Tuesday, February 21, 2006

Perkara ini sudah mula diambil berat sejak byk serangan kpd sistem komputer menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit serta kehilangan maklumat penting yang menjejaskan perniagaan. Kini pengguna mulai berwaspada. Pengguna biasa juga perlu prihatin walaupun tak berat risikonya.


Keselamatan rangkaian, maklumat agenda utama

Oleh Hizral Tazzif Hisham

KESELAMATAN sistem rangkaian komputer dan maklumat kini dianggap bukan lagi isu perbelanjaan atau teknikal semata-mata yang boleh ditangani menerusi pembelian pelbagai produk perkakasan dan perisian yang ada di pasaran.
Sebaliknya, ia kini dianggap agenda utama syarikat korporat berdasarkan ancaman sistem rangkaian komputer dan maklumat kini yang semakin serius dan memerlukan satu pasukan khas yang mahir dan pakar dalam bidang berkenaan disediakan bagi setiap organisasi.Kajian yang dijalankan International Data Corp (IDC) mendapati syarikat korporat kini memandang tinggi aspek keselamatan sistem rangkaian dan maklumat serta kini menjadi agenda utama berdasarkan ancaman yang semakin serius serta keperluan undang-undang memaksa mereka melaksanakan program pengurusan risiko dan strategi keselamatan secara lebih berkesan.“Serangan virus masih lagi berbisa dan memberikan pukulan yang hebat kepada syarikat. Penceroboh sistem rangkaian komputer kini tidak lagi dilakukan secara suka-suka atau hendak membuktikan kejaguhan masing-masing, sebaliknya pencerobohan sekarang bertujuan untuk mengaut keuntungan,” katanya.IDC mengeluarkan kertas putih bertajuk ‘Kajian Tenaga Kerja Keselamatan Maklumat Global 2005’ yang ditaja oleh Information Systems Security Certification Consortium (ISC2). Kajian selama setahun itu dijalankan terhadap 4,305 responden daripada syarikat dan sektor awam.IDC mendapati daripada 4,305 responden daripada syarikat swasta dan kerajaan serta tinjauan terhadap 600 firma di Amerika Utara mendapati virus, trojan, spyware dan kod yang memiliki program khusus bagi tujuan jahat adalah antara ancaman utama sistem rangkaian komputer.Sehubungan itu, tinjauan juga mendapati wujud permintaan tinggi di seluruh dunia terhadap pakar keselamatan rangkaian khusus bagi menangani ancaman keselamatan rangkaian dan maklumat dalam organisasi.“Adalah amat penting organisasi yang memiliki lebih 1,000 kakitangan mempunyai individu terlatih dalam bidang keselamatan sistem rangkaian dan maklumat. Dianggarkan bilangan profesional dalam bidang berkenaan di seluruh dunia tahun lalu ialah 1.4 juta dan bilangan itu dijangka mening­kat kepada 1.9 juta pada 2009,” katanya.IDC juga meletakkan perbelanjaan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Asia dalam tiga kategori iaitu perintis, sedang muncul dan ketinggalan.Australia, New Zealand dan Korea Selatan dikategorikan sebagai perintis manakala China, India, Singapura dan Malaysia sedang muncul.Antara lima penyelesaian teknologi terpenting di rantau Asia Pasifik ialah penyelesaian keselamatan tanpa wayar, pengurusan identiti dan capaian, forensik, penerusan perniagaan dan pemulihan bencana serta pengurusan maklumat lebih 600 firma di Amerika Utara.

FAKTA NOMBOR

RM100b - Pasaran produk dan penyelesaian ­keselamatan ICT pada 2004RM7b - Perbelanjaan penyelesaian ­keselamatan ICT di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) tahun lalu RM18b - Perbelanjaan penyelesaian ­keselamatan ICT di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) pada 2008.


Sumber:http://www.emedia.com.my/m/BHarian/Monday/Komputer/20060220081244/Article/

No comments: