Thursday, November 10, 2005

Wibawa Pemimpin Bangsa Lain, Melayu UMNO??

Membaca berita ini aku teringat maklumat yang disampaikan oleh seorang rakan aku yang mempunyai ramai kenalan UMNO, katanya " kerajaan menyedari bahawa melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam BI adalah merupakan satu kesilapan, tetapi nak patah balik tak boleh sebab akan memalukan kerajaan. Inilah padahnya bila pemimpin bersifat diktator dan yang mengambil alih pula dok bergantung kepada orang lain. Tsu Koon sebagai pemimpin Cina menunjukkan ketegasannya(harap2 tak terima nasib mcm seorang pemimpin muda India(kena gantung sebab dikatakan menentang keputusan kabinet). Demokrasi jenis apa yang Malaysia pakai, saya pun tak tahu. Kalau Britain mcm Malaysia alamat ramai MPs Parti Buruh yang kena gantung, sebab ramai yang tentang hasrat kerajaan negara tersebut meluluskan undang2 yang membolehkan suspek pengganas ditahan selaam 3 bulan( Malaysia bukan setakat 3 bln 2 tahun, lepas tu asyik bersambung, tak bawa juga ke mahkamah). Memalukan betul demokrasi Malaysia ni. Bangunlah wahai rakyat Malaysia, terutama yang akan mengundi pada Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir, pastikan Calon BA menang dengan majoriti besar sebagai satu isyarat kepaad pemimpin BN jangan angkuh dan sombong serta memperbodohkan rakyat. Mereka buat harta rakyat mcm harta mak bapak mereka, mengagihkan kekayaan negara seperti penyamun tarbus.


Gerakan tidak berganjak -- Tsu Koon bertegas terus bangkit isu Sains, Matematik dalam BI

Oleh Wan Najib Wan Daud


PULAU PINANG 8 Nov. - Timbalan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bertegas akan terus membangkitkan isu pelaksanaan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (BI) di sekolah-sekolah walaupun menerima tekanan pelbagai pihak yang mahu beliau menghentikannya.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil masih menjadi teras perjuangan Gerakan sejak 2002.

Sehubungan itu, katanya, isu tersebut akan terus dibincangkan menerusi saluran dalaman parti secara jujur dan telus tanpa niat untuk membelakangkan pihak lain.

Tegasnya, beliau bersedia membangkitkan isu berkenaan ke peringkat lebih tinggi sekiranya perlu berbuat demikian.

``Apa yang ditimbulkan oleh saya bukan semata-mata untuk mencari populariti peribadi atau ada tujuan lain, cuma apa yang dikatakan adalah untuk kebaikan semua pihak,'' katanya.

Tsu Koon berkata demikian ketika diminta mengulas desakan tokoh-tokoh pendidikan dan ahli politik yang mahu pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menghentikan perdebatan mengenai dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia tidak menunjukkan semangat muafakat dalam parti.

Mereka dengan tegas meminta kerajaan tidak melayan permintaan sedemikian kerana ia adalah satu tindakan yang mengundur.

Kelmarin, Tsu Koon menyatakan isu bahasa pengantar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa ibunda masih menjadi teras perjuangan Gerakan sejak 2002.

Hari ini pula, beliau berkata, masalah permuafakatan di kalangan pemimpin BN tidak timbul kerana walaupun dasar tersebut mendapat persetujuan daripada parti-parti komponen BN, pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah lebih jelas dan mudah diterima.

``Walaupun ada laporan mengatakan para pelajar mengalami masalah untuk menerima pakai bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran itu, ia tetap memerlukan kajian mendalam bagi mendapat maklum balas untuk penambahbaikan atau menggubal satu dasar komprehensif bagi tempoh tiga tahun lagi,'' katanya.

Beliau mengakui wujud masalah pelaksanaan jika ada perubahan yang dilakukan tetapi ia adalah untuk kebaikan pelajar sendiri.

Katanya, pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah lebih selesa dan mudah difahami kerana murid-murid sudah biasa dengan penggunaannya.

``Walaupun Gerakan menyokong penuh pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap rakyat, namun untuk memperbaiki tahap pencapaian dalam bidang sains dan teknologi, penggunaan bahasa Melayu, Cina atau Tamil dirasakan lebih berkesan,'' katanya.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

No comments: