Saturday, October 15, 2005

Nasihat Hishamuddin pada ahli Pemuda UMNO

Bila aku terbaca berita dibawah ini, terasa pelbagai perasaan dlm diri ini. Nak ketawa, sedih dan marah kerana parapemimpin UMNO ini hanya menyalahkan orang lain, sedangkan yang suruh ahli-ahlinya jangan sibuk politik itulah yang sibu berpolitik hinggakan tak sempat nak meninjau perkembangan sistem pendidikan negara hingga dilaporkan 100 ribu pelajar sekolah rendah tak mempunyai kemahiran membaca, mengira dan menulis. Sewajarnya sitem pendidikan negara disemak semula, sepatutnya Ketua Pemuda UMNO yang merupakan Menteri Pelajaran sewajarnya memerah otak memikirkan bagaiamana nak meninggikan taraf pendidikan negara. Malaysia sekarang ada 2 menteri yang menjaga pendidikan iaitu peringkat rendah dan tinggi. Malangnya semuanya sibuk berpolitik hingga mereka lupa tanggungjawab sebenar mereka. Gelagat kedua-duana tak paah saya panjangkan disini semua dah maklum, terutama orang-orang UMNO. Jika UMNO sayangkan dan pentingkan banga mereka tidak lakukan apa yang telah mereka lakukan terutama ketika UMNO dibawah kepimpinan Mahathir, meminda akta pendidikan, meritokrasi dan menghapuskan biasiswa sebaliknya diganti dengan pinjaman sahaja. Sebenarnya pemimpin UMNO sekarang ini hanya pentingkan diri mereka dan kroni serta sibuk mengumpul kekayaan tanpa mempedulikan rakyat. Aku mempunai seorang bapa audarayang pernah merupakan veteranUMNO yang kini telah tawar hati dengan UMNO kerana katanya, pemimpin UMNO sekarang telah selewengkan perjuangan UMNO. Perhimpunan UMNO bukan tempat muhasabah tapi tempat mengampu dan melobi jawatan hingga politik wang membarah akhirnya ambil tindakan kononnya na bersihkan parti tetapi hanya orang tertentu sahaja yang kena. Bagi yang masih nak sokong UMNO, fikirkanlah berpuluh kali, bukan hanya berdosa tetapi merosakan bangsa kerana para pemimpin UMNO tidak menunaikan amanah yang dberikan kepada meraka.(pinjam kata-kata Hishamuddin)
Kepada Hishamuddin fikirkan apa yang dia kata, takut-takut dia pun 2x5.

Jangan sibuk berpolitik

Oleh: NOR AZIAH JAAFAR

BUKIT MERTAJAM 15 Okt. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegur ahli-ahli pergerakan itu yang terlalu sibuk berpolitik sehingga lupa tanggungjawab mereka untuk membangunkan anak-anak Melayu terutama dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, terdapat sebahagian daripada ahli pergerakan itu yang sudah mula sibuk membuat percaturan politik bagi mendapatkan gelaran wakil rakyat selepas ini sehingga mengabaikan tugas utama mereka iaitu membela nasib anak bangsa sendiri.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tindakan golongan terlibat bukan sahaja berdosa kerana tidak menunaikan amanah yang diberi, malah ia menggadai nasib anak-anak bangsa sendiri dan perkara itu tidak boleh dibenarkan berlaku.

Justeru, beliau mengingatkan golongan terlibat bahawa sekarang bukan masanya untuk ahli-ahli membuat pilihan pemimpin yang mereka sukai, sebaliknya kini adalah masa untuk memperkasakan anak-anak bangsa bagi menghadapi cabaran dalam dunia tanpa sempadan.

``Saya tidak mahu disebabkan percaturan politik kita, anak-anak menjadi mangsa.

``Bila masa untuk pilih pemimpin, pilihlah, tapi sekarang bukanlah masanya untuk berbuat demikian, sekarang adalah masa untuk bekerja,'' tegasnya ketika berucap melancarkan Program Ihsan Ramadan anjuran pergerakan itu di Sekolah Kebangsaan Pekan Permatang Pauh di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan RM100 seorang kepada 300 pelajar miskin dari 25 buah sekolah di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Hishammuddin berkata, beliau bimbang tanpa kejujuran dalam perjuangan, nasib pelajar-pelajar Melayu akan terpinggir dalam negara sendiri dan perkara itu tidak boleh dibiarkan ketika Malaysia menuju ke arah negara maju pada tahun 2020.

Jelasnya, beliau tidak mahu nasib pelajar Melayu menjadi seperti pelajar di negara Islam lain yang tidak sepakat.

``Saya lihat negara Islam kaya tidak ambil endah permintaan bantuan dari negara miskin, malah ada negara Islam yang bersengketa sesama sendiri sehingga anak-anak mereka menjadi mangsa,'' ujarnya.

Oleh itu, beliau meminta semua ahli pergerakan tersebut supaya bersatu dan meletakkan kepentingan anak-anak bangsa melebihi kepentingan politik dan peribadi supaya agenda yang ditetapkan oleh UMNO dan juga Barisan Nasional (BN) dapat dicapai.

Beliau turut mengisytiharkan kawasan Permatang Pauh sebagai Parlimen angkatnya dan akan memantau perkembangan di kawasan itu terutama dari segi pendidikan.

``Apa juga masalah bagi tahu Ustaz Pirdaus (Datuk Pirdaus Ismail) yang saya lantik sebagai wakil saya bagi kawasan Parlimen ini,'' ujarnya lagi.













Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

No comments: