Friday, November 23, 2007

Mengapa dan kenapa?

Saya merasakan ini adalah bukti lagi dimana gagalnya kerajaan B-End mengukuhkan bidang pendidikan dinegara kita. Saya merasakan perkara ini berlaku adalah kerana urusan universiti diganggu oleh orang2 politik dan gangguan ini menyebabkan para NC sibuk dengan politik dan mengipas boss mereka tanpa mempedulikan apa yg berlaku kepada universiti.



KUALA LUMPUR: Tidak ada satupun universiti di Malaysia disenaraikan dalam ranking 200 universiti terbaik dunia 2007 oleh Times Higher Education Supplement (THEs), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed semalam.

Sambil memandang serius keputusan itu, Mustapa melahirkan tekad untuk mempertingkatkan kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Ogos lepas.

Tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diletakkan dalam kedudukan 185 dalam ranking itu manakala Universiti Malaya pada ranking 192.

Menurut Mustapa bagi tahun ini, kaedah yang digunakan untuk membuat ranking oleh Ququarelli-Symmonds (Qs), sebuah syarikat swasta British bagi pihak THES diubah, yang menurut syarikat itu bertujuan menjadikan kajian lebih tepat.

"Akibatnya ranking bagi hampir semua institusi yang tersenarai, termasuk yang berada dalam kedudukan 20 terbaik dunia juga berubah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapa bagaiamanpun tidak menyatakan ranking keduadua universiti itu tahun ini.
Sehubungan itu beliau mahu semua IPT tempatan melipatgandakan usaha untuk menambahbaik prestasi institusi masing-masing agar tergolong di kalangan universiti terbaik dunia.

"Dalam penilaian ranking THES, 60 peratus markah diberi kepada penilaian kepakaran (40 peratus) dan "Citation" (20 peratus). Oleh yang demikian saya sudah mengarahkan semua Naib Canselor menjadikan reputasi akademik sebagai strategi utama dalam inisiatif penambahbaikan institusi mereka.

"Bagi saya, jelas bahawa reputsi akademik sesuatu institusi adalah sangat penting kerana ia berlandaskan kegiatan akademik seperti penerbitan, pembentangan kertas kerja dalam persidangan yang berimpak tinggi dan jaringan akademik," katanya.

Beliau berkata sejak dua tahun kebelakangan ini para naib canselor IPT tempatan memberi perhatian khusus terhadap ranking THES dan melaksanakan pelbagai usaha penambahbaikan.

Katanya iltizam kementerian serta IPT adalah jelas menerusi pelancaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan Pelan Tindakan 2007-2010 Ogos lepas, namun begitu hakikatnya segala usaha yang dibuat memakan masa untuk menampakkan hasil.

Mustapa berkata sejak akhir-akhir ini juga banyak usaha yang dilakukan oleh IPT tempatan untuk meingkatkan kualiti termasuk dengan memberi tumpuan terhadap Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), memperbaiki sistem penyampaian dan memperkasakan kegiatan pengantarabangsaan pengajian tinggi di Malaysia.

Sementara itu, Naib Canselor UKM Prof Datuk Sharifah Hapsah Syed Hassan Sahabudin akan mengadakan sidang akhbar di pejabatnya esok mengenai ranking universiti itu dalam THES.

Menurut kenyataan UKM, Prof Sharifah Hapsah antara lain akan menerangkan secara keseluruhan mengenai kedudukan UKM dalam bidang tertentu dan cara-cara bagaimana penilaian dibuat oleh THES. BERNAMA


Sumber:http://mstar.com.my/cms/contentPrint.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2266ed98-c0a85062-97d5ad00-e136b7de&paging=0


Saya boleh bersetuu dgn artkel dibawah
Faktor politik punca ranking universiti tempatan merudum
Intan Abdullah
Sun | Nov 18, 07 | 3:11:11 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Hrkh) - Tiada sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai di kalangan 200 universiti terbaik dunia, berdasarkan penarafan Times Higher Education Supplement (THES) tahun ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Tahun lepas, dua universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia.

"Kita sangat kecewa apabila kedua-dua universiti yang tersenarai dalam ranking tersebut sebelum ini sepatutnya memperbaiki kedudukannya dan bukannya semakin merosot," ujar Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jelasnya antara indikator atau kayu ukur yang menjadi punca kejatuhan ranking kedua-dua universiti tersebut adalah disebabkan unsur-unsur campurtangan politik dalam pentadbiran universiti dan kajian yang dijalankan tidak menepati spesifikasi rujukan pelbagai pihak.

Tegasnya, para pengkaji dan mahasiswa tidak diberikan kebebasan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan.

"Masalahnya, sekarang universiti kita terlalu mengongkong dan terlalu banyak unsur politiking, lebih-lebih lagi dalam soal pelantikan jawatan tinggi di peringkat pentadbiran," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambahnya, pelantikan yang dibuat biasanya adalah kerana kecenderungan mereka kepada parti politik pemerintah serta tidak mempunyai sebarang rekod keterlibatan dengan politik yang lain.

"Hal ini adalah amalan yang menggambarkan tidak profesional kerana mencampuradukkan persoalan tersebut dengan etika keintelektualan yang dipegang oleh institusi pengajian tinggi," ringkasnya.

Bahkan jelasnya lagi, suasana yang berlaku di universiti kini seharusnya mampu untuk melahirkan daya pemikiran para cendekiawan yang berkualiti serta bebas daripada keterikatan dan kongkongan politik

"Memang diakui bahawa universiti-universiti di Malaysia terkenal dengan jawatan-jawatan yang diberikan kerana terdapat campurtangan politik," dakwanya.

"Mereka yang dilantik perlu diteliti kelayakan mereka, bukan sekadar kecenderungan politik. Orang yang layak berada di sesuatu kedudukan pula dinafikan akibat fahaman politik yang berbeza," katanya.

Bahkan tambah Dr Mujahid, ramai yang dilantik hanya kerana mereka terkenal selepas muncul di kaca televisyen dan majlis sosial tanpa menitik beratkan soal kriteria kelayakan yang sebenar.

Beliau berpendapat Institusi pengajian tinggi negara seharusnya berupaya untuk menghasilkan lebih ramai tokoh-tokoh akademik yang boleh memberikan sokongan kepada semua bidang supaya boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pihak.

"Kebebasan berfikir tanpa sebarang kongkongan adalah penting untuk mengelakkan daripada gejala terbantutnya kualiti idea yang dijana.

"Ini kerana kesan daripada idea yang terbantut adalah mahasiswa yang dididik dengan sistem pendidikan kelas pertama dengan tidak mengetepikan unsur pembangunan spiritual.

"Bagaimana hendak melahirkan generasi yang kompetitif, cemerlang jika sekiranya pandangan dan suara mereka dikongkong?" ujarnya kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Sementara itu, Dr Mujahid juga menyatakan faktor lain adalah kerana kajian-kajian yang dijalankan tidak menjadi rujukan akibat kualiti hasil kajian yang kurang memuaskan. - mks.


sumber:http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-utama/faktor-politik-punca-ranking-universiti-tempatan-merudum.html

No comments: