Thursday, November 10, 2005

UniUMNO

Terlihat berita ini saya tertarik untuk mengulas sedikit sahaja sebab saya agak sibuk, setelah puas Shafie Salleh menodai pilihanraya kampus unutk mebolehkan pelajar pro-UMNO menang disemua universiti. Pada saya tahun ini merupakan sejarah buruk pilihanraya kampus setelah piliharaya terburuk peringkat negara. Sekarang menteri ini mencadangkan pula badan khas bagi melantik NC, saya boleh setuju dengan beliau tetapi sanggupkah beliau pastikkan badan tersebut bebas daripada pengaruh orang politik supaya ianya mencapai objektif cadangan tersebut jika tak boleh, buatlah apa pun universiti di Malaysia tak akan mana-mana(bukan kerana pesyarah tak berkualiti tetapi pengurusan universiti yang terlalu mengampu umno kerana mereka mereka kononnya nak balas jasa setelah diberi jawatan oleh pemimpin UMNO. Dalam kerajaa berlaku penyelewengan, di universiti pun tak kurangnya. Jika beginilah nilai yang ada pada pemimpin negara, usah harap malaysia akan berubah. Malaysia gagal kerana pemimpinnya korup. Cerminlah diri kamu sendiri sebelum nak menyalahkan orang sahaja.


Badan khas akan pilih naib canselor - Shafie

PUTRAJAYA 9 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan jawatankuasa pemilih yang akan bertanggungjawab melantik naib canselor sesebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha meningkatkan keupayaan akademik serta penyelidikan universiti tempatan.

Menterinya, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh berkata, langkah itu dipersetujui oleh Kabinet hari ini dan jawatankuasa berkenaan akan berfungsi menilai dan mengenal pasti calon-calon untuk dikemukakan kepada menteri.

Bagaimanapun, beliau mengakui, keputusan akhir untuk menentukan calon-calon yang akan dipilih sebagai naib canselor akan ditentukan oleh menteri berdasarkan maklum balas dan keputusan pemilihan oleh jawatankuasa tersebut.

``Semua keputusan jawatankuasa akan diambil kira sebelum menteri memutuskan siapa yang layak menduduki jawatan itu dan calon-calon pula tidak semestinya `orang dalam' sesebuah IPTA tersebut, sebaliknya ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak dan penuhi kriteria.

``Kita juga akan memberi peluang kepada calon-calon yang bukan sahaja mempunyai pengalaman akademik tetapi daripada kalangan tokoh-tokoh korporat yang kita lihat berjaya dalam pentadbiran dan pengurusan di pelbagai institusi di negara ini,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di sini hari ini.

Shafie berkata, langkah untuk menubuhkan jawatankuasa itu dibuat sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan IPTA tempatan berada dalam kedudukan terbaik bersama dengan universiti-universiti berprestij dunia dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Katanya, langkah Kementerian Pengajian Tinggi itu telah mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua naib canselor IPTA dalam mesyuarat bersama beliau baru-baru ini.

``Pada mesyuarat itu, kita berpendapat perlu ada satu medium untuk mengukur prestasi bagi pensyarah dan kakitangan universiti semata-mata tetapi juga semua naib canselor walaupun pada dasarnya saya berpuas hati dengan prestasi mereka,'' tambahnya.

Wibawa Pemimpin Bangsa Lain, Melayu UMNO??

Membaca berita ini aku teringat maklumat yang disampaikan oleh seorang rakan aku yang mempunyai ramai kenalan UMNO, katanya " kerajaan menyedari bahawa melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam BI adalah merupakan satu kesilapan, tetapi nak patah balik tak boleh sebab akan memalukan kerajaan. Inilah padahnya bila pemimpin bersifat diktator dan yang mengambil alih pula dok bergantung kepada orang lain. Tsu Koon sebagai pemimpin Cina menunjukkan ketegasannya(harap2 tak terima nasib mcm seorang pemimpin muda India(kena gantung sebab dikatakan menentang keputusan kabinet). Demokrasi jenis apa yang Malaysia pakai, saya pun tak tahu. Kalau Britain mcm Malaysia alamat ramai MPs Parti Buruh yang kena gantung, sebab ramai yang tentang hasrat kerajaan negara tersebut meluluskan undang2 yang membolehkan suspek pengganas ditahan selaam 3 bulan( Malaysia bukan setakat 3 bln 2 tahun, lepas tu asyik bersambung, tak bawa juga ke mahkamah). Memalukan betul demokrasi Malaysia ni. Bangunlah wahai rakyat Malaysia, terutama yang akan mengundi pada Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir, pastikan Calon BA menang dengan majoriti besar sebagai satu isyarat kepaad pemimpin BN jangan angkuh dan sombong serta memperbodohkan rakyat. Mereka buat harta rakyat mcm harta mak bapak mereka, mengagihkan kekayaan negara seperti penyamun tarbus.


Gerakan tidak berganjak -- Tsu Koon bertegas terus bangkit isu Sains, Matematik dalam BI

Oleh Wan Najib Wan Daud


PULAU PINANG 8 Nov. - Timbalan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bertegas akan terus membangkitkan isu pelaksanaan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (BI) di sekolah-sekolah walaupun menerima tekanan pelbagai pihak yang mahu beliau menghentikannya.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil masih menjadi teras perjuangan Gerakan sejak 2002.

Sehubungan itu, katanya, isu tersebut akan terus dibincangkan menerusi saluran dalaman parti secara jujur dan telus tanpa niat untuk membelakangkan pihak lain.

Tegasnya, beliau bersedia membangkitkan isu berkenaan ke peringkat lebih tinggi sekiranya perlu berbuat demikian.

``Apa yang ditimbulkan oleh saya bukan semata-mata untuk mencari populariti peribadi atau ada tujuan lain, cuma apa yang dikatakan adalah untuk kebaikan semua pihak,'' katanya.

Tsu Koon berkata demikian ketika diminta mengulas desakan tokoh-tokoh pendidikan dan ahli politik yang mahu pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menghentikan perdebatan mengenai dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia tidak menunjukkan semangat muafakat dalam parti.

Mereka dengan tegas meminta kerajaan tidak melayan permintaan sedemikian kerana ia adalah satu tindakan yang mengundur.

Kelmarin, Tsu Koon menyatakan isu bahasa pengantar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa ibunda masih menjadi teras perjuangan Gerakan sejak 2002.

Hari ini pula, beliau berkata, masalah permuafakatan di kalangan pemimpin BN tidak timbul kerana walaupun dasar tersebut mendapat persetujuan daripada parti-parti komponen BN, pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah lebih jelas dan mudah diterima.

``Walaupun ada laporan mengatakan para pelajar mengalami masalah untuk menerima pakai bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran itu, ia tetap memerlukan kajian mendalam bagi mendapat maklum balas untuk penambahbaikan atau menggubal satu dasar komprehensif bagi tempoh tiga tahun lagi,'' katanya.

Beliau mengakui wujud masalah pelaksanaan jika ada perubahan yang dilakukan tetapi ia adalah untuk kebaikan pelajar sendiri.

Katanya, pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah lebih selesa dan mudah difahami kerana murid-murid sudah biasa dengan penggunaannya.

``Walaupun Gerakan menyokong penuh pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap rakyat, namun untuk memperbaiki tahap pencapaian dalam bidang sains dan teknologi, penggunaan bahasa Melayu, Cina atau Tamil dirasakan lebih berkesan,'' katanya.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sunday, November 06, 2005

Peristiwa Ahzab

Saya tertarik dengan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Presiden Pas, mudah-mudahan kita dapat mengambil ikhtibar serta mengukuhkan keimanan kita pada zamandimana Islam bukan hanya ditentang oleh golongan musyrik tetapi golongan yang mengaku Islam.

Tidak ada tuhan selain Allah

Dia membenarkan janj-Nya

Dia menolong hamba-Nya

Dia menguatkan tentara-Nya

Dia menghancurkan partai-partai (kelompok) anti Islam sendirian

Tidak ada tuhan selain Allah

Allah Maha Besar

Segala puji bagi Allah


Sambut raya tapi jangan lupa
peristiwa Ahzab

Saturday, November 05 @ 08:15:59 MYT


MARANG, 5 Nov (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam yang berada dalam suasana bergembira menyambut hari raya supaya tidak lupa kepada peristiwa Ahzab yang berlaku di zaman Rasulullah.

Katanya, peristiwa Ahzab yang menguji umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w. juga akan menguji umat Islam sehingga akhir zaman.

“Peristiwa Ahzab yang kita ulangi dengan menyebut wahazamal ahzabawahdah, dan Allah telah membinasakan bala tentera Ahzab dalam keadaan keesaan-Nya,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, semalam.

Beliau berkata, dalam peristiwa itu umat Islam di zaman Rasulullah dikepung oleh dua golongan yang sangat merbahaya iaitu al-maghdhubi ‘alaihim dan ad-dholin.

Jelasnya, golongan al-maghdhubi ‘alaihim ialah mereka yang dimurkai oleh Allah yang terdiri daripada ahli kitab, yang tahu berkenaan dengan kitab, Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.

Katanya, pemimpin-pemimpin mereka pergi ke Mekah bertemu dengan pemimpin-pemimpin ad-dholin iaitu golongan sesat di kalangan musyrikin di Mekah.

Tambahnya, mereka memberi semangat kepada pemimpin-pemimpin musyrikin ad-dholin supaya menubuhkan bala tentera Ahzab dan mengajak kabilah-kabilah musyrikin yang dibantu oleh golongan ahli kitab.

Katanya lagi, mereka menggabungkan bala tentera yang dinamakan Ahzab iaitu barisan kumpulan-kumpulan yang menganut berbagai-bagai ajaran dan fahaman.

Tambahnya, mereka mengumpulkan bala tentera yang besar dengan kelengkapan senjata yang secukupnya datang untuk menyerang Madinah bagi menghapuskan Islam, Rasulullah s.a.w. dan penganut agama Islam.

“Apabila kumpulan Ahzab itu mengandungi jumlah yang sangat besar, lebih besar daripada jumlah umat Islam di zaman itu, Allah menurunkan ayat-ayat di dalam surah yang dinamakan al-Ahzab, mengambil sempena peristiwa itu untuk mengajar umat Islam di akhir zaman betapa ujian yang dialami oleh umat Islam di masa itu,” jelasnya.

Katanya lagi, peristiwa Ahzab itu menggoncang iman yang ada di dalam hati umat Islam dengan ujian yang hebat.

Bagaimanapun, tambahnya orang-orang yang beriman berdiri tegak dengan teguh dan kuat yang tidak berganjak walau sedikitpun.

Menurutnya, mereka menentang bala tentera Ahzab walaupun dengan jumlah yang sedikit tetapi dengan iman yang sangat kuat.

Beliau menambah, mereka yang seperti itu dan golongan yang bersedia untuk mati bagi mempertahankan Islam adalah golongan Islam yang sebenarnya yang telah menghasilkan pertolongan Allah yang diulangi oleh umat Islam pada tiap-tiap Syawal dan Zulhijjah.

“Fahamlah perlunya kita mengulangi Ahzab. Perkataan Ahzab yang dihancurkan mengingatkan kita umat Islam bahawa cabaran Ahzab ini akan berpanjangan hingga hari kiamat,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, gabungan antara golongan al-maghdhubi ‘alaihim dan ad-dholin akan berlaku dengan cara yang lebih besar dan lebih luas, bukan sahaja di kalangan ulama ahli kitab dan orang-orang musyrikin.

