Monday, February 13, 2006

Kuliah :Fitnah Dunia Zaman Kini

Pada 12.2.06 aku terbaca iklan ceramah bertajuk Fitnah Dunia Zaman Kini terhadap umat Islam oleh Moulana Murtaza Khan-Universiti Islam Islamabad, Pakistan disebuah Masjid di kawasan aku tinggal. Ceramah belaiu sangat ringkas dan padat serta bertenaga. Beliau mengingatkan hadirin bahawa zaman ini remaja islam telah dirosakkan melalui Arak,Dadah dan Wanita. Beliau juga mengataka negara-negara umat Islam kini jauh tersasar daripada ajaran Islam. Contohnya Pakistan sendiri, banyak fahaman yg bercanggah dengan Islam dilakukan. Di Dubai pelacuran berleluasa, wanita daripada pelbagai negara ada disana, bekerja sebagai pelacur. Pelanggannya pula adalah orang Islam. Protokol Yahudi dan agenda Barat memang telah menrancang unutk merosakkan umat Islam dengan merosakkan generasi muda lelaki dan perempuan dengan mempromiskan kehidupan bebas dan seks. TV satelit dipancarkan keseluruh dunia Islam dengan pelbagai program yang berunsur maksiat. Di Qatar, katanya " seorang khatib dikenakan tahanan rumah cua kerana menegur jemaah berhubung dengan kelekaan menonton bola sehingga melalaikan mereka daripada mendirikan solat.

Di Landon, tempat saya katanya, " masjid dipantau oleh MI5 dan MI6". Pelbagai undang-undang diperkenalkan untuk menutup mulut umat Islam. Beliau juga mengingatkan jemaah supaya meningkatkan usaha dakwah kepada non-muslim. Jemput orang bukan Islam ke masjid , perkenalkan kepada mereka Islam yang sebenar, bukannya Islam versi Pakistan, Malaysia, Somalia dan sebagainya, tetapi Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Imam-Imam ditutup mulut mereka daripada menegur sesuatu yang menyentuh tentang sesuatu perkara yang melibatkan sikap anak jemaah, contohnya, kedai orang Islam yang menjual minuman keras. Sedangkan sudah jelas dalam Quran bahawa arak adalah haram, apa shj aktiviti melibatka arak semuanya haram. Walaupan dia menyentuh mengenai komunti Pakistan dikawasan aku tinggal dan UK umumnya, apa yang disebutkan itu berlaku juga kepada bangsaku sendiri, Melayu. Beliau mengingatkan jemaah bahawa tidak ada jalan keluar lain untuk permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam, melainkan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Terbayang aku, permasalahan yang melanda bangsaku, dadah, dedah, pergaulan bebas yang semakin menjadi-jadi dan kini keadaan semakin parah. Pelacuran disana sini di Kuala LUmpur dan bandar-bandar besar yang lain. Pemerintah semakin buntu, dan terusan membiarkan sahaja keadaan tersebut. Sikap pemerintah yang tidak mahu merujuk kepada Al quran bagi mencari penyelesaian amat dikesali. Moulana Murtaza juga menyebut, di UK, penjualan dadah ini dilakukan oleh komuniti Pakistan yang melibatkan 40 juta pound. Di M'sia pula terbalik, Cina yang jual dadah , Melayu hisap dadah. Sampai sekarang masalah dadah tak selesai, sebaliknya adis yang melanda. Akhirnya kerajaan cadanmgkan berikan dadah dan jarum percuma. Penagih dadah ditatang bagai minyak yang penuh, pelajar sekolah agama disekat bantuan per kapita. Malang sungguh nasih bangsaku. Teringat aku, Moulana Murtaza menyebut dalam kitab karangan seorang ulama(terlupa namanya) menyatakan bahawa kuasa-kuasa dunia ini apabila sampai kemuncak dia akan jatuh dan tidak akan bangun lagi, cthnya Russia(komunis) dan kini Amarika, insya Allah mereka akan jatuh dan terus tersungkur. Islam jatuh dan akan bangun kembali. Barat sebenarnya bimbang dengan Islam yang mereka tahu mampu mencabar mereka. Seorang aktivis masyarakat setempat memberitahu, US akan menyerang Iran, 23 Mac 2006 kerana sebab kewangan dan bimbang keupayaan Iran mencabar mereka.

Kesimpulan yang boleh aku buat adalah, dimana-mana dinegara umat Islam kini atau orang Islam yang tinggal dinegara bukan Islam -Jika mereka abaikan Islam, mereka akan hanyut dan rosak malah lebih teruk daripada orang bukan Islam. Jadi cukuplah sekadar ini dahulu.


Wassalam

MFG 8-9 mlm

No comments: