Monday, February 28, 2011

Maulidur rasul 1432

Salam Maulidur Rasul 1432.

Negara-negara Arab tidak menyambut sebagaimaina kita menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tak salah kita menyambut tetapi jangan hanya mengingati Nabi untuk beberapa ketika lepas itu balik asal. Perkara utama kita kena sentiasa ingat adalah masej dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Suka saya menyedut ucapan Presiden Pas sempena Maulidur rasul 1432 unutk renugan kita bersama

Teladan politik Islam pada diri Rasulullah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.

Berikut perutusan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011



Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat
Thursday, 11 Rabi'ul Awal 1431
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Saturday, December 26, 2009

Manfaatkan Teknologi dalam Dakwah

Tak berapa lama lagi tahun 2009 akan meninggalkan kita. Tahun baru Islam telah kita sambut. Hari ini adalah 10 Muharram 1431/27 Disember 2009. Saya membaca HMetro versi online, memang lama dah aku tak beli akhbar cuma baca melalui online sahaja. Aku terjumpa artikel yang menarik, lihak dibawah. Maklumat yang aku dapat drpd SKMM, sekarang ini antara agenda besar kerajaan adalah meluaskan capaian jalur lebar di kawasan pendalaman. Aku bersetuju dengan usaha ini. Para pendakwah seharusnya memanfaatkan peluang ini untuk memastikan mereka boleh terus berkomunikasi dengan para mad'u/sasaran dakwah dimana sahaja menerusi Internet. Mereka yang telah memeluk Islam atau bepotensi untuk memeluk Islam wajar diajar menggunakan teknologi Internet bagi memudahkan mereka mendapat maklumat. Banyak laman web yang bermanfaat yang boleh dikunjungi. Antaranya:
1.http://www.islamalways.com/
2.http://www.islamicplayground.com/Scripts/default.asp
3.www.emel.com/
4.http://www.turntoislam.com/

Rasanya cukup setakat itu dulu, semoga artikel tersebut bermanfaat unutk kita semua.

Internet masuk desa





SALAH satu penyebab kelambatan capaian Internet di luar bandar berpunca daripada keengganan syarikat pembekal Internet melabur berikutan keraguan berkaitan pulangan keuntungan diraih memandangkan permintaan mungkin terhad.

SALAH satu penyebab kelambatan capaian Internet di luar bandar berpunca daripada keengganan syarikat pembekal Internet melabur berikutan keraguan berkaitan pulangan keuntungan diraih memandangkan permintaan mungkin terhad.

Contohnya, jika kampung terbabit hanya mempunyai jumlah penduduk sebanyak 100 hingga 200 orang, syarikat telekomunikasi (telco) mungkin tidak mampu menampung kos pemasangan serta penyelenggaraan prasarana yang tinggi.


Justeru, Ericsson sebagai peneraju dalam teknologi mudah alih rangkaian 2G, 3G dan 4G, yang membekalkan sokongan kepada lebih satu bilion pelanggan, menghasilkan penyelesaian khusus untuk luar bandar.

Penyelesaian yang dianggap menghasilkan keputusan menang-menang untuk pengguna dan pengendali perkhidmatan Internet itu mampu mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan desa.

Ketika ini, kebanyakan pengendali perkhidmatan Internet menumpukan kawasan bandar untuk memberikan khidmat sambungan kerana ia menghasilkan keuntungan cepat dengan jumlah penduduk yang ramai.

Selain itu, anggapan penduduk luar bandar tidak mampu melanggan perkhidmatan Internet perlu ditolak jauh memandangkan mereka perlu berkongsi kemudahan terbabit yang mampu melonjak kekuatan ekonomi di desa.

Bagi mengatasi masalah terbabit, Ericsson mensasarkan satu usahawan satu desa di setiap kawasan pedalaman di Malaysia menerusi konsep perniagaan istimewa yang dikongsi bersama telco dan pembekal perkhidmatan Internet.

Naib Presiden Strategi Pemasaran dan Pemasaran Ericsson Malaysia, Steven Tai, berkata usahawan yang dihasilkan akan berkongsi keuntungan dengan telco apabila mereka mempromosikan kemudahan Internet kepada penduduk kampung.

"Secara tidak langsung, ia akan membantu ekonomi desa dan meningkatkan kualiti hidup mereka," katanya.

Steven berkata, Ericsson sebagai pembekal teknologi memperkenalkan pendekatan Desa Inovasi Mudah Alih (MIV) yang memberi penyelesaian menyeluruh kepada sistem komunikasi di kawasan luar bandar.

"Ia juga akan memastikan pembekal telekomunikasi menikmati manfaat untuk menjalankan perniagaan di kawasan kampung dalam persekitaran lebih terjamin," katanya.

Katanya, MIV merangkumi penyelesaian sambungan rangkaian termasuk penerima tenaga solar untuk membekalkan tenaga kepada komputer di kawasan pedalaman, perkakasan penghantar isyarat jalur lebar dan Internet.

"MIV membabitkan komponen tidak berkompromi terhadap sambungan Internet, kandungannya, aplikasi dan perkakasan sambil melatih usahawan mengenai model perniagaan yang perlu dikaji," kata Steven.

Beliau menyarankan penyelesaian menyeluruh merangkumi pembekalan tenaga stabil dan pembangunan prasarana Internet kawasan luar bandar termasuk stesen pangkalan.

Syarikat teknologi, Eltek Valere (M) Sdn Bhd menghasilkan peranti yang mampu menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenaga solar bagi menghidupkan stesen pangkalan, hab rangkaian Ethernet dan modem.

Pengurus Besar Operasi Kejuruteraannya, Wan Nor Asmadi, berkata syarikatnya menghasilkan penyelesaian solar hibrid menerusi HE Solar Charger yang menyerap cahaya bagi menjana tenaga elektrik.

"Komuniti luar bandar kerap mengalami keputusan tenaga yang menjadi masalah utama untuk menghidup prasarana Internet di kampung," katanya.

HE Solar Charger menghasilkan tenaga cukup untuk menghasilkan elektrik pada waktu siang digabungkan dengan bateri yang menyimpannya bagi kegunaan waktu malam.

"Matahari adalah sumber tenaga yang di negara beriklim khatulistiwa dan kita patut memanfaatkannya sebaik mungkin," kata Asmadi.

Sementara itu, Pengurus Penyelesaian Akses Rangkaian Ericsson Asia Tenggara, Moorthi Ramasamy, berkata sambungan Internet di kawasan desa boleh menggunakan stesen pangkalan radio berasaskan protokol Internet (IP).

"Stesen terbabit mampu menyokong kepadatan IP dan capaian rangkaian untuk mengurangkan keupayaan yang diperlukan oleh 'backhaul' secara mendadak iaitu sehingga 80 peratus bagi trafik suara.

"Ini bermakna penjimatan dapat dilakukan apabila backhaul boleh digunakan untuk menghantar data yang boleh dimanfaatkan masyarakat desa," katanya.

Moorthi berkata, stesen terbabit mampu memampatkan data menggunakan teknologi ABIS yang dijana menerusi satelit.

"Satelit akan membekalkan isyarat kepada ABIS yang memproses data dan membahagikannya secara bijak untuk rangkaian seperti GPRS, Edge, 3G dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, teknologi pintar ABIS mengelakkan 'tragedi' kekurangan lebar jalur dan mampu berkongsi dengan trafik suara.

"Seperti diketahui bahawa telefon bimbit adalah medium utama rakyat negara ini dan kita perlu menggunakan sebaik mungkin bagi mendapatkan capaian Internet," katanya.

Ericsson berupaya menghasilkan sambungan jalur lebar stabil menggunakan ABIS yang memampatkan data bagi menghasilkan kapasiti terbaik untuk kawasan luar bandar.

Dalam pada itu, Steven memaklumkan langkah terbabit boleh memberikan pengguna di desa mendapatkan telefon bimbit semurah RM150 untuk mengakses Internet walaupun mempunyai kapasiti lebar jalur terhad.

Arkitek Ericsson Malaysia, Wong Siew Wai, pula berpendapat masalah kandungan yang berat untuk telefon bimbit berkapasiti rendah boleh dielakkan melalui platform penghantaran perkhidmatan mudah alih (MSDP).

"MSDP menukar format laman web mengikut kesesuaian sambungan telefon bimbit pengguna," katanya.

Menerusi kerjasama dengan pihak berkenaan, kandungan berat seperti grafik dan aplikasi boleh dikurangkan yang mempercepatkan pelayaran Internet.

Dalam pada itu, Presiden Ericsson Malaysia, Krishnakumar Guda, berkata sambungan Internet boleh dicapai menerusi telefon bimbit yang menjadi peranti utama kepada penduduk di negara ini.


Sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20091223102242/Article/indexv_html



Dakwah tanggungjawap semua umat Islam

Semoga artikel ini membakar semangat kita untuk berdakwah, terutama di bumi dibawah bayu ini.


Emel saluran dakwah Sarah


SARAH Joseph (kiri) menghadiahkan naskhah emel isu Eco-Jihad kepada Putera Charles (kanan).


PADA usia 13 tahun, abang kandungnya telah memeluk Islam. Alasannya mudah, kerana perkahwinan. Pada masa itu, Sarah Joseph, antara penganut kuat fahaman Roman Katolik sangat membenci keputusan abangnya itu, sekali gus menuduhnya sanggup menjual keyakinan hanya kerana seorang wanita.

Tambahan pula, Islam adalah sesuatu yang asing dan sangat menakutkan. Ini kerana pada masa itu beliau sekadar mengetahui sisi negatif Islam menerusi pembacaannya di media massa.

"Hakikatnya, prasangka buruk tentang Islam sukar untuk hilang. Saya tahu perasaan takut itu wujud kerana saya belum tahu Islam yang sebenarnya. Lantas, saya putuskan untuk mencari informasi tentang Islam kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak ketika itu.

"Tak berapa lama selepas itu, saya mengambil keputusan meninggalkan ajaran Katolik. Ia bukan kerana saya tertarik dengan Islam tetapi kecewa dengan aturan paderi besar yang berpusat di Rom.

"Keputusan itu juga tidak bermakna saya memilih Islam. Waktu itu saya "kosong". Saya masih berusaha mencari Tuhan. Dalam pencarian itulah, Islam hadir dalam hati ini. Islam menjawab semua pertanyaan saya, terutama tentang konsep Triniti. Seperkara lagi, al-Quran tidak mengalami perubahan sama sekali, berbeza dengan Injil," akui Sarah yang akhirnya mengucap dua kalimah syahadah pada usia 16 tahun.

Kata Sarah lagi, ibadah solat turut menjadi faktor kepada pengislaman beliau. Acap kali melihat perbuatan duduk antara dua sujud serta menundukkan kepala ke sejadah, saat itulah terserlah dan terbuktinya kepatuhan seorang hamba kepada Penciptanya.

Sarah mengakui pada peringkat awal, agak sukar baginya untuk merealisasikan Islam di dalam diri dan kehidupan. Terutama dalam usaha menjelmakan ajaran Islam ke dalam keluarga dan lingkungan sosial.

"Ibu bapa saya tidak bersetuju dengan rancangan saya untuk masuk Islam. Malah penolakan keras mereka semakin terserlah bila saya membuat pilihan mengenakan jilbab (bertudung kepala).

"Saya faham keluarga menentang keras kerana takut saya menjadi seorang yang lain. Saya tidak salahkan mereka, kerana fahaman mereka yang liberal. Boleh dikatakan proses penerimaan itu mengambil masa bertahun lamanya. Alhamdulillah, kini mereka sangat bahagia dan mereka senang dengan jalan hidup yang saya pilih dan ternyata ia pilihan yang betul dan benar," jelas Sarah sentiasa berdoa agar ibu bapanya juga menerima cahaya Islam.

Wanita kelahiran kota London itu menempuh pintu lain dalam menterjemahkan Islam untuk dunia Barat. Lantas, Sarah, 37 tahun, telah menerbitkan majalah emel, sebuah majalah khas yang mengupas gaya hidup Muslim dengan sasaran bukan Islam.

Majalah ini pertama kali diterbitkan pada 2003 dan hanya dijual di kedai-kedai buku Islam. Namun lama-kelamaan, ia telah berjaya menarik pembaca bukan Islam sehinggalah bermula September 2005, edarannya mula diperluaskan. Kini emel beroperasi di Whitechapel, timur London, memiliki edaran di 30 buah negara. Ia juga boleh diakses di Internet (www.emelmagazine.com)

Dalam sebuah wawancara dengan akhbar harian The Guardian terbitan di London, wartawan produktif ini ada menjangkakan bahawa Islam mempunyai peranan besar dalam menyelesaikan permasalahan dunia pada masa hadapan. Malah, beliau juga banyak menekankan bagaimana seharusnya seorang Muslim yang bermukim di negara Barat berperilaku dan ia tidak mustahil direalisasikan sungguhpun imej Islam sering dicalar dengan pelbagai kecaman dan tohmahan yang negatif.

menjelaskan Islam

"Saya rasa Muslim di Barat memiliki tanggungjawab untuk menjelaskan Islam pada kalangan Barat. Saya melihat Islam mempunyai keupayaan memberikan yang terbaik. Syaratnya, mereka harus terlebih dahulu melihat Islam sebagai sebahagian daripada penyelesaian dan bukan sebahagian daripada masalah yang harus dijauhi.

"Islamophobia dan anggapan Islam agama keganasan adalah satu fenomena yang sedang menular di dalam masyarakat Barat, tetapi kita sedang mencari jalan untuk membetulkannya. Menerusi emel yang menampilkan gaya hidup Islam merangkumi fesyen, hiasan dalaman, kewangan, keusahawanan, kesihatan, makanan hingga kisah kemasyarakatan, hobi dan penemuan ilmuwan Islam di masa lampau, diharap Islam lebih difahami.

"Kami ingin tampilkan sesuatu yang lain. Hal-hal normal yang berlaku dalam Islam, yang tak banyak diketengahkan, cuba ditonjolkan. Ia supaya bukan Islam jelas bagaimana agama Islam itu sebagai satu cara hidup. Kami menawarkan jendela masuk ke komuniti Islam, jauh daripada sekadar ungkapan-ungkapan berbau klise," kata Sarah yang pernah mendapat undangan mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Pun begitu, Sarah menyimpan sedikit kerisauan apabila melihat kerakusan beberapa media yang sewenang-wenangnya menokok-tambah berita-berita tentang Islam.

"Jika orang ramai dimomokkan dengan kisah-kisah tidak benar tentang Islam, lambat laun ia akan memburukkan lagi imej Islam yang sudah sedia dilabel negatif, sekali gus menimbulkan ketakutan bukan Islam untuk mengenali Islam. Maka ini tidak sihat bagi masyarakat kami," kata beliau.

Akui Sarah lagi, perilaku segelintir Muslim yang tidak Islamik, juga tidak membantu merubah imej Islam di Barat. Satu keji selidik yang dibuat pada 2002, mendapati 70 peratus masyarakat Britain tidak mengetahui apa-apa, bahkan tidak peduli sama sekali apa itu Islam. Mereka fahami Islam hanya berdasarkan informasi daripada media sahaja. Sayangnya, media pula tidak menunjukkan Islam atau memberi gambaran Islam yang sebenar.

Oleh itu, saran Sarah, adalah terletak di bahu setiap Muslim di Britain untuk bersikap proaktif dalam mempamerkan perkara-perkara positif dalam Islam. Malah beliau berkeyakinan padu bahawa Allah SWT telah menciptakan dunia ini, jadi, di Barat juga adalah sesuai untuk seorang Muslim mempraktikkan kepercayaannya.


Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Pengislaman 5 sekeluarga

Pada 26/12/2009 aku mendapat berita bahawa sahabat aku diminta oleh seorang sahabat yang berada di KL supaya membantu unutk mengislamkan 5 sekeluarga di Tamparuli. Aku merasa terpanggil untuk bersama-sama dengan beliau dan seorang lagi sahabat. Inilah sumbangan kecil yang boleh aku berikan. Pada jam 10am kami memulakan perjalanan drpd KK dengan menaiki kenderaan Navara sahabat kami. singgah sebentar di Tuaran untuk minum pagi kemudian dalam jam 10.45am kami terus ke lokasi tempat pengislaman akan dibuat. Boleh tahan juga jalan unutk kesana, alhamdulillah kami menukar hasrat menggunakan saga kepada navara, kalau tidak sukar juga kami nak melalui jalan dikampung tersebut.

Selesai upacara pengislaman dan menikmati jamuan yang disediakan oleh saudara kepada saudara-saudara baru yang baru sahaja memeluk Islam itu kami pun meminta diri untuk pulang.
Aku berharap mereka akan istiqamah dengan Islam dan mempelajari Islam. Kami akan berusaha membantu membangunkan rohani dan jasmani saudara-saudara baru di Kg tersebut.


Sekian dulu

Monday, November 09, 2009

Aduhai Bingung

Sejak PRU ke-12 nampaknya UMNO Bn berada dalam keadaan defensif dan dilanda pelbagai masalah. Kini dengan PM baru mereka mengorak langkah unutk menjadikan parti mereka terus relevan. Sejarah dan realiti membuktikan bahawa banyak parti-parti yg lama memerintah telah tumpang. Terkini baca berita ini:

Selasa, September 01, 2009
Parti Pemerintah Tumbang
TOKYO: Parti Demokratik Jepun (DPJ) mencatat sejarah apabila mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum semalam, menyingkirkan parti Demokratik Jepun (LDP) yang sudah memerintah selama hampir 54 tahun.

DPJ dijangka memenangi lebih 300 kerusi daripada 480 kerusi dewan rendah Parlimen yang dipertandingkan, menurut tinjauan undi oleh semua stesen televisyen utama negara itu.

Sumber:http://biaqpila.blogspot.com/2009/09/parti-pemerintah-tumbang.html

Jadi UMNO dan BN juga tidak mustahil akan menerima padah yang sama tetapi dengan syarat pembangkang membuat homework mereka bukannya berbalah sesama sendiri baik PKR , DAP dan lebih-lebih lagi PAS. Kalau pemimpin asyik mendedahkan rahsia yang tak sepatutnya didedahkan kepada umum ianya akan menyebabkan rakyat benci. Jangan bagi peluru kepada musuh untuk tembak. PR perlu diperkukuhkan dengan program yg menguntungkan rakyat, jangan ulangi kesilapan UMNO BN. Itu sahaja drpd aku ingatan aku kepada pemimpin2 PR.

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan Mubarak

Saya merasa amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan umur sehingga dapat menyambut bulan yang sangat mulia pada tahun hijrah 1430 ini. Tanpa disedari kita sudah berada di hari ke 9 iaitu 9 Ramadhan 1430. Saya bertekad untuk meningkatkan amal sebanyak mungkin dan bersama-sama mendidik keluarga untuk melakukan perkara yang sama kerana tidak pasti sama ada kita akan bertemu dengan Ramadhan pada tahun akan datang. Beberapa hari sebelum menyambut Ramdhan,saya menerima sms drpd kampung mengatakan bahawa seorang saudara saya(Pak Ndah Mi) telah kembali ke rahmatullah pada usia 39 tahun kerana serangan angin ahmar.

Begitulah kehidupan ini, kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi wajarlah kita meperbanyakkan amalan sebagai bekal untuk dibawa bertemu Illahi. Alhamdulillah pada pagi ini sempat saya sekeluarga bersolat subuh di masjid berdekatan kediaman kami, saya ingin berkongsi sedikit isi kuliah subuh yan disampai oleh Ust A Rahman, beliau memulakan kuliah dengan mengajak para jemaah merenung usaha barat untuk menjahanamkan Islam, sambil merujuk kepada sepotong ayat quran yang bermaksud Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120) dan satu artikel yang bertajuk The clash of Civilization, yang secara jelas mengatakan bahawa selepas kejatuhan komunis maka pertembungan seterusnya ialah pertembungan diantara Barat dan Islam. Belia mengingatkan jemaah supaya tidak tertipu dengan permainan barat yang menggunakan agama kristian sebagai usaha untuk merosakkan Islam, perkara ini tidak mustahil kerana barat telah merosakan agama Kristian dengan tokok tambah bagi memastikan tradisi dan budaya mereka terpelihara. Mereka tidak begitu peduli tentang agama tetapi yang penting begi mereka ialah tradisi dan budaya mereka terjaga, apa yang nak jadi kpd agama tidak mereka peduli. Agama yang mereka anuti dijadikan sebagai alat untuk mengajak rakyat mereka atas nama agama kerana apa-apa yang disandarkan kpd agama tidak akan ditentang. Perkara ini membawa kepada berlakunya perang salib. Beliau memetik drpd buku Tulisan Prof Dr Syed Naquib Al Atas yg bertajuk Risalah untuk kaum muslimin.

Sekarang umat Islam disibukkn dgn pertentangan dengan agama terutama agama Kristian, menyebabkan umat Islam lupa pertentangan dengan barat, dimana akhir barat menyerang secara diam. Beberapa perkara utama dikaitkan beliau behubung ajaran nabi Isa.

Nabi Isa datang untuk 2 perkara, berdasarkan surah Al Saff
1. Membenarkan Taurat
2. Menyatakan bahawa akan turun seorang Nabi bernama Ahmad
Nabi Isa diturunkan kpd kaum bani Israil di Baitul Lahem Palestine yg kini dijajah oleh Yahudi. Barat telah menjadika agama Kristian sebagai agama rasmi mereka dan mengubah tempat suci ke Vatican di Rom, sedangkan Rom tiada kaitan langsung dengan sejarah ajaran nabi Isa. Pernah dalam satu dailog anatara pengikut Kristian dan pengikut mereka, ada yang bertanya, kenapa kita ikut Jesus yg diturunkan kpd bani Israil. Perlu diingat bahawa Nabi Isa tidak membawa ajara baru dan tidak juga dinamakan kristian, barat telah merosakkan ajaran nabi Isa untuk kepentingan mereka.

Jadi kita sebagai umat Islam mesti menjalankan tanggunjawap kita iaitu menyampaikan dakwah kepada sesiapa shj kerana kita mesti yakin hanya Islam shj agama yg benar dan ianya ada bukti iaitu Al Quran.

Wassalam

Friday, May 29, 2009

1 Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamkan

Banyak hari aku tak dpt nak update blog ni, mcm2 peristiwa berlaku. Perak melihat MB haram dihalalkan(keputusan mahkamah tak nak sentuh) nanti depa dakwa hina mahkamah pulak tapi sama-sama tau la kan. Pakar-pakar undang telah menyatakan pandangan masing. Bagi aku bubar DUN adalah terbaik. Penanti pulak pilihanraya, BN tak nak bertanding kononnya tak mau terjebak dengan permainan politik PKR(takut kalah cakap shj lah, tak payah berdolak dalih) KJ kata protes. Dengan kuasa Allah kerusi Manek Urai pulak kosong dan BN nak bertanding pulak doh. Khabar2nya PRU13 akan dibuat 1 atau 2 tahun daripada sekarang. Tu yg Tok Jib dok bina imej. Bagi aku tema yg diperkenalkan oleh Najib sangat lemah berbanding PM2 lain sebelum ni. Retorik shj. Aku rasa tema dia Wang Malaysia, Rakyat di Didodoikan, Perut diutamakan

Sebelum akhir aku nak paste artikel drpd UM yg berkait dengan teknologi.
MIMOS Berhad (Mimos) berjaya menggondol tiga Anugerah Tanda Reka Bentuk Barangan Malaysia 2008 di bawah kategori media dan elektronik rumah dengan inisiatif kerajaan di bawah Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) .

Anugerah itu diperkenalkan bertujuan mengiktiraf kualiti dan reka bentuk terbaik produk yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.

Ia juga bertujuan mempromosikan produk rekaan tempatan bagi rekaan terbaik dan kualiti terbaik dan MIMOS memenangi melalui tiga jenis teknologi yang diciptanya iaitu pengumpul data pertanian, router MIMOS WiWi tanpa wayar dan Jen-ii.

"Kami berbangga dengan kemajuan teknologi kami yang telah diiktiraf kerana kualiti dan inovasi.

"Anugerah berkenaan mampu dijadikan sebagai komitmen bagi memastikan Mimos menjadi pusat penyelidikan tambahan dalam teknologi di masa akan datang," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Datuk Abdul Wahab Abdullah.

Maklumat mengenai tiga jenis teknologi itu ialah:

l Pengumpul Data Pertanian yang direka oleh Jurutera Mimos (Reka bentuk Industri), Nuzairi Yasin merupakan penderia Sistem Mekanikal Mikro Elektro (MEMS) yang digunakan untuk mengesan komposisi dan keadaan tanah.

Berbentuk bujur dengan permukaan badan yang terang dan mudah dibawa menjadikannya mudah digunakan pada tapak pertanian.

l Router tanpa wayar MIMOS WiWi direka oleh jurutera MIMOS (Reka bentuk Industri), Saharudin Busri.

Ia merupakan teknologi hibrid WiMAX dan WiFi yang mempunyai rekaan rangkaian tanpa wayar kapasiti tinggi (WMN) menggunakan teknologi WiMAX.

Router tanpa wayar MIMOS WiWi menampilkan reka bentuk ringkas dengan radius sudut, mudah dipasang, kalis air, menjimatkan kos dan mesra alam.

Jen-ii (Jendela Informasi Internet) direka oleh jurutera Mimos (Reka bentuk Industri), Saharudin Busri merupakan peralatan bagi membantu celik ICT bagi masyarakat luar bandar dan merapatkan ruang digital.

Direka dengan teknologi komunikasi terkini bagi semua peringkat usia, Jen-ii boleh dikatakan sebuah kotak yang boleh disambungkan kepada televisyen yang menawarkan sambungan Internet dan akses kepada kandungan yang ada di dalamnya.

Ini merupakan tahun kedua Mimos memenangi Anugerah Reka Bentuk Barangan Malaysia.

Tahun lalu, iDOLA telah diiktiraf kerana reka bentuk dan kualiti juga di bawah kategori media dan produk elektronik rumah.

iDOLA merupakan komputer peribadi mampu milik yang direka bagi menjadikan pengkomputeran dan maklumat mudah diperolehi oleh pengguna.

Dalam 12 tahun Anugerah Tanda Reka bentuk Malaysia mengiktiraf usaha sektor industri dalam penyelidikan dan pembangunan produk baru ke arah menjadikan negara sebagai salah satu penyumbang dalam pembangunan teknologi dunia.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_02.htm

Friday, May 22, 2009

Mat Rempit?

Dalam perjalanan ke tempat kerja aku mendengar Radio Ikim, topik perbincangan Mat Rempit Masyarakat Tersepit, antara yang dijemput, Pendakwah, Pegawai Polis dan bekas mat rempit. Isu Mat Rempit tiba-tiba menjadi hangat, bagi aku zaman Kerajaan B-End ini memang macam-macam gejala sosial yang berlaku, masihkah kita ingat, bohsia, bohjan dan lain-lain lagi. Apa sudah jadi? Adakah semua masalah sosial tersebut selesai. Jawaplah sendiri. Timbul macam-macam idea pemimpin, PLKN lah lepas tu macam-macam berlaku jurulatih rogol pelatih. Bila ulama bersuara sikit, ulama dikecam kononnya tak beri kerjasama, masa nak rekabentuk kursus tak jemput pun ulama. Cukup setakat itu dulu mukadimmah.Dalam diskusi tersebut bebrapa soalan ditanay kpd bekas mat rempit:

Apa pandangan sdr tentang Gajala ini?
Antara kandungan jawapan beliau ialah, Mat Rempi hanyalah satu drpd masalah, kalau kerajaan buang mat rempit tak selsai juga, mat rempit satu entiti, masalah sosial tu pelbagai, dadah, alkohol, zina/seks bebas dan hidu gam da banyak lagi. Jadi kerajaan kena lihat kpd permasalahan sosial. Kementerian Belia dan Sukan tetapi fokus hanya kpd sukan. Pada zaman beliau ada litar Bt3 yg boleh mereka berlumba sekarang sudah ditutup. Beliau juga mencadangkan aktiviti seperti konvoi bermotor dan singgah dilokasi tertentu ynag membolehkan khidmat masyarakat dibuat oleh mat rempit.

Bagaiman beliau berubah,

Dia menceritakan bahawa pada satu mlm, beliau ingin keluar utk menonton bolasepak, oleh kerana hujan dia keluar dengan kereta. Sewaktu dalam perjalanan balik, dia terdengar Radio Ikim, sekitar jam 12-1 pagi yg menyiarkan zikir dan bacaan quran, dia menjadi tak tentu arah dan merasakan bahawa inilah yg dicari selama ini. Mulai malam itu dia tidak terlepas drpd mendengar siaran radio Ikim pd waktu tersebut akhirnya dengan hidayah Allah beliau berubah. Elemen agama sangat penting, iaitu elemen yang membawa insan kerdil kepada Allah.

Monday, May 11, 2009

Mcm mana nak Kaya?

Video 2 Cikgu Roshidi, cuba nak upload video ke-2 tapi asyik sangkut shj, jadi ke sini lah dulu, blog sifu http://biznetmillionaire.blogspot.com/

Nak Kaya, Macam Mana?

Aku baru terima sms drpd adik aku kat KL, kawe dia bagi talk Uptrend di Wisma SESB, jaid aku mmg dah join bwh adik aku yang kat Jjohor, 2006 dulu tapi movement aku slow, depa dah pakai Merc 240 dan BMW. aku ada ler viva dgn Odyssey. Not bad la. Apa pun aku tumpang gembira dengan kejayaan depa. Walaupun penat tapi memikirkan peluang mendengar drpd seorang yg dah berjaya aku dan isteri berviva ke sana. byk yang kami dpt, Tq cikgu Roshidi.

Syukur, Kebenaran Terserlah Jua


Sedang bermeeting, aku terima sms IR Dato Seri Hj Nizar adalah MB yang sah, lantas aku mengucapkan Alhamdulillah. Terlintas dihati, aku nak sujud syukur lepas ni waktu solat asar. Lepas itu terbaca pesanan TUkGuru jangan terlalu gembira sebaliknya berpuasa dan sujuf syukur.

Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak
Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Mon | May 11, 09 | 4:10:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.





ImageKeputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.

Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.

Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakiman yang dibacakan mulai jam 2.30 petang dan Imageberakhir pada jam 2.50 petang tadi berpendapat, Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.

Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Dato' Stephen Kalong Ningkan pada 1966, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.

Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.

Para peguam Nizar dalam penghujahan mereka sebelum ini menegaskan bahawa jika Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah, beliau akan mendapatkan Imageperkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pakatan Rakyat dan BN kini masing-masing mempunyai 28 kerusi di Dun Perak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, PAS, DAP dan KeADILan yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat memenangi 31 daripada 59 kerusi Dun Perak.

Bagaimanapun tiga Adun Pakatan Rakyat pada 4 Februari lalu telah mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas dan menyokong BN selepas hilang secara misteri selama lima hari.

Nizar ketika ditemui pemberita berkata akan segera memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan membubarkan Dun Perak dan membuka laluan kepada Imagepilihan raya negeri bagi mendapatkan mandat baru rakyat.

Nizar memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Beliau dilantik Menteri Besar pada 17 Mac 2008.

Bagaimanapun ekoran tindakan khianat tiga Adun Pakatan Rakyat itu, BN yang mendakwa mendapat majoriti di Dun Perak telah menghadap Sultan bagi membentuk kerajaan negeri.

Tidak memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun, Sultan Azlan ImageShah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dun dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan.-