Saturday, December 26, 2009

Manfaatkan Teknologi dalam Dakwah

Tak berapa lama lagi tahun 2009 akan meninggalkan kita. Tahun baru Islam telah kita sambut. Hari ini adalah 10 Muharram 1431/27 Disember 2009. Saya membaca HMetro versi online, memang lama dah aku tak beli akhbar cuma baca melalui online sahaja. Aku terjumpa artikel yang menarik, lihak dibawah. Maklumat yang aku dapat drpd SKMM, sekarang ini antara agenda besar kerajaan adalah meluaskan capaian jalur lebar di kawasan pendalaman. Aku bersetuju dengan usaha ini. Para pendakwah seharusnya memanfaatkan peluang ini untuk memastikan mereka boleh terus berkomunikasi dengan para mad'u/sasaran dakwah dimana sahaja menerusi Internet. Mereka yang telah memeluk Islam atau bepotensi untuk memeluk Islam wajar diajar menggunakan teknologi Internet bagi memudahkan mereka mendapat maklumat. Banyak laman web yang bermanfaat yang boleh dikunjungi. Antaranya:
1.http://www.islamalways.com/
2.http://www.islamicplayground.com/Scripts/default.asp
3.www.emel.com/
4.http://www.turntoislam.com/

Rasanya cukup setakat itu dulu, semoga artikel tersebut bermanfaat unutk kita semua.

Internet masuk desa





SALAH satu penyebab kelambatan capaian Internet di luar bandar berpunca daripada keengganan syarikat pembekal Internet melabur berikutan keraguan berkaitan pulangan keuntungan diraih memandangkan permintaan mungkin terhad.

SALAH satu penyebab kelambatan capaian Internet di luar bandar berpunca daripada keengganan syarikat pembekal Internet melabur berikutan keraguan berkaitan pulangan keuntungan diraih memandangkan permintaan mungkin terhad.

Contohnya, jika kampung terbabit hanya mempunyai jumlah penduduk sebanyak 100 hingga 200 orang, syarikat telekomunikasi (telco) mungkin tidak mampu menampung kos pemasangan serta penyelenggaraan prasarana yang tinggi.


Justeru, Ericsson sebagai peneraju dalam teknologi mudah alih rangkaian 2G, 3G dan 4G, yang membekalkan sokongan kepada lebih satu bilion pelanggan, menghasilkan penyelesaian khusus untuk luar bandar.

Penyelesaian yang dianggap menghasilkan keputusan menang-menang untuk pengguna dan pengendali perkhidmatan Internet itu mampu mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan desa.

Ketika ini, kebanyakan pengendali perkhidmatan Internet menumpukan kawasan bandar untuk memberikan khidmat sambungan kerana ia menghasilkan keuntungan cepat dengan jumlah penduduk yang ramai.

Selain itu, anggapan penduduk luar bandar tidak mampu melanggan perkhidmatan Internet perlu ditolak jauh memandangkan mereka perlu berkongsi kemudahan terbabit yang mampu melonjak kekuatan ekonomi di desa.

Bagi mengatasi masalah terbabit, Ericsson mensasarkan satu usahawan satu desa di setiap kawasan pedalaman di Malaysia menerusi konsep perniagaan istimewa yang dikongsi bersama telco dan pembekal perkhidmatan Internet.

Naib Presiden Strategi Pemasaran dan Pemasaran Ericsson Malaysia, Steven Tai, berkata usahawan yang dihasilkan akan berkongsi keuntungan dengan telco apabila mereka mempromosikan kemudahan Internet kepada penduduk kampung.

"Secara tidak langsung, ia akan membantu ekonomi desa dan meningkatkan kualiti hidup mereka," katanya.

Steven berkata, Ericsson sebagai pembekal teknologi memperkenalkan pendekatan Desa Inovasi Mudah Alih (MIV) yang memberi penyelesaian menyeluruh kepada sistem komunikasi di kawasan luar bandar.

"Ia juga akan memastikan pembekal telekomunikasi menikmati manfaat untuk menjalankan perniagaan di kawasan kampung dalam persekitaran lebih terjamin," katanya.

Katanya, MIV merangkumi penyelesaian sambungan rangkaian termasuk penerima tenaga solar untuk membekalkan tenaga kepada komputer di kawasan pedalaman, perkakasan penghantar isyarat jalur lebar dan Internet.

"MIV membabitkan komponen tidak berkompromi terhadap sambungan Internet, kandungannya, aplikasi dan perkakasan sambil melatih usahawan mengenai model perniagaan yang perlu dikaji," kata Steven.

Beliau menyarankan penyelesaian menyeluruh merangkumi pembekalan tenaga stabil dan pembangunan prasarana Internet kawasan luar bandar termasuk stesen pangkalan.

Syarikat teknologi, Eltek Valere (M) Sdn Bhd menghasilkan peranti yang mampu menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenaga solar bagi menghidupkan stesen pangkalan, hab rangkaian Ethernet dan modem.

Pengurus Besar Operasi Kejuruteraannya, Wan Nor Asmadi, berkata syarikatnya menghasilkan penyelesaian solar hibrid menerusi HE Solar Charger yang menyerap cahaya bagi menjana tenaga elektrik.

"Komuniti luar bandar kerap mengalami keputusan tenaga yang menjadi masalah utama untuk menghidup prasarana Internet di kampung," katanya.

HE Solar Charger menghasilkan tenaga cukup untuk menghasilkan elektrik pada waktu siang digabungkan dengan bateri yang menyimpannya bagi kegunaan waktu malam.

"Matahari adalah sumber tenaga yang di negara beriklim khatulistiwa dan kita patut memanfaatkannya sebaik mungkin," kata Asmadi.

Sementara itu, Pengurus Penyelesaian Akses Rangkaian Ericsson Asia Tenggara, Moorthi Ramasamy, berkata sambungan Internet di kawasan desa boleh menggunakan stesen pangkalan radio berasaskan protokol Internet (IP).

"Stesen terbabit mampu menyokong kepadatan IP dan capaian rangkaian untuk mengurangkan keupayaan yang diperlukan oleh 'backhaul' secara mendadak iaitu sehingga 80 peratus bagi trafik suara.

"Ini bermakna penjimatan dapat dilakukan apabila backhaul boleh digunakan untuk menghantar data yang boleh dimanfaatkan masyarakat desa," katanya.

Moorthi berkata, stesen terbabit mampu memampatkan data menggunakan teknologi ABIS yang dijana menerusi satelit.

"Satelit akan membekalkan isyarat kepada ABIS yang memproses data dan membahagikannya secara bijak untuk rangkaian seperti GPRS, Edge, 3G dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, teknologi pintar ABIS mengelakkan 'tragedi' kekurangan lebar jalur dan mampu berkongsi dengan trafik suara.

"Seperti diketahui bahawa telefon bimbit adalah medium utama rakyat negara ini dan kita perlu menggunakan sebaik mungkin bagi mendapatkan capaian Internet," katanya.

Ericsson berupaya menghasilkan sambungan jalur lebar stabil menggunakan ABIS yang memampatkan data bagi menghasilkan kapasiti terbaik untuk kawasan luar bandar.

Dalam pada itu, Steven memaklumkan langkah terbabit boleh memberikan pengguna di desa mendapatkan telefon bimbit semurah RM150 untuk mengakses Internet walaupun mempunyai kapasiti lebar jalur terhad.

Arkitek Ericsson Malaysia, Wong Siew Wai, pula berpendapat masalah kandungan yang berat untuk telefon bimbit berkapasiti rendah boleh dielakkan melalui platform penghantaran perkhidmatan mudah alih (MSDP).

"MSDP menukar format laman web mengikut kesesuaian sambungan telefon bimbit pengguna," katanya.

Menerusi kerjasama dengan pihak berkenaan, kandungan berat seperti grafik dan aplikasi boleh dikurangkan yang mempercepatkan pelayaran Internet.

Dalam pada itu, Presiden Ericsson Malaysia, Krishnakumar Guda, berkata sambungan Internet boleh dicapai menerusi telefon bimbit yang menjadi peranti utama kepada penduduk di negara ini.


Sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20091223102242/Article/indexv_html



Dakwah tanggungjawap semua umat Islam

Semoga artikel ini membakar semangat kita untuk berdakwah, terutama di bumi dibawah bayu ini.


Emel saluran dakwah Sarah


SARAH Joseph (kiri) menghadiahkan naskhah emel isu Eco-Jihad kepada Putera Charles (kanan).


PADA usia 13 tahun, abang kandungnya telah memeluk Islam. Alasannya mudah, kerana perkahwinan. Pada masa itu, Sarah Joseph, antara penganut kuat fahaman Roman Katolik sangat membenci keputusan abangnya itu, sekali gus menuduhnya sanggup menjual keyakinan hanya kerana seorang wanita.

Tambahan pula, Islam adalah sesuatu yang asing dan sangat menakutkan. Ini kerana pada masa itu beliau sekadar mengetahui sisi negatif Islam menerusi pembacaannya di media massa.

"Hakikatnya, prasangka buruk tentang Islam sukar untuk hilang. Saya tahu perasaan takut itu wujud kerana saya belum tahu Islam yang sebenarnya. Lantas, saya putuskan untuk mencari informasi tentang Islam kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak ketika itu.

"Tak berapa lama selepas itu, saya mengambil keputusan meninggalkan ajaran Katolik. Ia bukan kerana saya tertarik dengan Islam tetapi kecewa dengan aturan paderi besar yang berpusat di Rom.

"Keputusan itu juga tidak bermakna saya memilih Islam. Waktu itu saya "kosong". Saya masih berusaha mencari Tuhan. Dalam pencarian itulah, Islam hadir dalam hati ini. Islam menjawab semua pertanyaan saya, terutama tentang konsep Triniti. Seperkara lagi, al-Quran tidak mengalami perubahan sama sekali, berbeza dengan Injil," akui Sarah yang akhirnya mengucap dua kalimah syahadah pada usia 16 tahun.

Kata Sarah lagi, ibadah solat turut menjadi faktor kepada pengislaman beliau. Acap kali melihat perbuatan duduk antara dua sujud serta menundukkan kepala ke sejadah, saat itulah terserlah dan terbuktinya kepatuhan seorang hamba kepada Penciptanya.

Sarah mengakui pada peringkat awal, agak sukar baginya untuk merealisasikan Islam di dalam diri dan kehidupan. Terutama dalam usaha menjelmakan ajaran Islam ke dalam keluarga dan lingkungan sosial.

"Ibu bapa saya tidak bersetuju dengan rancangan saya untuk masuk Islam. Malah penolakan keras mereka semakin terserlah bila saya membuat pilihan mengenakan jilbab (bertudung kepala).

"Saya faham keluarga menentang keras kerana takut saya menjadi seorang yang lain. Saya tidak salahkan mereka, kerana fahaman mereka yang liberal. Boleh dikatakan proses penerimaan itu mengambil masa bertahun lamanya. Alhamdulillah, kini mereka sangat bahagia dan mereka senang dengan jalan hidup yang saya pilih dan ternyata ia pilihan yang betul dan benar," jelas Sarah sentiasa berdoa agar ibu bapanya juga menerima cahaya Islam.

Wanita kelahiran kota London itu menempuh pintu lain dalam menterjemahkan Islam untuk dunia Barat. Lantas, Sarah, 37 tahun, telah menerbitkan majalah emel, sebuah majalah khas yang mengupas gaya hidup Muslim dengan sasaran bukan Islam.

Majalah ini pertama kali diterbitkan pada 2003 dan hanya dijual di kedai-kedai buku Islam. Namun lama-kelamaan, ia telah berjaya menarik pembaca bukan Islam sehinggalah bermula September 2005, edarannya mula diperluaskan. Kini emel beroperasi di Whitechapel, timur London, memiliki edaran di 30 buah negara. Ia juga boleh diakses di Internet (www.emelmagazine.com)

Dalam sebuah wawancara dengan akhbar harian The Guardian terbitan di London, wartawan produktif ini ada menjangkakan bahawa Islam mempunyai peranan besar dalam menyelesaikan permasalahan dunia pada masa hadapan. Malah, beliau juga banyak menekankan bagaimana seharusnya seorang Muslim yang bermukim di negara Barat berperilaku dan ia tidak mustahil direalisasikan sungguhpun imej Islam sering dicalar dengan pelbagai kecaman dan tohmahan yang negatif.

menjelaskan Islam

"Saya rasa Muslim di Barat memiliki tanggungjawab untuk menjelaskan Islam pada kalangan Barat. Saya melihat Islam mempunyai keupayaan memberikan yang terbaik. Syaratnya, mereka harus terlebih dahulu melihat Islam sebagai sebahagian daripada penyelesaian dan bukan sebahagian daripada masalah yang harus dijauhi.

