Wednesday, August 10, 2005

Naik Gaji KM, Rakyat bagaimana?

Gaji KM, MB, naik, gaji rakyat mcm mana? Bak kata Mohamed Sabu, Pemimpin BN yg kepalanya UMNO terima mcm2 subsidi, sepatutna tak payah naik gaji lagi, tlg fikir mcm mana nak tlg rakyat, sebaliknya mereka biar rakyat terus terkapai-kapai dgn kenaikkan minyak dan harga barang2. Malangnya rakyat M'sia dpt pemimpin spt itu, tapi apa blh buat Melayu sayang sangat kat UMNO. Fikirkanlah semula wahai Melayu sokongan mu kpd UMNO, sokong membawa rebah. Kalau naik naik gaji kualiti khidmat utk rakyat naik, ok juga, tapi nampaknya tak der ler. Sudah lah wahai bangsaku, jangan beri lagi sokongan kpd BN ni , dah lama daah.


Hadapi kenaikan harga petrol dan barangan lain, gaji KM Melaka naik RM1,289 lagi

Wednesday, August 10 @ 13:31:04 MYT
Sumber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15210&mode=thread&order=0&thold=0

KOTA MELAKA, 10 Ogos (Hrkh) - Bagi menghadapi kenaikan harga petrol dan barangan lain yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, gaji Ketua Menteri Melaka telah dinaikkan lagi kepada RM14,175 berbanding RM12,886 sebelum ini.

Kenaikan itu pula terpaksa di'back dated'kepada 1 Januari 2004 lagi kerana harga minyak dan barangan lain telah mula naik sejak tarikh tersebut.

Mungkin itulah alasannya kenapa gaji Ketua Menteri Melaka, para exco dan wakil-wakil rakyatnya itu dinaikkan.

Dewan Undangan Negeri Melaka baru-baru ini meluluskan kenaikan gaji dan elaun anggotanya sebanyak 10 peratus yang dipercepatkan kepada "mulai 1 Januari 2004".

Kenaikan itu dibuat di bawah Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) (Amendment) Enactment 2005 .

Kenaikan itu telah menyebabkan kos tambahan sebanyak RM437,813 sebulan kepada kerajaan negeri Melaka.

Langkah itu akan menyebabkan setiap Adun akan menerima gaji baru sebanyak RM4,112 sebulan berbanding RM3,738 sebulan sebelum ini, selain pelbagai alaun yang lain.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor juga mengambil tindakan yang sama.
-ZS

No comments: