Gaya hidup elit ditolak rakyat - Salahuddin KUALA LUMPUR, 13 Apr (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengingatkan pemimpin parti tersebut agar menolak gaya hidup elit yang boleh menghakis sokongan rakyat. Ketuanya, Salahuddin Ayob dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menegaskan antara sebab PAS mendapat sokongan rakyat kerana pemimpinnya mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat. "PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka."Golongan muda juga memberikan sokongan kepada PAS gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati yang selama ini menjadi antara tonggak kekuatan PAS" katanya. Beliau juga menegaskan golongan muda menolak Umno kerana mereka muak dengan gaya hidup elit pemimpin parti itu dan sukar didekati. Jika pemimpin PAS mengamalkan gaya hidup elit tegas beliau tidak mustahil golongan muda akan menolak parti itu. Beliau juga menegaskan, PAS juga akan jatuh jika tidak mengekalkan identiti yang lebih merakyat dan cara hidup sederhana./wannordin _
Friday, April 17, 2009
Jangan silap langkah
Gaya hidup elit ditolak rakyat - Salahuddin KUALA LUMPUR, 13 Apr (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengingatkan pemimpin parti tersebut agar menolak gaya hidup elit yang boleh menghakis sokongan rakyat. Ketuanya, Salahuddin Ayob dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menegaskan antara sebab PAS mendapat sokongan rakyat kerana pemimpinnya mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat. "PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka."Golongan muda juga memberikan sokongan kepada PAS gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati yang selama ini menjadi antara tonggak kekuatan PAS" katanya. Beliau juga menegaskan golongan muda menolak Umno kerana mereka muak dengan gaya hidup elit pemimpin parti itu dan sukar didekati. Jika pemimpin PAS mengamalkan gaya hidup elit tegas beliau tidak mustahil golongan muda akan menolak parti itu. Beliau juga menegaskan, PAS juga akan jatuh jika tidak mengekalkan identiti yang lebih merakyat dan cara hidup sederhana./wannordin _
Tuesday, April 07, 2009
Syukur, Allah kabulkan doa semua


Lama aku tak dpt membuat post ke blog , lupa password, jenuh dok cuba mengingati. Akhirnya tanggal 7/4/09 baru aku teringat. Jadi aku post tentang Kemenangan PR di dua bukit lah. Aku berharap kemenangan yang dianugreahkan Allah itu akan dimanfaatkaj sebaiknya untuk membangunkan rakyat diparlimen tersebut serta DUN yang berkenaan. Semoga PR akan lebih mantap, jangan ada lagi pertelingkahan yang hanya menguntungkan BN, kleak rakyat akan merasa bosan. Jangan buat sebagaimana BN.


Thursday, July 10, 2008
UMNO/ BN sudah tak relevan
Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN
| Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Thu | Jul 10, 08 | 4:35:35 pm MYT | |
| Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan. Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?). Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air. Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran. Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara. Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno. Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini. Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun. Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan. Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai. Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior". Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu? Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa �Ajam kecuali dengan taqwa." Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu. Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu. Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni. Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT. Saya cuma sedut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu. Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi. Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan. Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni. Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat. Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini. Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam. Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi. Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri. Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama�, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa. Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an. Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan. Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi. Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat. Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan. Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali. Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 � 2004, misalnya, tidak berunsur politik? Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN. Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau. Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam. Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan. Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi! Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia. Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu. Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas. Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif. TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT |
Friday, March 28, 2008
PRU-12 Satu ujian.
Bekerja keraslah untuk menjaga kemenangan - Dr Haron Din
Fri | Mar 28, 08 | 10:10:58 am MYT | |
| SOALAN: PAS dan BA memperolehi kemenangan terbesar sepanjang sejarah perjuangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Apakah komen Dato' tentang kemenangan tersebut? Sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS, apakah nasihat kepada pemimpin dan ahli PAS di era kemenangan ini? - Mustafa Bakri, Pokok Sena JAWAPAN: Komen saya mudah. Kemenangan ini adalah suatu anugerah Allah, seperti yang tersebut dalam al-Quran menerusi firman Allah (mafhumnya): "Dan Allah tidak menjadikan pemberian bantuan kemenangan tersebut melainkan sebagai khabar gembira bagi kemenanganmu, dan untuk ketenteraman hatimu. Kemenangan tersebut adalah pertolongan dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah ali'Imran, ayat 126) Kemenangan ini juga suatu nikmat dari Allah. Nikmat wajib ditangani dengan sebaik-baiknya. Allah memperingatkan kita dalam firman-Nya (mafhum): "Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan bahawa sesungguhnya jika kamu bersyukur di atas nikmat-Ku, pasti akan ditambahkan lagi nikmat itu. Dan jika kamu mengkufurinya, maka sesungguhnya azab aku tersangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7) Kemenangan dalam pilihan raya menerusi sistem demokrasi di Malaysia, bukannya kemenangan mutlak. Iaa adalah relatif buat seketika untuk tempoh dalam lingkungan lima tahun. Selepas itu apa pun boleh berlaku. Apa sahaja yang tidak disangka-sangka mungkin boleh berlaku lagi. Kemenangan tersebut bukanlah kekal selama-lamanya, bergantung kepada anugerah Allah. Sekiranya kita berpegang dengan petunjuk-Nya, kita akan memperolehi lebih banyak pertolongan daripada Allah SWT. Kemenangan dalam bidang apa pun adalah suatu anugerah Allah yang wajib diterima dan disyukuri nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya. Mensyukuri nikmat tersebut bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah atau menyembelih haiwan ternakan atau berkenduri besar atau berceramah sahaja. Yang lebih penting, kita mesti bersyukur dengan meningkatkan nilai pengabdian kita ke hadrat Allah SWT, lebih komited dengan iman dan takwa. Kita mesti lebih bersungguh-sungguh hendak melaksanakan perintah Allah, lebih patuh kepada ajaran-Nya dengan mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Di samping itu jangan lalai dan lupa dengan janji-janji kita dengan pengundi-pengundi yang senantiasa menunggu hak rakyat ditunaikan. Sebagai umat Islam, jika tidak kita pejuang-pejuang PAS yang melaksana hukum-hukum Allah, maka siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk memartabatkan agama Allah, kalau tidak kita. Kerana itu Allah sudah memberi petunjuk dan panduan, yang memberi anugerah kuasa memerintah. Apa yang sepatutnya dilakukan, misalnya dalam firman Allah SWT (mafhumnya): "Golongan yang diberi kuasa untuk memerintah di muka bumi ini, hendaklah mereka (memperkukuhkan hubungan dengan Allah) mendirikan sembahyang dan (menjaga kepentingan golongan bawahan) menunaikan zakat, dan menegakkan yang makruf, membasmi yang mungkar dan berserahlah kepada Allah, yang kepada-Nya kembali segala urusan." (Surah al-Hajj, ayat 41) Nabi Sulaiman a.s., ketika Allah mengurniakan kepadanya kekuasaan dan kelebihan yang nyata dengan pelbagai keajaiban, baginda menyebut seperti yang dalam al-Quran (mafhumnya): "...Ini adalah suatu kurnia dari Tuhanku, untuk menguji daku, apakah aku bersyukur atau aku kufur kepada-Nya. Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya, dan barangsiapa yang kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah." (Surah an-Naml, ayat 40) Ingatlah apa yang berlaku dalam sejarah awal Islam padazaman silam, ketika Allah menguji para sahabat dengan kesusahan dan bala bencana, termasuk kezaliman musuh ke atas mereka sehingga ada yang korban syahid, mereka tahan diuji. Apabila Allah menguji mereka dengan kemenangan, maka ada yang kecundang, khususnya dalam Perang Uhud, apabila harta rampasan perang bersepah di hadapan mata, tentera Islam yang diperintah mempertahankan Bukit Rumaah di Uhud, tidak sabar berhadapan dengan kilauan kemenangan sehingga sanggup melanggar perintah Rasulullah s.a.w. Hasil daripada kesilapan itu, akhirnya mereka kecundang. Allah menceritakan perihal ini dalam firman-Nya (mafhum): "Dan sesungguhnya Allah telah menunaikan janji-Nya kepada kamu, ketika kamu mengalahkan musuh kamu dengan izin-Nya (di awal Perang Uhud), sampai kepada saat kamu lemah dan berselisih faham, sama ada hendak terus mematuhi perintah Rasulullah, ataupun melanggarinya, setelah Allah menguji kamu dengan memperlihatkan kemenangan yang sementara. Antara kamu yang mengkehendaki kesenangan dunia, ada yang mengkehendaki akhirat, (oleh kerana ada yang mengkehendaki kesenangan dunia) kemudian Allah menewaskan kamu untuk menguji kamu. dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu dan Allah memberi limpah kurnia yang banyak untuk orang-orang yang beriman). (Surah ali'Imran, ayat 152) Ambillah iktibar tersebut, sentiasa beringat dengan nikmat tersebut dan hargai anugerah-Nya, jangan lupa diri dan berlaku adil dalam semua urusan kerana sifat adil itu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Bekerja keraslah untuk menjaga kemenangan kerana kemenangan itu sifatnya sementara, melainkan dengan pertolongan Allah jua ia akan kekal. Waalhua'lam. - lanh |
Friday, November 23, 2007
Mengapa dan kenapa?
Saya merasakan ini adalah bukti lagi dimana gagalnya kerajaan B-End mengukuhkan bidang pendidikan dinegara kita. Saya merasakan perkara ini berlaku adalah kerana urusan universiti diganggu oleh orang2 politik dan gangguan ini menyebabkan para NC sibuk dengan politik dan mengipas boss mereka tanpa mempedulikan apa yg berlaku kepada universiti.
KUALA LUMPUR: Tidak ada satupun universiti di Malaysia disenaraikan dalam ranking 200 universiti terbaik dunia 2007 oleh Times Higher Education Supplement (THEs), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed semalam.
Sambil memandang serius keputusan itu, Mustapa melahirkan tekad untuk mempertingkatkan kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Ogos lepas.
Tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diletakkan dalam kedudukan 185 dalam ranking itu manakala Universiti Malaya pada ranking 192.
Menurut Mustapa bagi tahun ini, kaedah yang digunakan untuk membuat ranking oleh Ququarelli-Symmonds (Qs), sebuah syarikat swasta British bagi pihak THES diubah, yang menurut syarikat itu bertujuan menjadikan kajian lebih tepat.
"Akibatnya ranking bagi hampir semua institusi yang tersenarai, termasuk yang berada dalam kedudukan 20 terbaik dunia juga berubah," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mustapa bagaiamanpun tidak menyatakan ranking keduadua universiti itu tahun ini.
Sehubungan itu beliau mahu semua IPT tempatan melipatgandakan usaha untuk menambahbaik prestasi institusi masing-masing agar tergolong di kalangan universiti terbaik dunia.
"Dalam penilaian ranking THES, 60 peratus markah diberi kepada penilaian kepakaran (40 peratus) dan "Citation" (20 peratus). Oleh yang demikian saya sudah mengarahkan semua Naib Canselor menjadikan reputasi akademik sebagai strategi utama dalam inisiatif penambahbaikan institusi mereka.
"Bagi saya, jelas bahawa reputsi akademik sesuatu institusi adalah sangat penting kerana ia berlandaskan kegiatan akademik seperti penerbitan, pembentangan kertas kerja dalam persidangan yang berimpak tinggi dan jaringan akademik," katanya.
Beliau berkata sejak dua tahun kebelakangan ini para naib canselor IPT tempatan memberi perhatian khusus terhadap ranking THES dan melaksanakan pelbagai usaha penambahbaikan.
Katanya iltizam kementerian serta IPT adalah jelas menerusi pelancaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan Pelan Tindakan 2007-2010 Ogos lepas, namun begitu hakikatnya segala usaha yang dibuat memakan masa untuk menampakkan hasil.
Mustapa berkata sejak akhir-akhir ini juga banyak usaha yang dilakukan oleh IPT tempatan untuk meingkatkan kualiti termasuk dengan memberi tumpuan terhadap Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), memperbaiki sistem penyampaian dan memperkasakan kegiatan pengantarabangsaan pengajian tinggi di Malaysia.
Sementara itu, Naib Canselor UKM Prof Datuk Sharifah Hapsah Syed Hassan Sahabudin akan mengadakan sidang akhbar di pejabatnya esok mengenai ranking universiti itu dalam THES.
Menurut kenyataan UKM, Prof Sharifah Hapsah antara lain akan menerangkan secara keseluruhan mengenai kedudukan UKM dalam bidang tertentu dan cara-cara bagaimana penilaian dibuat oleh THES. BERNAMASumber:http://mstar.com.my/cms/contentPrint.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2266ed98-c0a85062-97d5ad00-e136b7de&paging=0
Saya boleh bersetuu dgn artkel dibawah
Faktor politik punca ranking universiti tempatan merudum
| Intan Abdullah Sun | Nov 18, 07 | 3:11:11 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 18 Nov (Hrkh) - Tiada sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai di kalangan 200 universiti terbaik dunia, berdasarkan penarafan Times Higher Education Supplement (THES) tahun ini.
