Banyak hari aku tak dpt nak update blog ni, mcm2 peristiwa berlaku. Perak melihat MB haram dihalalkan(keputusan mahkamah tak nak sentuh) nanti depa dakwa hina mahkamah pulak tapi sama-sama tau la kan. Pakar-pakar undang telah menyatakan pandangan masing. Bagi aku bubar DUN adalah terbaik. Penanti pulak pilihanraya, BN tak nak bertanding kononnya tak mau terjebak dengan permainan politik PKR(takut kalah cakap shj lah, tak payah berdolak dalih) KJ kata protes. Dengan kuasa Allah kerusi Manek Urai pulak kosong dan BN nak bertanding pulak doh. Khabar2nya PRU13 akan dibuat 1 atau 2 tahun daripada sekarang. Tu yg Tok Jib dok bina imej. Bagi aku tema yg diperkenalkan oleh Najib sangat lemah berbanding PM2 lain sebelum ni. Retorik shj. Aku rasa tema dia Wang Malaysia, Rakyat di Didodoikan, Perut diutamakan
Sebelum akhir aku nak paste artikel drpd UM yg berkait dengan teknologi.
MIMOS Berhad (Mimos) berjaya menggondol tiga Anugerah Tanda Reka Bentuk Barangan Malaysia 2008 di bawah kategori media dan elektronik rumah dengan inisiatif kerajaan di bawah Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) .
Anugerah itu diperkenalkan bertujuan mengiktiraf kualiti dan reka bentuk terbaik produk yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.
Ia juga bertujuan mempromosikan produk rekaan tempatan bagi rekaan terbaik dan kualiti terbaik dan MIMOS memenangi melalui tiga jenis teknologi yang diciptanya iaitu pengumpul data pertanian, router MIMOS WiWi tanpa wayar dan Jen-ii.
"Kami berbangga dengan kemajuan teknologi kami yang telah diiktiraf kerana kualiti dan inovasi.
"Anugerah berkenaan mampu dijadikan sebagai komitmen bagi memastikan Mimos menjadi pusat penyelidikan tambahan dalam teknologi di masa akan datang," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Datuk Abdul Wahab Abdullah.
Maklumat mengenai tiga jenis teknologi itu ialah:
l Pengumpul Data Pertanian yang direka oleh Jurutera Mimos (Reka bentuk Industri), Nuzairi Yasin merupakan penderia Sistem Mekanikal Mikro Elektro (MEMS) yang digunakan untuk mengesan komposisi dan keadaan tanah.
Berbentuk bujur dengan permukaan badan yang terang dan mudah dibawa menjadikannya mudah digunakan pada tapak pertanian.
l Router tanpa wayar MIMOS WiWi direka oleh jurutera MIMOS (Reka bentuk Industri), Saharudin Busri.
Ia merupakan teknologi hibrid WiMAX dan WiFi yang mempunyai rekaan rangkaian tanpa wayar kapasiti tinggi (WMN) menggunakan teknologi WiMAX.
Router tanpa wayar MIMOS WiWi menampilkan reka bentuk ringkas dengan radius sudut, mudah dipasang, kalis air, menjimatkan kos dan mesra alam.
Jen-ii (Jendela Informasi Internet) direka oleh jurutera Mimos (Reka bentuk Industri), Saharudin Busri merupakan peralatan bagi membantu celik ICT bagi masyarakat luar bandar dan merapatkan ruang digital.
Direka dengan teknologi komunikasi terkini bagi semua peringkat usia, Jen-ii boleh dikatakan sebuah kotak yang boleh disambungkan kepada televisyen yang menawarkan sambungan Internet dan akses kepada kandungan yang ada di dalamnya.
Ini merupakan tahun kedua Mimos memenangi Anugerah Reka Bentuk Barangan Malaysia.
Tahun lalu, iDOLA telah diiktiraf kerana reka bentuk dan kualiti juga di bawah kategori media dan produk elektronik rumah.
iDOLA merupakan komputer peribadi mampu milik yang direka bagi menjadikan pengkomputeran dan maklumat mudah diperolehi oleh pengguna.
Dalam 12 tahun Anugerah Tanda Reka bentuk Malaysia mengiktiraf usaha sektor industri dalam penyelidikan dan pembangunan produk baru ke arah menjadikan negara sebagai salah satu penyumbang dalam pembangunan teknologi dunia.
Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_02.htm
Friday, May 29, 2009
Friday, May 22, 2009
Mat Rempit?
Dalam perjalanan ke tempat kerja aku mendengar Radio Ikim, topik perbincangan Mat Rempit Masyarakat Tersepit, antara yang dijemput, Pendakwah, Pegawai Polis dan bekas mat rempit. Isu Mat Rempit tiba-tiba menjadi hangat, bagi aku zaman Kerajaan B-End ini memang macam-macam gejala sosial yang berlaku, masihkah kita ingat, bohsia, bohjan dan lain-lain lagi. Apa sudah jadi? Adakah semua masalah sosial tersebut selesai. Jawaplah sendiri. Timbul macam-macam idea pemimpin, PLKN lah lepas tu macam-macam berlaku jurulatih rogol pelatih. Bila ulama bersuara sikit, ulama dikecam kononnya tak beri kerjasama, masa nak rekabentuk kursus tak jemput pun ulama. Cukup setakat itu dulu mukadimmah.Dalam diskusi tersebut bebrapa soalan ditanay kpd bekas mat rempit:
Apa pandangan sdr tentang Gajala ini?
Antara kandungan jawapan beliau ialah, Mat Rempi hanyalah satu drpd masalah, kalau kerajaan buang mat rempit tak selsai juga, mat rempit satu entiti, masalah sosial tu pelbagai, dadah, alkohol, zina/seks bebas dan hidu gam da banyak lagi. Jadi kerajaan kena lihat kpd permasalahan sosial. Kementerian Belia dan Sukan tetapi fokus hanya kpd sukan. Pada zaman beliau ada litar Bt3 yg boleh mereka berlumba sekarang sudah ditutup. Beliau juga mencadangkan aktiviti seperti konvoi bermotor dan singgah dilokasi tertentu ynag membolehkan khidmat masyarakat dibuat oleh mat rempit.
Bagaiman beliau berubah,
Dia menceritakan bahawa pada satu mlm, beliau ingin keluar utk menonton bolasepak, oleh kerana hujan dia keluar dengan kereta. Sewaktu dalam perjalanan balik, dia terdengar Radio Ikim, sekitar jam 12-1 pagi yg menyiarkan zikir dan bacaan quran, dia menjadi tak tentu arah dan merasakan bahawa inilah yg dicari selama ini. Mulai malam itu dia tidak terlepas drpd mendengar siaran radio Ikim pd waktu tersebut akhirnya dengan hidayah Allah beliau berubah. Elemen agama sangat penting, iaitu elemen yang membawa insan kerdil kepada Allah.
Apa pandangan sdr tentang Gajala ini?
Antara kandungan jawapan beliau ialah, Mat Rempi hanyalah satu drpd masalah, kalau kerajaan buang mat rempit tak selsai juga, mat rempit satu entiti, masalah sosial tu pelbagai, dadah, alkohol, zina/seks bebas dan hidu gam da banyak lagi. Jadi kerajaan kena lihat kpd permasalahan sosial. Kementerian Belia dan Sukan tetapi fokus hanya kpd sukan. Pada zaman beliau ada litar Bt3 yg boleh mereka berlumba sekarang sudah ditutup. Beliau juga mencadangkan aktiviti seperti konvoi bermotor dan singgah dilokasi tertentu ynag membolehkan khidmat masyarakat dibuat oleh mat rempit.
Bagaiman beliau berubah,
Dia menceritakan bahawa pada satu mlm, beliau ingin keluar utk menonton bolasepak, oleh kerana hujan dia keluar dengan kereta. Sewaktu dalam perjalanan balik, dia terdengar Radio Ikim, sekitar jam 12-1 pagi yg menyiarkan zikir dan bacaan quran, dia menjadi tak tentu arah dan merasakan bahawa inilah yg dicari selama ini. Mulai malam itu dia tidak terlepas drpd mendengar siaran radio Ikim pd waktu tersebut akhirnya dengan hidayah Allah beliau berubah. Elemen agama sangat penting, iaitu elemen yang membawa insan kerdil kepada Allah.