Katanya, gabungan itu dibesarkan lagi di antara ulama-ulama jahat yang menjual agama dengan harta benda dan pangkat, dengan golongan sekular untuk mengepung Islam di akhir zaman ini.

Bagaimanapun, ujarnya pada hari ini kefahaman orang-orang Islam yang mengetahui sudah ada yang luntur dan merasa kecil dan kerdil di hadapan kuasa besar dunia walaupun melaungkan Allahu akbar, Allah Yang Maha Besar.

“Di mana ucapan Allah Yang Maha Besar sedangkan kita merasa kecil di hadapan musuh-musuh Allah?” tanya beliau.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya meneguhkan iman bersama dengan kebesaran Allah Taala.

“Sesungguhnya kemuliaan kita di dunia dan akhirat adalah bersama dengan Islam. Kalau tidak bersama dengan Islam, maka kehinaan akan menimpa kita bersama golongan al-maghdhubi ‘alaihim dan ad-dholin yang mendapat kehinaan di dunia dan kehinaan di akhirat,” katanya lagi. – ayu

Sumber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=16680

Sunday, October 23, 2005

Malaysia govt under fire as corruption index slips

As a muslim I fell very dissapointed and ashamed when read this article. Most of the muslim country, their corruption index is below 5 out of 10. I hope all the leaders of muslim countries will not continue this bad practice if they want to success not only in world but hereafter. Come on Malaysian, change the government in the 2008 election if the current govenment still not improved the way they managed the country. Be brave to reform for the good of all Malaysian, Malay, Chines, Indian and others.


Malaysia govt under fire as corruption index slips

October 21, 2004, 07:30

Malaysia's opposition criticised the government today after a global corruption index showed the country's ranking slipped despite the new prime minister's anti-graft drive. The Berlin-based anti-corruption group Transparency International said yesterday its latest Corruption Perceptions Index (CPI) showed Malaysia falling two places to 39th out of 146 countries surveyed. Neighbouring Singapore stayed as Asia's most corruption-free nation.

"The adverse CPI 2004 for Malaysia should be a 'wake-up' call for the government and the nation," parliamentary opposition leader Lim Kit Siang said in a statement. "Without systematic change and political will...there can be no appreciable dent in the fight against graft," he said.

Battling corruption has been among Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's top priorities since taking over from veteran leader Mahathir Mohamad a year ago. Months after he came to power, the land minister was charged for taking kickbacks in a share deal. But Abdullah has so far shied away from challenging senior government or party officials. And the prime minister's hold on the ruling United Malays Nation Organisation is not complete either, as indicated by an inability to get his men into top party posts at the annual UMNO convention last month.

One of Abdullah's stated goals is to raise Malaysia's ranking on the corruption index to 30 by 2008. "It is obvious that negative perceptions continue to dog us in a very fundamental way," said Transparency International Malaysia chief Tunku Aziz. The most damaging comment in the lastest CPI was about Malaysia's public procurement process, still seen to be less than fair and open, he said.

Malaysia is currently embroiled in a growing controversy over possible corruption, waste and shoddy work in government projects such as schools and highways. Two projects are being investigated by Malaysia's Anti-Corruption Agency, including a 1.2 billion ringgit ($316 million) expressway linking central regions with the east coast. - Reuters

Source:http://www.sabcnews.com/world/asia1pacific/0,2172,90327,00.html#

Saturday, October 22, 2005

Uslub dakwah penting dalam gerakan Islam

Saya baru selesai mendengar ceramah DSAI yang dipancar melalui Webtv Pas S3, mendengar pendedahan oleh DSAI aya meraacuup kecewa dengar para pemimpin negara bernama Mahathir dan pemimpin-pemimpin lain yg sewaktu dengannya yg menipu rakyat kononnya mereka nak membela bangsa dan agama tetapi merekalah yg menzalimi rakyat dan menghina Islam. Saya bersyukur kehadrat Illahi kerana tidak termasuk dlm golngan yg menyokong mereka ini. Saya memikirkan apa yg aku blh sumbang untuk Islam, fikir-fikir saya meraakan saya blh manfaatkan sedikit ilmu ICT dan pengalaman diluar negara utk membantu gerak kerja Islam. Iaitu saya akan memfokus kpd ICT dan dakwah. Jadi saya terjumpa artikel dibawah dan ianya menarik utk direnungi. Saya juga igin berkongsi maklumat mengenai pendakwah terkenal spt:
http://www.drzakirnaik.com/
http://www.irf.net/irf/drzakirnaik/
http://www.discoverislam.com/
http://www.cityofdiscovery.net/dundee.htm
Semoga laman web yg saya berakn blh membantu anda meneran kerja menyebarkan Islam.

Semoga Pas diseluruh negara akan memikiran usaha ini, kerana menyebarkan Islam ini adalah tanggngjawap kita.


Uslub dakwah penting dalam gerakan Islam - Dr Mahfodz

Thursday, September 29 @ 15:53:41 MYT


Oleh OMAR SAIDI
MELAKA, 29 Sept (Hrkh) - Uslub dakwah penting dalam gerakan Islam khasnya PAS, kata Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Prof Dato' Dr Mahfodz Mohamad.

"Uslub atau kaedah berdakwah setiasa berubah mengikut peredaran masa tetapi dakwah tidak boleh berubah iaitu menyeru kepada jalan Allah," kata Dr Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Liqa Al Fikri ' Uslub Dakwah' anjuran Lajnah Tarbiyah dan Dakwah di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Melaka di sini baru-baru ini.

Kata beliau, manusia kadang-kadang sibuk berbincang uslub dakwah sehingga lupa untuk berdakwah.

ajlis tersebut telah dihadiri semua Ahli Jawatan kuasa Perhubungan, AJK Kawasan-kawasan, Dewan-dewan dari seluruh Negeri Melaka.

Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan rasa kecewa kerana pilihan raya kampus, calon bukan pro-Aspirasi disekat daripada bertanding tetapi calon yang pro-Umno bebas tanpa sebarang sekatan.

Kata beliau, terdapat tiga cara untuk berdakwah yang amat berkesan iaitu;

1. Uslub dengan cara hikmah iaitu menurut sifat-sifat Nabi seperti benar, amanah, bijaksana, tabligh, adil, sabar dan tidak cepat marah. Isi kandungan dakwah mestilah dari kandungan al-Quran.

2. Uslub nasihat yang baik, iaitu pesanan dan ingatan yang disukai oleh orang ramai tentang kebaikan dan mereka bersedia menerima dan benci kepada kejahatan.

Kurangkan menghentam musuh dan terangkan kebaikan Islam dan dasar PAS. Sebagai contoh PAS tidak pernah terlibat didalam amalan rasuah.

"Ini dapat dibuktikan semasa PAS memerintah Negeri Kelantan dan Terengganu," kata nya.

3.Uslub berbincang dengan cara baik, iaitu dengan cara yang berlemah lembut dalam perkataan dan menjauhkan daripada perkataan yang kasar dan kesat.

Terdahulu, Timbalan Lajnah Tarbiyah dan Dakwah PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar berkata tugas tarbiyah mesti diteruskan supaya kefahaman dan keyakinan supaya ada ikhtizam untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.

Beliau berkata Liqa Al Fikri adalah semacam program usrah di peringkat perhubungan negeri.

Katanya, program dakwah dan siasah yang melebarkan sokongan yang merentasi semua kelompok dan segmen rakyat dan pengundi adalah paksi yang ketujuh. - lanh


Sumber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=16158

Wednesday, October 19, 2005

Communications Technology

When I read this article, some kind of thinking come across my mind. I hope the Islamic Movement in M'sia will give attention to this technology as a medium to spread the message of Islam especially to the youth. Don't let the technology make the muslims youth distance themself from Almighty Allah.



Mobile TV may be tiny but it looks set to grow-up fast

Thursday, October 20 @ 12:53:34 MYT


CANNES, France, Oct 20 - TV on mobile phones may be tiny today in terms of screen size and programme choice but it looks certain to grow rapidly in the coming years.

That was the upbeat message sent by leading TV and digital media executives taking part in the first ever "Mobile Day" at the annual MIPCOM audiovisual trade fair that closes its door in this ritzy Riviera resort Friday.

TV on the mobile has been "one of the big successes of the last 12 months," reality TV supremo Endemol's chief creative exec Peter Bazalgette said in a keynote speech here.

In 2005, mobile phone fans of Endemol's global smash hit "Big Brother" notched up over six million streamed minutes and 500,000 downloads across Australia, Italy and Britain, Bazalgette told a packed auditorium.

Another worldwide sensation in 2005 was "24:Conspiracy", the first ever original live-action thriller produced exclusively for the cellphone by Fox Entertainment Group and distributed by Vodafone. The 24-serialised 60-second mobile episodes, or so-called 'mobisodes', ran in 23 countries around the world.

This was music to the ears of the TV executives who are anxious to learn whether there is a future for television on the tiny device that has become the one thing no one - from teenager to adult - wants to leave at home. The road to the pot of gold, if there is one though, isn't entirely smooth.

No one disputes the enormous size of the mobile phone market, which is expected to expand from today's 700 million handsets to two billion by next year, rising to three billion by 2010.

But only a small minority of the mobiles in today's market are the powerful third generation (3G) handsets that provide users with high-quality multimedia video, music and TV streaming.

Recent forecasts from Jupiter Research, however, suggest that 65 million people around the world will be subscribing to streaming or broadcast TV services by 2010.

There also remains a question mark over what type of TV will successfully migrate to the cellphone.

Sports and news are proven sure-fire winners as they can be easily consumed on the move and appeal to males who account for the majority of current 3G phone users. They can also be viewed in the brief three to five minute bursts that industry experts believe is about the maximum viewing length on mobiles.

For Endemol's Bazalgette, three applications will be key in persuading mobile phone users to view TV on the pocket-sized screens.

Interactivity, including voting and interacting with reality formats such as "Big Brother" and FreemantleMedia's talent show "The X-Factor" will be a vital ingredient.

Another is to offer well-known programmes such as soaps. "Even if the picture quality isn't brilliant, soap operas work very well on mobiles as people are emotionally involved with the characters and instantly recognise them," Bazalgette pointed out.

The next step is to make tailor-made TV material for the mobile and this has already started to happen.

British broadcaster Channel 4's comedy drama "Totally Frank" about a girl band called Frank has shot exclusive bite-sized mobisodes and interviews that fans can access on their cellphones.

Endemol also announced here Wednesday that is will soon launch an Extreme Reality Channel featuring a non-stop parade of bizarre and weird video clips from the world of entertainment. It will follow this with a Comedy Channel made up of short comedy clips.

Mobile TV, however, won't just be for adults. Leading broadcasters and programme makers are creating content for teenagers down to the smallest family members. Kids TV veteran Sesame Workshop provides a mix of education and animation as well as music clips.

News that animation giant Disney will launch Disney Mobile next year means that kids mobile could take off quickly.

Women are also being catered for, albeit in sometimes rather strange ways. Fashion TV has been readily available on mobile phones for a couple of years now. But the latest show, which was not for the fainthearted, was "Cosmetic Surgery Live" that showed live surgery taking place.

Aired on Britain's Channel Five and 3G operator "3", viewers were able watch the show as well as send in photos of parts of their bodies and have them discussed by a cosmetic surgeon who made suggestions for improvements.

The "consultations" didn't come free however. The sender had to pay î1 for each picture sent in and î1 per minute for a video photo!

-AFP

Surce:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=16499

Saturday, October 15, 2005

Nasihat Hishamuddin pada ahli Pemuda UMNO

Bila aku terbaca berita dibawah ini, terasa pelbagai perasaan dlm diri ini. Nak ketawa, sedih dan marah kerana parapemimpin UMNO ini hanya menyalahkan orang lain, sedangkan yang suruh ahli-ahlinya jangan sibuk politik itulah yang sibu berpolitik hinggakan tak sempat nak meninjau perkembangan sistem pendidikan negara hingga dilaporkan 100 ribu pelajar sekolah rendah tak mempunyai kemahiran membaca, mengira dan menulis. Sewajarnya sitem pendidikan negara disemak semula, sepatutnya Ketua Pemuda UMNO yang merupakan Menteri Pelajaran sewajarnya memerah otak memikirkan bagaiamana nak meninggikan taraf pendidikan negara. Malaysia sekarang ada 2 menteri yang menjaga pendidikan iaitu peringkat rendah dan tinggi. Malangnya semuanya sibuk berpolitik hingga mereka lupa tanggungjawab sebenar mereka. Gelagat kedua-duana tak paah saya panjangkan disini semua dah maklum, terutama orang-orang UMNO. Jika UMNO sayangkan dan pentingkan banga mereka tidak lakukan apa yang telah mereka lakukan terutama ketika UMNO dibawah kepimpinan Mahathir, meminda akta pendidikan, meritokrasi dan menghapuskan biasiswa sebaliknya diganti dengan pinjaman sahaja. Sebenarnya pemimpin UMNO sekarang ini hanya pentingkan diri mereka dan kroni serta sibuk mengumpul kekayaan tanpa mempedulikan rakyat. Aku mempunai seorang bapa audarayang pernah merupakan veteranUMNO yang kini telah tawar hati dengan UMNO kerana katanya, pemimpin UMNO sekarang telah selewengkan perjuangan UMNO. Perhimpunan UMNO bukan tempat muhasabah tapi tempat mengampu dan melobi jawatan hingga politik wang membarah akhirnya ambil tindakan kononnya na bersihkan parti tetapi hanya orang tertentu sahaja yang kena. Bagi yang masih nak sokong UMNO, fikirkanlah berpuluh kali, bukan hanya berdosa tetapi merosakan bangsa kerana para pemimpin UMNO tidak menunaikan amanah yang dberikan kepada meraka.(pinjam kata-kata Hishamuddin)
Kepada Hishamuddin fikirkan apa yang dia kata, takut-takut dia pun 2x5.

Jangan sibuk berpolitik

Oleh: NOR AZIAH JAAFAR

BUKIT MERTAJAM 15 Okt. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegur ahli-ahli pergerakan itu yang terlalu sibuk berpolitik sehingga lupa tanggungjawab mereka untuk membangunkan anak-anak Melayu terutama dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, terdapat sebahagian daripada ahli pergerakan itu yang sudah mula sibuk membuat percaturan politik bagi mendapatkan gelaran wakil rakyat selepas ini sehingga mengabaikan tugas utama mereka iaitu membela nasib anak bangsa sendiri.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tindakan golongan terlibat bukan sahaja berdosa kerana tidak menunaikan amanah yang diberi, malah ia menggadai nasib anak-anak bangsa sendiri dan perkara itu tidak boleh dibenarkan berlaku.

Justeru, beliau mengingatkan golongan terlibat bahawa sekarang bukan masanya untuk ahli-ahli membuat pilihan pemimpin yang mereka sukai, sebaliknya kini adalah masa untuk memperkasakan anak-anak bangsa bagi menghadapi cabaran dalam dunia tanpa sempadan.

``Saya tidak mahu disebabkan percaturan politik kita, anak-anak menjadi mangsa.

``Bila masa untuk pilih pemimpin, pilihlah, tapi sekarang bukanlah masanya untuk berbuat demikian, sekarang adalah masa untuk bekerja,'' tegasnya ketika berucap melancarkan Program Ihsan Ramadan anjuran pergerakan itu di Sekolah Kebangsaan Pekan Permatang Pauh di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan RM100 seorang kepada 300 pelajar miskin dari 25 buah sekolah di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Hishammuddin berkata, beliau bimbang tanpa kejujuran dalam perjuangan, nasib pelajar-pelajar Melayu akan terpinggir dalam negara sendiri dan perkara itu tidak boleh dibiarkan ketika Malaysia menuju ke arah negara maju pada tahun 2020.

Jelasnya, beliau tidak mahu nasib pelajar Melayu menjadi seperti pelajar di negara Islam lain yang tidak sepakat.

``Saya lihat negara Islam kaya tidak ambil endah permintaan bantuan dari negara miskin, malah ada negara Islam yang bersengketa sesama sendiri sehingga anak-anak mereka menjadi mangsa,'' ujarnya.

Oleh itu, beliau meminta semua ahli pergerakan tersebut supaya bersatu dan meletakkan kepentingan anak-anak bangsa melebihi kepentingan politik dan peribadi supaya agenda yang ditetapkan oleh UMNO dan juga Barisan Nasional (BN) dapat dicapai.

Beliau turut mengisytiharkan kawasan Permatang Pauh sebagai Parlimen angkatnya dan akan memantau perkembangan di kawasan itu terutama dari segi pendidikan.

``Apa juga masalah bagi tahu Ustaz Pirdaus (Datuk Pirdaus Ismail) yang saya lantik sebagai wakil saya bagi kawasan Parlimen ini,'' ujarnya lagi.













Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Friday, October 14, 2005

Tahniah kepada Pemuda Pas Selangor dan MACMA, saya berharap ini akan menjadi langkah awal ke arah melebar dakwah Islam kepada masyarakat Cina yang merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia.

Macma yakin PAS berkebolehan tarik bukan Islam

Tuesday, October 11 @ 14:23:21 MYT


Oleh IBNU W.YAACOB
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Hrkh) - Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yakin dan percaya PAS sebagai sebuah parti politik berasaskan Islam mempunyai kelebihan untuk menarik masyarakat bukan Islam terutamanya kaum Cina untuk masuk Islam.

"Dengan syarat PAS kena mengetahui selok-belok atau minat masyarakat Cina ini," demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pendidikan Macma, Haji Shahrin Low Abdullah ketika dalam sesi ramah mesra Pemuda PAS Selangor dengan anggota Macma di sini sebentar tadi.

Macma diwakili Setiausaha Agungnya, Ann Wan Seng; Pengerusi Penerbitan Macma; Kamal Koh; AJK Macma, Irsyad Hassan dan Adam lee.

Sementara Pemuda PAS Selangor diwakili, Timbalan Ketua Pemudanya, Ustaz Kamal Shaari; Ketua Penerangannya, Khairudin Othman dan Setiausaha Lajnah Penerangan dan Dakwah, Ustaz Yohanis Abdullah.

Meneruskan perbincangan itu Shahrin berkata,PAS seharusnya bergerak mendekati minat kaum Cina sebagai elemen penting misi dakwah dan pemberi undi memenangkan parti Islam itu.

"Orang Cina biasanya minat berniaga,jadi PAS perlu tahu aspek itu dan Islam sendiri menggalakkan perniagaan.

"Cuma masalahnya persepsi orang Melayu terhadap orang Cina setiap kali nak berniaga mesti mereka kata orang Cina berniaga dengan menipu.Sebenarnya tak ramai yang macam tu.

"PAS lebih mudah mendekati Cina kerana imej ahlinya yang pakai kopiah putih.Orang Cina percaya dengan orang yang sebegini," katanya.

Menurut Shahrin, amat mudah untuk PAS sebenarnya mendekati kaum bukan Islam di kalangan masyarakat Cina dalam proses berdakwah.

"Cuma di setiap kali pilihan raya PAS akan tetap berhadapan dengan jentera akhbar kerajaan yang sering memburuk-burukkan PAS," katanya.

Apa yang beliau kesal ialah, Umno dan sekutunya menghentam Islam habis-habisan untuk menakutkan kaum bukan Islam agar tidak mengundi PAS.

Sementara itu, Macma juga dalam masa yang sama mengharapkan ramai lagi sukarelawan Islam yang akan menyertai pertubuhan itu untuk tujuan dakwah.

Ann Wang Seng dalam majlis tersebut menyatakan, Macma hari ini terbuka kepada masyarakat bukan Cina untuk menjadi ahlinya.

"Kami tak kira apa parti politik yang penting usaha dakwah dapat diteruskan.PAS dan Macma ada titik pertemuan iaitu objektif yang sama tetapi wadah yang berbeza," katanya. - mks.

Sumber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=16354

Perisian penapis laman lucah percuma

Naomi Perisian penapis laman lucah percuma

Oleh: HAIRULNIZAM MAHDIN (hairuln@kuittho.edu.my)

BEBERAPA bulan lalu, isu laman web lucah menggemparkan negara apabila satu kajian menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 kanak-kanak dan remaja berusia antara lapan dan 16 tahun melayari laman web tersebut dan kebanyakannya secara tidak sengaja semasa mencari maklumat berkaitan kerja sekolah.

Laporan pada tahun 2000 itu menunjukkan bahawa kebanyakan laman web terbabit berselindung di sebalik penggunaan nama yang `bersih' daripada unsur kelucahan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis ketika mendedahkan perkara itu berkata, berdasarkan laporan Barisan Bertindak Pencegahan Penderaan Seks Kanak-Kanak (MCPCSA), terdapat kira-kira 1.5 juta laman web lucah dan 74 peratus daripadanya adalah berselindung di sebalik nama `bersih' daripada unsur kelucahan.

Melihat kepada statistik itu, pastinya ibu bapa, guru-guru atau sesiapa sahaja yang mempunyai akses secara terus kepada Internet berasa bimbang kerana laman web lucah tersebut begitu mudah didapati dan mudah juga untuk dilayari.

Namun, dengan kelebihan Internet juga, laman web lucah boleh disekat daripada dilayari walaupun tanpa pengawasan individu tertentu dan lebih penting, perisian tersebut disediakan secara percuma atau juga dikenali sebagai freeware.

Kini, terdapat banyak freeware tersebut di Internet dan salah satunya dikenali sebagai Naomi yang boleh digunakan untuk menyekat laman web lucah daripada terpampang di dalam pelayar Internet.

Naomi terkini ialah dalam versi 2.7 dan boleh dimuat turun dari laman web http://www.radiance.m6.net dan proses pemasangannya adalah amat mudah dan prestasinya boleh diharapkan untuk menapis dan menghalang laman web lucah daripada memasuki komputer anda.

Bagaimanapun, untuk menggunakan perisian tersebut, pengguna terlebih dahulu perlu memuat turun fail Naomi dan anda akan mendapat sebuah fail bernama Setup-en.

Langkah-langkah seterusnya adalah seperti berikut :

* Klik fail Setup-en.

* Antaramuka pertama dipaparkan. Klik butang Next.

* Antaramuka kedua dipaparkan. Klik butang Install.

* Manual Naomi dipaparkan. Jika anda minimakan paparan manual ini, sebuah kotak mesej bertajuk Information meminta anda memasukkan password untuk tujuan kawalan. Klik butang OK.

lSebuah kotak mesej bertajuk Password dipaparkan. Masukkan kata laluan dan tekan butang OK.

lKotak mesej Information dipaparkan sekali lagi. Ia memaparkan kata laluan yang telah anda masukkan dan meminta supaya anda mengingatinya untuk tujuan pengurusan. Sekiranya hendak menukar kata laluan, klik butang Cancel. Jika tidak, klik butang OK.

lNaomi telah berjaya dipasang pada komputer anda. Dwiklik logo Naomi yang terletak pada Taskbar (sebelah kanan bawah skrin komputer).

lKotak mesej dipaparkan meminta anda memasukkan kata laluan. Masukkan kata laluan dan klik butang OK.

lAntaramuka Naomi dipaparkan. Terdapat tiga butang utama iaitu butang Hide, Stop dan Uninstall.

Fungsi butang-butang tersebut adalah seperti berikut :

* Butang Hide - menyembunyikan paparan antaramuka Naomi yang sedang dibuka

* Butang Start/Stop - mengaktifkan/ menghentikan kawalan tapisan Naomi

* Butang Uninstall - membuang perisian Naomi daripada komputer anda

Untuk memulakan perisian ini, status perisian Naomi perlu dipastikan adalah Active dan ia boleh dirujuk pada bahagian sebelah bawah antaramuka Naomi.

Walaupun Naomi tidak seratus-peratus dapat menapis laman web lucah yang bermaharajalela di Internet, tetapi berdasarkan pengujian yang telah dilakukan, ia terbukti boleh diharapkan untuk melaksanakan tugas tersebut.

Perlu ditekankan, melayari laman web lucah akan melahirkan individu yang tidak seimbang dan rendah moralnya dan ia adalah punca kepada penyakit sosial yang semakin membimbangkan dalam masyarakat kita.

Dengan adanya perisian penapis seperti Naomi diharapkan dapat mengurangkan minat mereka yang ketagihan laman web lucah kerana laman tersebut akan dihalang oleh perisian Naomi apabila hendak dipaparkan.

Sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi dan pejabat-pejabat juga digalakkan untuk menggunakan perisian Naomi memandangkan ia adalah percuma dan hanya memerlukan sedikit kos masa dan tenaga untuk memasangnya.

*Penulis ialah pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_06.htm

Monday, October 10, 2005

Model for ICT institute

I hope the initiative not just a rhetoric, because when we see the achievement of MSC project which can be considered as mega project does not achieve the target eventhough the government claim that MSC is very successful project. Many thing has been hide from public about the reality of the project by over coverage from the media.

Highlights: Model for ICT institute

THE proposed ICT Development Institute should look to successful models of similar establishments abroad yet localised enough to meet the demands in skillsets of the country’s information and communications technology sector.
According to the Association of the Computer and Multimedia Industry Malaysia (Pikom), the proposed ICT Development Institute, announced in Budget Speech 2006, can learn from institutes in such countries as India and Germany for reference and guidance.
“For example, India’s Institute of Technology and the Fischer Vocational Academy in Germany are highly regarded not just in their respective countries but are known worldwide. Many of their graduates can be found working for multinationals,” said Pikom’s councillor and chairman of Education and Training, Content Special Interest Groups, Gerry Pillai.
Structure-wise, Gerry said the proposed institute should run a curriculum that is based on current standards, benchmarks and market expectations.
The curriculum should reflect a knowledge-sharing environment with hands-on industry simulations being an everyday experience, he said, adding that for the institute to be relevant to industry needs, professionals and ICT organisations have to be represented on the board. In addition to supplying knowledge workers, the institute can organise discourse and regional seminars where such idea and knowledge-sharing can even enhance its capability.
“The type of training and courses to be provided will largely depend on demands of the target audience, who will be recipients of the institute’s graduates. This demand has to be cross-linked with industry growth and market expectations,” Gerry said.
Sound collaboration between the Government and industry players is vital in ensuring the relevancy of such an institute, said Oracle Corp Malaysia’s managing director V.R. Srivatsan. This, he said, can help in developing the skills roadmap for the 21st century workers so skills imparted are kept current at all times.
“As technology keeps developing, we need to make sure that what’s being taught in the institute is leading-edge subjects that are going to keep the Malaysian knowledge workers ahead in the ICT world,” he said.
Malaysia also needs to differentiate itself from the big providers of knowledge workers like India and China, and this can be done by increasing the value of the workers the country delivers.
“We need to make sure the necessary skillsets that are required both today and going forward will support the vision of the Multimedia Super Corridor and companies in Cyberjaya. The institute will form a good basis to provide the related skills shortage, and as a stepping stone to create a culture of life-long learning in Malaysia,” he added.
Microsoft Malaysia’s managing director Butt Wai Choon, meanwhile, said the proposed ICT Development Institute must take into account the need to create “industry-class” ICT knowledge workers.
“It is all about having the right capabilities and the right spirit of competitiveness to bring the industry to a new level,” he said.
The institute will not only call for the co-operation of global industry players, but also industry leaders in various sectors that optimise ICT such as banking, telecommunications, aviation, and shipping to provide both industry-level knowledge and to provide environments for budding technopreneurs to stage their developments and products.
“We also foresee the involvement of business management trainers, marketing gurus, intellectual property lawyers, and even regulators to drive both awareness and skills development. The formation of a consultative council comprising all stakeholders such as the Government, industry, vendors, IT enablers and crucially developers should also be considered. This way we can hear the views, opinions and ideas from the entire spectrum of the industry, and get it right the first time,” said Butt.
For Sun Microsystems (M) Sdn Bhd, the development of soft skillsets are also important for the students of the proposed institute.
Its managing director Cheam Tat Inn said the programmes offered should include cross-border diversity and have inter-cultural communication components, and should also provide candidates with an internal perspective of self-discipline to help them drive towards personal excellence.
The institute should also consider collaborating with existing competency centres which are already producing knowledge workers.
“It should also be seen as a breeding ground for new commercial activities in the emerging economy. Universities in the Silicon Valley, for example, are positioned as breeding grounds where students are given new commercial opportunities via the development of the shared services and outsourcing,” he added.


Source:http://www.ctimes.com.my/Highlight/20051010183512/wartrevamp

Sunday, October 09, 2005

Keagungan Illahi

Di sebalik Kebesaran Ilahi


SEPOHON kaktus yang dahannya membentuk perkataan Allah, sebungkah batu di tengah lautan bagaikan orang sujud, juga masjid yang tidak runtuh selepas kawasan sekitarnya hancur dilanda bencana hanya sebahagian kecil daripada gambaran kebesaran dan keagungan Ilahi.

Ada yang keadaan itu sebagai kebetulan. Namun pada hakikatnya, pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara yang bukan saja melambangkan kebesaran Allah malah pengajaran yang boleh dihayati daripadanya.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Yassin ayat 82 dan 83 yang bermaksud: “Sesungguhnya urusan-Nya apabila Ia mengkehendaki akan sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu ‘Jadilah engkau!’ maka ia terus menjadi. Maka Maha Suci Tuhan yang memiliki dan menguasai sesuatu dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.”

Ayat ini jelas menunjukkan Allah itu Maha Berkuasa dan sebagai makhluk, kita harus menerima hakikat ini dan sesiapa yang dinafikan daripada rahmat wahyu adalah golongan yang amat malang.

Dengan tiga kejadian yang disebutkan sebagai contoh, sebenarnya banyak lagi perkara seumpamanya yang berlaku di persekitaran yang ditemukan kepada manusia bagi mereka menginsafi hakikat diri dan sentiasa tunduk bertakwa kepada Allah.

Kuasa Allah boleh dilihat di mana-mana di alam semesta ini. Bukan setakat daripada kejadian manusia tetapi alam semula jadi - laut, binatang, tumbuh-tumbuhan - malah kejadian cakerawala.

Disebut di dalam al-Quran, surah al-Rahman ayat 3 hingga 6 yang bermaksud: “Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya.”

Setiap makhluk ciptaan Tuhan, tunduk sujud dan berzikir setiap saat kepada-Nya, justeru bukan sesuatu yang pelik untuk bertemu dengan pelbagai kejadian melangkaui logik tetapi menjelaskan kebesaran Allah dan kerdilnya umat manusia.

Misalnya, dunia melihat bagaimana Aceh ranap dilanda gelombang tsunami penghujung tahun lalu, tetapi sebuah masjid tetap gagah berdiri walaupun kawasan sekitarnya hancur musnah dilambung bencana yang datang secara tiba-tiba itu.

Sebelum itu sebuah masjid di Bandar Golcuk, di timur Istanbul terselamat dalam kejadian gempa bumi pada 19 Ogos 1999 sedangkan semua bangunan berdekatannya hancur menyembah bumi.

Jika bersandarkan kepada logik sains kejuruteraan, kejadian ini benar-benar memperlihatkan sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran manusia malah ia adalah suatu keajaiban. Namun semua ini juga bukan mustahil kerana Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya.

Walaupun ada kritikan yang cuba menidakkan serta memusnahkan kepercayaan kepada perkara luar jangkauan ini dengan menjadikan logik sains sebagai senjata, tetapi sains dihadkan oleh undang-undang semula jadi yang selalunya dibuktikan sebagai perdebatan yang tidak mantap menentang ‘supernatural’.

Al-Quran yang menjadi mukjizat Rasulullah itu sendiri adalah satu keajaiban dan al-Quran juga adalah senjata paling hebat untuk manusia Islam yang mana ia mengandungi pelbagai ilmu termasuklah sains, sejarah serta hal-hal terkini dan masa depan.

Jika kejadian berkaitan logik kejuruteraan ingin dijadikan perdebatan terhadap betapa tingginya ilmu Allah, banyak lagi kejadian berkaitan sains yang boleh dijadikan iktibar yang secara jelasnya menunjukkan kebesaran Allah.

Antaranya termasuklah kejadian yang dinamakan ‘cat’s eye nebula’ yang mana ia adalah satu dari tompok cerah di langit yang paling kompleks. Fenomena itu dirakamkan oleh pakar astronomi pada 31 Oktober 1999.

Pakar kaji bintang mempercayai objek di tengah yang bercahaya terang itu sebenarnya sistem binari bintang. Perkataan ‘planetary nebula’ yang digunakan untuk merujuk pada objek itu mengelirukan.

Walaupun objek itu kelihatan bulat dan seperti planet dalam teleskop tetapi ia adalah bintang yang diselubungi kepompong gas membuak pada akhir peringkat evolusi stellar.

Hakikat fenomena ini sebenarnya ada dijelaskan di Surah ar-Rahman ayat 37 dan 38 yang bermaksud: “Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Hanya manusia yang ingkar saja masih terus untuk mendustakan kebenaran.

Apa yang jelas, fenomena serta kejadian yang ditunjukkan kepada manusia yang sukar untuk dijelaskan dengan akal logik termasuklah pokok yang tunduk seakan rukuk yang ditemui di Sydney Australia juga pokok serta ranting yang membentuk perkataan yang bermaksud Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah yang ditemui di Bonn, Jerman, adalah sesuatu yang harus dijadikan ingatan bahawa Allah itu Maha Besar dan tidak ada kuasa yang dapat menandingi kehebatan-Nya.

