, pegang, tengok sebelum nak membuat keputusan sayur mana nak dibeli sebab takut busuk, ada ulat. Jadi dengan membuat pilihan teliti kita berharap sayur terbaik akan diperolehi. Dalam demokrasi pun sama malah lebih penting lagi dititikberatkan sebelum membuat pemilihan kepimpinan pucuk pimpinan negara, malangnya rakyat tak memahami kepentingan perkara ini. semoga apa yang dijelaskan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dapat merongkai kekusutan mengenai hal tersebut. Kadang-kala ada NGO Islam yang tak mahu terlibat dengan politik atas sebab nak membuktikan mereka non-partisan, tetapi kadang-kadang hal ini menyebabkan Islam lambat menang. Saya harap apa-apa pun NGO Islam bijak dalam ini, jangan sampai krn mereka Islam tewas. Sebaliknya jadilah org yg membantu kemenangan Islam. Kenali musuh sebenar, jangan bertelagah sesama sendiri, akhirnya sema rugi. Kerajaan Islam dibawah Pas telah dapat membuktikan kemampuan mentadbir walaupun tak dinafikan terdapat sedikit sebanyak kelemahan tetapi sikap terbuka Kerajaan Kelantan yg menerima kritikan membolehkan usaha mengatasinya dibuat. Yang penting adalah dasar Islam diletakkan sebagai panduan mentadbir kerajaan.



Politik penting untuk kuasai masyarakat

Thursday, January 05 @ 22:22:13 MYT

MARANG, 5 Jan (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, politik merupakan bidang yang penting untuk menguasai masyarakat.

Justeru itu, katanya Imam al-Ghazali menegaskan di dalam kitabnya bahawa agama adalah asas, kuasa politik adalah pengawas, kalau tidak ada asas akan runtuh dan tidak ada pengawas akan sia-sia.

“Dua aspek ini sangat penting kepada kita umat Islam, kita perlu menyedari bahawa yang menyelamatkan umat ialah Islam.

“Jika kita tegakkan Islam, orang Melayu selamat tetapi jika kita tegakkan Melayu tanpa Islam, Melayu tidak selamat dan semua tidak selamat,” ujarnya.

Beliau menambah, bangsa Arab yang sudah berjuang menentang penjajah dengan semangat nasionalisme dan telah mencapai kemerdekaan dengan kekayaan yang begitu banyak tetapi gagal di negara masing-masing.

Selain itu, katanya lagi, bangsa Arab juga tidak berjaya untuk menyelesaikan masalah Palestin yang dikuasai segelintir orang Yahudi.

“Ini menandakan bahawa peranan agama adalah penting dalam menguasai masyarakat dan agama Islam meletakkan politik merupakan suatu perkara yang penting,” ujarnya.

Sebab itulah, ujarnya, Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah untuk mendirikan negara Islam.

Ini, tambahnya, merupakan aspek politik yang diberikan penekanan oleh Rasulullah s.a.w.

Bagaimanapun, katanya perlu disedari bahawa peranan badan bukan kerajaan (NGO) adalah terbatas untuk menentukan masa depan rakyat.

Ini, katanya kerana NGO tidak diizinkan oleh suasana politik dan kuasa pemerintahan hari ini.

“Kita tidak menafikan semua ada peranan tetapi politik merupakan kunci yang sangat penting untuk mewujudkan suasana yang membolehkan kita membangkitkan umat dan bangsa kita,” ujarnya. – KAM/ayu

Sumber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=17365

Tuesday, January 03, 2006

Semoga kerajaan benar-benar berusaha untuk memberi kemudahan kpd rakyat dngan harga yang berpatutan dan jangan terlalu mementingan keuntungan sykt semata-mata.


Sasaran kelajuan 10MB jalur lebar setiap rumah


Sambungan akhir antara penghalang peningkatan kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar, telekomunikasi

KERAJAAN menetapkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10MB untuk setiap rumah di negara ini pada 2007 setanding dengan negara maju lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, serta membolehkan lebih banyak kandungan memanfaatkan perkhidmatan terbabit.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata kelajuan 10MB adalah sasaran kerajaan dan pada masa yang sama mana-mana syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi dipelawa bersama berganding bahu untuk merealisasikan matlamat berkenaan.

