Setahu Islam adalah satu cara hidup yang sudah lengkap, cuma nak melaksanakan shj. Jika pemerintah ikhlas nak melaksanakan Islam sebagai dsar pemerintahan sudah boleh, jika timbul salah faham para ulama akhirat(ulama yg bukan terompah kayu, bukan ulama pegampu) sedia memberikan pandangan mereka. Zaman Mahathir-Penerapan Nilai-nilai Islam, duit rakyat habis dibelanjakan, hasilnya tak seberapa, sekarang timbul pulak Islam Hadhari, berjuta-juta digunakan wang rakyat utk promosi Islam Hadhari. Saya harap rakyat tak tertipu lagi, cukuplah kena tipu selama ini. Penerapan Nilai-nilai Islam ada memberikan kesan, tetapi bila Dr Mahathir sedari apa yg Pak Sheikh(DSAI) nak bawa akhirnya dia tak berkenaan. Akhir sekali diterajang DSAI keluar. Zaman Penerapan nilai-nilai Islam, kita tak berapa dengar sangat serangan kepada Islam sebagaimana yg berlaku zaman Islam Hadhari. Isu pemakaian tudung pelajar sekolah(Kalau Allah dah wajibkan ikut shj lah, bukan sekolah dimana shj sebab semuanya dibwh kuasa Allah) Kalau nak lwn sangat Allah, buat bumi sendiri, oksigen sendiri-kalau tak mampu sangat dok berasa besar diri nak lawan Allah. Banyak lagi isu yang berlaku zaman Islam Hadhari yang gagal ditangani.
Saya bimbang JAKIM akan jadi JAKUN atau Jabatan Kekeliruan Islam Malaysia, bukan kerana tak mampu tapi kerana putar belit pemimpin dan akhirnya kakitangan Jakim dipergunakan ibarat terompah kayu. Menjadi penghalang kepada tertegaknya Islam yg syumul dibumi Malaysia. Kalau Ilmu asas penting kepada Islam Hadhari, kenapa sekatan kepada penyebaran Ilmu dimasjid, kuliah oleh tokoh yg dicop sebagai ust pro pembangkang. Bantuan kepada sekolah agama disekat. Kesimpulannya pemerintah Malaysia yg ada sekarang ini hanyalah beretorik dalam perlaksanaan Islam, nak imbangi apa yang dibawa oleh Pas supaya rakyat terus memilih mereka, Cukuplh wahai Pengaraj Jakim, jangan dok jadi terompah kayu, org buat pijak gi tandas shj.
Islam Hadhari rancangan jangka panjang
Oleh HASHNAN ABDULLAH
SEPANG 25 Mac - Pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah perancangan jangka panjang bagi melihat masyarakat di negara ini mengamal nilai-nilai ajaran Islam dalam konteks yang lebih luas.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, tempoh masa itu perlu supaya 10 prinsip dalam Islam Hadhari itu tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan dalam negara yang komposisi rakyatnya berbilang kaum dan agama.
``Pendekatan Islam Hadhari samalah seperti konsep pertanian yang hasilnya tidak boleh dinikmati dalam tempoh jangka pendek kerana perkembangannya berlaku secara berperingkat-peringkat.
``Kami tidak mahu Islam Hadhari dianggap sebagai salah satu retorik politik kerana ia mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran selain dapat memperbetulkan sebarang salah anggap bukan Islam,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja `Pengenalan Konsep Islam Hadhari' di Seminar Kebangsaan Islam Hadhari dan Pembangunan Ummah di sini, hari ini.
Dalam pembentangan itu, Mustafa telah menggariskan beberapa ciri penting yang terdapat dalam pendekatan Islam Hadhari yang berupaya menentukan hala tuju kehidupan masyarakat di negara ini.
Beliau berkata, antara ciri penting tersebut adalah ilmu, pembangunan seimbang, harta kekayaan, kesihatan dan menikmati perhiasan hidup.
``Ilmu merupakan asas kepada pendekatan Islam Hadhari kerana ia bukan hanya kunci iman tetapi juga mampu menjana pembangunan ekonomi umat Islam itu sendiri.
``Ciri kedua yang penting adalah pembangunan seimbang yang tidak hanya tertumpu kepada perkara fardu ain tetapi juga merangkumi ilmu yang tergolong dalam fardu kifayah,'' katanya.
Beliau berkata, Islam menganggap harta kekayaan sebagai satu nikmat tetapi ia mesti disuburkan mengikuti lunas-lunas agama manakala ciri kesihatan pula penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal.
``Islam tidak pernah mengajar umatnya memandang perhiasan dunia sebagai suatu yang jijik dan mendekatkan diri kepada syaitan,'' katanya.
Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Saturday, March 25, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment