Apabila membaca berita harian versi online 30.4.07 yang tajuk Blair bakal hadapi kekalahan teruk, kebetulan BN baru sahaja mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Ijok yang penuh dengan tindakan tidak demokrasi dalam negara yang kononya mengamalkan demokrasi tapi sebenarnya tipukrasi. Kalau di Britain, demokrasi mereka adalah telus dan semua parti mendapat hak yang sama dimedia dan SPR mereka tidaklah berperangai seperti SPR kita. Parti-parti mendapat ruang bagi menyiarkan Siaran Parti masinh-masing biasa mengandungi manifesto pati mereka dan ketua-ketua parti mendapat peluang muncul di TV bagi menjelaskan polisi parti masing-masing.
Bilakah agaknya demokrasi sebenar akan kembali di tanahairku
Blair bakal hadapi kekalahan teruk
LONDON: Parti Buruh diramal mengalami kekalahan teruk dengan kehilangan sehingga 600 kerusi, termasuk di ibu negara dalam pilihan raya tempatan, Khamis ini.
Lebih 10,000 kerusi di 311 majlis tempatan dipertandingkan dalam pilihan raya tempatan terbesar sejak empat tahun lalu.Akhbar The Sunday Mirror melaporkan semalam, ramalan pahit oleh kalangan perancang strategi Buruh, menjadikan parti pemerintah yang diketuai Perdana Menteri Tony Blair, bakal menyaksikan antara kekalahan paling teruk pernah dialaminya.
Mengikut hasil tinjauan dalamannya, Buruh diramal kehilangan antara 500-600 kerusi pada peringkat majlis tempatan.
Parti itu juga dijangkakan hanya memperoleh 5,500 kerusi dan kehilangan majlis tempatan dikuasai Buruh di wilayah tenggara dan barat negara itu.
Kerajaan Blair sememangnya bimbangkan Parti Nasionalis Scottish (SNP) menjadi parti terbesar di utara dalam pemilihan Parlimen Scotland yang juga jatuh pada Khamis.
Kejayaan SNP pasti memberi tamparan hebat kepada calon disebut bakal Perdana Menteri baru Britain, Gordon Brown yang juga anak jati Scotland.
Brown bagaimanapun masih berpeluang mendengar berita baik menjelang pengumuman peletakan jawatan Blair pada 9 atau 10 Mei depan. Ini disebabkan Setiausaha Kebudayaan Tessa Jowell dijangka menjadi anggota pertama Kabinet Blair membuat pengesahan rasmi menyokong Brown.
Brown berdepan saingan daripada Setiausaha Dalam Negeri John Reid dan bekas setiausaha kementerian itu, Charles Clarke, dalam usahanya menjadi pemimpin baru Buruh menggantikan Blair.
Selain itu, Parti Buruh juga dijangka dikalahkan Parti Plaid Cymru dalam rebutan kerusi Parlimen Wales.
Secara keseluruhan, sumber Buruh mengakui bimbang kemungkinan parti itu menduduki tempat ketiga dengan hanya memenangi 25 peratus undian berbanding 38 peratus oleh saingan utamanya, Parti Konservatif dan Liberal Demokrat, sebanyak 28 peratus.
“Parti Konservatif terbukti tidak berpengaruh di wilayah utara tetapi kami menjangkakan akan kalah besar di tangan Liberal Demokrat di selatan, khususnya di London,” kata seorang menteri kanan yang enggan dikenali. – Agensi
No comments:
Post a Comment