“Ini selaras dengan rangka kerja strategi rangsangan untuk industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dilancarkan baru-baru ini iaitu MyICMS 886 yang menjadi asas kepada pertumbuhan industri berkenaan bermula 2006 hingga 2010,” katanya selepas merasmikan seminar 3G anjuran syarikat telekomunikasi China, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Huawei, syarikat telekomunikasi gergasi dari China, adalah satu daripada segelintir pengeluar baru di dunia mengadakan sistem komersil 3G hujung ke hujung dan memperoleh 11 kontrak komersil UMTS (sistem telekomunikasi selular universal) di dunia.

Sungguhpun Huawei memasuki pasaran Malaysia pada 2001, ia kini satu daripada vendor kelengkapan komunikasi terkenal di Malaysia, khususnya dalam pasaran telekomunikasi baru seperti 3G dan NGN (rangkaian generasi baru) akan datang.

Lim berkata, cabaran itu dilontarkan kerana perkhidmatan jalur lebar di negara ini dengan kadar penembusan masih rendah manakala kelajuan penghantaran data masih perlahan berbanding negara maju seperti Korea atau Jepun.

Sambil mengakui kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar di negara ini masih rendah berbanding Korea atau Jepun, beliau berkata, masalah utama ialah sambungan akhir yang selama ini menjadi antara penghalang kepada peningkatan kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar dan telekomunikasi di negara ini.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan ‘unbundling the loop’ bagi sambungan akhir dengan memberi tumpuan kepada teknologi capaian tanpa wayar seperti WiMax. Kerajaan sedang menyediakan spektrum untuk teknologi tanpa wayar itu bagi membolehkan pelaksanaan sambungan akhir,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan permohonan lesen 3G, Lim menjelaskan, pemohon lesen berkenaan perlu mematuhi kriteria penting yang ditetapkan iaitu perlu memiliki ‘Mobile Virtual Network Operator’ (MVNO), pemegang lesen 3G akan perlu membenarkan pihak lain memanfaatkan perkhidmatan 3G, misalnya, syarikat pembangunan kandungan menggunakan rangkaian itu.

“Perkhidmatan 3G tidak boleh berkembang jika pemegang lesen memegang monopoli. Kita melampirkan syarat ini supaya kita boleh melahirkan atau meluaskan perkhidmatan itu. Kita mahu lebih banyak syarikat terbabit dalam segmen itu,” katanya.

Lim berkata, pemilihan syarikat untuk melaksanakan perkhidmatan 3G akan dilakukan menerusi proses “pertandingan ratu cantik”, iaitu dengan mengkaji cadangan mereka, rancangan perniagaan dana keupayaan kewangan mereka, tetapi mereka juga akan dinilai berasaskan MVNO.

Tiga syarikat sudah mengemukakan bidaan mereka untuk mendapatkan dua lesen 3G, iaitu DiGi, MiTV dan Time DotCom. Sementara itu, pemegang lesen 3G sedia adalah TM Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Celcom (Malaysia) Bhd, dan Maxis Communications Bhd.


Source:http://www.emedia.com.my/m/BHarian/Monday/Komputer/20060102111336/Article/

FAKTA NOMBOR
Kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar


600,000
2005

2.8 juta
2008

Sunday, January 01, 2006

TOP 3 carta khalwat

Berita ini amat menyedihkan kerana dlm sebuah negara yg rata pemimpin beragama Islam dan Hadhari lagi perkara seperti ini terus berlaku dan semakin parah. Saya berharap pihak kerajaan sewajarnya melihat dengan serius maalah ini. Saya mendapat maklumat drpd rakan aktivis NGO yg bertemu dengan TPM(Tok Najib), kata Najib," Kami kerajaan boleh membuat jalanraya dan pemabngunan tetapi membina insan satu isu lain". Kalau begitu respons TPM apalah yang boleh diharapkan drpd pemimpin spt ini untuk menyelesaikan masalah kerntuhan akhlak. Satu perkara lag adalah ada dikalangan pemimpin yang menunjukkan contoh yang tidak baik kepada remaja. Kpd pemimpin kerajaan laksanakanlah apa yg dikehendaki oleh Allah, kalau tudung diwajibkan, jangan pula kerana main politik halanag orang bertudung mengikut garis pandan quran, spt mana berlaku diMRSM atas arahan Nazri Aziz. Ingatlah jika kita mengaku Ilam tetapi tidak mahu mengambil penyelesaian berdasar kehendak Allah maka terjadilah sepertimana yg berlaku sekarang. Ingatlah wahai para pemimpin kerajaan kamu tak sekat mana dan kamu akan mati, jadi janganlah terus-terusan menentang hukum Allah. Dah byk masalah yg penyelesaiannya dibuat kut akal shj tetapi gagal, cthnya dadah, sampai sekarang tak selesai malahan makin teruk. Mana tidaknya dalam puat serenti pun dadah boleh masuk, dlm lokap polis jual air kencing dan rasuah dikalangan pihak berkuasa. Jadi sebelum terlambat kembalilah ke pangkal jalan. Kalau apa yg disampaikan oleh pembangkang itu betul terimalah dengan hati terbuka. Janganlah sampai berlaku dimana satu soalan diajukan kpd kakitangan kerajaan dlm satu peperiksaan, Siapakah musuh no 1 negara?(pembangkang, dadah,komunis)lalu jawapan yg dikatakan betul ialah pembangkang. Aduh!! malangnya Malaysia dipimpin oleh mereka yang membelakangi demokrasi, sudahlah Quran direndahkan, jadi sedarlah wahai rakyat M'sia sudah tiba masanya kerajaan yang ada ditukar kerana sudah 50 tahun keadaan makin parah.


TOP 3 carta khalwat
'

Sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20060101095223/Article/indexm_html

Pekerja kilang, siswa, pelajar di tangga teratas

KUALA LUMPUR: Pekerja kilang, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah kini berada di dalam kelompok utama “carta” tangkapan khalwat jabatan agama Islam di negara ini.




Di Pulau Pinang, rekod Jabatan Agama Islam negeri itu menunjukkan pekerja kilang paling ramai ditangkap kerana berkhalwat sepanjang tahun lalu iaitu 187 daripada 630 kes manakala pelajar IPT dan sekolah menengah berada pada kedudukan kelima dengan 44 kes.

“Paling mengejutkan sepanjang tahun lalu kami menahan 10 pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun kerana berkhalwat,” kata Ketua Unit Penguat Kkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Faizal Ibrahim.

Di Johor, daripada 4,618 kes kesalahan syariah termasuk berkhalwat yang dikendalikan Jabatan Agama Johor (JAJ) sepanjang Januari hingga November lalu, 1,179 membabitkan pekerja kilang, diikuti ‘lain-lain pekerjaan’ iaitu seramai 1,064.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata jumlah tangkapan khalwat membabitkan pelajar pula seramai 282 orang.

“Biarpun angka ini agak rendah berbanding golongan lain iaitu penganggur (972), pekerja swasta (824) dan kakitangan kerajaan (297), ia perkembangan membimbangkan kerana golongan pelajar ini masih muda dan mereka tidak sepatutnya terbabit dalam aktiviti negatif,” katanya.

Di Selangor, berdasarkan perangkaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kakitangan swasta termasuk pekerja kilang diikuti pelajar sekolah, IPT dan kolej swasta serta penganggur mengungguli tiga carta teratas maksiat sejak 2002 hingga 2004.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata jabatan itu mengendalikan 3,782 kes maksiat termasuk khalwat pada 2002 dan meningkat kepada 3,992 (2003) dan 3,998 (2004).

“Melihat kepada perangkaan tangkapan khalwat sejak 2002, tidak dinafikan pekerja swasta terutama kilang, pelajar dan penganggur berada di tiga kelompok teratas yang ditahan,” katanya.

Ini terbukti apabila pada 2002, seramai 3,607 kakitangan swasta termasuk pekerja kilang ditangkap diikuti 1,201 (penganggur) dan 1,072 (pelajar).

Carta itu berubah pada 2003 apabila pelajar mengambil alih tempat kedua dengan jumlah tangkapan seramai 2,113 orang manakala penganggur hanya 1,398 orang. Bagaimanapun, pekerja swasta masih di tempat teratas dengan tangkapan berjumlah 3,205 orang.

Pada 2004 pula, kakitangan swasta terus kekal teratas dengan tangkapan berjumlah 3,491 orang diikuti pelajar (1,957) dan penganggur (1,525).

