Panduan penjimatan petrol untuk kenderaan anda
Wednesday, August 10 @ 12:09:44 MYT
Sumber:http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15209&mode=thread&order=0&thold=0
SEBARANG pengubahsuaian pada kenderaan boleh mengakibatkan anda akan berbelanja lebih terutamanya jika pengubahsuaian tersebut bertujuan hanya untuk mencatikkan kenderaan dan menambahkan kelajuan kenderaan. Ianya bukan hanya mengakibat anda akan berbelanja lebih malah ianya akan membahayakan nyawa anda.
Sistem suspensi yang diubahsuai dan spring yang dipotong boleh mengakibatkan anda akan kerap menukar tayar. Sistem kaburator dan sistem ekzos yang diubahsuai pula boleh mengakibatkan anda berbelanja lebih untuk petrol. Sistem elektronik dan audio visual yang berlebihan boleh mengakibatkan bateri kenderaan anda tidak tahan lama.
Semua pengubahsuaian ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang professional dan diiktiraf dan hanyalah untuk golongan mereka yang mampu. Jika anda ingin berjimat cermat , tambahan pula dengan kenaikan harga petrol dan tol, adalah lebih baik anda menggunakan kenderaan mengikut spesifikasi yang telah disediakan oleh pengeluar.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda menjimatkan penggunaan petrol untuk kenderaan anda.
Pastikan “tuning” enjin baik
Enjin yang “tuning” nya tidak sempurna akan mengakibatkan penggunaan petrol yang lebih pada kadar purata 4.1%.
Periksa dan tukar penapis udara mengikut jadual
Menukar penapis udara yang telah kotor boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 10%. Menukar penapis udara bukan hanya akan menjimat petrol malah ianya akan melindungi enjin kenderaan anda.
Pastikan angin tayar mencukupi. Dengan memastikan angin tayar anda sentiasa mencukupi pada kadar yang ditetapkan, ianya akan menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 3.3%. Tayar yang kurang angin akan mengguna lebih petrol sebanyak 0.4 % untuk setiap 1 psi yang kurang. Tayar kenderaan yang mempunyai angin yang cukup adalah lebih selamat dan tahan lebih lama.
Gunakan minyak enjin yang disyorkan
Anda boleh menjimatkan petrol sebanya 1-2 % dengan menggunakan minyak enjin yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan. Sebagai contoh, menggunakan minyak enjin gred 10W-30 untuk kenderaan yang disyorkan 5W-30 akan menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 1-2 %.
Menggunakan minyak enjin gred 5W-30 untuk kenderaan yang disyorkan 5W-20 akan menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 1-2%. Juga perhatikan minyak enjin yang menyatakan “Energy Conserving” pada simbol prestasi API untuk mempastikan ianya mengandungi bahan pengurang geseran.
Pemanduan yang berhemah
Pemanduan yang tidak berhemah, berlumba, sering menggunakan brek, sering menukar gear boleh mengakibatkan penggunaan petrol yang lebih sebanyak 33% di lebuhraya dan 5% di dalam kawasan bandar. Pemanduan berhemah bukan hanya menjimatkan penggunaan petrol malah ianya adalah lebih selamat.
Kawal kelajuan
Penggunaan minyak akan menjadi lebih banyak apabila kelajuan melebihi 100 km/sejam. Untuk setiap 10 km/j berikut penggunaan petrol akan melebihi pada kadar 7-23%. Mengawal kelajuan adalah lebih selamat untuk anda.
Elakkan enjin dibiarkan hidup jika berhenti lama
Kenderaan yang lebih besar akan menggunakan lebih petrol jika dibiarkan hidup jika berhenti lama. Sekiranya anda berhenti lebih dari 1 minit adalah lebih menjimatkan jika enjin dimatikan.
Penggunaan “cruise control” di lebuh raya dapat mengawal kadar kelajuan kenderaan anda pada kadar yang tetap, ini dapat menjimatkan penggunaan petrol.
Penggunaan “gear overdrive” akan mengurangkan kadar putaran enjin. Ini akan menjimatkan petrol dan mengurangkan beban pada enjin.
Penggunaan kargo tambahan pada bumbung kenderaan “roof rack” akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 5%.
Kurangkan tarikan aerodinamik dan tingkatkan penjimatan petrol dengan meletakkan sedikit beban pada ruang belakang kenderaan anda.
Jangan letakkan barang berat berlebihan yang tidak diperlukan dalam ruang belakang kenderaan anda. Setiap 50kg beban akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 1-2%.
Kurangkan penggunaan penghawa dingin, terutamanya jika anda berhenti lama. Jika boleh rapatkan tingkap dan guna pengalir udara. Tingkap yang terbuka luas akan mengakibat lebih beban apabila kenderaan bergerak.
Pastikan palam pencucuh “spark plug” sentiasa baik, tukar mengikut jadual yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda.
Pastikan sistem ekzos anda baik dan tiada kebocoran. Anda boleh mendengar jika sesuatu yang tidak kena pada sistem ekzos kenderaan anda.
Oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Pusat
No comments:
Post a Comment