"Islamophobia dan anggapan Islam agama keganasan adalah satu fenomena yang sedang menular di dalam masyarakat Barat, tetapi kita sedang mencari jalan untuk membetulkannya. Menerusi emel yang menampilkan gaya hidup Islam merangkumi fesyen, hiasan dalaman, kewangan, keusahawanan, kesihatan, makanan hingga kisah kemasyarakatan, hobi dan penemuan ilmuwan Islam di masa lampau, diharap Islam lebih difahami.

"Kami ingin tampilkan sesuatu yang lain. Hal-hal normal yang berlaku dalam Islam, yang tak banyak diketengahkan, cuba ditonjolkan. Ia supaya bukan Islam jelas bagaimana agama Islam itu sebagai satu cara hidup. Kami menawarkan jendela masuk ke komuniti Islam, jauh daripada sekadar ungkapan-ungkapan berbau klise," kata Sarah yang pernah mendapat undangan mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Pun begitu, Sarah menyimpan sedikit kerisauan apabila melihat kerakusan beberapa media yang sewenang-wenangnya menokok-tambah berita-berita tentang Islam.

"Jika orang ramai dimomokkan dengan kisah-kisah tidak benar tentang Islam, lambat laun ia akan memburukkan lagi imej Islam yang sudah sedia dilabel negatif, sekali gus menimbulkan ketakutan bukan Islam untuk mengenali Islam. Maka ini tidak sihat bagi masyarakat kami," kata beliau.

Akui Sarah lagi, perilaku segelintir Muslim yang tidak Islamik, juga tidak membantu merubah imej Islam di Barat. Satu keji selidik yang dibuat pada 2002, mendapati 70 peratus masyarakat Britain tidak mengetahui apa-apa, bahkan tidak peduli sama sekali apa itu Islam. Mereka fahami Islam hanya berdasarkan informasi daripada media sahaja. Sayangnya, media pula tidak menunjukkan Islam atau memberi gambaran Islam yang sebenar.

Oleh itu, saran Sarah, adalah terletak di bahu setiap Muslim di Britain untuk bersikap proaktif dalam mempamerkan perkara-perkara positif dalam Islam. Malah beliau berkeyakinan padu bahawa Allah SWT telah menciptakan dunia ini, jadi, di Barat juga adalah sesuai untuk seorang Muslim mempraktikkan kepercayaannya.


Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Pengislaman 5 sekeluarga

Pada 26/12/2009 aku mendapat berita bahawa sahabat aku diminta oleh seorang sahabat yang berada di KL supaya membantu unutk mengislamkan 5 sekeluarga di Tamparuli. Aku merasa terpanggil untuk bersama-sama dengan beliau dan seorang lagi sahabat. Inilah sumbangan kecil yang boleh aku berikan. Pada jam 10am kami memulakan perjalanan drpd KK dengan menaiki kenderaan Navara sahabat kami. singgah sebentar di Tuaran untuk minum pagi kemudian dalam jam 10.45am kami terus ke lokasi tempat pengislaman akan dibuat. Boleh tahan juga jalan unutk kesana, alhamdulillah kami menukar hasrat menggunakan saga kepada navara, kalau tidak sukar juga kami nak melalui jalan dikampung tersebut.

Selesai upacara pengislaman dan menikmati jamuan yang disediakan oleh saudara kepada saudara-saudara baru yang baru sahaja memeluk Islam itu kami pun meminta diri untuk pulang.
Aku berharap mereka akan istiqamah dengan Islam dan mempelajari Islam. Kami akan berusaha membantu membangunkan rohani dan jasmani saudara-saudara baru di Kg tersebut.


Sekian dulu