Di Kedahh, seramai 776 orang dicekup berkhalwat sejak Januari hingga November lalu di empat daerah terbesar dan termaju di negeri itu, masing-masing di Kota Star, Kuala Muda, Langkawi dan Kulim.

Ketua Operasi Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Mohd Nasir Md Dali, berkata dalam tempoh itu, pekerja kilang adalah yang paling ramai ditangkap iaitu 300 orang diikuti golongan pelajar sekolah semuda 14 tahun sehingga di IPT yang berusia 25 tahun yang berjumlah 200 orang.

“Kebanyakan mereka ditahan di hotel murah sekitar empat daerah berkenaan. Bagi pekerja kilang dan pelajar IPT, mereka mengambil kesempatan berjauhan daripada keluarga untuk berbuat sesuka hati.

“Kami juga mengesan pelajar sekolah yang menipu keluarga dengan berpura-pura tidur di rumah rakan sebelum ke hotel untuk bermadu kasih bersama pasangan mereka,” katanya.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelajar dan penuntut IPT turut dikenal pasti antara golongan tertinggi daripada sejumlah 3,171 yang ditangkap berkhalwat dari 2000 hingga September lalu.

Penolong Pengarah Rekod dan Maklumat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Damithah Iberahim, berkata kebanyakan mereka ditangkap di rumah kediaman seperti rumah sewa dan hotel sederhana mewah.

“Kita bertindak atas maklumat orang ramai. Biasanya pelajar ini tinggal di rumah sewa seperti di taman-taman perumahan selain hotel murah sama ada di dalam bandar atau luar bandar.

“Selain golongan itu, orang dewasa daripada pelbagai kerjaya juga antara golongan yang dikesan paling ramai melakukan khalwat,” katanya.

Di Kelantan, pergaulan bebas di kalangan remaja menyebabkan mereka dikesan tidak segan berpelukan di khalayak ramai, bercumbuan dalam kereta serta membawa teman wanita ke bilik hotel atau rumah untuk melakukan maksiat.

Ini terbukti apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) berjaya mengesan 368 kes khalwat hasil daripada operasi cegah maksiat dari Januari hingga November lalu dengan sebahagian besarnya membabitkan golongan pelajar belasan tahun dan awal 20-an.

Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Latif, berkata pihaknya mengesan kebanyakan `lubuk maksiat' remaja itu adalah sekitar tepi pagar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), kawasan perindustrian Padang Tembak di Pengkalan Chepa dan hotel murah sekitar bandar Kota Bharu.

Menurutnya, beberapa kawasan perkelahan termasuk air terjun, kawasan letak kereta yang tersembunyi dan gelap turut menjadi tumpuan pasangan remaja melakukan perkara terkutuk itu.

Di Perak pula sebanyak 460 kes tangkapan khalwat sepanjang tahun ini sehingga 30 Disember lalu yang mana menunjukkan penurunan berbanding 528 kes khalwat sepanjang 2004.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syarie Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Zakaria Abd Razak, berkata sebahagian besar kes khalwat itu membabitkan golongan remaja dan belia berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Katanya, daripada segi kategori pula, golongan pekerja kilang adalah penyumbang terbesar bagi kes khalwat di negeri ini berbanding golongan seperti anggota pasukan beruniform, kakitangan kerajaan atau swasta yang lain selain pelajar.

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) pula melakukan 346 tangkapan mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana berkhalwat selain Seksyen 75(1) hamil luar nikah (30).

Jurucakap jabatan itu berkata, kebanyakan kes dikesan di kawasan perumahan di beberapa bandar utama di negeri ini seperti di Seremban, Jempol, Bahau dan Nilai dengan pekerja kilang dan pelajar adalah jumlah yang tertinggi.

“Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila hasil daripada operasi yang dijalankan itu, kita (Jains) mendapati masalah sosial di kalangan remaja semakin serius apabila kerap ditangkap kerana berkhalwat dan menonton filem lucah.

Sementara itu, statistik Kementerian Pendidikan Tinggi pula menunjukkan seramai 1,710 pelajar IPT awam dikenakan tindakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sepanjang tahun 2000 hingga pertengahan tahun lalu kerana pelbagai kesalahan undang-undang termasuk berkhalwat.

Perkara itu didedahkan Menteri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, di Dewan Negara, baru-baru ini.