Friday, October 07, 2005

Manfaatkan E-Pembelajaran MyGfl

Tahniah kepada pihak penganjur, semoga memberi manfaat kepada rakyat, walaupun MSC dah hampir 10 tahun berjln di M'sia. Saya harap diadakan ditempat lain tanpa mengira fahaman politik mereka.


Belajar menjahit di web Penduduk Sg. Gulang-gulang manfaat MyGfL


PENDUDUK Kampung Sungai Gulang-gulang di Kuala Selangor belajar menjahit baju kurung dan baju melayu melalui bengkel MyGfl, baru-baru ini.

PENDUDUK Kampung Sungai Gulang-gulang, Kuala Selangor tidak menyangka yang mereka boleh meningkatkan taraf hidup menggunakan Internet seperti mempelajari cara menjahit baju kurung menggunakan modul berasaskan web.

Projek perintis MIMOS Berhad itu telah membolehkan mereka berbuat demikian dan tepat pada masanya kerana 20 orang peserta bengkel tersebut telah pun mengambil tempahan baju kurung untuk sambutan Hari Raya.

Bengkel menjahit itu yang dikendalikan oleh MIMOS Berhad dengan

kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) adalah sebahagian daripada siri khidmat masyarakat di bawah projek perintis Malaysian Grid for Learning (MyGfL) yang bermula April lalu.

Projek MyGfL ini adalah selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke arah langkah-langkah yang berkesan untuk merapatkan jurang digital bandar-desa.

``MIMOS percaya bahawa kunci kepada pembabitan masyarakat luar bandar di dalam kemajuan ICT ialah kewujudan kandungan e-pembelajaran yang sesuai dan berguna kepada golongan ini,'' kata Rohani Ismail, Ketua Makmal Teknologi E-Pembelajaran, Pengkomputeran Pervasif, MIMOS Berhad.

``Bengkel tersebut disampaikan melalui MyGfL, enjin e-pembelajaran berasaskan web yang dibangunkan di makmal MIMOS.

``Ia membuktikan bahawa masyarakat desa akan menggunakan ICT jika mereka yakin ia dapat memperbaiki kehidupan seharian dan meningkatkan keupayaan belajar dan kemahiran skil,'' tambah Rohani.

Pelatih KEMAS, Fatimah Mohd Tahir, berkata bahawa modul menjahit MyGfL menyampaikan teknik menjahit secara standard dan membolehkan peserta yang tiada latihan formal menjahit baju kurung atau baju melayu walaupun belum pernah dilatih di dalam bidang jahitan.

Berpengalaman mengadakan bengkel menjahit di kawasan luar bandar selama 20 tahun, beliau mendapati MyGfL boleh mengurangkan masa latihan sebanyak 40 peratus.

Fatimah menyokong penuh kursus dalam talian MyGfL dan berkata, bahawa beliau akan mempromosi laman web MyGfL di bengkel-bengkel khidmat masyarakat beliau yang lain kerana ia berguna untuk pelbagai skil latihan.

``Bukan sahaja proses pembelajaran lebih menarik dan visual, peserta juga boleh menyemak kembali nota mereka selepas bengkel dan terus memperbaiki hasil kerja mereka.

Inisiatif MIMOS-KEMAS ini tepat pada masanya kerana sebahagian daripada para peserta sudah mula mengambil tempahan baju kurung untuk Hari Raya,'' tambah Fatimah.

Peserta bengkel, Norashikin Md. Yatim, pegawai perpustakaan kampong tersebut berkata, bengkel men-

jahit My GfL telah membantu saya memperbaiki teknik jahitan saya. Saya masih terus berhubung dengan pelatih KEMAS melalui e-mel selepas bengkel untuk tips tambahan.''

``Dengan skil yang ada, saya bercadang untuk mengambil tempahan baju kurung secepat mungkin dan juga merancang untuk membuka kedai jahit sendiri. Semoga MIMOS akan menambah modul menjahit, mungkin untuk baju cheong sam atau sari,'' tambah Norashikin.

MyGfL ialah portal penyampaian kandungan yang mampu untuk mengendalikan pelbagai jenis komponen pembelajaran dan sebahagian daripada penduduk Kampung Sungai Gulang-Gulang telah mengambil langkah yang seterusnya dengan mengambil gambar hidangan istimewa keluarga untuk diposkan di MyGfL- bersama dengan resipi dan petua memasak.

Bercakap mengenai usaha tersebut, Rohani berkata, ``Kami menggunakan teknologi untuk meningkatkan kehidupan dan sosio-ekonomi penduduk kampung untuk merapatkan jurang digital - setakat ini sambutan adalah menggalakkan.''

Katanya, peserta yang tidak biasa langsung dengan komputer boleh melayari dan menikmati kepelbagaian kandungan pembelajaran MyGfL di dalam masa hanya 30 minit.

``Kami memantau dan mengikuti kekerapan pelayaran oleh para peserta selepas bengkel tersebut untuk mengetahui minat mereka dan menilai sama ada kandungan MyGfL berkaitan dengan mereka. Kami juga mengalu-alukan maklum balas tentang kandungan pembelajaran yang mereka inginkan di MyGfL,'' tambah beliau.

MyGfL ialah inisiatif e-pembelajaran kebangsaan yang dibangunkan oleh MIMOS untuk mempromosi dan menyokong agenda pembelajaran berterusan di Malaysia melalui penggunaan ICT.

Ia menyediakan sistem dan alat serta menyatukan semua pemain di dalam eko-sistem untuk menyertai rantaian pengurusan nilai e-pembelajaran dan menjadi sebahagian daripada grid pembelajaran kebangsaan. Ia juga menyediakan tahap piawai untuk memastikan penepatan and penggunaan amalan terbaik di dalam e-pembelajaran.

MyGfL (http://www.mygfl.net. my) ialah pusat setempat kandungan pembelajaran dalam talian yang berkualiti dan bertujuan untuk mempromosi dan menyokong agenda pembelajaran berterusan di Malaysia.


Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

1 comment:

Marcel Heersema said...

AOL buys Weblogs to boost its blog presence
America Online Inc. will inherit Engadget, Autoblog and other popular Web journals as part of a $25 million deal announced Thursday that expands AOL's presence in the blogging community and the company's ...
Hi,

I am into the money making business and stumbled upon this incredible opportunity.

I have a buy iraqi dinar blog. On a daily basis I post here buy iraqi dinar related stuff!

Grab a cup of coffee and enjoy and use what you want.
Ohterwise I am sorry to have bothered you!

Regards Marcel.