Monday, May 11, 2009
Mcm mana nak Kaya?
Video 2 Cikgu Roshidi, cuba nak upload video ke-2 tapi asyik sangkut shj, jadi ke sini lah dulu, blog sifu http://biznetmillionaire.blogspot.com/
Nak Kaya, Macam Mana?
Aku baru terima sms drpd adik aku kat KL, kawe dia bagi talk Uptrend di Wisma SESB, jaid aku mmg dah join bwh adik aku yang kat Jjohor, 2006 dulu tapi movement aku slow, depa dah pakai Merc 240 dan BMW. aku ada ler viva dgn Odyssey. Not bad la. Apa pun aku tumpang gembira dengan kejayaan depa. Walaupun penat tapi memikirkan peluang mendengar drpd seorang yg dah berjaya aku dan isteri berviva ke sana. byk yang kami dpt, Tq cikgu Roshidi.
Syukur, Kebenaran Terserlah Jua
Sedang bermeeting, aku terima sms IR Dato Seri Hj Nizar adalah MB yang sah, lantas aku mengucapkan Alhamdulillah. Terlintas dihati, aku nak sujud syukur lepas ni waktu solat asar. Lepas itu terbaca pesanan TUkGuru jangan terlalu gembira sebaliknya berpuasa dan sujuf syukur.
Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak
Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Mon | May 11, 09 | 4:10:57 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
ImageKeputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.
Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.
Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.
Hakim Abdul Aziz dalam penghakiman yang dibacakan mulai jam 2.30 petang dan Imageberakhir pada jam 2.50 petang tadi berpendapat, Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.
Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Dato' Stephen Kalong Ningkan pada 1966, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.
Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.
Para peguam Nizar dalam penghujahan mereka sebelum ini menegaskan bahawa jika Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah, beliau akan mendapatkan Imageperkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Pakatan Rakyat dan BN kini masing-masing mempunyai 28 kerusi di Dun Perak.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, PAS, DAP dan KeADILan yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat memenangi 31 daripada 59 kerusi Dun Perak.
Bagaimanapun tiga Adun Pakatan Rakyat pada 4 Februari lalu telah mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas dan menyokong BN selepas hilang secara misteri selama lima hari.
Nizar ketika ditemui pemberita berkata akan segera memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan membubarkan Dun Perak dan membuka laluan kepada Imagepilihan raya negeri bagi mendapatkan mandat baru rakyat.
Nizar memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Beliau dilantik Menteri Besar pada 17 Mac 2008.
Bagaimanapun ekoran tindakan khianat tiga Adun Pakatan Rakyat itu, BN yang mendakwa mendapat majoriti di Dun Perak telah menghadap Sultan bagi membentuk kerajaan negeri.
Tidak memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun, Sultan Azlan ImageShah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.
Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dun dan beliau juga tidak meletak jawatan.
Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.
Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan.-
Saturday, May 09, 2009
Kesan Makan kepada Kesihatan Anda
Sambil merayau dalam internet sambil membaca berita-berita dalam dan luar negara saya ke Harian Metro lalu ternampak tajuk kesihatan, bila diklik nampak bagus artikel ini jadi saya ambil untuk dmasukkan dalam blog ini. Saya memang suka tentang maklumat mengenai permakanan, Sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
Mari bersama bermuhasabah tentang sebahagian nikmat kehidupan yang kita kecapi selama ini. Sepertimana saranan Nabi yang mengingatkan kita iaitu, Ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.[http://mypqs.blogspot.com/2009/04/jangan-abaikan-kualti-sihat-dan-waktu.html}
Artikel HMetro
Sedap atau sihat
“BERALIHLAH daripada makanan sedap kepada makanan sihat. Kebanyakan makanan sedap boleh menjadi makanan sihat jika kena caranya iaitu bermula daripada pemilihan bahan, penyediaan, kaedah memasak dan makan. Makanan harian sebenarnya boleh menjadi ubat atau pelindung daripada pelbagai penyakit.
“Banyak individu dan keluarga menderita kerana penyakit. Malah yang menyedihkan ialah, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser, sedangkan ia boleh dicegah melalui penjagaan pemakanan harian,” kata aktivis kesihatan sosial yang juga Pegawai Penyelidikan Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Lim Hin Fui.
Kajian membuktikan banyak penyakit hari ini disebabkan gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat. Dianggarkan 15 hingga 25 peratus rakyat Malaysia mungkin mendapat kanser dan setiap jam kira-kira enam orang diserang angin ahmar atau strok.
Lebih 50 peratus golongan dewasa berumur 40 tahun ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit dan antara penyakit kronik paling lazim ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Meskipun jumlah pesakit kronik bertambah setiap tahun, ia belum dapat menimbulkan kesedaran masyarakat untuk berubah kerana ramai menganggap penyakit berbahaya itu hanya berlaku kepada orang lain dan tidak akan menimpa mereka.
Bahkan kita juga bangga dengan budaya menjamu yang semakin kukuh dalam masyarakat kita. Dalam sebarang aktiviti, termasuk perjumpaan mahu pun mesyuarat kecil, pasti dilengkapi dengan makanan; sekurang-kurangnya teh tarik serta kuih muih walaupun ia diadakan sejurus selepas waktu makan tengah hari.
Menurut Dr Lim, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit).
Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.
Kegemukan adalah hasil pertama daripada amalan pemakanan tidak sihat yang menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan lain kerana mengandungi banyak toksik.
Beliau berpendapat, makanan tidak sihat ini mengandungi banyak bahan toksik yang akhirnya merosakkan badan dengan mengakibatkan masalah obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, angin ahmar, sakit jantung, kanser dan lemah tulang.
Katanya, penyakit tidak menyerang mendadak tetapi datang perlahan-lahan dalam tiga peringkat iaitu badan menjadi kurang selesa, mengalami gangguan pada bahagian tertentu dan akhirnya menyebabkan masalah pada seluruh badan hinggalah ia disahkan doktor.
Kira-kira 90 peratus masalah kesihatan berpunca daripada makanan yang mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah.
Badan kita membabitkan kira-kira 60 trilion sel kecil termasuk sel darah, lemak, otot dan kulit. Pengumpulan toksik menyebabkan sel ‘demam’ dan akhirnya berlaku pelbagai masalah kesihatan.
Antara sumber bahan toksik ini ialah:
# Makanan berasid
# Terlalu banyak mengambil ubat moden
# Terlalu banyak lemak
# Kolesterol
# Pencemaran alam sekitar
“Apabila ditimpa penyakit, orang berbeza pendapat. Ada yang menganggap ia disebabkan faktor cuaca atau genetik, daya ketahanan badan yang lemah, tekanan, konflik, kurang bersenam, tidak cukup tidur dan rehat atau pencemaran alam sekitar. Bahkan ada yang menerimanya sebagai takdir, sedangkan kita boleh berusaha mengurangkan risiko mendapat penyakit.
“Banyak jenis makanan boleh dikaitkan dengan penyakit, umpamanya makanan berlemak dan kolesterol tinggi menyebabkan penyakit jantung dan strok, manakala makanan mengandungi banyak garam boleh merangsang kenaikan tekanan darah yang akhirnya membawa kepada pelbagai masalah lain,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena sambutan Bulan Kesihatan anjuran FRIM.
Formula untuk sihat
Untuk menjadi sihat, Dr Lim menyarankan enam panduan iaitu:
# Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan
# Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu
# Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan)
# Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin
# Mulakan bersenam
# Kuatkan pegangan rohani (keagamaan)
Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.
“Semua makanan yang dihadam dipecahkan kepada partikel kecil yang boleh bersifat asid, alkali atau neutral. Ia bergantung kepada kandungan galian di dalam makanan berkenaan.
“Individu yang mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu yang melebihkan makanan beralkali,” katanya.
Komposisi makanan yang disarankan ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan).
Walaupun tahu sayur dan buah itu penting, pengambilan serat harian kebanyakan rakyat Malaysia sekitar lima gram sehari. Komposisi ini membolehkan kita mencapai saranan pengambilan serat harian oleh sebanyak 20 gram sehari.
Makanan yang dianggap beralkali:
# Sayur-sayuran segar
# Buah-buahan segar
# Bijirin (milet)
# Kekacang dan produk kekacang
# Jus buah segar
Makanan yang dianggap berasid:
# Bijirin (beras perang, beras putih, gandum, oat)
# Daging
# Makanan laut
# Ayam
# Telur
# Sayur-sayuran dan buah-buahan awet
# Makanan dihasilkan daripada karbohidrat (roti, mi, biskut)
# Makanan yang banyak menggunakan gula putih (ais krim, coklat, makanan dalam tin, sos)
# Minuman contohnya susu diproses, dadih, kopi, minuman ringan dan berkarbonat
# Susu dan produk tenusu
# Bahan masak (bawang merah dan putih, halia, minyak haiwan dan lada)
Perubatan semula jadi
Bapa pakar perubatan moden, Hippocrates pernah berkata ‘makanan sihat adalah ubat paling baik’. Bagi Dr Lim, kata-kata ini terbukti apabila bapa mentuanya kini disahkan sembuh daripada kanser prostat selepas mereka sekeluarga mengubah corak pemakanan dengan melebihkan makanan beralkali dan mengurangkan semua jenis makanan mengandungi banyak bahan toksik.
Mereka sekeluarga juga lebih berhati-hati ketika memilih sayur di pasar. Pilihan mereka ialah sayur organik kerana kebanyakan sayur yang dijual di pasar menggunakan baja kimia dan racun serangga bagi memastikan ia kelihatan cantik dan bebas daripada dimakan serangga atau ulat.
Katanya, dua bahan ini boleh menambah beban pada badan, terutama hati yang berfungsi sebagai penapis bahan toksik.
Memahami kesan negatif daripada makanan yang dikelaskan sebagai berasid, Dr Lim berkata, secara perlahan-lahan mereka mengeluarkan daging, ayam, telur, makanan dalam tin dan semua makanan sejuk beku berproses daripada menu harian.
Ia digantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Dia sekeluarga juga memilih beras perang yang terbukti kaya khasiat dan ada banyak kelebihan berbanding beras putih.
“Menjaga makanan saja tidak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani.
“Biasanya pendekatan holistik diambil apabila ubat moden tidak lagi berkesan atau tidak mahu mendapat kesan sampingan ubat moden. Namun kebanyakan orang menggabungkan rawatan moden dan tradisional.
“Pendekatan agama seperti bersembahyang juga penting untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Ia secara tidak langsung mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang,” katanya.
Kenali kesan detoksifikasi
Selepas tempoh tertentu mengamalkan pemakanan sihat, anda mungkin mengalami kesan detoksifikasi iaitu pengeluaran toksik dari badan. Namun jangan panik kerana ia bukan tanda penyakit, sebaliknya permulaan kepada kesihatan lebih baik.
Detoksifikasi boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan sihat, minum teh hijau atau herba atau menggunakan kaedah penyingkiran toksik lain.
Menurutnya, kesan dialami mereka sekeluarga termasuk demam, hidung berair, batuk, sembap, perut terasa senak, sakit kepala (sedikit), najis menjadi cair dan badan menyingkirkan banyak lendir atau mukus.
Namun dalam tempoh ini anda tidak digalakkan mengambil ubat moden kerana ubat moden menghentikan proses detoksifikasi.
Sebagai permulaan untuk menyingkir toksik dari badan ialah meminum jus buah atau sayur (bersama seratnya) yang disediakan sendiri di rumah.
Permulaan pemakanan sihat
Dr Lim berkata, pemakanan sihat boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat. Antara perubahan mudah yang boleh dilakukan ialah:
# Makan beras perang menggantikan beras putih. Bukan semua orang boleh menerima rasa beras perang. Jadi, anda boleh memasukkan sedikit (segenggam) beras perang ke dalam beras putih. Tambah kuantiti beras perang selepas satu tempoh tertentu. Kaedah ini bertujuan membiasakan lidah anda sekeluarga dengan rasa beras perang.
# Ganti roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)
# Guna garam laut untuk menggantikan garam putih
# Guna gula perang, madu atau molases bagi menggantikan gula putih. Gula putih dikatakan antara penyebab utama yang boleh melemahkan daya ketahanan badan.
# Elak penggunaan monosodium glutamat (MSG)
# Kurangkan penggunaan sos soya dan sebarang sos lain kerana ia mengandungi banyak garam
# Kurangkan pengambilan daging, ayam dan telur; lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ini kerana ayam dan daging mengandungi terlalu banyak protein dan lemak. Ayam pula mengandungi banyak antibiotik dan hormon pembesaran supaya anak ayam yang diternak boleh dipasarkan dalam tempoh 32 hari saja!
# Hentikan mengambil makanan yang mempunyai pewarna dan perasa tiruan
“Orang Melayu sangat beruntung kerana secara tradisionalnya mereka mengambil banyak ulam. Ulam sangat baik kerana ia bukan saja kaya vitamin dan mineral (kalsium, fosforus, zat besi dan kalium) tetapi ia juga mengandungi antioksidan untuk melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel.
“Antara ulam yang kaya antioksidan ialah pegaga, selom dan ulam raja yang murah dan mudah diperoleh. Ia juga mengandungi enzim untuk menyihatkan sel.
“Selain itu banyak jenis sayur-sayuran kampung dan herba yang boleh membantu meningkatkan kesihatan seperti misai kucing, bunga kantan, daun kari, gajus dan jantung pisang.
“Amalan ini menjadikan kami sekeluarga jarang sakit dan tanpa disedari, berat badan kami turun perlahan-lahan tanpa perlu berdiet atau mengambil ubat. Lebih penting, ayah mentua saya sembuh walaupun tidak menjalani rawatan kemoterapi,” katanya.
Cari langkah pertama
Kita tidak perlu menjadi vegetarian, sebaliknya lakukan apa yang anda mampu untuk meningkatkan kesihatan. Anda masih boleh mengambil makanan kegemaran tetapi kurangkan kuantitinya dan lebihkan sayur dan buah. Selain itu ambil langkah pertama yang sesuai dengan anda seperti:
# Minum jus buah atau sayur sekurang-kurangnya segelas sehari. Sebaiknya sediakan jus tanpa gula, jika mahu masukkan gula perang atau madu
# Guna beras perang (campurkan segenggam beras perang setiap kali anda masak nasi. Ini untuk membiasakan lidah menerima rasa beras perang sebelum beralih sepenuhnya kepada beras perang)
# Kurangkan penggunaan sos, kicap, garam dan gula dalam masakan; gantikan dengan rempah dan herba
# Kurangkan daging, ayam dan telur
# Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
# Guna kaedah memasak yang lebih sihat seperti mereneh, kukus atau bakar berbanding goreng
# Gantikan roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)
# Makan buah-buahan sebagai pembuka selera atau pencuci mulut. Hidangkan ia selepas makan bersama keluarga untuk membiasakan anak dengan corak pemakanan ini
# Jadikan buah-buahan sebagai snek
# Jadikan ulam atau sayur-sayuran sebagai bahan yang wajib ada dalam pinggan anda setiap kali makan
Wednesday, May 06, 2009
PMA; Program Pemantapan Akidah
Tanggungjawap meyampaikan Islam adalah tanggungjawap setiap individu muslim, semasa aku berada diluar negara sempat mengikuti program bersama Dr Zakir Naik. Aku masih teringat kata-kata beliau, kerja dakwah Islam ini adalah kerja hakiki tetapi sebaliknya berlaku kepada kita hari ini, Dia kata berapa ramai pendakyah kristian yg full time dan berapa ramai pula pendakwah Islam yg full time. Hakikatnya pendakwah Islam yg full time sangat sedikit. Menyedari hakikat itu aku merasa terpanggil unutk bersama dengan sahabat membantu usaha memantapkan akidah terutamanya golongan remaja walaupun ilmu taklah banyak. Sejarah PMA ini diceritakan oleh chegu Jamil dalam video dibawah
Monday, May 04, 2009
Ke PLIK dulu PLDK
Setelah sehari kami di Timbua, jam 4pm 2/5/09 kami bertolak ke SMK Lohan, tempat dimana kami tinggalkan kenderaan. Jam 5.20 kami tiba di Lohan dan terus mengambil kenderaan utk ke Pusat Latihan Islam Kundasang(PLIK) yg dulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Dakwah Kundasang(PLDK. Kami berhenti sebentar di Petronas krn ada sahabat yg nak mengisi minyak dan membeli sedikit barang keperluan. Selepas semua selesai kami bertolak ke Kundasang dan singgah sebentar di Pekan Kundasang. Terkenang aku cerita 12 tahun yg lalu, dimana buat pertama kali aku menjejak kai ke Kundasang kerana terlibat dgn program perhimpunan pelajar Islam Sabah. Aku dtg naik motorsikal EX5 kepunyaan Ust Zul(dia pun dah balik smj dah. Yang menyediahkan aku, keadaan di pekan tersebut tak byk berubah, cuma kerja menaik taraf jln menuju ke Hotel Perkasa kni Heritage nampaknya dah bermula. Jalan disekitar Taman Kinabalu pun dibaiki atas nama pelancongan. Diharapkan kerajaan akan lebih prihatin bertapa pentingnya memberikan kemudahan infrastruktur yg baik kpd rakyat. Keadaan jalanraya yg tidak baik serta berlubang-lubang boleh menjadi punca kemalangan diharapkan janji-janji kerajaan BN utk baiki keadaan jalanraya di Sabah dpt ditunaikan, jangan hanya tumpukan kpd kawasan yang ada nilai perlancongan shj, tengok2 juga jln meuju ke Pitas dan Kota Marudu, Keningau, terutama ke Kg Sook. Jumpa lagi
Misi Dakwah DRanau
Pada hari Jumaat 6 Jamadilawal 1430 bersamaan 1/5/09 sempena cuti hari buruh, aku dan beberapa org sahabat bertolak drpd KK ke Ranau pada Jam 7.30am. Kami berkonvoi ke SMK Lohan dan tiba disana jam 11am akibat terperangkap dengan jammed di pekan Ranau sebab ada Tamu. Kenderaan yg akan membawa kami ke Timbuat sedia menanti disana. Kami terus bersiap utk menuju ke sana kerana bimbang lewat sampai utk solat Jumaat. Abg Kimin, pemandu van mula menggerakkan vannya dan singgah sebentar di kedai runcitnya yang hampir dgn sekolah sebab aku nak membeli kopi radix dan madu hpa
Jalan yang boleh dikatakan mencabar juga, setelah sejam menempuh perjalanan dijalan yg agak teruk kondisinya kami sampai di Masjid Timbua dan terus berwudhuk dan naik ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. berita bergambar boleh ke www.abunuha.wordpress.com
Kesihan masyarakat disana yang terpaksa menempuh pengalaman pahit sejak drpd merdeka hingga kini, jika tak hujan jalan ok lah sikit tapi berdebu. Jika hujan maka keadaan berselut dan kalau tak berhati-hati boleh terbabas. Sempena PM baru dan slogan baru, Rakyat Diutamakan, saya berharap jalan berkenaan di turap untuk kemudahan rakyat yag sama-sama membayar cukai.
Sekian dulu
Jalan yang boleh dikatakan mencabar juga, setelah sejam menempuh perjalanan dijalan yg agak teruk kondisinya kami sampai di Masjid Timbua dan terus berwudhuk dan naik ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. berita bergambar boleh ke www.abunuha.wordpress.com
Kesihan masyarakat disana yang terpaksa menempuh pengalaman pahit sejak drpd merdeka hingga kini, jika tak hujan jalan ok lah sikit tapi berdebu. Jika hujan maka keadaan berselut dan kalau tak berhati-hati boleh terbabas. Sempena PM baru dan slogan baru, Rakyat Diutamakan, saya berharap jalan berkenaan di turap untuk kemudahan rakyat yag sama-sama membayar cukai.
Sekian dulu
Subscribe to:
Posts (Atom)