Thursday, December 22, 2005

Proton oh Proton kenape...

Dengar cerita Proton ni, mcm2 perasaan yg timbul. Nak marah, nak ketawa. Yg byk sekali kecewa dan marah krn pengurusan lama membuat tindakan yg tak bijak. Adakah akibat campur tangan politik? Apa pun wang rakyat dibazirkan tatapi rakat tak dpt ape2. Harga keta dinegara sendiri pun mahal lepas kualiti tak seberapa. Kereta proton versi import mutunya ok juga(maknanya buan proton tak blh buat tapi utk rakyat sendiri buat cincai sudah la. Bangunlah wahai bangsaku, jangan dibiar kepalamu dipijak dan diinjak pemimpin2 khianat. Jika negara ini diserah kpd mereka yg amanah, alangkah baiknya. Semua mendapat manfaat dunia dan akhirat. Sekarang ni dunia pun rugi, akhirat lagi lah rugi.


Proton jumpa pemilik saham MV Agusta SpA


Rancang jual 57.6 peratus kepentingan syarikat motor Itali.


MENARIK: Model F4-1000 Tamburini motosikal
keluaran MV Agusta SpA.

PROTON Holdings Bhd (Proton) yang mahu mengembalikan fokus kepada pengeluaran kereta, mengadakan pertemuan dengan semua pemegang saham lain MV Agusta SpA di Itali, semalam, bagi melupuskan kepentingannya dalam syarikat motosikal itu.

Pertemuan pengurusan kanan syarikat kereta nasional itu berikutan pemegang saham lain MV Agusta diberikan hak keutamaan membeli kepentingan Proton dalam syarikat motosikal itu jika ia mahu dilupuskan.

Apabila pemegang saham terbabit menolak tawaran Proton, pengeluar kereta terbesar di Asia Tenggara itu dapat menawarkan kepentingannya kepada pembeli lain.

Proton yang menguasai 57.5 peratus kepentingan dalam MV Agusta membelanjakan 70 juta euro (RM367.6 juta) bagi membeli kepentingan berkenaan.

Ketika dibeli pada Disember 2004, pengeluar motosikal premium jenama MV Agusta, Husqvarna dan Cagiva berada di bawah undang-undang kebankrapan Itali dan sedang menjalani penyusunan semula.

Sumber industri berkata, penjualan itu sebahagian usaha pengeluar kereta nasional itu untuk kekal fokus kepada perniagaan teras, iaitu pengeluaran kereta.

“Pelaburan dalam MV Agusta memakan banyak keuntungan Proton dalam tahun kewangan semasa berikutan peruntukan kewangan tinggi yang perlu sehingga ia mencatatkan kerugian besar,” katanya.

Dalam tempoh enam bulan berakhir 30 September 2005, Proton mencatat kerugian terkumpul RM163.1 juta, sebahagian besarnya disebabkan peruntukan terhadap MV Agusta.

Dalam suku kedua berakhir 30 September saja, Proton rugi RM158.8 juta termasuk RM90 juta untuk MV Agusta.

Hingga kini, Proton membuat peruntukan berjumlah RM500 juta bagi menampung kerugian jenama Itali itu.

Berikutan kerugian berterusan anak syarikatnya di Itali itu, Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim baru-baru ini menegaskan syarikat telah melantik penasihat untuk menilai semula pelaburannya dalam MV Agusta.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata, tiada lagi peruntukan untuk Agusta selepas ini, sekali gus meningkatkan kemungkinan Proton mahu melupuskan kepentingannya dalam syarikat itu.

Sementara itu, penganalisis yang dihubungi berpendapat keputusan Proton menjual kepentingan dalam MV Agusta adalah keputusan wajar.

“Selepas menanggung kerugian dalam separuh pertama tahun kewangan semasa, Proton memang perlu melupuskan mana-mana bahagian perniagaan yang rugi bagi menjadikan kumpulan itu kembali mantap dan menjadikannya lebih menarik kepada pelabur.

“Proton perlu kekal dalam perniagaan teras mengeluarkan kereta dengan memperkenalkan lebih banyak kereta baru dan mengurangkan pelaburan aset bukan teras,” kata seorang penganalisis di firma broker asing.

Seorang penganalisis lain berkata, Proton terlalu ‘boros’ membuat pelbagai pelaburan besar sejak lima tahun lalu hingga menjejaskan rizab tunainya.

Pada 2001, Proton mempunyai rizab tunai hampir RM6 bilion, tetapi hingga awal 2005, rizab tunainya susut kepada RM2.8 bilion.

Sumber:http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Ekonomi/20051221231236/Article/

No comments: