Thursday, November 10, 2005

UniUMNO

Terlihat berita ini saya tertarik untuk mengulas sedikit sahaja sebab saya agak sibuk, setelah puas Shafie Salleh menodai pilihanraya kampus unutk mebolehkan pelajar pro-UMNO menang disemua universiti. Pada saya tahun ini merupakan sejarah buruk pilihanraya kampus setelah piliharaya terburuk peringkat negara. Sekarang menteri ini mencadangkan pula badan khas bagi melantik NC, saya boleh setuju dengan beliau tetapi sanggupkah beliau pastikkan badan tersebut bebas daripada pengaruh orang politik supaya ianya mencapai objektif cadangan tersebut jika tak boleh, buatlah apa pun universiti di Malaysia tak akan mana-mana(bukan kerana pesyarah tak berkualiti tetapi pengurusan universiti yang terlalu mengampu umno kerana mereka mereka kononnya nak balas jasa setelah diberi jawatan oleh pemimpin UMNO. Dalam kerajaa berlaku penyelewengan, di universiti pun tak kurangnya. Jika beginilah nilai yang ada pada pemimpin negara, usah harap malaysia akan berubah. Malaysia gagal kerana pemimpinnya korup. Cerminlah diri kamu sendiri sebelum nak menyalahkan orang sahaja.


Badan khas akan pilih naib canselor - Shafie

PUTRAJAYA 9 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan jawatankuasa pemilih yang akan bertanggungjawab melantik naib canselor sesebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha meningkatkan keupayaan akademik serta penyelidikan universiti tempatan.

Menterinya, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh berkata, langkah itu dipersetujui oleh Kabinet hari ini dan jawatankuasa berkenaan akan berfungsi menilai dan mengenal pasti calon-calon untuk dikemukakan kepada menteri.

Bagaimanapun, beliau mengakui, keputusan akhir untuk menentukan calon-calon yang akan dipilih sebagai naib canselor akan ditentukan oleh menteri berdasarkan maklum balas dan keputusan pemilihan oleh jawatankuasa tersebut.

``Semua keputusan jawatankuasa akan diambil kira sebelum menteri memutuskan siapa yang layak menduduki jawatan itu dan calon-calon pula tidak semestinya `orang dalam' sesebuah IPTA tersebut, sebaliknya ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak dan penuhi kriteria.

``Kita juga akan memberi peluang kepada calon-calon yang bukan sahaja mempunyai pengalaman akademik tetapi daripada kalangan tokoh-tokoh korporat yang kita lihat berjaya dalam pentadbiran dan pengurusan di pelbagai institusi di negara ini,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di sini hari ini.

Shafie berkata, langkah untuk menubuhkan jawatankuasa itu dibuat sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan IPTA tempatan berada dalam kedudukan terbaik bersama dengan universiti-universiti berprestij dunia dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Katanya, langkah Kementerian Pengajian Tinggi itu telah mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua naib canselor IPTA dalam mesyuarat bersama beliau baru-baru ini.

``Pada mesyuarat itu, kita berpendapat perlu ada satu medium untuk mengukur prestasi bagi pensyarah dan kakitangan universiti semata-mata tetapi juga semua naib canselor walaupun pada dasarnya saya berpuas hati dengan prestasi mereka,'' tambahnya.

No comments: