Thursday, March 02, 2006

Minyak Naik Lagi

Malangnya rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yg hanya tahu menuntut rakyat berjimat, tetapi mereka boros, selepas tu salah kan Soros. Mantan PM khabarnya minta Pak Lah letak jawatan seblm Pilihanraya. Sebenarnya Pak Lah hanya mewarisi kepemimpinan Che Det, Che Det belanja boros,semua projek Mega nak dibuatnya. Akhirnya berlakulah spt sekarang, Pak Lah terpalit bau tahi dek tinggalan Bosnya dulu. Orang nampak Boss dia mcm pandai perintah negara, tatpi zaman dia perintah rasuah sana sini sampai kezaman Pak Lah. MRR2 menunggu masa shj, inilah akibat kroni dan rasuah. Wahai Rakyat Malaysia sudah sampai masa utk kita nyahkan pemimpin seperti ini. Ibarat menaggung biawak hidup.

TERIMA KASIH BN...

2004 -> 2005 Eksport UTAMA..
- petroleum mentah meningkat sebanyak 35%
- keluaran petroleum meningkat sebanyak 25%
- gas asli cecair (LPG) meningkat 21.73%

TETAPI....Harga minyak DULU, KINI, SELAMANYA tetap NAIK..
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)

sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

Sekarang Pak Lah & Najib suruh kita Jimat .....


Tak Lama lagi....mereka suruh kita pakai.....

1 comment:

Pas Kawasan Sepanggar said...

minyak naik, aku naik minyak! grrrrrrr!