Ukiran nama Allah pada telur

ENAM tahun lalu, Mikail Guclu, 33 dari The Hague, Belanda membawa telur-telur ayam segar yang dibeli dari sebuah ladang ke kedainya untuk dijual. Bagaimanapun beliau mendapati dua biji telur yang terdapat di dalam bakul itu kelihatan sangat ganjil.

“Ia kelihatan seperti perkataan Arab, tetapi apabila saya amati ia membentuk tulisan Allah,” kata peladang yang mahir empat bahasa itu.

Bagaimanapun pengetahuan Guclu terhadap bahasa Arab amat terhad dan untuk mendapatkan kepastian beliau berjumpa dengan beberapa rakannya.

Jirannya, Mohamad Moncef yang berasal dari Tunisia kemudian mengesahkan corak telur itu membentuk perkataan Allah. Rakannya, Ali Reza Rahiminajed yang berasal dari Iran juga mengesahkan perkara yang sama.

Akhbar The Guardian melaporkan, Guclu percaya apa yang ditemuinya itu tanda kebesaran Allah dan kemuliaan agama Islam dan beliau kemudiannya menyerahkan telur itu kepada masjid berhampiran kediamannya.

Dua hari selepas kejadian itu Guclu menemui pula biji kacang ajaib sewaktu sedang menampinya. Sebelum itu beliau membeli lima kilogram biji kacang dan daripada jumlah itu sebanyak 500 gram biji-biji kacang itu tertera nama Allah.

“Orang mungkin menyangka saya melakukan sesuatu pada biji-biji kacang itu, tetapi saya benar-benar menyatakan ia bukan seperti yang mereka fikirkan, ambil dan tengok jika anda tidak percaya,” katanya.

Katanya lagi, “Saya pernah mendengar kisah-kisah sebegini sebelum ini, tetapi saya tidak sangka ia akan berlaku kepada saya.”

Sisik ikan membentuk tulisan Allah

GEORGE Wehbi yang berasal dari Lubnan dan beragama Kristian adalah seorang kaki pancing. Suatu haru sewaktu sedang memancing di Dakar, Senegal beliau memperoleh hasil yang cukup banyak.

Apabila pulang beliau memberikan ikan-ikan berkenaan kepada isterinya dan sewaktu menyiang ikan-ikan berkenaan isterinya terpegun melihat badan seekor daripada ikan yang ada. Pada beberapa bahagian ikan yang berukuran 50 sentimeter itu terdapat corak seperti tulisan Arab.

Wehbi membawa ikan itu kepada Sheikh Al-Zein yang menjelaskan kepadanya corak itu bukan diukir manusia tetapi terbentuk secara semula jadi yang tertera nama Allah dan Muhammad.

Tingginya khasiat madu lebah

RASULULLAH bersabda: “Sesiapa yang menjilat madu tiga pagi pada setiap bulan akan menghindarkannya dari sakit yang serius.”

Al Quran di dalam Surah al-Nahl ayat 68 dan 69 disebutkan: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: ‘Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu’.

“ (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”

Secara saintifiknya, madu terdiri daripada gula seperti glukos, fruktos dan mineral seperti magnesium, kalsium, sodium, chlorine, sulfur, iron dan phosphate. Madu juga memiliki vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 selain cooper, iodine dan zinc dalam entiti yang kecil.

Saintis Amerika juga mengakui kelebihan madu seperti jeli raja, pollen dan propolis yang memiliki keupayaan untuk menyembuh banyak penyakit. Seorang doktor Romania juga menggunakan madu untuk rawatan pesakit katarak dengan 2002 dari 2094 pesakitnya sembuh.

sumber:http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20051009132058/Article/

Saturday, October 08, 2005

Mukjizat Quran

Saya sedang sedang search internet mengenai bahan-bahan yg blh dimanfaatkan utk belajar asas Bahasa Arab, lalu terjumpa artikel ini, saya merasa bersyukur kepada Allah krn dilahirkan sebagai seorang Islam, tetapi apa yg kita lihat pada hari ini ramai orang Islam yang mengabaikan islam kerana mudahnya mereka mendapat Islam berbanding dgn org yang mendapat Islam secara mempelajarinya. Marilah kita berusaha menjadi Islam sejati dengan memahami betul kandungan Al Quran serta berusaha mengamalkannya dlm kehidupan kita serta berusaha menyampaikan Islam kepada org belum Islam dgn hikmah. Semoga kisah dibawah memberi motivasi kpd kita semua bagi malaksanakan tanggujwp menyebarkan agama Allah yg maha mulia ini.


Al-Quran -- Seolah-olah bercakap dengan saya - Hedayah

Mengapa Saya Masuk Islam
(DENGAN KERJASAMA DAN IZIN PERNIAGAAN JAHABERSA)
TIADA sesiapa pun menjangkakan yang saya akan membuat keputusan sedemikian! Melihat lima tahun kebelakangan ini, saya sendiri tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku, tidak sama sekali walaupun dalam mimpi.

Sesiapa yang mengenali saya menyatakan rasa tidak percaya mereka, ``Masuk Islam? Apa yang dah merasuk dia?'' Keputusan saya benar-benar mengecewakan kedua-dua ibu bapa dan kesemua ahli keluarga saya yang merupakan penganut-penganut kuat agama Kristian Katholik yang datang dari Filipina. Ia juga menyebabkan saya kehilangan kesemua rakan saya.

Walau bagaimanapun, Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui, yang Maha Melindungi dan yang Maha Memberi Petunjuk telah membuka hati saya dan membuatkan saya sedar bahawa selama ini, saya telah menyembah tuhan yang salah.

Selepas kesedaran itu, saya tidak sekali-kali akan meneruskannya lagi. Berikut adalah kisah perjalanan saya menuju Islam. Selepas musnahnya perkahwinan yang berusia 11 tahun, hidup saya benar-benar berada dalam kegelapan. Segala-gala yang diusahakan dalam hidup selama ini, seperti akan menemui kegagalan.

Membesarkan seorang anak lelaki yang masih kecil secara sendirian, bukanlah satu kerja yang mudah dan saya sering mengadu nasib kepada tuhan. Saya cuba mengelakkan diri bergaul dengan rakan-rakan, sebaliknya menghabiskan banyak masa dengan anak saya di gedung-gedung membeli-belah, ataupun sengaja menyibukkan diri dengan bekerja. Tetapi itu semua tetap tidak dapat menghilangkan rasa sunyi dan kehilangan.

Kemudian, pada satu hari saya berkenalan dan mula merapatkan diri dengan sebuah keluarga Afghanistan. Saya banyak menghabiskan masa lapang bersama mereka dan mula memahami budaya serta menyukai makanan mereka yang lazat-lazat. Tetapi, yang paling menyentuh hati saya ialah ibadah yang mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh serta kepercayaan mereka kepada Tuhan dan utusan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.

Sebagai seorang Kristian yang teguh keyakinannya, saya banyak berbahas dengan mereka mengenai perkara tersebut dan menyatakan bahawa Kristianlah satu-satunya jalan untuk mendapatkan keselamatan, tetapi mereka pula menegaskan bahawa Islamlah cara untuk mendapatkan syurga yang kekal abadi.

Kami menghabiskan masa selama berjam-jam membincangkan tentang kelebihan agama masing-masing, dan apabila kami sampai ke penghujung perbincangan ini, kami rasa letih dan tidak mencapai sebarang keputusan. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mempelajari sendiri mengenai Islam dan memahami mesej agama tersebut yang telah membuatkan rakan-rakan saya begitu yakin terhadapnya.

Saya pun mendapatkan senaskhah terjemahan al-Quran dan mula membacanya dari satu juz ke satu juz. Saya bagaikan tidak percaya bahawa saya tidak boleh berhenti membacanya dan terus membacanya untuk beberapa jam. Saya dapati bahasa al-Quran itu ringkas, jelas dan mudah difahami. Saya dapat merasakan sesuatu yang baru. Ia sesuatu yang benar-benar indah. Saya rasa seolah-olah al-Quran itu hidup dan berkata-kata kepada saya secara langsung.

Dan saya juga merasakan suatu perubahan dalaman atau perubahan jiwa dan saya tahu bahawa segala-galanya akan berubah untuk saya. Beberapa hari kemudian, saya pun menziarahi rakan Afghanistan tadi dengan membawa naskhah al-Quran tersebut.

Saya memberitahu mereka akan niat saya untuk menjadi seorang Muslim. Seperti yang termaklum, saya pun menunaikan rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah dengan ikhlas di hadapan mereka. ``La ilaaha illallah, Muhammadar Rasulullah'' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya).

Mereka begitu gembira dengan keputusan saya sehingga `nenek' (panggilan saya untuknya) melelehkan air mata. Sekarang apa yang harus dilakukan seterusnya? Saya tidak tahu bagaimana mengamalkan Islam.

Disebabkan saya duduk berjauhan dengan rakan Afghanistan tadi, adalah agak sukar untuk saya belajar mengenai Islam dengannya.

Oleh kerana itu saya pun membuka buku panduan telefon dan mencari alamat masjid yang terdekat, supaya saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Islam dan melibatkan diri dalam aktiviti Islam.

Akhirnya saya pun mendapatkan alamat sebuah masjid yang mempunyai sebuah perpustakaan, lantas saya ke sana. Penjaga perpustakaan membantu mendapatkan buku-buku yang sesuai untuk `orang baru' dan menghubungkan saya dengan seorang Muslim yang juga berasal dari Filipina.

Dia begitu sabar menjawab segala soalan saya mengenai Islam. Al-Quran saya yang pertama digantikan dengan sebuah al-Quran dalam teks Arab/Inggeris. Saya mula belajar sembahyang dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan belajar menghafal bacaan-bacaannya dalam Bahasa Arab.

Kemudian, saya pun mula memakai tudung dan menukar cara berpakaian. Seterusnya, saya mula memerhatikan makanan-makanan yang saya makan, iaitu mana yang halal dan mana yang haram. Apabila melihat perubahan yang positif dalam diri saya, anak lelaki saya pun mengucapkan syahadah dan (alhamdulillah) cuba menjadi seorang Muslim yang baik, yang terbaik mungkin oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Kami mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti masjid di tempat kami dan saya mendapatkan lebih banyak buku mengenai Islam dan sastera Islam untuk kami baca dan belajar di rumah. Sejak itu, saya cuba menyampaikan ajaran Islam kepada seberapa ramai orang bukan Islam yang saya mampu; sesetengah daripada mereka menunjukkan minat dan memeluk agama kebenaran ini.

Hidup ialah satu perjalanan untuk mengenali Tuhan yang tidak ada hujungnya dan kemuncaknya, berlaku hanya selepas mati. Perjalanan saya baru saja bermula. ``Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri, dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.'' (Al Isra:15).

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0613&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_04.htm&arc=hive

ktober 2005

Friday, October 07, 2005

Manfaatkan E-Pembelajaran MyGfl

Tahniah kepada pihak penganjur, semoga memberi manfaat kepada rakyat, walaupun MSC dah hampir 10 tahun berjln di M'sia. Saya harap diadakan ditempat lain tanpa mengira fahaman politik mereka.


Belajar menjahit di web Penduduk Sg. Gulang-gulang manfaat MyGfL


PENDUDUK Kampung Sungai Gulang-gulang di Kuala Selangor belajar menjahit baju kurung dan baju melayu melalui bengkel MyGfl, baru-baru ini.

PENDUDUK Kampung Sungai Gulang-gulang, Kuala Selangor tidak menyangka yang mereka boleh meningkatkan taraf hidup menggunakan Internet seperti mempelajari cara menjahit baju kurung menggunakan modul berasaskan web.

Projek perintis MIMOS Berhad itu telah membolehkan mereka berbuat demikian dan tepat pada masanya kerana 20 orang peserta bengkel tersebut telah pun mengambil tempahan baju kurung untuk sambutan Hari Raya.

Bengkel menjahit itu yang dikendalikan oleh MIMOS Berhad dengan

kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) adalah sebahagian daripada siri khidmat masyarakat di bawah projek perintis Malaysian Grid for Learning (MyGfL) yang bermula April lalu.

Projek MyGfL ini adalah selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke arah langkah-langkah yang berkesan untuk merapatkan jurang digital bandar-desa.

``MIMOS percaya bahawa kunci kepada pembabitan masyarakat luar bandar di dalam kemajuan ICT ialah kewujudan kandungan e-pembelajaran yang sesuai dan berguna kepada golongan ini,'' kata Rohani Ismail, Ketua Makmal Teknologi E-Pembelajaran, Pengkomputeran Pervasif, MIMOS Berhad.

``Bengkel tersebut disampaikan melalui MyGfL, enjin e-pembelajaran berasaskan web yang dibangunkan di makmal MIMOS.

``Ia membuktikan bahawa masyarakat desa akan menggunakan ICT jika mereka yakin ia dapat memperbaiki kehidupan seharian dan meningkatkan keupayaan belajar dan kemahiran skil,'' tambah Rohani.

Pelatih KEMAS, Fatimah Mohd Tahir, berkata bahawa modul menjahit MyGfL menyampaikan teknik menjahit secara standard dan membolehkan peserta yang tiada latihan formal menjahit baju kurung atau baju melayu walaupun belum pernah dilatih di dalam bidang jahitan.

Berpengalaman mengadakan bengkel menjahit di kawasan luar bandar selama 20 tahun, beliau mendapati MyGfL boleh mengurangkan masa latihan sebanyak 40 peratus.

Fatimah menyokong penuh kursus dalam talian MyGfL dan berkata, bahawa beliau akan mempromosi laman web MyGfL di bengkel-bengkel khidmat masyarakat beliau yang lain kerana ia berguna untuk pelbagai skil latihan.

``Bukan sahaja proses pembelajaran lebih menarik dan visual, peserta juga boleh menyemak kembali nota mereka selepas bengkel dan terus memperbaiki hasil kerja mereka.

Inisiatif MIMOS-KEMAS ini tepat pada masanya kerana sebahagian daripada para peserta sudah mula mengambil tempahan baju kurung untuk Hari Raya,'' tambah Fatimah.

Peserta bengkel, Norashikin Md. Yatim, pegawai perpustakaan kampong tersebut berkata, bengkel men-

jahit My GfL telah membantu saya memperbaiki teknik jahitan saya. Saya masih terus berhubung dengan pelatih KEMAS melalui e-mel selepas bengkel untuk tips tambahan.''

``Dengan skil yang ada, saya bercadang untuk mengambil tempahan baju kurung secepat mungkin dan juga merancang untuk membuka kedai jahit sendiri. Semoga MIMOS akan menambah modul menjahit, mungkin untuk baju cheong sam atau sari,'' tambah Norashikin.

MyGfL ialah portal penyampaian kandungan yang mampu untuk mengendalikan pelbagai jenis komponen pembelajaran dan sebahagian daripada penduduk Kampung Sungai Gulang-Gulang telah mengambil langkah yang seterusnya dengan mengambil gambar hidangan istimewa keluarga untuk diposkan di MyGfL- bersama dengan resipi dan petua memasak.

Bercakap mengenai usaha tersebut, Rohani berkata, ``Kami menggunakan teknologi untuk meningkatkan kehidupan dan sosio-ekonomi penduduk kampung untuk merapatkan jurang digital - setakat ini sambutan adalah menggalakkan.''

Katanya, peserta yang tidak biasa langsung dengan komputer boleh melayari dan menikmati kepelbagaian kandungan pembelajaran MyGfL di dalam masa hanya 30 minit.

``Kami memantau dan mengikuti kekerapan pelayaran oleh para peserta selepas bengkel tersebut untuk mengetahui minat mereka dan menilai sama ada kandungan MyGfL berkaitan dengan mereka. Kami juga mengalu-alukan maklum balas tentang kandungan pembelajaran yang mereka inginkan di MyGfL,'' tambah beliau.

MyGfL ialah inisiatif e-pembelajaran kebangsaan yang dibangunkan oleh MIMOS untuk mempromosi dan menyokong agenda pembelajaran berterusan di Malaysia melalui penggunaan ICT.

Ia menyediakan sistem dan alat serta menyatukan semua pemain di dalam eko-sistem untuk menyertai rantaian pengurusan nilai e-pembelajaran dan menjadi sebahagian daripada grid pembelajaran kebangsaan. Ia juga menyediakan tahap piawai untuk memastikan penepatan and penggunaan amalan terbaik di dalam e-pembelajaran.

MyGfL (http://www.mygfl.net. my) ialah pusat setempat kandungan pembelajaran dalam talian yang berkualiti dan bertujuan untuk mempromosi dan menyokong agenda pembelajaran berterusan di Malaysia.


Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

Sunday, October 02, 2005

Panduan Membeli Kereta Terpakai

Bengkel Riong: Pandu uji secukupnya sebelum beli kereta terpakai


BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

  • SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

    Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

    Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.

  • JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

    Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

    Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

    Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.

  • TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

    Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

    Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

    Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

  • KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

    Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

    Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.

  • KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

    Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

    Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.


  • Sumber:http://www.emedia.com.my/m/BHarian/Sunday/Motor/20051002023549/Article/

    Friday, September 16, 2005

    UMNO Zalimi Bangsa Sendiri

    Zaman pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun sudah berlalu, tetapi kesan daripada sikap angkuh dan sombong serta sifat kuku besi beliau kini dapat dilihat. Semasa pemerintahan beliau apa sahaja kehendaknya akan dituruti oleh kepimpinan UMNO dan kerajaan tanpa membantah, ibarat kata pemimpin UMNO yang lain hanya jadi pak turut walaupun dalam perkara yang akan dilaksanakan tersebut akan merugikan bangsa Melayu(Mahathir sediri tak mengaku Melayu). Dimesyuarat MT atau sidang Parlimen para pemimpin UMNO hanya me nyokong membabi buta, walaupun sokongan tersebut membawa rebah bangsa sendiri tetapi asalkan Mahathir suka mereka akan turut sahaja. Mungkin Ibrahim Ali boleh mengesahkan hal ini dan Tuan Haji Mohd Sabu tahu sikap MP-MP UMNO semasa zaman Mahathir. Dalam isu pendidikan, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (BI) merupakan satu isu yang sangat penting yang akan menentukan masa depan anak bangsa. Dengan mengepikan segala pandangan para pakar dalam bidang pendidikan yang ikhlas dengan ilmu mereka serta berbekalkan keangkuhan dan sokongan beberapa kerat pakar yang mencari habuan Dr Mahathir mengarahkan perlaksanaa pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan tergesa-gesa tanpa melakukan kajian mendalam. Kunonnya mereka anggap perkara tersebut akan meningkat penguasaan BI para pelajar terutamnya pelajar Melayu tetapi kini masalah lain pula yang timbul. Sewajarnya pihak kerajaan melalui tenaga pakar dalam bidang pendidikan di institusipengajian tinggi membuat kajian mendalam bagi mencari masalah sebenar mengapa kaedah atau methodologi pengajaran BI yang digunapakai pada masa ini tidak mampu melahirkan para pelajar yang menguasai BI dengan baik. Bagi sayajika belajar BI daripada Darjah 1-6 dan Tingkatan 1-5/6 selepas itu di universiti belajar lagi BI daripada tahun 1-3/4 tetapi pelajar masih belum mampu kuasai BI juga, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan kaedah pengajaran serta polisi kerajaan. Berdasarkan pengalaman saya bersekolah di sekolah luar bandar, biasanya guru yang mengajar BI bukan daripada kalangan guru yang kelayakannya adalah mengajar BI tetapi kadang-kadang seorang ustaz dipaksa mengajar BI, ini merugikan pelajar dan membebankan guru. Satu perkara lagi sistem di Malaysia yang sangat berorietatsikan peperiksaan menyebabkan pelajar diajar menghafal semata-mata tanpa mengambilkira kemampuan mereka menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik dalam BI, ini adalah kerana penekanan awal pembelajaran BI sudah diberi kepada grammar. saya tidak mahu mengulas panjang hal ini, tetapi saya pernah bertanya kepada seorang bekas guru BI yang dilatih di England dan kini sudah bersara, beliau menyatakan bahawa "tindakan kerajaan melaksankan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi meningkatkan pengusaan BI adalah satu kesilapan besar". Sekolah-sekolah cina tetap dengan pendirian mereka iaitu mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Cina. Sewajarnya Malaysia menghantar pakar mengkaji bagaimana pengajaran BI dilaksanakan terutama peringkat rendah dan menengah di UK terutama England dan Scotland. Saya amat bersetuju dengan saranan supaya inteletual Melayu membangun menegakkan yang hak serta kepada para pemimpin UMNO janganlah kamu angkuh serta mementingkan perut dan dibawah perut kamu sahaja sehingga sanggup mengkhianati bangsa sendiri. Sekolah agama sudah dikhianati atas alasan yang senada dengan alasan musuh Islam iaitu sarang pengganas tetapi apabila ada pihak yang ingin meniru sekolah ala komunis kamu diam membisu dan menyatakan bahawa Malaysia negara terbuka, silakan. Malang sungguh bangsa Melayu mempunyai pemimpin sebegini, Y a Allah selamatkan Islam dan bangsa Melayu di Bumi Malaysia tercinta.

    Gagal Sains Matematik: Intelektual Melayu diseru bangkit

    Friday, September 16 @ 16:13:14 MYT


    Oleh SAIDATUL AMANI
    KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) - Intelektual Melayu perlu bangkit memperjuangkan nasib pelajar Melayu daripada terus tercicir khususnya dalam bidang pendidikan termasuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

    Kebangkitan ini perlu disegerakan berikutan keputusan percubaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), didapati ramai pelajar Melayu yang mendapat F dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sehingga membimbangkan para pendidik Melayu.

    Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata sudah tiba masanya golongan pendidik Melayu berani ke hadapan menyuarakan kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan sekiranya pengajaran Matematik dan Sains terus diajar dalam bahasa Inggeris.

    Ini kerana katanya, dalam isu menentang pembelajaran bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik hanya segelintir bangsa Melayu sahaja yang mendesak kerajaan supaya mata pelajaran itu terus diajar dalam bahasa Melayu.

    Tambah beliau, jika golongan intelektual Melayu tidak berjuang untuk membela anak bangsa akhirnya generasi akan datang rosak dan tertinggal dalam pendidikan ekoran kealpaan serta sikap `akur' mereka terhadap pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Ustaz Idris mewakili Dewan Pemuda PAS bersama Kelab Penyokong PAS Cina telah mengadakan perbincangan dengan Dong Zong Jiao Zong yang membantah pengajaran serta peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

    Menurut beliau, hasil perbincangan itu Dewan Pemuda dan Dong Zong Jiao Zong sepakat mendesak kerajaan supaya mengembalikan pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Melayu.

    Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS menyeru pejuang pendidikan daripada pelbagai parti di negara ini bangkit menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains.

    Beliau berkata, PAS tidak pernah membantah penggunaan bahasa Inggeris di sekolah sebaliknya berpendapat pengajaran itu mesti ditingkatkan contohnya daripada lima jam menjadi tujuh jam tetapi tidak pula menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik.

    Mengulas keputusan percubaan PMR, katanya, tidak mustahil Kementerian Pelajaran akan menurunkan graf kelulusan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan itu memandangkan ujian percubaan itu mengikut standard yang betul.

    "Jika perkara itu berlaku ia membuktikan bahawa kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran mahu menutup segala kelemahan yang pihak mereka sendiri lakukan," katanya kepada Harakahdaily.

    Sistem pengajaran dan pembelajaran tidak mantap

    Seorang pendidik, Azrin Abdul Majid berkata, kegagalan keputusan percubaan PMR itu membuktikan bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran hari ini tidak mantap sehingga memberi kesan negatif kepada pelajar dan guru.

    Ini kerana katanya, pelajar Melayu mendapat pendidikan asas selama enam tahun dalam bahasa Melayu dan terpaksa menghadapi perubahan sistem pendidikan Sains dan Matematik ketika mereka berada dalam tingkatan satu.

    Tambah beliau, begitu juga dengan guru yang mengajar Matematik dan Sains yang mendapat pendidikan asas dalam bahasa Melayu hingga ke institusi pengajian tinggi dan hanya mengikuti kursus bahasa Inggeris dalam tempoh yang singkat.

    "Ini bermakna murid yang mengikuti pelajaran serta guru yang mengajar tidak mampu untuk mengikuti proses pembelajaran bahasa Inggeris," katanya ketika ditanya tentang kegagalan pelajar Melayu dalam percubaan PMR.

    Katanya, ini membuktikan bahawa satu kelemahan dasar pendidikan yang ketara dan pemimpin kerajaan perlu bertanggungjawab atas kegagalan pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan percubaan PMR.

    Mengulas kegagalan tersebut beliau berkata, sebenarnya keputusan percubaan merupakan gambaran sebenar peperiksaan kerana standard peperiksaan sama hanya kualiti soalan sahaja digubal oleh pihak jabatan pendidikan.

    Persoalannya sekarang katanya, bagaimana pelajar itu mahu dipilih untuk masuk ke asrama penuh seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) jika pencapaian peperiksaannya terlalu rendah.

    "Kita bimbang akan datang lahir generasi yang tidak berkualiti ekoran tindakan pihak kerajaan yang membenarkan graf kelulusan peperiksaan diturunkan mengikut tahap pencapaian pelajar," katanya.

    Azrin mempersoalkan apakah pihak kementerian sanggup menerima dan menghadapi hakikat keputusan PMR dan SPM yang teruk dalam peperiksaan sebenar nanti.

    Beliau berkata, jika sekolah di bandar sudah menunjukkan kelemahan bagaimana pula dengan pencapaian sekolah di pedalaman seperti di Ulu Tembeling, Ulu Perak serta di Sabah dan Sarawak. – lanh


    Sumber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15902

    Thursday, September 15, 2005

    Telecommunting

    Telecommuting' semakin diyakini di Malaysia

    HASIL satu kajian yang dilaksanakan oleh Avaya Inc. menunjukkan bahawa sejumlah besar daripada pemimpin-pemimpin kanan syarikat di Malaysia mempunyai keyakinan kepada kakitangan mereka untuk bekerja di suatu tempat yang berasingan serta percaya bahawa telecommuting dapat meningkatkan produktiviti.

    Menurut Kajian Mobiliti Perniagaan Asia Pasifik IDC yang dipertanggungjawabkan oleh Avaya itu, sejumlah 70 peratus daripada pengurus-pengurus di Malaysia yang disoal selidik memberi kepercayaan kepada kakitangan mereka untuk mengamalkan telecommute.

    Telecommuting merupakan kaedah yang mana pekerja dibenarkan untuk melaksanakan kerja-kerja mereka tanpa perlu berada di pejabat tetapi sentiasa dihubungi melalui sistem rangkaian.

    ``Mereka berpendapat bahawa kemampuan untuk bekerja di dalam pelbagai jenis persekitaran boleh menggalakkan kreativiti dan seterusnya meningkatkan produktiviti kakitangan,`' kata kajian itu.

    Kajian itu mendapati lebih daripada 50 peratus majikan percaya bahawa dengan membenarkan kakitangan untuk telecommute, tahap produktiviti mereka dapat ditingkatkan.

    Kebaikan lain yang diperolehi daripada telecommuting yang dinyatakan termasuklah meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan merebut peluang-peluang perniagaan baru.

    Kemajuan teknologi bagi peralatan yang dipegang memainkan peranan besar kepada perubahan persepsi di kalangan pengurus-pengurus kanan terhadap telecommuting, apabila sejumlah 58 peratus daripada golongan pemimpin-pemimpin perniagaan Malaysia ini kebanyakkan membawa dua ataupun lebih peralatan digital yang dipegang bagi tujuan komunikasi berkaitan dengan perniagaan.

    Sebanyak 62 peratus daripada golongan eksekutif kanan di Malaysia yang tidak lagi terikat di meja pejabat selama berjam-jam, kini bersetuju bahawa kakitangan yang mengamalkan telecommuting akan dapat menikmati gaya hidup profesional dan peribadi yang lebih seimbang.

    Kaji selidik berdasarkan telefon itu yang objektif utamanya adalah untuk memahami kesan teknologi mudah-alih terhadap amalan-amalan pekerjaan di rantau ini, melibatkan kira-kira 2,000 pembuat keputusan perniagaan dan teknologi di 11 negara Asia Pasifik.

    ``Hasil kajian mengesahkan strategi Avaya dalam membangunkan perkhidmatan penggabungan mudah-alih tetap untuk syarikat-syarikat yang akan memperluaskan komunikasi pintar ke mana sahaja - dan akan membawa komunikasi perniagaan ke tahap yang seterusnya,'' kata David Toh, Pengarah Negara bagi Avaya Malaysia.

    Katanya, misalnya keupayaan untuk dihubungi melalui hanya satu nombor adalah penting dalam persekitaran kerja yang amat kompetitif dan tidak menentu tempatnya pada masa ini.

    Melalui perkhidmatan telefoni perniagaan yang sesuai, pekerja bergerak ini dapat menikmati ciri-ciri komunikasi yang sama, telus mengenai lokasi, mempunyai akses kepada teknologi dan peralatan komunikasi ketika berhubung dengan pelanggan dalam persekitaran yang standard.

    Komunikasi dan aplikasi telefoni IP yang disatukan membolehkan kakitangan mendapat akses antarabangsa kepada panggilan suara, e-mel dan mesej faks melalui hanya satu nombor.

    Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.avaya.com/mobility.

    Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_05.htm

    Capaian Internet Tanpa Wayar

    Liputan TM Net hotspot semakin meluas

    ISTILAH hotspot merupakan satu istilah yang bukan asing bagi penduduk Malaysia. Golongan yang paling terdedah dengan kecanggihan ini terdiri dari golongan professional, mahasiswa, karyawan mahupun sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan informasi teknologi (IT) masa kini.

    Hotspot secara amnya adalah suatu kawasan yang mana Internet dengan kelajuan tinggi tanpa menggunakan sambungan wayar yang menggunakan standard teknologi WiFi (Wireless Fidelity).

    Kini, TM Net menawarkan kemudahan tersebut yang membolehkan anda mengalami sendiri kebebasan akses Internet tanpa wayar dengan rangkaian TM Net hotspot.

    Akses jalur lebar alternatif ini membolehkan anda mengakses Internet jalur lebar di mana-mana lokasi hotspot menerusi komputer buku atau alat pembantu digital peribadi (PDA) pada bila-bila masa.

    TM Net hotspot menawarkan akses Internet Broadband tanpa wayar pada kelajuan sehingga 384 Kibobit sesaat (kelajuan berdasarkan kepada capaian terbaik ) di tempat-tempat awam terpilih seperti kompleks-kompleks membeli-belah, restoran, pusat konvensyen, hotel dan lain-lain.

    Apa yang perlu dibuat hanya perhatikan logo `TM Net hotspot' dan anda cuma perlu menyemak peralatan anda untuk memastikan ia menyokong teknologi WiFi.

    Peralatan WiFi ini didatangkan secara pasang siap kepada kebanyakkan komputer buku terbaru atau bagi komputer lama, anda perlu mendapatkan kad wayarles LAN (WLAN).

    Biasanya kad adaptor WLAN ini digunakan bersesuaian dengan standard wayarles 802.11b atau 802.11g.

    Selain dari itu, pengguna juga perlu mendapatkan kata laluan dengan cara membeli kad TM Net prepaid.

    Kad yang dijual pada harga RM19 ini boleh didapati di cawangan TM Net clickers, cawangan Tm Net clickers Authorised Service Outlet (CASO), cawangan TMpoint (dahulu dikenali sebagai Kedai Telekom), wakil penjual sah terpilih dan lokasi hotspot terpilih.

    Selain dari membeli kad prabayar, pengguna juga boleh melanggan akaun hotspot dengan bayaran hanya RM10 sebulan, sementara pelanggan TM Net 1515 boleh melanggan dengan hanya RM15 sebulan.

    Bagi pelanggan Celcom, pengguna hanya perlu menaip `wifi' dan hantar kepada 21515 untuk mendapatkan log-in ID TM Net hotspot.

    Apabila anda berada di TM Net hotspot, rangkaian Wi-Fi boleh terus dipasang dan jika anda tidak mendapat paparan TM Net hotspot secara automatik, anda perlulah memasang kad WLAN kepada komputer (yang tiada sokongan WiFi) dan set SSID kepada TM Net secara manual, buka perisian pelayar (browser) dan terus ke laman web kegemaran anda.

    Sebelum itu anda akan melihat `login page' TM Net hotspot terlebih dahulu dan inilah masanya untuk anda memasukkan kata pengguna dan kata laluan anda.

    Sebagai pengguna baru, anda boleh mendapatkan senarai penuh lokasi tmnet hotspot dengan melayari laman web www.tm.net.my.

    Buat masa ini, perkhidmatan TM Net streamyx boleh didapati di Kampung Baru Puchong, Kampung Bersatu, Kampung Bunga Melor, Kampung Kenangan, Kampung Pasir Baru, Kampung Sri Andalas, Taman Desa Millenia, Taman Industri Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan, Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Utama dan Taman Sri Puchong.

    Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Pusat Interaksi Pelanggan TM Net di talian 1-300-88-1500 ( 8am-12am, Isnin hingga Ahad ) atau emel kepada: custcare@tm.net.my.

    Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_03.htm

    WiMax-Teknologi Wayarles

    WiMax - Teknologi wayarles di Kepala Batas

    Oleh MOHD. RIDZWAN MD. IMAN/UM Megabait 15.9.05


    TAN Tze Loong menunjukkan bagaimana aplikasi persidangan video boleh dilakukan dengan mudah menggunakan rangkaian WiMax yang dipamerkan pada persidangan ICT -MSC di Dewan Milineum, Kepala Batas, baru-baru ini.


    JIKA membicarakan mengenai teknologi tanpa wayar, mungkin ramai daripada kita yang mengetahui mengenai hotspot atau teknologi WiFi yang begitu popular digunakan di bandar-bandar besar kerana pengguna tidak lagi perlu menggunakan kabel untuk mengakses Internet.

    Teknologi menggunakan standard IEEE 802.11 tersebut semakin hari semakin popular tetapi masih mempunyai halangan untuk diperkenalkan di kawasan pedalaman kerana teknologinya hanya mampu menjangkau liputan kira-kira 100 meter dan kelajuan kira-kira 11 Megabit sesaat sahaja (Mbps).

    Kekangan ini yang menjadi penyebab mengapa syarikat-syarikat teknologi terkenal di seluruh dunia sentiasa mencari jalan untuk memperkenalkan teknologi terbaru untuk membolehkan lebih ramai pengguna dapat mengakses Internet walaupun mereka berada jauh di pedalaman.

    Maka teknologi rangkaian wayarles terkini WiMax mula mendapat perhatian dan syarikat-syarikat teknologi terkenal bergabung di bawah satu forum yang dikenali sebagai Forum WiMax untuk mempercepatkan pembangunan teknologi tersebut.

    Ini kerana secara dasarnya teknologi WiMax akan membolehkan pengguna dihubungi tanpa wayar dalam liputan sehingga 40 kilometer untuk perhubungan dari satu tempat ke satu tempat, suatu aplikasi yang sangat sesuai untuk digunakan di pedalaman dan juga bandar.

    Intel Malaysia, Alcatel Network Systems (Malaysia) Sdn. Bhd.dan TM Net Sdn. Bhd. baru-baru ini telah menunjukkan bagaimana teknologi tersebut boleh dimanfaatkan di negara ini melalui penyertaan mereka di pameran ICT-MSC di Dewan Milineum, Kepala Batas minggu lepas.

    Pameran ICT-MSC tersebut diadakan sempena Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC kesembilan yang diadakan di Pulau Pinang.

    Teknologi yang menggunakan standard 802.16 tersebut telah ditunjukkan kepada orang ramai yang mengunjungi pameran selama empat hari sempena Bulan ICT Malaysia yang telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Rabu lepas.

    ``Pendekatan Alcatel dalam mempamerkan rumusan WiMax sepenuhnya adalah berasaskan kepada ujian yang telah dilaksanakan seperti yang dipamerkan di sini,'' kata Pengarah Urusan Alcatel Malaysia, Datuk Yusof Ampuan Kechil.

    Pengarah Intel Asia Tenggara, Peter Choong berkata, pelaksanaan rangkaian jalur lebar tanpa wayar akan membantu Malaysia untuk mewujudkan bandar-bandar digital dengan lebih pantas.

    ``Ia bukan sahaja akan memberi faedah kepada ahli perniagaan dan kerajaan, tetapi juga masyarakat dan sekolah,'' katanya.

    Pengurus Pembangunan Perniagaan, Intel Malaysia, Tan Tze Loong berkata, teknologi WiMax masih belum diperkenalkan secara komersial di negara ini kerana masih menjalani tempoh ujian dan dalam proses mendapatkan kelulusan dalam penggunaan standard wayarlesnya.

    ``Bagaimanapun, ujian yang kami tunjukkan membuktikan yang WiMax telah boleh dilaksanakan di negara ini dengan kombinasi teknologi WiFi dan rangkaian jalur lebar biasa,'' katanya ketika ditemui pada pameran tersebut.

    Sesi pameran teknologi WiMax yang diadakan oleh ketiga-tiga syarikat itu merupakan yang pertama dipamerkan kepada orang ramai memandangkan pengkomersialan teknologi WiMax sendiri masih di peringkat awal di seluruh dunia.

    Tze Loong berkata, dalam sesi ujian dan pameran tersebut, rangkaian WiMax tersebut telah dihubungkan kepada tiga kawasan di Kepala Batas iaitu Pusat Milenium, Hospital Kepala Batas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Hj Ahmad Badawi.

    ``Kami berjaya membuat liputan sehingga tiga kilometer di kawasan ini untuk membolehkan aplikasi persidangan video dilakukan secara wayarles,'' katanya sambil menambah aplikasi ini turut diuji dengan mengakses Internet dan pusat data.

    Teknologi WiMax dijangka akan menjadi teknologi killer untuk komunikasi di masa depan dengan kemampuan menampung transmisi kelajuan data antara 15 hingga 75 Mbps dan liputan berkilometer.

    Menuut Tze Loong, penggunaan teknologi WiMax juga sangat mudah kerana dalam ujian yang dijalankan di Kepala Batas itu, mereka hanya memerlukan masa antara lima hingga 10 minit sahaja untuk membuat akses melalui antena Omni WiMax.

    Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

    Sunday, September 11, 2005

    Ooh I See or OIC?

    OIC: Kita pertama jadi maju -- Berdasarkan pencapaian tinggi dalam bidang sains dan teknologi - PM

    Oleh: NOR AZIAH JAAFAR-UM 7 Syaaban 1426/11 September 2005


    ABDULLAH Ahmad Badawi menurunkan tandatangan pada plak sempena perasmian Masjid At-Taqwa Mak Mandin, Butterworth dan pelancaran Terjemahan al-Quran serta al-Quran Multimedia di Pulau Pinang, semalam. - Gambar SHAMSUDDIN SALLEH.
    11 September 2005
    7 Syaaban 1426
    11 September 2005
    7 Syaaban 1426

    BUTTERWORTH 10 Sept. - Malaysia akan menjadi negara Islam pertama dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mencapai status negara maju berdasarkan pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, menurut maklumat yang diterima dari OIC, Malaysia bakal mencatat sejarah itu apabila matlamat Wawasan 2020 dicapai.

    Katanya, dengan lonjakan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dinikmati oleh negara sekarang, tidak mustahil Malaysia akan muncul sebagai negara Islam moden abad ke-21.

    ``Jika Malaysia bersungguh-sungguh untuk memajukan negara dan bangsa dan jika Wawasan 2020 dicapai, maka masa itu negara kita akan menjadi negara Islam OIC yang pertama menjadi negara maju,'' katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Masjid At-Taqwa di Mak Mandin hari ini.

    Pada majlis itu beliau turut melancarkan al-Quran terjemahan dan al-Quran multimedia yang diusahakan oleh Yayasan Restu Malaysia.

    Dalam usaha menuju ke arah negara maju, Perdana Menteri mengajak umat Islam supaya kembali menghayati al-Quran kerana di dalamnya terkandung semua cabang ilmu pengetahuan termasuk sains dan teknologi, algebra, ilmu falak, perubatan dan tumbuh-tumbuhan.

    Katanya, dengan menjadikan al-Quran sebagai inspirasi di samping kekuatan mental, tidak mustahil umat Islam di negara ini akan menjadi pereka teknologi moden sebaris dengan negara maju yang semuanya terdiri dari kalangan negara bukan Islam.

    Abdullah menarik perhatian bahawa kesemua tamadun dunia seperti Eropah diasaskan daripada tamadun Islam yang terkenal dengan pakar dalam bidang matematik, perubatan dan ilmu falak yang menggunakan al-Quran sebagai rujukan.

    Beliau memberi contoh buku-buku tulisan Ibnu Sina dan al-Khawarizmi menjadi rujukan pelajar-pelajar di Eropah dan negara Barat bagi mendalami bidang matematik dan perubatan pada zaman itu.

    ``Umat Islam pada zaman itu merupakan kuasa besar dalam pelbagai aspek termasuk pemerintahan, ilmu dan penciptaan sains dan teknologi dan menjadi umat paling moden pada zaman itu kerana mereka mendalami dan menghayati al-Quran,'' ujarnya.

    Katanya, sesiapa yang menganggap mustahil untuk umat Islam menjadi pereka kepada teknologi moden, ertinya mereka telah mengaku kalah dan tidak percaya dengan al-Quran.

    Mengenai usaha Yayasan Restu menghasilkan al-Quran multimedia, katanya, langkah itu akan memudahkan golongan muda menghayati al-Quran seterusnya menjadikan kitab suci itu sebagai panduan ke arah membangunkan negara Islam moden pada abad 21.

    Menurutnya, penghasilan al-Quran multimedia merupakan contoh penggunaan ICT dan kemajuan sedemikian dikehendaki oleh agama Islam.

    Beliau turut memuji usaha yayasan tersebut menghasilkan terjemahan al-Quran mushaf Malaysia kerana rakyat dapat memahami kandungan kitab suci itu dan memudahkan mereka untuk mengkajinya.

    Dalam pada itu, Abdullah mengingatkan umat Islam supaya tidak menjadikan institusi masjid sebagai tempat menyemai bibit perpecahan di kalangan mereka terutama dari segi politik.

    ``Jangan sesekali menjadikan masjid untuk menimbulkan perbalahan terutama politik. Jangan benarkan perkara ini berlaku, bersama-samalah kita mengukuhkan perpaduan dan hidup dalam rukun dan damai,'' ujarnya.

    =====================================================================
    Saya merasa terpanggil untuk memberi komen berdasarkan petikan ucapan ini" Katanya, dengan lonjakan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dinikmati oleh negara sekarang, tidak mustahil Malaysia akan muncul sebagai negara Islam moden abad ke-21."

    Projek MSC telah dimulakan sejak 1996-kini, hampir 10 tahun, tetapi kemajuan sebenar projek tersebut jarang didengar oleh rakyat, hanya laporan yang baik sahaja dikeluarkan padahal banyak perkara lain disorok daripada pengetahuan rakyat, apatah lagi dalam keadaan tak ramai MP samada daripada kerajaan atau pembangkang yang menyoalkan tentang projek mega tersebut. Banyak perkara yang menjadi tanda tanya mengenai projek tersebut yang melibatkan 7 flagships . ICT dalam pendidikan pun perlaksanaannya banyak melibatkan penyelewengan antaranya projek Makmal komputer dan penyediaan psara ICT(laptop, LCD dlln ) kepada sekolah-sekolah diseluruh negara. Saya mendapat maklumat mengatakan bahawa peruntukan yang dikeluarkan adalah unutk meyediakan laptop yang baru tetapi ada sekolah yang dibekalkan dengan komputer riba terpakai. Jadi selagi penyelewengan dan rasuah begitu berleluasa, usaha bercakap tentang mencapai negara maju. PM yang pada awal mengambil alih jawatan daripada PM yang berkuasa selama 22 tahun berjanji unutk membenteras rasuah, akhirnya kaki rasuha pun diambil untuk menganggotai kabinetnya, sebagai rakyat Malaysia saya hilang kepercayaan kepada beliau. Jika ingin menjadi negara Umat Islam contoh, pastikan rasuah duhapuskan dan kembalikan demokrasi sebenar. Dengan berpegang teguh dengan ajarana Islam, umat Islam akan mencapai kemajuan dunia dan akhirat, tetapi kerajaan yang ada sekarang mereka tidak meletakkan quran sebagai panduan tertinggi, dengan Thailand punkita sudah tertinggal jauh,pemimpin Malaysia banyak bercakap daripada melakukan kerja, kalau buat kerja pun banyak sangat penyelewengan. Malu kita dengan negara kafir tetapi pemerintahan dan pentadbiran mereka bersih dan tidak menzalimi rakyat.