Tahun lepas, dua universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia. "Kita sangat kecewa apabila kedua-dua universiti yang tersenarai dalam ranking tersebut sebelum ini sepatutnya memperbaiki kedudukannya dan bukannya semakin merosot," ujar Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa. Jelasnya antara indikator atau kayu ukur yang menjadi punca kejatuhan ranking kedua-dua universiti tersebut adalah disebabkan unsur-unsur campurtangan politik dalam pentadbiran universiti dan kajian yang dijalankan tidak menepati spesifikasi rujukan pelbagai pihak. Tegasnya, para pengkaji dan mahasiswa tidak diberikan kebebasan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan. "Masalahnya, sekarang universiti kita terlalu mengongkong dan terlalu banyak unsur politiking, lebih-lebih lagi dalam soal pelantikan jawatan tinggi di peringkat pentadbiran," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Tambahnya, pelantikan yang dibuat biasanya adalah kerana kecenderungan mereka kepada parti politik pemerintah serta tidak mempunyai sebarang rekod keterlibatan dengan politik yang lain. "Hal ini adalah amalan yang menggambarkan tidak profesional kerana mencampuradukkan persoalan tersebut dengan etika keintelektualan yang dipegang oleh institusi pengajian tinggi," ringkasnya. Bahkan jelasnya lagi, suasana yang berlaku di universiti kini seharusnya mampu untuk melahirkan daya pemikiran para cendekiawan yang berkualiti serta bebas daripada keterikatan dan kongkongan politik "Memang diakui bahawa universiti-universiti di Malaysia terkenal dengan jawatan-jawatan yang diberikan kerana terdapat campurtangan politik," dakwanya. "Mereka yang dilantik perlu diteliti kelayakan mereka, bukan sekadar kecenderungan politik. Orang yang layak berada di sesuatu kedudukan pula dinafikan akibat fahaman politik yang berbeza," katanya. Bahkan tambah Dr Mujahid, ramai yang dilantik hanya kerana mereka terkenal selepas muncul di kaca televisyen dan majlis sosial tanpa menitik beratkan soal kriteria kelayakan yang sebenar. Beliau berpendapat Institusi pengajian tinggi negara seharusnya berupaya untuk menghasilkan lebih ramai tokoh-tokoh akademik yang boleh memberikan sokongan kepada semua bidang supaya boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pihak. "Kebebasan berfikir tanpa sebarang kongkongan adalah penting untuk mengelakkan daripada gejala terbantutnya kualiti idea yang dijana. "Ini kerana kesan daripada idea yang terbantut adalah mahasiswa yang dididik dengan sistem pendidikan kelas pertama dengan tidak mengetepikan unsur pembangunan spiritual. "Bagaimana hendak melahirkan generasi yang kompetitif, cemerlang jika sekiranya pandangan dan suara mereka dikongkong?" ujarnya kepada Menteri Pengajian Tinggi. Sementara itu, Dr Mujahid juga menyatakan faktor lain adalah kerana kajian-kajian yang dijalankan tidak menjadi rujukan akibat kualiti hasil kajian yang kurang memuaskan. - mks. |
sumber:http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-utama/faktor-politik-punca-ranking-universiti-tempatan-merudum.html
Thursday, August 23, 2007
Undang2 Manusia Vs Undang2 Allah
Sudah sekian lama perkara ini diperjuangan oleh Pas dan selama itulah ianya ditentang oleh UMNO sehingga terbit drpd mulut pemimpin UMNO undang2 Islam ini tidak sesuai dilaksanakan da sebagainya. Kelantan telah menggubal enekmen undang-undang Islam tetapi sampai kini tak boleh dilaksakan krn sekatan drpd pusat yg mempunyai kuasa dlm hal ini dan Terengganu sewaktu dipimpin Pas sudah menggubal perlembagaan negeri dengan meletakkan undang2 Islam,hadis,ijmak dan qias sebagai undang2 tertinggi negeri Terengganu dan enekmen undang2 Islam pun sudah siap digubal dan diluluskan tetapi dlm perlaksanaan ianya ada melibatkan persetujuan drpd Pusat dan apabila kalah 2004, BN memberi pelbagai alasan utk tidak meneruskan usaha tersebut spt undang2 Pas, kena minta Jakim kaji dulu. Kesimpulannya Pas telah berusaha dan komited dlm usaha utk menegakkan undang Islam. Kepada yang bukan Islam jangan kamu bimbang kerana undang2 Islam dijamin tidak akan menindas sesiapa kerana ianya dtg drpd tuhan yang mencipta alam ini dan juga diri kita masing. Jangan dengar fitnah UMNO berhubung dgn Islam, bertanya juga kpd Pas(parti sah sebagaimana UMNO juga bukan pengganas. Saya berharap kenyaataan ini bertepatanlah dgn perayaan menyambut 50 thn merdeka, cuma saya rasa hapuskan common law ganti dgn undang Islam. Kalau tidak selama itulah kita hidup dlm dosa terutama mereka yg diberi kuasa memerintah oleh Allah. Janganlah angkuh sangat, sudah banyak kisah umat yg engkar Allah musnahkan.
Mansuh Common Law -- Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris diganti
Oleh Zabry Mohamad
PETALING JAYA 21 Ogos – Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.
Beliau juga menegur sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law Inggeris dalam kes-kes perbicaraan tertentu.
Sambil menyifatkan mereka sebagai ‘katak di bawah tempurung penjajah’, Ahmad Fairuz menegaskan, gejala tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa.
‘‘Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita.
‘‘Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?’’ soalnya.
Ahmad Fairuz berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar mengenai pemikiran ilmiah dan sumbangan Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.
Turut hadir ialah Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah institut itu, Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Menurut Ketua Hakim Negara, kegagalan memartabatkan perundangan sendiri seolah-olah memperlihatkan Malaysia sudah ketandusan kepakaran sehingga terpaksa meminjam daripada Common Law Inggeris sejak tahun 1957.
Katanya, di Malaysia, Common Law Inggeris masih dirujuk dalam kes-kes mahkamah jika tiada akta undang-undang tempatan yang boleh dipakai sebagaimana terkandung dalam Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law Inggeris, mengutamakannya atau mengambil kira keadaan setempat dalam membuat penghakiman.
Seksyen 5 akta yang sama membenarkan pemakaian seluruh undang-undang perdagangan yang ditadbir di England melainkan jika terdapat undang-undang tempatan.
Ahmad Fairuz memberitahu, sudah tiba masanya kedua-dua seksyen tersebut dipinda dengan memansuhkan semua rujukan kepada Common Law Inggeris dan undang-undang serta kaedah-kaedah ekuiti yang ditadbirkan di England.
Sebagai ganti, menurut beliau, pengamal undang-undang mungkin boleh merujuk kepada keputusan-keputusan mahkamah di negara ini yang mengikut undang-undang tempatan dan memberi keutamaan kepada keadaan di negeri-negeri di Malaysia.
Dalam hubungan ini, beliau mahu pakar undang-undang di Malaysia bersepakat sama ada mahu meneruskan amalan merujuk kepada Common Law.
Jika sebaliknya, tegas beliau, pendekatan baru perlu diambil bagi menggantikan Common Law Inggeris yang dilihat sudah sebati dalam perundangan negara.
Beliau menambah, mungkin juga sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.
Sekiranya idea itu diterima, jelas beliau, sudah pasti keharmonian undang-undang sivil dan undang-undang syariah dapat dicetuskan sehingga memberi impak maksimum kepada masyarakat.
Pada majlis itu, Ahmad Fairuz turut melancarkan buku berjudul Permata Pengislahan Perundangan Islam yang merupakan biografi Allahyarham Ahmad Ibrahim.
Ahmad Ibrahim ialah tokoh perundangan yang banyak menyumbang kepada pembangunan perundangan di negara ini khususnya undang-undang Islam.
Beliau merupakan salah seorang peguam dalam perbicaraan kes Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela oleh keluarga Islam dan kemudian dituntut semula oleh keluarga asalnya. Perbicaraan kes Natrah mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950.
Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 82 tahun pada 17 April 1999 merupakan profesor undang-undang di Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Wednesday, August 22, 2007
Janji BA, UNDI BA?
Turunkan harga minyak, agih untung Petronas untuk basmi kemiskinan - Anwar
| Azamin Amin Mon | Aug 20, 07 | 08:57:15 AM | |
| KUALA LUMPUR,20 Ogos (Hrkh) - Jika menang pilihan raya umum akan datang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim berjanji kepada rakyat untuk menurunkan harga minyak yang semakin membebankan serta menekan kos sara hidup, di samping mengagihkan keuntungan Petronas untuk membasmi kemiskinan. Demi memastikan kemenangan tersebut, beliau menyarankan kepada seluruh rakyat mengembleng tenaga dan bekerjasama bagi merealisasikan matlamat tersebut. “Apa yang perlu adalah semua bekerja keras untuk memastikan kemenangan pada pilihanraya akan datang," katanya ketika berucap di Pahang baru-baru ini. “Sudah tentu, semua golongan tidak mengira Melayu, Cina dan India akan mendapat manafaatnya untuk dikongsi bersama,” jelasnya. Menurut Suara KeADILan online, beliau sebelum itu turut menyentuh isu kepentingan menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang jelas merugikan semua pihak serta menguntungkan kroni tertentu dan perlu digantikan dengan Agenda Ekonomi Nasional yang mempunyai dasar yang lebih adil dalam pengagihan ekonomi negara kepada semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. Beliau yang digandingkan dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memberi ceramah di hadapan 5,000 orang hadirin di Jengka 4, Pahang. Anwar dalam ucapannya turut menyelar tindakan kerajaan pimpinan Abdullah Badawi membeli jet VVIP baru bernilai RM400 juta menggunakan wang rakyat sedangkan jet yang sedia ada masih boleh dipakai. Beliau menegaskan berkali-kali dalam ucapannya bahawa rakyat sekarang sudah semakin pandai dan tidak tahan lagi dengan keburukan kerajaan UMNO/BN. Dalam masa yang sama,Anwar membidas Naib Ketua Pemuda Umno Khairy yang didakwanya menyalahguna kuasa untuk mengaut kekayaan dalam usia yang begitu muda. Anwar dengan tegas mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Khairy di atas beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat Khairy terhadapnya. Katanya, beliau mempunyai bukti yang mencukupi untuk menyaman Naib Ketua Pemuda Umno itu. Anwar dalam ucapannya turut menafikan kehadiran beliau dalam arena politik tanah air adalah untuk merampas jawatan menteri dan sebagainya. Menurut Anwar, beliau telah melalui kehidupan di dunia yang tidak pernah dirasai oleh orang lain, dari layanan sebagai Pemangku Perdana Menteri hinggalah kepada layanan seperti binatang, diaibkan dan di penjarakan selama enam tahun dimana makanan pun dibaling kepadanya seperti memberi makanan kepada binatang. “Saya telah melalui kehidupan daripada kehidupan mewah sebagai pemangku perdana menteri hinggalah kepada kehidupan hina di penjara,” katanya yang dipetik daripada Suara Keadilan online.-Az Sumber:http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9343&Itemid=28 |
Negara Kebajikan: Tema Manifesto PAS
PAS akan pastikan kebajikan rakyat terpelihara
| Ekmal Yusof Mon | Aug 20, 07 | 12:24:41 PM | |
| TAIPING, 20 Ogos (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menegaskan bahawa beliau kini sedang mempersiapkan manifesto baru PAS bagi pilihan raya umum ke-12 ini sebagai arah hala tuju pemerintahan PAS apabila menang dalam pilihan raya nanti. "Pelaksanaan manifesto tersebut yang diamanahkan oleh pimpinan parti PAS adalah termasuk PAS menawarkan negara yang berkebajikan kepada rakyat," katanya semasa berceramah di Bukit Jana, Taiping baru-baru ini. Tegasnya, PAS akan memastikan hasil sumber petroleum negara yang berbilion itu akan digunakan sebagai biasiswa untuk setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT). "Tetapi, dalam kerajaan umno dan BN sekarang ini, duit berkenaan mana perginya? Sehingga sanggup melihat para pelajar miskin dan kurang mampu terpaksa menanggung hutang yang tak mungkin boleh diselesaikan dalam sesingkat masa selepas pengajian itu," ujarnya. Selain itu, katanya di samping menumpukan kepada pembangunan negara, pembangunan kehidupan masyarakat juga tidak akan diabaikan seperti akan menurunkan kadar nilai kadar tol , minyak dan bahan bakar lainnya serta membantu kebajikan kepada yang kurang mampu dan miskin di kampung-kampung. Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan BN tidak boleh diyakini untuk membela rakyat. "Harta dan hak rakyat mereka kikis dan jual kepada orang lain dengan berbilion ringgi dari masa ke semasa. "Kalau rakyat tidak bertindak mengubah kerajaan umno/BN pada pilihan raya ini maka saya yakin rakyat akan tiada lagi tempat tinggal dan akan menjadi pengemis dinegara sendiri,"ujarnya. - mks. Sumber:http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9345&Itemid=28
|
Friday, August 03, 2007
Produk hasil penyelidikan tempatan dari TMR&D
Tahniah kpd kumpulan penyelidik yang menghasilkan produk sebagaimana diterangkan dala artikel dibawah. Semoga produk tersebut dapat memudahkan akses internet terutama dikawasan luar bandar. Harap-harap kos bagi mendapatkan alat tersebut tidaklah mahal sangat kalau tidak ia tidak membantu masyarakat menjadi celik ICT. Bukan nak merendahkan para penyelidik tetapi saya harap jangan indah khabar dari rupa. TMNet yang mencatat untung yg tak kurang banyaknya, kena berikan kembali kpd pengguna dengan menurunkan kos broadband.
ADSL HomePlug sambung soket elektrik ke Internet
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
| |
| |
Penggunaan Internet, terutamanya di rumah, memang menjadi rumit apabila pengguna terpaksa membina pendawaian baru sekiranya timbul keperluan untuk menggunakan lebih daripada satu komputer untuk mengakses perkhidmatanInternet.
Lazimnya masalah akan timbul di kalangan pengguna yang tinggal di rumah teres dua tingkat, pangsapuri dan kondominium yang mempunyai beberapa bilik.
Pada umumnya pengguna akan terpaksa meletakkan komputer berhampiran dengan modem yang disambungkan terus pada talian telefon.
Ini menyebabkan komputer yang digunakan untuk mengakses Internet tidak boleh dialihkan ke tempat lain.
Pada pandangan pengguna, ini menyebabkan mereka tidak dapat bergerak sesuka hati di dalam rumah.
Masalah ini menjadi lebih rumit dan menyusahkan pengguna apabila ramai ahli sesebuah keluarga memerlukan akses Internet.
Misalnya bapa memerlukan akses Internet bagi mencari maklumat untuk menyiapkan kerja pejabat atau kertas kerja dan anak-anak yang sedang belajar pula memerlukan Internet bagi menyelesaikan kerja sekolah.
Kini semua masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan ADSL HomePlug yang direka dan dibangunkan oleh penyelidik-penyelidik tempatan dari TMR&D.
Kerja-kerja reka bentuk peranti ini bermula pada tahun 2005 dan hasil daya usaha dan buah fikiran penyelidik-penyelidik ini serta sokongan dari ibu pejabat TM, mereka berjaya menghasilkan ADSL Homeplug.
Produk yang dibangunkan oleh Kluster Wireline & IP Access, Teknologi Rangkaian Akses, TMR&D merupakan produk pertama direka dan dibangunkan di negara ini yang menggunakan pencantuman teknologi ADSL dan PLC.
Ketua Program Teknologi Rangkaian Akses, yang juga Penyelidik Utama di TMR&D, Jaafar Mohamad Abu Bakar berkata, ADSL HomePlug membolehkan pengguna seisi rumah mengakses Internet dari mana-mana saja bahagian rumah, sama ada dari ruang tamu, bilik utama dan dapur atau dari mana-mana bahagian yang mempunyai pendawaian elektrik.
“Langkah TMR&D menghasilkan produk berkenaan adalah untuk mewujudkan persekitaran ‘One Home, Multiple Internet Access’ dan selaras dengan saranan kerajaan bagi meningkatkan Home Internet Adoption di Malaysia” katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Wireline & IP Access TMR&D, Azrin Aris berkata, produk berkenaan merupakan modem ADSL 2/2+ yang telah dipertingkatkan dengan teknologi talian kuasa elektrik jalur lebar (broadband power line) agar berupaya menyebarkan paket data melalui rangkaian elektrik yang ada di dalam rumah.
Suis data
Azrin berkata, dengan modem ADSL HomePlug bersepadu ini, rangkaian elektrik bertindak sebagai ‘suis data’ bagi seluruh rumah.
“Pengguna boleh menggunakan HomePlug Wall Adapter untuk mengubah mana-mana soket elektrik di rumah kepada port rangkaian untuk sambungan ke komputer” katanya lagi.
Wall Adapter tersebut amat mudah digunakan memandangkan ia tidak memerlukan pendawaian khas, hab berpusat atau suis.
Bukan itu saja, ADSL HomePlug juga dilengkapi dengan ‘Packet Inspection Firewall’ dan sokongan ‘Demetralized Zone’ (DMZ) bagi pilihan keselamatan penuh daripada penggodam.
ADSL HomePlug, menurut Azrin sangat sesuai digunakan di rumah-rumah, small office house office (SOHO) dan kafe siber.
Bagi tujuan keselamatan, peralatan HomePlug dilengkapi dengan 56-bit DES encryption bagi melindungi pengguna daripada pencerobohan di rangkaian elektrik.
ADSL Homeplug memenuhi keperluan pengguna yang mahu meningkatkan jumlah komputer tanpa memerlukan pendawaian data tambahan.
“Dengan peningkatan bilangan pengguna jalur lebar yang mempunyai lebih daripada satu komputer di rumah, ADSL Homeplug akan membantu pengguna berkongsi sambungan jalur lebar dalam sebuah rumah tanpa memerlukan sistem pendawaian data yang baru,” katanya.
Berdasarkan ciri-ciri yang ada pada ADSL Homeplug, ia dijangka akan menerima permintaan yang besar di kalangan pengguna.
ADSL Homeplug mudah digunakan dan dipasang pada mana-mana kediaman sama ada rumah teres, bunglow, apartmen serta kondominium.
Ia juga membantu ke arah persediaan penggunaan perkhidmatan Voice Over Internet Protocol (VOIP) di mana liputan rangkaian penuh amat diperlukan.
Azrin menambah, ciri ‘Simply Plug and Play’ yang ada pada produk ini menjadikan rangkaian rumah menjadi lebih mudah bagi semua orang dalam sebuah keluarga.
“Dengan hanya menyambung adapter ke plug, komputer atau peralatan elektronik, pengguna dapat berkongsi akses Internet, fail, muzik, video streaming di seluruh rumah tanpa sebarang masalah,” katanya.
ADSL Homeplug juga boleh membantu meluaskan liputan rangkaian WiFi yang terhalang oleh dinding konkrit.
Pengguna hanya perlu mengeluarkan kos antara RM240 hingga RM360 bagi satu set bergantung kepada bilangan ‘Wall Adapter’ yang diperlukan.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm
Surah Yassin
Nak dengar klik kat video dibahagian atas.
Thursday, August 02, 2007
UUM bersikap anti intelektual

Di pecat Kerana Tak Aku Janji

Dua pensyarah suami isteri menjadi mangsa kerakusan kerajaa UMNO BN kerana tidak mahu ikut kehendak mereka, tahniah kepada keduanya kerana sanggup berdepan dengan pemerintah yang zalim. Kerajaan seperti ini tidak akan lama, cuma masa akan menentukan, kerajaan ni macam manusia atau benda hidup yang lain, ianya ada ajal. Melihat kepada kampusnya sungguh indah namun akibat drpd politik yang mencengkam mengakibatkan menara gading hanya kedengaran gahnyashj tapi kebebasan melahirkan buah fikiran serta idea-idea yang baik untuk negara hanya tinggal impian shj, para penagjar yang tinggi lulusannya pun dicengkam oleh pelbagai sekatan.
Akujanji: UUM tuntut kolumnis malaysiakini pohon maaf
Posted on Monday, July 30 @ 05:16:17 CDT by reformis
Dari Malaysiakini
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghantar notis guaman kepada kolumnis malaysiakini Dr Azly Rahman, menuntutnya supaya memohon maaf secara terbuka berhubung artikel-artikel yang telah ditulisnya.
Notis bertarikh 5 Julai itu dihantar oleh firma guaman Azam Aziz & Co. Dr Azly, yang kini tinggal di Amerika Syarikat, telah diberi tempoh selama 14 hari (dari tarikh notis itu dikeluarkan) untuk memohon maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang.Azly, yang dipecat dari UUM pada Disember 2004 kerana enggan menandatangani Surat Akujanji, dituduh menulis artikel berunsur fitnah dengan tujuan untuk mencemar imej UUM.
Notis itu juga mendakwa bahawa penulisan Azli juga merupakan satu bentuk hasutan kepada pensyarah UUM dan universiti lain di Malaysia amnya untuk turut melakukan kesalahan disiplin (dengan tidak menandatangani Akujanji).
Sehubungan itu, notis tersebut menuntut Azlu memohon maaf secara terbuka kepada UUM serta diingatkan supaya menghentikan serta merta segala penulisan fitnah dan hasutan kamu dalam mana-mana laman web dan mana-mana medium penyiaran yang ada.
"Jika kamu enggan, cuai dan mengabaikan permintaan notis ini, kami telah menerima arahan jelas dari anakguam kami untuk memfailkan tindakan saman terhadap kamu yang akan mengandungi perintah injuksi bagi menghalang kamu daripada terus menulis artikel fitnah dan menghasut terhadap anakguam kami.
Akujanji
"Kamu juga akan bertanggungjawab terhadap segala tuntutan kos yang akan ditaksirkan kemudian," kata notis tersebut di mana salinannya juga turut dihantar kepada Naib Canselor UUM, Datuk Nordin Kardi.
Minggu lalu, satu petisyen yang ditandatangani oleh 40 profesor dan bekas profesor serta pensyarah universiti telah dihantar kepada kerajaan menggesa supaya membatalkan Akujanji tersebut.
Dalam kenyataannya, Azly berkata, beliau tidak pernah menandatangani Akujanji dalam bentuknya sekarang dan menggesa ahli akademik yang lain supaya jangan menandatangani.
"Ramai ahli akademik yang masih mempunyai keyakinan terhadap universiti awam kita. Orang ramai juga masih ada keyakinan terhadapnya. Tetapi kita mesti membuang halangan terhadap kemajuan intelektual - institusi, individu, ideologi. Kita boleh melakukannya bersama," katanya dalam satu kenyataan melalui emel.
Mengenai tulisannya, Azli yang kini sedang mengajar di Amerika berkata, ianya bertujuan untuk mendidik dan bukannya memburukkan.
“Baca dengan teliti dan fahaminya. Jika anda tidak bersetuju, sangkal secara rasional dan secara terbuka. Saya akan merasa gembira sekiranya kita dapat melakukannya melalui perdebatan yang intelektual. Itulah universiti -- dialog yang ikhlas tanpa sebarang rasa bimbang dan takut.
“Jangan minta saya memohon maaf secara terbuka bagi sesuatu yang saya tidak pasti apa dia. Jangan suruh saya berhenti menulis. Jangan ambil injuksi terhadap saya. Saya sebenarnya seorang pendidik, bukan seorang penghasut. Saya hanya menyatakan pandangan saya," tambahnya.
'Rasa hormat'
Azly juga berkata beliau mempunyai rasa "hormat yang tinggi" kepada para pelajar, kakitangan fakulti dan UUM. "Mereka sangat dedikasi, beretika dan kuat bekerja".
"Tetapi saya tidak mempunyai sebarang rasa hormat kepada 'Machiavellis" atau mereka yang menyalahguna kuasa di universiti - mereka yang membuat keputusan yang bermotifkan politik untuk mencari kemasyhuran dan mungkin kemewahan.
“Isteri saya (Dr Mutiara Mohamad) dan saya tidak berhasrat untuk memberi ikrar taat setia kepada seorang naib canselor yang mahu merencatkan kerjaya saya. Saya bercakap daripada pengalaman, banyak pengalaman peribadi mengenai perkara ini. Saya tidak berhasrat untuk bertugas di bawahnya," tambahnya.
Mutiara juga dipecat dari UUM apabila beliau enggan menandatangani Akujanji tersebut.
"Akujanji" contributing to integrity decline
Aku Janji or Pledge of Loyalty was introduced after the 1999 election which opposition's performance was very steady and left umno in shocked. They they comeout with this idea to threatened or stop the civil servant from voting or supporting opposition. The Aku janji make the civil servant confused and feel bad and the their freedom was taken away from them. This aku janji was undermined the civil servant which should not be imposed on the civil servant in a country that claim to be developing country and yet to be become developed contry in 2020. This is the link where we can see the so call Aku Janji instruction to all government agencies. http://www.jpa.gov.my/Pekeliling/pp01/pekeliling.asp?17
| | | |
Terengganu PAS commissioner Dato' Mustafa Ali said it was common practice in the 70's, 80's and early 90's for politicians from across the political divide to sit together in a forum at tertiary institutions, but this is not the practice now.
As a result, Mustafa said undergraduates graduating from local tertiary institutions tended to be docile lots who were not well versed in other matters apart from what they've studied at university.
"Once they go for a (work) interviews, they would not know how to answer questions (outside of their fields of study) especially on current issues because they had been concentrating on their studies without knowing current developments," he said referring to the Akujanji which made the system of education in university rigid and prevented healthy culture of discussions with dissenting views.
Mustafa said this in a forum on "Political Integrity with PAS, PKR and DAP youth" held at the Malaysian Institute of Integrity (IIM) here yesterday. Other panelists at the forum were Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice president Mustaffa Kamil Ayub, Democratic Action Party (DAP) parliamentary member for Kepong Dr Tan Seng Giaw and UKM Institute of Occidental Studies director Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.
The forum was moderated by Malaysia National Human Right Commission (SUHAKAM) commissioner Datuk Siva Subramaniam.
The observation resonated with some 40 former and present academicians who recently endorsed a petition calling for the revocation of the Akujanji.
They said the pledge "not only inculcated a culture of fear, passivity and uncritical thinking in the campuses" but "it has also eroded the fundamental right of freedom of association and expression that is so important to protect and enhance if our nation is to advance".
National Integrity Index to be published by February
Earlier during a briefing on National Integrity Plan (NIP) IIM president Datuk Mohd Tap Salleh said a national integrity index would be published "hopefully" by February next year.
He said a survey of "several questions" would be conducted between August and October this year but he did not reveal the total number of questions to be included in the survey as well as sampling size.
"You never know who will be knocking on your door (to do this survey)," he said. The survey will gauge integrity on the area of curbing corruption, misappropriations, abuse of power and public service efficiency and delivery.
It will also gauge integrity involving corporate and business ethics as well as in family institutions.
Mohd Tap who acknowledged the declining integrity in the country noted instances of incest cases, corruptions and crime rates as well as a study which placed Kuala Lumpur among the rudest city in the world.
"We don't even bother to say thank you here," he said.
He also revealed a survey by IIM out last year where even government servants acknowledged that some of their peers were dishonest and inefficient in discharging their duties.
He noted the drop in the Corruption Perception Index (CPI) for 2006 to the worst ever at 5, despite the formation of IIM and NIP in 2004.
Mohd Tap also voiced out dissatisfaction with those out to question the methodology used to get CPI or to come with the conclusion that KL is one of the rudest city. -ES
From:http://englishsection.com/index.php?option=com_content&task=view&id=130&Itemid=2
Friday, July 20, 2007
Antara Intan dan Kaca
Artikel 1
Forum Bersamamu Palestin diarah batal disaat akhir
| Intan Abdullah Thu | Jul 19, 07 | 07:30:09 PM | |||||||||
| KUALA LUMPUR, 19 Julai (Hrkh) - Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mohd Nur Manuty melahirkan kekesalan terhadap tindakan pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membatalkan program Forum Ummah lima jam sebelum ia dimulakan.
Program anjuran Pusat Islam UKM dengan kerjasama Ikatan Studi Islam (ISIUKM) yang akan berlangsung pada 9.15 malam ini bertempat di Masjid UKM, Bangi telah dibatalkan secara mengejut oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP), Prof Abdul Wahid Shamsudin tanpa suatu alasan yang jelas. "Saya sangat terkejut dan sehingga kini masih tidak faham rasional tindakan yang diambil oleh pihak universiti memandangkan program ini membincangkan isu yang membabitkan survival Islam di bumi Palestin dan tidak melanggar peraturan universiti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi. Menurut sumber, arahan pembatalan program diterima daripada TNC HEP kepada Pengarah Pusat Islam UKM, Dr Fauzi Naim yang kemudiannya disampaikan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam UKM, Khairul Husaini Sehingga kini, tiada arahan bertulis yang dikeluarkan kepada pihak penganjur iaitu ISIUKM dan Pusat Islam berhubung tindakan pihak pentadbiran universiti bagi menjelaskannya. Selain itu, sumber mengatakan bahawa pembatalan tersebut adalah berkaitan dengan pemilihan ahli panel yang akan menyampaikan ucapan pada program malam ini. Mengulas kenyataan tersebut, Mohd Nur Manuty hairan isu tersebut timbul sedangkan beliau sering mendapat undangan memberikan ucapan dan dalam majlis-majlis anjuran kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sebagainya. Forum yang bertemakan “Bersamamu Palestin” membariskan panelis yang terdiri daripada bekas Presiden Abim, Dr Mohd Nur Manuty dan Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Prof Madya Dr Badlihisham Mohd Nasir. Sementara itu, banyak pihak menyifatkan arahan tersebut tidak wajar kerana objektif utama penganjuran Forum Ummah adalah ingin menunjukkan solidariti terhadap penderitaan umat Islam Palestin di atas kezaliman zionis selain menyorot misteri di sebalik pertelingkahan Hamas-Fatah. Melalui program tersebut warga UKM juga khasnya berpeluang mengetahui perkembangan terkini jaringan ancaman antarabangsa terhadap kesucian Masjidil Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam. Pihak penganjur juga melahirkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan TNC HEP yang dianggap tidak bertimbang rasa, secara tiba-tiba membatalkan program tersebut selepas dua minggu publisiti dijalankan. - mns Artikel 2
Artikel 3 Demonstrasi bantah 'stupid debate' batal atas tekanan HEP UM
|
Thursday, July 19, 2007
Lama betui tak update
Pemimpin terus memperkayakan diri, rakyat dibiar merana. Pemimpin menaiki pesawat canggih, tentera disuruh guna pesawat yang layak ditamatkan perkhidmatannya. Cukup dulu setakat ini, kalau nak menulis rintihan hati ini, sangatlah banyak.
Monday, April 30, 2007
Dilapor dan tak dilapor
Apabila membaca berita harian versi online 30.4.07 yang tajuk Blair bakal hadapi kekalahan teruk, kebetulan BN baru sahaja mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Ijok yang penuh dengan tindakan tidak demokrasi dalam negara yang kononya mengamalkan demokrasi tapi sebenarnya tipukrasi. Kalau di Britain, demokrasi mereka adalah telus dan semua parti mendapat hak yang sama dimedia dan SPR mereka tidaklah berperangai seperti SPR kita. Parti-parti mendapat ruang bagi menyiarkan Siaran Parti masinh-masing biasa mengandungi manifesto pati mereka dan ketua-ketua parti mendapat peluang muncul di TV bagi menjelaskan polisi parti masing-masing.
Bilakah agaknya demokrasi sebenar akan kembali di tanahairku
Blair bakal hadapi kekalahan teruk
Akhbar The Sunday Mirror melaporkan semalam, ramalan pahit oleh kalangan perancang strategi Buruh, menjadikan parti pemerintah yang diketuai Perdana Menteri Tony Blair, bakal menyaksikan antara kekalahan paling teruk pernah dialaminya.
Mengikut hasil tinjauan dalamannya, Buruh diramal kehilangan antara 500-600 kerusi pada peringkat majlis tempatan.
Parti itu juga dijangkakan hanya memperoleh 5,500 kerusi dan kehilangan majlis tempatan dikuasai Buruh di wilayah tenggara dan barat negara itu.
Kerajaan Blair sememangnya bimbangkan Parti Nasionalis Scottish (SNP) menjadi parti terbesar di utara dalam pemilihan Parlimen Scotland yang juga jatuh pada Khamis.
Kejayaan SNP pasti memberi tamparan hebat kepada calon disebut bakal Perdana Menteri baru Britain, Gordon Brown yang juga anak jati Scotland.
Brown bagaimanapun masih berpeluang mendengar berita baik menjelang pengumuman peletakan jawatan Blair pada 9 atau 10 Mei depan. Ini disebabkan Setiausaha Kebudayaan Tessa Jowell dijangka menjadi anggota pertama Kabinet Blair membuat pengesahan rasmi menyokong Brown.
Brown berdepan saingan daripada Setiausaha Dalam Negeri John Reid dan bekas setiausaha kementerian itu, Charles Clarke, dalam usahanya menjadi pemimpin baru Buruh menggantikan Blair.
Selain itu, Parti Buruh juga dijangka dikalahkan Parti Plaid Cymru dalam rebutan kerusi Parlimen Wales.
Secara keseluruhan, sumber Buruh mengakui bimbang kemungkinan parti itu menduduki tempat ketiga dengan hanya memenangi 25 peratus undian berbanding 38 peratus oleh saingan utamanya, Parti Konservatif dan Liberal Demokrat, sebanyak 28 peratus.
“Parti Konservatif terbukti tidak berpengaruh di wilayah utara tetapi kami menjangkakan akan kalah besar di tangan Liberal Demokrat di selatan, khususnya di London,” kata seorang menteri kanan yang enggan dikenali. – Agensi
Wednesday, December 20, 2006
Peguam Syarie Menulis: Cara baik selesai status agama
Melalui artikel ini saya dapat memahami dengan lebih baik persoalan yang berlaku, tetapi saya amat kesal dengan sikpa kerajaan yang seolah-olah sambil lewa sahaja dalam menangani hal-hal seperti ini dan dalam kes Rayappan seolah-olah ada tekanan politik sehingga keadaan menjadi serabut. PM sendiri seolah-olah tidak faham undang2 dengan meminta peguam negara campur tangan dalam urusan menentukan status Islam atau tidak seseorang sedangkan ia adalah bidang kuasa mahkamag syariah. Malang sungguh M'sia mempunyai pemimpin seperti ini. Cakap berbelit-belit dan berbunga0bunga tapi isi tarak.
Kes Nyonya Tahir contoh penentuan dilaksana tanpa ketegangan
ANTARA kes M Moorthy, Nyonya Tahir dan A Rayappan, ada persamaan dan perbezaannya. Persamaannya ialah dalam ketiga-tiga kes di atas keluarga si mati menuntut mayat si mati untuk dikebumikan mengikut upacara agama selain Islam. Namun ada banyak perbezaan antara ketiga-tiga kes di atas
Dalam kes M Moorthy, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mendapat perintah di mahkamah syariah yang memutuskan Moorthy Islam pada saat kematiannya. Malangnya ketika mahkamah syariah memutuskan penghakiman itu, keluarga si mati yang bukan Islam tidak dipanggil memberi keterangan.
Mahkamah sivil pula menolak permohonan keluarga si mati kerana tidak mempunyai bidang kuasa mencampuri urusan mahkamah syariah. Akibat keputusan ini, keluarga si mati mengatakan keadilan dinafikan kepada mereka kerana mereka tidak boleh pergi ke mahkamah syariah dan juga ke mahkamah sivil.
Alhamdulillah Moorthy atau nama Islamnya Muhammad Abdullah selamat dikebumikan mengikut cara Islam kerana mahkamah sivil tidak boleh campur tangan ataupun tidak menghiraukan perintah mahkamah syariah. Namun kes ini masih lagi dirayu di Mahkamah Rayuan Sivil.
Bagi kes Nyonya pula, perjalanan kes ini agak teratur dan tidaklah menimbulkan sebarang ketegangan. Ini adalah kerana keluarga Nyonya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mahkamah syariah dalam mencari keadilan. Keluarga si mati hadir ke mahkamah memberi keterangan dan bukti yang menunjukkan Nyonya tidak mengamalkan Islam.
Walaupun seorang perempuan yang dilahirkan dalam keturunan Melayu, Nyonya diisytiharkan bukan Islam pada saat kematiannya oleh Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Keluarga Nyonya tidak memfailkan sebarang tuntutan di mahkamah sivil. Kes ini menunjukkan keadilan mahkamah syariah dan mahkamah syariah bukan hanya membuat keputusan berpihak kepada orang Islam saja.
Apa yang penting di mahkamah syariah ialah bukti yang dibawa di hadapannya. Penyelesaian kes Nyonya adalah contoh bagaimana sesuatu pertikaian itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Nyonya disemadikan mengikut agama Buddha.
Amat berbeza pula apa yang berlaku di Selangor dalam kes Rayappan. Dalam kes ini Majlis Agama Islam Selangor memfailkan permohonan yang antara lain memohon pengisytiharan Rayappan adalah seorang Islam pada saat kematiannya.
Pada 1 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan antara lain bahawa Allahyarham Rayappan Islam pada masa kematiannya. Namun ketika keputusan itu dibuat keluarga si mati yang bukan Islam juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan.
Semakan dibuat oleh Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan memutuskan waris si mati perlu dipanggil untuk memberi keterangan di samping mengekalkan perintah bahawa si mati Islam pada waktu kematiannya. Waris si mati yang bukan Islam telah dijemput hadir ke mahkamah tinggi syariah untuk membantu mahkamah membuat keputusan melalui sapina, tetapi mereka enggan hadir atau memberi kerjasama kerana berpandangan mereka tidak terikat dengan mahkamah syariah disebabkan mereka bukan Islam. Sikap tidak menghormati mahkamah syariah ini sebenarnya tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dengan cara baik.
Namun tidak sampai beberapa jam selepas itu Mais membuat pengumuman bahawa mereka menarik balik permohonan di mahkamah syariah kerana kekurangan bukti. Apa yang menariknya ialah pada pagi 8 Disember mahkamah menolak notis penarikan balik Mais.
Pada ketika ini lebih dari 11 orang peguam syarie yang bertindak sebagai peguam pemerhati yang membantah penarikan balik itu. Peguam berkenaan mewakili badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Peguam Pembela Islam (PPI), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan peguam Muslim Malaysia (PPMM). Yang Arif Hakim Abu Zaky Muhammad memutuskan menolak notis penarikan balik itu dengan alasan bahawa suatu penghakiman sudah diberikan oleh mahkamah dan Mahkamah Rayuan Syariah sewaktu semakan mengarahkannya menjalankan perbicaraan. Alasan ini amat mudah difahami berdasarkan seksyen 95(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang berbunyi:
”Plaintif boleh, dengan kebenaran Mahkamah, pada bila-bila masa sebelum penghakiman, menarik balik mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya dengan memberi notis dalam Borang MS 19 kepada mahkamah dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada defendan.”
Oleh itu, notis penarikan balik yang difailkan oleh Mais ditolak oleh mahkamah pada sebelah pagi. Apa yang sangat mengejutkan ialah apabila disiarkan melalui akhbar dan televisyen, Mais mengumumkan mereka mendapat kebenaran menarik balik itu pada jam 3 petang sedangkan di sebelah paginya mereka gagal berbuat demikian.
Yang lebih mengejutkan kebenaran itu diberikan oleh hakim sama yang menolak permohonan pada sebelah pagi. Mahkamah syariah mempunyai kaedah dan tatacaranya sendiri yang diikuti secara jelas. Kaedah dan tatacara ini pula digarap oleh pakar perundangan syariah berdasarkan hukum syarak dan pandangan para alim ulama' termasuklah seksyen 95 yang dinyatakan di atas.
Maka timbullah pelbagai persoalan di sini adakah perubahan keputusan secara mendadak ini akibat faktor luaran, tekanan ataupun bagaimana? Kenapa pula mahkamah syariah yang sama boleh menukar penghakiman dalam tempoh beberapa jam saja sedangkan ada Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakim Syariah Malaysia yang menegah seorang hakim mengubah perintahnya sendiri? Tidakkah mahkamah syariah bebas dari campur tangan orang luar?
Persoalan ini timbul kerana mahkamah syariah memilih untuk tidak mengikuti tatacara yang diterima pakai. Amatlah malang bagi sebuah mahkamah yang berlandaskan agama ini terpaksa tunduk kepada tekanan.
Dalam kekecohan di mahkamah syariah ini pula, keluarga si mati berjaya membawa mayat Rayappan dan dibakar pada 8 Disember. Saman Pemula yang difailkan di mahkamah sivil oleh keluarga bukan Islam si mati pula tidak menamakan Mais sebagai salah satu pihak. Motif ini perlu dipersoalkan. Mungkinkah ada agenda tertentu yang hendak dilakukan?
Mais seharusnya bersikap lebih proaktif dan profesional berlandaskan undang-undang dan hukum syarak. Bukanlah tugas Mais menentukan seorang itu Islam ataupun sebaliknya. Adalah jelas ia di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
Apa yang patut dilakukan oleh MAIS ialah mendedahkan kehidupan Islam Rayappan ketika hayatnya. Dikatakan ada saksi yang boleh memberi keterangan itu tetapi takut untuk menonjolkan diri. Mais perlu memujuk mereka untuk tampil menegakkan keadilan. Begitu juga 'deed poll' yang dikatakan ditandatangani oleh Rayappan itu perlu disahkan kebenarannya dengan memanggil saksi atau dilakukan ujian mengenai kesahan tanda tangan di dalam ‘deed poll’ itu bagi memastikan ia benar-benar tandatangan Rayappan. Selepas perkara ini dikemukakan maka terpulanglah kepada mahkamah bagi menentukan status Islam Rayappan.
INTI PATI
Kes tuntutan mayat
Penulis Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia