Saturday, December 31, 2005

Alahai Tahun Baru


Setiap kal tiba tahun baru maka akan adalah ucapan daripada pembesar negara, cuma diharapkan ucapan tidak sekadar tinggal ucapan tetapi pelaksanaannya tiada. Saya suka menyentuh sedutan ucapan PM "Perdana Menteri turut berikrar untuk memastikan semua projek yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2006 dilaksanakan sehingga berjaya.". Cuma saya ingin ingatkan PM, ikrar nak benteras rasuah sampai tamat 2005 tak nampak ikrar dipenuhi, buktikan dlm barian Kabinet pemimpin yg jelas terlibat dalam rasuah tetap kekal. Saya akan terus memerhati ucapan PM dan melihat perlaksanaannya. Kita berharap UMNO tak terus menzalimi bangsanya kerana sampai masanya kamu akan dihina. Kalau nak rakat berakhlak, pemimpin tunjukkan contoh, jangan hana pandai cakap. Kalau tak mahu rakyat membazir, pemimpin jangan membazir. Ini ada yg berjudi sampai ke Landon lepas berhutang tak berbayar. Semak-semak, pemimpin UMN, bekas KM.

Bersama atasi masalah -- PM: Kesediaan rakyat diperlukan demi kesejahteraan negara

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat untuk bersama-sama kerajaan menyelesaikan permasalahan yang membabitkan kesejahteraan negara menerusi kesediaan, kefahaman dan kesabaran mereka.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak melalui ruang pelaburan baru dalam sektor swasta yang akan diwujudkan kelak.

``Insya-Allah, saya akan dapat mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil untuk memperkasakan sektor swasta yang saya tahu ada keupayaan dari segi kewangan.

``Yang perlu ialah kita mesti mewujudkan ruang-ruang untuk pelaburan oleh sektor swasta dalam negara kita ini supaya dengan kemampuan (itu), insya-Allah kita akan lihat nanti pertumbuhan ekonomi akan lebih rancak lagi dan juga peluang pekerjaan akan lebih bertambah,'' katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam perutusan sempena Tahun Baru 2006 yang disiarkan melalui RTM, malam ini.

Beliau berkata, perkara itu dapat dilakukan kerana negara ini mempunyai banyak nikmat yang jika digunakan dengan sebaik mungkin akan melonjakkan lagi kemajuan yang dicapai.

Perdana Menteri turut berikrar untuk memastikan semua projek yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2006 dilaksanakan sehingga berjaya.

``Saya akan pastikan supaya apa juga yang telah pun diperuntukkan dalam belanjawan kita itu, projek-projek yang mesti dijalankan mestilah dilaksanakan bersungguh-sungguh supaya harapan untuk memberi nikmat, harapan untuk membuat kemajuan dan kejayaan kepada negara kita akan dapat dicapai,'' katanya.

Abdullah berkata, kerajaan juga akan memastikan projek-projek yang akan dilaksanakan dengan pihak swasta akan dijalankan dengan jayanya.

``Kita mahu mereka yang dalam kerajaan terutama sekali, pastikan supaya kecekapan diperoleh dalam melaksanakan projek-projek yang ada antara pihak swasta, kita mahu juga mereka bekerja keras,'' katanya.

Selain itu, Abdullah berkata, kerajaan juga akan meningkatkan keupayaan sedia ada negara dari semasa ke semasa bagi memastikan sebarang krisis yang berlaku dapat ditangani dengan segera.

Ini kerana katanya, walaupun keupayaan sedia ada terbukti mampu membantu kerajaan mengendalikan krisis yang berlaku sebelum ini, permasalahan yang timbul juga menuntut negara supaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Beliau memberi contoh, bagaimana negara ini melalui beberapa krisis sejak awal tahun ini bermula dengan bencana tsunami diikuti kenaikan harga minyak dan berakhir dengan musibah banjir yang melanda negeri-negeri di utara dan pantai timur Semenanjung.

Semua bencana itu katanya, menuntut kerajaan bertindak dengan segera berdasarkan keupayaan sedia ada.

Abdullah berkata, kesediaan negara untuk menghadapi krisis akan dapat ditingkatkan menerusi pembentukan modal insan yang bukan saja dilengkapi dengan ilmu pengetahuan tetapi juga didikan moral yang baik.

``Jika kita ada sifat-sifat yang baik seperti ini Insya-Allah kita akan menjadi satu bangsa yang benar-benar berdaya maju, satu bangsa yang benar-benar berkeupayaan untuk membuat apa yang terbaik bagi masa depan negara dan bangsa kita,'' katanya.

Bagaimanapun, kata Abdullah, sektor swasta juga mesti memainkan peranan mereka dengan menunjukkan inisiatif untuk membantu menerusi kreativiti dan inovasi mereka dalam menangani permasalahan yang timbul.

``Kalau kita cakap pasal harga minyak dah naik tentulah kita mesti bersedia untuk mengubah sikap kita dan cara hidup kita. Pembaziran jangan sekali-kali dibiarkan menjadi cara kita, atau budaya kita atau perangai kita. Pembaziran tidak baik.

``Kita perlu berusaha supaya dalam menggunakan tenaga itu kita menunjukkan satu keupayaan, satu kecekapan... supaya dengan cara itu tidak ada pembaziran,'' katanya.

Abdullah turut menyatakan rasa bangga dengan kejayaan yang dicatat negara sepanjang tahun ini termasuk pencapaian atlet negara di peringkat antarabangsa.

``Kita lihat Nicol (Ann) David telah menjadi juara dunia sebagai pemain skuasy. Permainannya adalah cukup cemerlang sehingga berjaya menjulang piala dunia, maka Nicol David telahpun menjadi ahli sukan yang terbilang,'' katanya.

Abdullah turut berbangga dengan pencapaian pasukan negara ke temasya Sukan SEA baru-baru ini yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di rantau Asia Tenggara.

Perdana Menteri turut berpuashati dengan kejayaan negara dalam menganjurkan beberapa persidangan besar sepanjang tahun ini seperti Sidang Kemuncak ASEAN yang menurut beliau tidak akan tercapai tanpa komitmen yang ditunjukkan kakitangan kerajaan dan rakyat amnya.

``Kepada mereka yang telahpun memberi sokongan kepada pekerja-pekerja kita, pegawai-pegawai kita yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan persidangan ini persidangan berjaya, saya ucapkan terima kasih,'' katanya.

Abdullah juga berterima kasih kepada pasukan keselamatan negara yang telah memastikan keselamatan negara terjamin. - Bernama

No comments: